Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Khamis, Disember 04, 2008

Otw Balik Putrajaya, Singgah Penang Kejap

Lepas kuar dr umah adha, kami semua singgah alor star carik sarapan. Tp tak lah terjah sampai ke bandar nya. Kan masa tu waktu org nak masuk keje, harus lah keadaan jalan raya agak sibuk. Jd kata ayah, utk mengelakkan kesibukan itu jgn lah kita sama sekali jd tukang sibuk...hihihi...

Dkt kedai mkn tu sy tak sempat lah nak amik2 gambar. Tp kan kat situ ada jual kuih yg biasanya sy panggil 'cakoi'. Ianya favourite sy tau. Kuihnya comel2 & pendek2. Tak mcm cakoi yg biasa kita beli kat sini yg panjang2 tu. Yg penting, cakoinya lembut sgt & sedap. Sy beli RM3 utk mkn & RM3 lg utk bekalan. Payah kan nak jumpa org jual kuih tu pepagi. Cuma nama kuih tu kat sana bukan cakoi, sy nampak kat gerai nya tulis nama lain. Memula sy igt tp lupa daaa....

Perut dah kenyang, kami pun teruskan perjalanan ke Penang. Dah lama sy tak pi sana. Rasanya lastly masa sekolah menengah kot. So, teruja lah skit kan... Oh! hubby sy langsung tak pernah tau sampai sana..

Dah sampai Penang, tak sah lah kan kalo tak naik feri. Sonok jugak sesekali guna pengangkutan ni...



Sedang q utk menaikki feri...


Mujur tak lama menunggu, dapat lah kami naik feri bernama Pulau Pinang. Sesuai lah tu, nama pun nak ke Penang.







Apa lah yg dimenungkan oleh sayang sy tu....?

Sampai sana, terus ke Taman Kota Lama. Tp sygnya, kawasan tu sedang di renovate.


Sape pernah masuk Kota Cornwallis ni? Ada apa ek? Malas lak sy nak masuk situ coz nak cepat kan...

Suka tgk bangunan putih kat atas ni...



Adik2 sy tu dah jadi model lak utk blog sy ni.... Mana tak nya muka diaorg aje yg ada. Dah kakak nya malas nak jaja pic sendiri... :/


Merpati 2 sejoli...

Kenangan 4 beranak. Tak cukup korum adik beradik pompuan ni. Dhiyyah tak de...
Sesudah tu kami pi sini. 1st time sy ke sini, dulu2 mana reti nak carik tempat2 gini.


Kat sini ibarat macam syurga jeruk kan... berlambak jeruk dijual. Sape yg antu jeruk tentu sonok dtg sini. Sy beli lah serba skit utk dijadikan buah tangan utk famly & kwn2. Tp serba skit pun nak dkt RM100 jgk lah abis kat sini. Hubby sy lah, dia bknnya mkn sgt jeruk2 ni tp dia lak yg hover amik itu amik ini. Senyum aje tokei kedai tu...

Tengoklah tu, dia sama sibuk tolong bungkus kan...
Lepas tu kami jln2 kat sekitar jln penang tu...



Hubby berkenan baju kat atas tu. Dia dok teringat kan anak buah kami Adam. Sy pun tanya uncle tu berapa RM? Uncle tu kata RM18. Sy tawar lah harganya, dia bg RM15. Sy kan suka bab tawar menawar ni...hihihi jd sy tawar lagi, sy minta RM12. Uncle tu tak bagi, so kami pun nak blah lah tp uncle tu cecepat tahan...ok2, u amik lah RM12. Yes!Yes! Ok lah tu kan dari RM18 tu... Tp bab nak blah tu bukan taktik tau, sy pun tak terpikir nak wat taktik gitu. Tp lps ni leh lah buat selalu...hihihi




Mamat sy ni kan susah tau nak beli kasut. Cerewet... Tp bila dia dah terpegang-pegang kasut itu, sy pun bg galakan. Lastly, dia beli jugak kasut tu.... Ada jugak kenangan kan...
Duk berehat jap...
Tak pernah sy jumpa org jual pakaian dlm wanita (fuh!ayat skema betul!!) guna lori...
Lebih kurang sejam lps tu, kami pun mula bertolak balik. Tak singgah mkn pun kat penang coz masing2 kenyang lagik.
Balik tu kami lalu jambatan pulak. Tp crowded skit coz sedang dlm kerja perlebaran jambatan. Tp tak lah sesak, mungkin lom sampai waktu kemuncak kan...
Habis lah sudah kisah ke utara ni. Apapun perjalanan ke sana kali ni amat seronok berbanding semasa sy pi sana bulan 3 yg lps. Mybe masa tu musim panas + lagi keadaan sy yg ditemani 'kwn baik' sy, tu membuatkan sy sungguh tidak selesa. Lgpun masa suntuk sgt, terlalu rushing dgn konvo adha ketika itu...
**Sy & hubby dah plan nak ke Langkawi lak lps ni. Mybe next year around bulan 4 sempena anniversary kami yg ke 4 tahun. Kali ni mybe naik bus aje sampai Jitra then suh adha anta sampai kuala perlis. Dah ada yg duk sana, harus lah guna kan sebaik mungkin kan..hihihi... Hope terlaksana lah impian kami. dan haruslah mula simpan money lelebih skit...

0 hati ingin berkata: