Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Khamis, Disember 04, 2008

Jom Jalan2 ke Alor Star




Keesokkannya ari Ahad, pagi2 mak dah cakap kalo nak jalan2 kita pi ari ni. Esoknya pepagi kita nak balik. So, sy pun kejutkan hubby (sambung tido lps subuh, keletihan drive seharian). Memandangkan dah tgh ari, sy decide utk ke Alor Star aje. Rupanya dari Jitra ke Alor Star (bukan ikut highway) hanya lebih kurang 20 minit saja. Bila dah pi Alor Star, tempat utama yg kami pi mestilah Pekan Rabu. Sebenarnya sy nak lepas dendam coz masa kami pi sana bulan 3 lps kami tak sempat nak beli apa pun.



Sedang kami mencari-cari pekan rabu, ternampak uncle ni bwk basikal tp guna stereng kete. Cayalah uncle! :)



Ok, kami dah sampai pekan rabu. Hubby turun kan kami di tepi jejantas coz dia nak pi ofis abx (agent) dekat2 situ gak. Nak jumpa kengkawan katanya. Sy pun okey aje.... Oh ye, kali ni ayah & Adha tak ikut. So, hanya sy,hubby, mak, jihah & aina ajer yg jenjalan.
Bagi yg belum pernah sampai sini, ginilah suasana kat Pekan Rabu. Banyak juga sy borong kuih2 kering, beras pulut, pulut hitam, kuah rojak. Harga barang utk semua kedai kat sini sama je. Pusing2 pun memang harga tu jugak.






Sebelah Pekan Rabu, sy ternampak nama kedai Aked Empire. Dari luar nampak tudung-tudung bergantung-gantung. Sy pun laju je ajak mak masuk situ. Rupanya dlm kedai tu banyak lagi kedai2 lain. Kebanyakkannya jual brg2 pompuan spt tudung, baju blouse & jubah. Memang banyak lah pilihan. Rambang mata jgk dibuatnya tp kalo sebut harga sama aje kot. Kalo kat jln TAR lg murah rasanya. Tp dlm pd tu sy rembat jgk 5 helai tudung,sebiji kerongsang & seluar. Nanti sy tunjukkan tudung2 tu.






Lps dah menghabiskan duit, sy pun kol hubby. Sementara nak tunggu dia sampai, kami duk kat tepi jejantas tu. Ada sorang pakcik yg buta sedang duduk sambil berselawat. Depannya ada bekas isi duit. Sy pun minta lah aina tolong masukkan duit dlm bekas pakcik tu. Ntah mcmana, bila aina masukkan duit tu ada bunyi hinggakan pakcik tu terperanjat dan mulut dia jadi bising. Mungkin pakcik tu ingat ada org nak amik duit dia. Aina dah cuak hinggakan dia terpinga-pinga, hehehehe... kesian Aina.



Comelkan motor2 tu. Pakcik tu tanya, tak mahu beli ke? Sy tnya berapa harga nya. Di tunjuk angka 4 dgn jarinya. Sy pun kata RM40 ke? Pakcik tu balas, bukan lah...RM4 aje. Kalo RM40 sapa nak beli. Ooooo...sy pun pilihlah 2 biji utk anak2 buah sy Ahnaf & Adam.


Bila Hubby sampai, kami pi makan2 & jalan2 kat City Plaza. Tp sebab dah kepenatan kami tak la tawaf satu bangunan city plaza tu. Just kat 1st floor aje. Otw balik, kami sesat coz tak jumpa jalan nak kuar semula ke Jitra. Hinggakan tak sedar jalan yg kami lalu tu jln utk ke Pendang. Yg wat tak sedar tu coz kami seronok tgk suasana sawah padi, menghijau aje. ada jugak yg baru nak bajak, ada jugak yg dah naik rumput lalang. Tp kebanyakkan sawahnya menghijau.... Rumah2 kat situ kelilingnya sawah padi saja.





Mujurlah lps tu nampak sigboard ke Alor Star semula. Dan kemudian tu kami pun jumpa jalan yg kami lalui masa mula2 nak ke Alor Star.



Pintu masuk Istana Anak Bukit...
Ni dia tudung2 yg sy beli, biasa2 aje. Warna pun yg biasa2 aje coz sy kerap pakai tudung krim & warna2 coklat.Jd kene beli lebih skit lah utk warna2 tu. Yg warna itam tu sy pilih yg sulamnya warna itam jugak. Senang nak matching dgn semua baju. Kebanyakkannya tudung itam skrg sulam2nya warna2 yg kontra. Paling sy suka tudung yg bercorak tu coz bukan semua tudung tu boleh sy pakai. Tp yg ni materialnya amat senang utk sy bentuk.



Ini lah umah adha. Jenis kembar dua. Kalo kat KL tentu dah kata sewa umah ni amat murah kerana hanya RM380 utk sebuah & 3 bilik serta 2 bilik air. Luas sgt umahnya. Tp menurut jirannya (jiran2nya amat baik & peramah tau)rate utk umah kat situ hanya RM300-RM350 sahaja. RM380 tu dah kira mahal lah. Tp ayah kata, tak pe lah. Duduk aje dulu, nanti dah lega2 cari lah umah yg murah skit. Lgpun umahnya bersih & lantai mozek. Kalo ada apa2 masalah ayah suh refer je kat tuan umah.





Adha dan kwn serumahnya (kemeja merah) & staff nya yg sedang pakai tie bersiap utk lapor diri di ibupejabat negeri Alor Star. Staff nya tu lah yg tolong cari umah. Penat dia seharian melayan kami semua. Tq ye zaidi...


Antara mereka bertiga ni adha lah yg paling rendah. Adik2 lelaki sy memang rendah skit, ikut ayah...hehehe...
Masa ni kami pun dah nak bertolak balik. Lgpun nak singgah ke Pulau Pinang... Nanti tunggu entry seterusnya ye.... :)

4 hati ingin berkata:

MrsMama berkata...

akak ni nama jer dok kat Perlis, dekat ler ngan Alor Setar tapi pekan Rabu baru 1 kali p. Selalu kat utara ni p Padang Besar jer.Pekan rabu lebih kurang je Padang Besar tapi Padang hebat lagi macam2 ado.

LIEZA berkata...

wahhhh..da smp jitra no....
adik akak 2 dduk tmn ape??

nizza-abira berkata...

MasNurin: Lagi hebat ek padang besaq? k, lps ni harus ke sana lak.

L!3z@: Tmn Melur tmpt adik akk duduk. Tau ke tempatnya?

LIEZA berkata...

owh....
dkt bndr drulaman eh...
mak sdra leza ddk c2....