Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Rabu, Oktober 15, 2008

Citer Basi Raya Pertama

Sejak kawen sy & hubby mengamalkan sistem giliran beraya. Jadi nak tak nak kene lah ikut kan... Tahun ni giliran umah mertua pulak. Cuma yg bezanya utk pertama kali family mertua beraya kat umah yg baru siap di tg.bidara mlk. Alah...umah yg dah 8 tahun terbengkalai tu..... kemain riang lg hati MIL & FIL.... Along & co., MIL & FIL, angah abang & adik dah balik dulu pagi senin tu.... Sy, hubby & SIL (dek ya) balik malam raya coz kami semua masih bekerja pd ari selasa tu.... SIL (shamsiah aka bonda adam) lak giliran beraya di Perak. Sampai2 je kami kat umah kampung, semua lauk pauk MIL & biras (kak long) dah siap masak.... MIL & FIL pun lepak2 jer... yg lain2 dok meronggeng ke umah sedara mara.

Pic ni selepas sembahyang raya di depan umah nenek hubby, muka sembab lagik tak sempat nak touch up. Rupanya style famly mertua lps solat raya terus berjalan umah sedara mara terapat. Then baru balik umah utk seisi bermaafan. Sy memang tak tahu coz 2 tahun lps kami beraya di Tmn Medan, PJ sajo..mana ada sedara mara keliling....lps solat raya, balik umah dulu. Maaf2an then baru jalan raya ke umah jiran2.



Kononnya lps tu nak bermaafan kan tp nan ado (seisi itu hanya dibuat secara personal) coz sesampai kami di umah, keluarga Pak Andak dah sampai. Hubby lak ajak sy pi jumpa family sy kat umah nenek di Pengkalan Balak (sebelah kampung aje). Jadik kami larik kejap sementara saudara mara lain lom dtg lagik....


Sampai umah nenek sementara tunggu hubby makan, sy pun bergambar lah... Raya kali ni masih tak sempat lagik utk bergambar satu family.... Aina tak do kat umah nenek, dia tido kat umah mak tua sy (mak kpd mak sy). Jadik tak cukup korum. Tp umah mak tua saya dekat2 situ jugak (Telok Gong).

Mula2 sy dah lupa nak bergambar dgn hubby. Tp sampai je umah mak tua, terus sy sambar hubby. Sib baik dia bagi respond yg baik. Ye lah kan....mesti lah nak bergambar, baju melayu baru tu....hehehe...:/

Anak2 pompuan mak....


Ni sedara mara sy. Kan sy dah kata sedara sy masih kecik2 lagik... Sebagai kakak sedara yg baik ati (dah mula lah tu), mesti lah kene hulur duit raya kan... So, ni muka kehepian coz baru lps dpt duit...

Cadangnya lps balik dr umah mak tua, sy nak balik terus umah mertua. Ye lah, katanya giliran beraya umah mertua tp apa kes asik tak de kat umah ajer kan...Lgpun sedara mara ramai nak serbu umah petang raya tu. almaklumlah, org nak tgk umah baru yg terbengkalai tu...hihihi.... Tp ayah sy lak ajak pi umah mak lang kat tg.bidara. Hubby lak on aje, so alang2 dah ke tg.bidara sy ajak sekali famly sy berjalan ke umah mertua.

Ni kat umah mak lang....ada soto & sambal sotong kering (dua2 peberet sy)....





Abis makan je kat umah mak lang, terus kami gerak ke umah mertua. Spt dijangka, memang ramai yg amat kat umah tu. sib baik MIL/FIL wat renovate umah tu, kalo nak diharap kat ruang yg sedia ada tu, alamat berlaga-laga punggunglah jwbnya...
Sy pun tak sempat nak amik gambar coz dah bersilat kat dapur. Makanan tak cukup.... lama jugak famly sy dok menunggu.... dan umah mertua sy terus penuh sampai ke malam.....

0 hati ingin berkata: