Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Jumaat, Oktober 17, 2008

Makan Malam

Ni lauk2 malam tadi... nak perabes stok udang & sotong. Simpan lama2 nanti tak sedap lak kan... Sebelum balik keje, sempat kol hubby tanya kan sotong nak masak apa. Kalau ikutkan sy, masak sambal ajer.... Jd, hubby bg lah idea... sebelum ni bila sy buat guna cara lain, mesti sotong sy lembik & tak rangup walaupun lepas goreng tp kali ni hasilnya memuaskan. Sy amik resepi ni dalam mesra.net resepi....


Ni resepinya:

2 sudu tepung jagung
2 sudu tepung gandum
2 sudu tepung beras
telur & sedikit garam (dipukul)
sotong (dipotong bulat)

Cara:

Bersihkan sotong (buang kulit itam dulu). Kemudian toskan airnya. 3 jenis tepung dicampur & digaul. Panaskan minyak, celup sotong kedalam telur kemudian gaulkan dengan tepung goreng hingga kekuningan. Sedia untuk dihidangkan.

Dan sambal udang.......

Ini lah menu kami semalam...

2 hati ingin berkata:

CuTeMiUt78 berkata...

wah sedapnya.... oohh nak cuba gak ler resipi sotong bersalut tepung tu.. selama ni buat hanya dgn tepung gandum dan tepung jagung je.. rupanya ada kena tambah lagi satu tepung erk.. tepung beras..

nizza-abira berkata...

tepung beras tu untuk merangupkan...