Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Khamis, Mei 22, 2008

4 Golongan Manusia

Marilah sama-sama kita renungkannya...

Ulama Al-Khalil Ahmaf membahagikan manusia ini kepada 4 golongan:

  • Org yg berilmu dan tahu dirinya berilmu. Merekalah org yg sebenar-benarnya berilmu. - Manusia golongan pertama ini menghayati dan memanfaatkan ilmu ke jalan yg diredhai Allah dan bakal beroleh kebahagiaan dunia & akhirat.
  • Org yg berilmu tetapi tidak tahu dirinya berilmu. Org begini adalah org yg 'tidur' dan perlu diberikan kesedaran. Manusia golongan kedua ini adalah org yg lalai perintah Allah, meninggalkan larangan walhal dia tahu mengenai hal itu. Lazimnya mrk terpengaruh dgn keduniaan, dan menomborduakan perintah Allah. Mrk meninggalkan solat dgn alasan terpaksa menghadiri majlis, mrk ikut minum dan berjudi kononnya krn mahu hormati sahabat perniagaan dan sebagainya. mrk ini wajib diberikan peringatan oleh guru dengan menyedarkan mrk mengenai tanggungjawab dan tuntutan ilmu itu sendiri.
  • Org yg tdk berilmu dan tahu dirinya tidak berilmu. Org begini perlu kpd bimbingan dan tunjuk ajar. Manusia golongan ketiga ini pula dianggap lebih mudah utk diajar krn mrk memang memerlukan bimbingan. Oleh itu, menjadi tugas guru utk mendidik golongan ini.
  • Org yg tidak berilmu tetapi tidak tahu dirinya tidak berilmu. Org begini dikatakan jahil atau bodoh sombong. manusia golongan keempat ini dianggap manusia paling buruk krn mereka ini kategori yg bodoh yg mengaku dirinya pandai. Sudahlah begitu, mereka pula enggan belajar dan tidak mahu belajar.

**Sumber dari NUR Jun 2008

1 hati ingin berkata:

RaFFLeSiA MeRaH berkata...

aku ni kategori ape ekk? hehehe...apepun ilmu itu perlu dlm hidup setiap kita....