Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Jumaat, Januari 23, 2009

balik kampung, oooo balik kampung...

Petang esok saya nak balik kampung, tak sabarnya.... Semua org akan merasa gitu kan bila nak balik kampung...

Errmmm, sapa yg sambung cuti sampai seminggu tu nanti? Sy tak de lah sambung cuti sampai ujung minggu,cuma sy amik cuti pd rabu tu je. tak de maknanya coz hubby sy mana leh cuti panjang panjang gitu. Mahu ramai yg ghindu dgn dia. Keje dia lak berurusan dgn org ramai. Dah tentu hp dia tu tak berenti berbunyi nanti... =P
Lg pun awal tahun lagi kan, rasanya rugi kalu awal tahun cuti dah luak banyak. Bimbang nanti masa akan dtg mcm mcm hal pulak sampai kan tak cukup cuti.
Sy ada banyak pic yg nak sy letakkan kat sini, tp tu lah uols... sy tak sempat nak upload pics tu... so bila naik cuti nanti baru sy update citer lain.
Td kan, shida bwk sy kat jualan gudang kasut VISS. Kalo kat alamanda ada kan kedai VISS tu. Jualan gudang tu kat kajang. ari ni ari last so tak banyak pilihan. Tp memang murah murah uols. Kasut kasut ni ada yg dua pasang RM5, sepasang RM10, RM15 & macam macam lah... Pilih punya pilih dpt lah 5 pasang kasut & 2 sandal dgn harga RM40 sahaja... Sila caya uols... ;) kalo tahu awal awal mesti leh pilih lg cantik kan...??? Mana kasut kasutnya kan...? naik cuti nanti sy jaja kan kat sini ye... ;)
Lastly, slmt bercuti. dan hati hati di jalan raya ye... ;)

Selasa, Januari 20, 2009

Malam tadi punya menu

Mentang mentang lah memasak, ada je pic yg nak ditepek kat sini ;)
Saje je lah uols sementara ada, dpt lah update blog
kalo dah sampai masa mak meroyan, bersawang sawang lah blog ni jadi nya...

kali ni sy malas nak edit...


Masak lemak udang + kacang buncis

hubby sy suka ikan ni tp ni bkn sy masak, kak mal yg bagi. sy nak pegang pun geli wwweeeiii=P

Nasi goreng kampung seafood, sy goreng lps balik keje. Kononnya malas nak mkn malam, kebetulan ada nasi lebih kelmarin. Jd sy goreng lah. Ekceli sy kan kene mkn ubat pukul 8 mlm. Nak tunggu lauk pauk sy siap tu agak memakan masa coz sy ni wat keje agak lembap skit mcm kura2 tu...hahahhaha... =P

Selasa, Januari 20, 2009

Blog Big Apple Alamanda


BIG APPLE ALAMANDA dah ada blog tau ;)
So kalau nak tahu event, news, tips, donut, service atau lain lain
sila layari blog ini ye...
*** wah! dah mcm duta big apple lak ye... :)

Isnin, Januari 19, 2009

Ni baru keje tangan saya...

Entry yg lepas, sy rasa ada yg salah anggap yg bunga bunga dip tu sy yg buat. Tidak uols! bkn sy yg buat tu. tu sifu sy yg punya. Sy pinjam utk dijaja kat sini aje uols =P

Yg ni baru lah hasil dari sy. Hasil pertama sejak belajar aritu. Tp masih ada beberapa perkara yg perlu dikemaskan. Tak pe lah, sy kan budak baru belaja... ;) So kene usaha lebih skit utk dpt hasil yg memuaskan. Tak gitu uols...??? :)

Isnin, Januari 19, 2009

Tulisan Khat

Masa cuti yg lepas, MIL minta hubby tolong tuliskan jawi kat jadual waktu MIL. MIL kan ustazah sek rendah agama, time awal awal tahun ni memang sibuk la wat itu wat ini. Biasa lah kan mana mana cikgu pun sama gak. Rasanya sepanjang tahun pun memang sibuk ek...

Satu kelebihan hubby memang dia pandai skit tulis khat. Cuma bila dah lama tak buat, tak berapa nak kemaslah, tp ok je takat nak tenyeh atas jadual tu.

Si dia sedang khusyuk menulis...

Ha tu dia... dah siap... ok tak uols?

Isnin, Januari 19, 2009

dinner mlm itu

Masakan jumaat malam yg lepas...

Tom Yam yg mewah dgn seafood...
Kalau nak masak kailan, tentunya hubby sy nak kailan ikan masin. Kalau kosong je dia tak mo. Jd bila nak beli kailan kene pastikan beli ikan masin jgk.

So, tu je lah. Malas nak citer panjang panjang. Uols layan kan je lah pic kat atas ni ye ;)

Jumaat, Januari 16, 2009

BUDAK SABUN

Petang semalam masa dlm bas, ada sorang budak lelaki tu naik bas sambil bwk satu kotak yg terbuka, dlm tu nampak lah kotak sabun protex yg kat bawah ni

Kebetulan sy duk kat bhgn belakang, jd sy nampak lah dia menghulurkan kotak sabun tu kat penumpang depan. Tp masa tu semua geleng kepala tak mahu. Sampai lah kat tempat sy, sy pun geleng jgk. Tp budak sebelah sy "tanya jual ke free?" budak tu kata "free..." LLLLooorrr...bgtau lah free, ni main hulur hulur dan tak bercakap. Kalo jual mesti lah malas kan nak beli, tp kalu free haruslah cekup...hahahahhaha..... Kesudahannya penumpang yg depan depan tu tak dpt lah sabun tu.

Jumaat, Januari 16, 2009

bunga dip





Hmmmm...cantik tak? Biru tu bunga telur dip, yg merah tu bunga dulang. Tp tu bkn hasil keje sy tau. Tu sifu sy punya bunga contoh, opismate sy pinjam coz dia pun student kak tini. saja je sy jaja kat sini.
Hasil keje sy nanti, bila dah siap lg sy 'tayang tayang' kan kat sini ;) so tunggu je lah


Terima kasih pd kak mal coz cari kan sy tutup/botol susu anak anak nya yg dah tak pakai. Bende ni utk sy wat acuan bunga tu kat atas tu...

Jumaat, Januari 16, 2009

Masak Lemak Ketam

Ari yg sy pi hospital tu, cik abg sy cuti. Saja saja cuti katanya, lgpun nak berehat. Jd aritu sy bagai puteri raja lah, pi keje berhantar & balik keje berjemput...huhhuhu...time ni mak rasa vangga weiii...betapa nikmatnya bila sy tak perlu tunggu bas. Tp aritu je lah kan...
Lps amik sy, terus sy ajak ke pasar. Kata dah lama tak masak, jd waktu yg ada ni leh lah cuci mata kat pasar. Jd utk mkn malam tu sy nak masak spesel skit... so, sy pun beli lah 3 ekor ketam. mahal weiii...RM20/kg. Tp nak mkn punya pasal, beli lah jgk kan. Cuma tak berapa nak elok ketamnya. Tak padan dgn harganya.
Kalu ketam hubby sy suka masak lemak. Jd ni lah masak lemak ketam ala nizza-abira =P

Selain ketam, sy masak ikan selar goreng, tempe goreng, kangkung goreng cili & sambal belacan. Tp semuanya tak sempat nak snap, dah kebulur nak mkn... byk ek lauk sy masak tp sy vangga sekali lg coz hubby sy tambah 3x weiii... ada balance skit skit lauk tu, dari membazir sy bwk lah bekal utk dimakan di opis keesokkan arinya...

Rabu, Januari 14, 2009

Update : Appoiment

Spt yg sy cakap semalam, pagi tadi sy pi appoiment dgn doktor. Kelebihan bila kita datang awal ialah kita dpt jumpa doktor pun awal lah kan. Jgn le appoiment kul 9, kul 9 jgk lah ko baru terhegeh hegeh nak daftar. Tunggu tetap kene tunggu tp tak de lah sampai berjam jam.

UPDATED UTK APPOIMENT KALI NI...

Bila sy tunjuk jadual menses sy doc pun agak terkejut coz menses sy tak berenti since bulan 10 tahun lepas. Tp menses sy tak lah heavy tp sentiasa ada.Doc ajak scan tp kali ni scan biasa bukan vaginal scan tu. Menurut doc rahim ok, tak de fibroid tp doc nampak cyst yg bersaiz kecil 3x3 cm kat sebelah kanan. wat masa ni doc suh tunggu & lihat sama ada cyst tu membesar atau tidak. sebabnya kalo cyst tu statik mcm tu aje kiranya normal. Jd nya kata doc, sblm wat treatment kesuburan doc nak betulkan dulu menses sy ni. Sekarang ni sy perlu makan ubat utk regular kan menses sy. Bulan 3 ni sy ada appoiment lg utk memantau sama ada cyst tu membesar atau tidak. Harapan sy agar cyst tu hanya cyst biasa bukannya yg boleh membawa kemudaratan kpd diri sy. Moga sy tak fikir sgt pasal perkara ni. Td pun masa amik tekanan darah, bp sy tinggi tp mujur lah kali kedua ia kembali normal. Mybe nervous kot... =P
Kalo ada yg tertanya tanya mcmana cyst tu ni sy ada amik artikel dari laman alam hamil
  • Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.
    Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
    Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah
  • Jenis-Jenis Cyst
    Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.Corpus Luteum : Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid. Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.
  • Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
    Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wani
    ta berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
  • Gejala Ovarian Cysts
    Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
    Sakit perut
    Rasa perut penuh dan tak selesa
    Rasa berat pada ari-ari
    Sukar atau kerap kencing
    Sakit semasa hubungan seks
    Muntah dan loya.
  • Diagnosa
    Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.
  • Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan
    Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.
  • Rawatan
    Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

Kalo ada kalangan uols yg pernah alami perkara ni leh lah share dgn sy ye... ;)

Selasa, Januari 13, 2009

Gula-gula, saya dan 'itu'



Lately ni ghajin bebenau loya tekak + pening awal2 pagi. Mengalah kan org mabuk. Nak kata peknen, bendera merah sy asik berkibar je tak berenti. Hhhmm...

Mujur lah pagi tadi ada stok gula gula dlm handbeg. So masa makan tgh ari td sy sempat pi beli lagi utk tambah stok. Walaupun nampak ok tp dari semalam memang sy rasa tak sht sesangat. Mybe badan terlalu penat dgn aktviti ari ahad lps.

Esok sy ada appoiment dgn doktor kat hospital putrajaya. Masalah sy yg 'satu' tu masih tak selesai2. Tengok kan aje apa kata doktor esok, harap ada tindakan. Jgn dok asik nak monitor aje.

Kalo tindakan dr pihak doktor agak mengecewakan,sy nak try ajak hubby gi az-zahrah or an-nur kat bangi tu. Biar abis duit sy kat situ, janji masalah yg 'itu' akan selesai.

K lah, sy nak sambung keje. Nanti sy update lg kes sy ni.

Isnin, Januari 12, 2009

Farewell


Kali ni sy berpeluang deco kotak hadiah. Ekceli tgh ari td cwgn sy ada wat skit farewell utk cik lin & shida. Cik lin dah start cuti tanpa gaji selama 3 tahun coz mengikuti suaminya bertugas ke Dubai dan shida lak terpaksa bertukar bahagian coz bos nya nak bwk dia. ye lah, dia kan PA. tp tak de lah jauhnya dia pi. Cuma bertukar level je. Tp kami masih tetap makan sesama.

ni je yg termampu sy deco, tak cukup brg. brg yg ada pun tak matching. so ni je lah hasilnya. hadiah mereka sama je cuma warna lain skit.

sy dgn cik lin. still panggil cik lin even dia dah kawen. Comel je org nya, tu pun dia sedang pregnant hampir 4 bulan. tp memang tak nampak perut dia. hhhmmm..bila lah sy nak jadi secomel dia..?

ni lak dgn shida. ni bukan pic td tp raya lps. minah ni sibuk jd larik2 kejap dtg farewell ni. so tak sempat nak amik pic. Tp dia pakai baju ni lah td cuma tudung lain :)


Isnin, Januari 12, 2009

kelas bunga dip, stoking & gim

Alhamdulilah, semalam sy berjaya mengikuti kelas dip anjuran kak tini dgn jayanya. Cewwaahhh!!! bangga je bunyinya kan... ;) Apapun sy dah tahu teknik2 nak buat bunga dip, stoking & gim, tp sy perlu perkemaskan lg kerja tangan sy ni. Maklum lah masih gigil2. Ekceli masa yg diperuntukan memang tak cukup utk kita jd pandai tp kak tini kata anytime leh kol dia. tak pun dtg umah dia lg senang.

Antara peserta2 yg hadir. Ekceli class kali ni ada 10 org, tp acik tak de lah nak amik gambar semua. gambar dgn kak tini pun non ada. tak sempat dek non... ye lah, mana nak snap pic, mana nak belajo... nak kene guna kan masa yg ada sebaiknya.
Rangka rangka bunga
Kelopak bunga rose dari dip sedang dibentuk
Sy tgk dlm buku, nama bunga ni bunga sena tp ada yg panggil bunga kecik kecik. ni dari stoking
ni yg dah siap. bunga dip rose. ni yg basic aje lah. kalo nak cantik cantik boleh lah tambah manik manik, riben or bunga kecik kecik tu. ikut kreativiti kita lah kan
ni bunga stoking. tp acik lupa lah nama bunganya. ni pun sama mcm kat atas. perlu tambah aksesori utk nampak lebih uuummmpppphhhh...

Sy abis class dlm kul 3 petang. Lps hubby sy amik igtkan nak balik umah terus tp rupanya hubby nak bwk sy ke suatu tmpt yg dia sendiri tak tahu. Ekceli dia tanya sy nak pi mana. Sy kata tak tahu, kononnya mcm segan aje nak ckp. Niat hati sy nak beli brg2 bunga (tgh semangat gila ni) kat KL tp malu nak cakap so sy kata nak ke warta bangi je. Dlm masa yg sama sy bgtau dia yg kak tini kata tak semua tmpt ada jual brg2 bunga ni & kat KL byk choice. Hubby kata, kalo dah tau tak de wat apa nak ke bangi. Then, kuar dr mulutnya soklan yg sy tunggu2. "nak pi Kl ke?" yes!yes! hati sy dah menjerit riang. mcm nak lompat aje tau tp sy masih dpt kawal perasaan. sy pun dgn tersipu-sipu sy kata lah "kalo abg nak bwk kan leh lah jgk". hehehe... ayat skema je... ;)
Ekceli kan uols, hubby sy ni susah tau nak ajak dia pi satu2 tempat terutamanya kat jln TAR yg sentiasa jem gila tu. tu sebab sy malu malu aje nak bgtau. Tp lately ni dia byk berubah, agak melayan minat sy dlm keje seni ni coz dia nampak kebaikannya pd sy & family kecik kami ni.
Dengan semangatnya uols, sy beli semua kat bwh ni. bkn sebab ada org tempah ke, org pun takut nak tempah kat budak baru belajar ni. Tp sy beli semua ni coz nak mahirkan lagi, takut simpan simpan ilmu yg dibelajar ni jadi lupa lak.
Lgpun ada 2 org sepupu hubby nak kawen bulan mac & mei tahun ni. So, leh lah sy wat kan utk mrk tp tak de lah banyak. Ni kira sbg hadiah lah pd mrk.

Hope menjadi lah bunga bunga cinta sy ni... :)

Rabu, Januari 07, 2009

hubby & kembarnya

Ni la pasangan kembar hubby sy. Cuba teka yg mana satu en.hubby sy? Mesti uols boleh teka kan. Dulu semasa kami bertiga satu sekolah & duk hostel, memang sukar utk sy cam yg mana satu kembar abang yg mana satu kembar adik. Muka mereka memang sama. Tp bila mrk pakai baju sekolah, senang nak cam coz hubby sy pengawas so bajunya warna lain. Bila masing masing dah dewasa, bentuk fizikal pun berubah jadik nak kenal mrk pun senang. Kalo anak anak buah kami, siap panggil pak ngah gemuk & pak ngah kurus. hehehe...
Perbezaan yg sy nampak antara kedua-duanya, angah abang jenis sempoi bila berpakaian. Tak kisah baju or suar apa pun dia pakai asalkan sesuai dgn saiz badannya. Baju or suar tak gosok pun tak menjadi masalah padanya. Dia jgk sorang yg tak merokok. Angah adik lak memang mejaga penampilan, sampai kan mak nya gelarkannya mat smart. Kain baju mesti nak gosok, even suar jeans & t-shirt (kecuali t-shirt umah lah). side mesti tajam... penampilan mesti kemas, tu sebab 2 minggu sekali mesti pi jumpa barber. Rasanya rambut tu tak sempat nak panjang pun dah pi gunting lg. Smlm pun pi alamanda dia singgah kat barber shop tu. Dia siap planning lg, sblm raya cina nak kene gunting lagi.... dan lain skit dr adik beradik dia yg lain jgk, angah adik merokok.

Org selalu ckp dgn sy, suami kembar tentu anak pun kembar... ye ke gitu..??? hehehehe...sy tak kisah, kembar or tidak sy terima. Bg sy itu bonus kalo dpt kembar. kalo tak dpt kat sy mybe kat anak cucu sy tak pun ahli keluarga yg lain. Ekceli sy memang suka kembar, sampaikan pantang nampak pisang kembar mesti sy nak. hehehe...tp sy pernah kata, kalo tak dpt anak kembar dpt suami kembar pun ok jgk. Akhirnya, memang betul yg kembar tu lah jadi milik sy :)
ok lah, sy nak rekod surat. Arini sy ganti tempat PA.
Adios...

Rabu, Januari 07, 2009

:::BIG APPLE:::

TADAAAAAAAAA.....

Bangga wey dpt mkn big apple...hehehe...
1st time tau uols sy mkn big apple, tp acik tau uols lg dulu mkn bende bende gini. acik tau acik ketinggalan zaman :/ acik tahu mkn donut yg tak de label aje, donut yg tabur gula pasir tu... hehehehe

ekceli dah lama tahu pasal big apple ni melalui satu forum. tp masa tu kat putrajaya lom ada lg big apple. Jd walau pun teringin tp tak de lah smpai tahap ngidam. Malas le sy nak ajak en.hubby tu pi mencari. Bila dpt tau yg big apple nak buka kat alamanda, hati berkata oh! leh la sy beli nanti. tp selagi tak de urusan, tak de lah sy nak ke alamanda semata mata nak beli big apple.

Semalam hubby ajak ke alamanda. Sampai sana teringat big apple, terus sy ajak dia ke sana. Mujur tak de org q masa sy sampai tu.


Sy beli 6 pcs aje. Cukuplah utk 2 org mkn, hubby sy pun bkn minat sgt bende bende gini terutama yg manis manis. Sy pilih donuts yg coklat coklat gitu. Org kata big apple ni lg sedap dari dunkin donuts tu. ye ke...?


Dah banyak ek branch big apple ni. Senang lah kalau ada yg peknen mengidam kan nak mkn bende alah ni. Tak penin para suami nak pi mencari nya... ;)


Sebab nak rasa semua jd sy kerat separuh donut tu. Jd, lps dimakan hanya ni yg tinggal. maknanya dr 6 pcs kalo dicantum cantum kan semula bakinya tinggal dua. Hubby mkn satu pcs, sy lak 3 pcs. Wow banyak nye sy mkn... Lantak lah kan... Semua yg sy amik td semuanya sedap sedap kecuali donut yg ada kacang tu. lps ni tak payah beli yg itu lg.


Tp tu lah uols, bila mkn banyak banyak ni mual tekak sy dibuatnya. Mujur kat umah ada jus mangga. Rasa masam masam tu dpt lah menghilangkan rasa ketidak selesaan tekak sy. Tp ok lah lps sy mkn baru rasa mual. kalau dunkin donut, sy lalu kat sebelah pun dah mula rasa mual.


Konon nak mkn cupcake lak lps tu, tp acik tak larat. so, terpaksa tunda mkn cupcake pemberian cik lin ni. Padahal dah 2 ari dia bg, dah 2 ari cupcake ni duduk dlm peti ais(semata mata nak bg dia tahan lama). Bunga dia pun dah comot2. Tp mcm syg aje nak mkn kan coz nampak comel aje cupcake ni terutama bila ada nama sy tu... hehehehe...


Kat k4 alamanda sy sempat rembat 3 biji storage box ni. Kebetulan ada offer, tak de lah besar sgt size nya, tp cukuplah sy nak letak apa apa yg patut.


Isnin, Januari 05, 2009

Saya & Tahun Baru :)

Hai semua!

Firstly, rasanya masih lom terlambat lg kan utk sy wish hepi new year! Walaupun ari ni dah 5hb tp ok lah tu... ;)

Permulaan yg baik utk tahun 2009 adalah sy dah lulus ujian komputer JPJ pd 02/01/09 yg lalu, setelah sy tangguhkan hampir 2 bulan lamanya. Napa ye lambat sgt sy nak amik? status sy yg dah bekeluarga dan bekerja tu menghadkan masa sy utk ke ujian tu, ada je aral yg dtg menyinggah... Dan yg paling penting, sy tak baca buku. bila tak baca tentu sukar nak jawap soklan kan. tp ada je org yg tak baca tp lulus kan, bg sy tu kira nasib je tu... Sy takut beb, takut tak lulus. nanti sy kene ulang lg ujian tu dan maknanya duit sy pun akan terbang lagi. Mahal oooo nak ulang ujian tu, RM50 tu... :/ Dan skrg, cikgu tu kata tunggu L sy matang sebulan baru leh sy belajar drive. Oooo gitu ye, tp bila sy tanya org lain mrk kata time mrk tak de lah pulak gitu. Dpt L terus belajar drive. Mmmm...mybe skrg ni dah lain prosedur tu kot. Tp acik tak kisah uols, acik ada projek lain sementara nak tunggu class driving tu...

Sy baru je daftar class dgn kak tini utk belajar buat bunga dip,gim & stokin pd ahad ni. Sy memang minat sgt dgn keje keje seni ni tp bakat yg ada sikit sikit ni sy tak luaskan or mahirkan or asahkan. Dgn sokongan sepenuhnya dr my dear hubby, sy pun risik risik dgn kak tini ni. Nasib sy agak baik coz ada satu tempat je lg yg kosong & class ni lak class yg terakhir sblm dia bercuti bersalin.

Kebetulan, my SIL akan bertunang tahun ni. so sy nak asah jejari sy ni utk majlis dia nanti. Sambil tu, bila sy pikir balik sementara sy lom ada baby lg lebih baik sy penuhkan masa sy yg sememangnya dah penuh dgn wat keje keje gini. At least tak delah sy rasa sunyi & teringat ingat dgn keadaan sy ni. Mana lah tau dlm kesibukan sy tu nanti ada pulak rezeki yg sy & hubby tunggu tunggu kan tu kan... AMIN! :)

Azam tahun 2009?! banyak woooo... Salah satunya sy harap sy dpt pregnant! Nanti lah lps lps ni sy wat entry lain k.

Sblm sy tutup entry kali ni, sy nak wish HEPI BESDAY kpd kenalan lama sy yg berada di seremban. Besday nya amat senang sekali utk sy igt coz besday nya pada
1 JANUARI...... see, senang kan nak igt. so, bila tiba new year mesti igt dia... :)