Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Rabu, Januari 14, 2009

Update : Appoiment

Spt yg sy cakap semalam, pagi tadi sy pi appoiment dgn doktor. Kelebihan bila kita datang awal ialah kita dpt jumpa doktor pun awal lah kan. Jgn le appoiment kul 9, kul 9 jgk lah ko baru terhegeh hegeh nak daftar. Tunggu tetap kene tunggu tp tak de lah sampai berjam jam.

UPDATED UTK APPOIMENT KALI NI...

Bila sy tunjuk jadual menses sy doc pun agak terkejut coz menses sy tak berenti since bulan 10 tahun lepas. Tp menses sy tak lah heavy tp sentiasa ada.Doc ajak scan tp kali ni scan biasa bukan vaginal scan tu. Menurut doc rahim ok, tak de fibroid tp doc nampak cyst yg bersaiz kecil 3x3 cm kat sebelah kanan. wat masa ni doc suh tunggu & lihat sama ada cyst tu membesar atau tidak. sebabnya kalo cyst tu statik mcm tu aje kiranya normal. Jd nya kata doc, sblm wat treatment kesuburan doc nak betulkan dulu menses sy ni. Sekarang ni sy perlu makan ubat utk regular kan menses sy. Bulan 3 ni sy ada appoiment lg utk memantau sama ada cyst tu membesar atau tidak. Harapan sy agar cyst tu hanya cyst biasa bukannya yg boleh membawa kemudaratan kpd diri sy. Moga sy tak fikir sgt pasal perkara ni. Td pun masa amik tekanan darah, bp sy tinggi tp mujur lah kali kedua ia kembali normal. Mybe nervous kot... =P
Kalo ada yg tertanya tanya mcmana cyst tu ni sy ada amik artikel dari laman alam hamil
  • Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau poket yang berisi lendir/air yang terjadi di dalam atau dipermukaan ovari. Ia adalah kejadian yang kerap berlaku dan kebanyakkannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya ia jarang memberikan simtom atau gejala.
    Walaubagaimanapun, kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakkan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
    Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan proses reproduksi wanita. Follicular cysts adalah cyst-cyst yang mengandungi telur daan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah
  • Jenis-Jenis Cyst
    Terdapat beberapa jenis ovarian cyst yang kerap dialami oleh wanita. Kebanyakaan tidak memberikan kesan serius dan hilang dengan sendiri, tetapi ada juga cyst in boleh tumbuh dan menjadi besar dan menyebabkan ketidakselesaan. Kadang-kadang cyst boleh menyebabkan anda sukar hamil.Follicular Cyst: Ia terbentuk dari folikel yang tidak pecah dan gagal mengeluarkan telur. Folikel ini kemudiannya akan menjadi cyst. Ia adalah cyst yang paling kerap terjadi dan jarang memberikan masalah atau komplikasi.Corpus Luteum : Corpus luteum cysts boleh terjadi selepas folikel pecah dan mengeluarkan telur. Selepas folikel pecah, lendir dan cecair terperangkap didalam folikel yang pecah tadi menyebabkan cyst terbentuk. Cyst ini selalunya akan hilang dengan sendirinya tetapi ia boleh menjadi besar dan memberikan komplikasi seperti pendarahan , pecah (burst) atau ‘twist’ dan ini akan menyebabkan kesakitan.Endometriomas: Endometriomas adalah cyst yang terbentuk pada mereka yang mengalami endometriosis. Ia terbentuk apabila tisu endometriosis melekat pada ovari dan darah yang terkumpul setiap bulan akan membentuk cyst pada ovari. Ia boleh menyebabkan sakit semasa seks dan haid. Cystademas: Cystademas adalah cyst yang terbentuk dari sel pada permukaan ovari yang tumbuh dengan sendirinya. Cyst ini selalunya dipenuhi dengan cecair mukus dan boleh menjadi sangat besar.Dermoid Cysts: Dermoid cysts juga terjadi dari sel ovari yang boleh membentuk gigi, rambut dan tisu-tisu lain. Ia agak jarang berlaku tetapi boleh menjadi besar dan menyebabkan kesakitan sekiranya ‘twisted”.Polycystic Ovaries: Terjadi apabila folikel yang sepatutnya melepas telur, gagal menjadi matang dan bertukar menjadi cyst. Kemudian, lebih banyak cyst-cyst ini akan terbentuk dan memenuhi ovari.
  • Siapakan yang berisiko untuk mendapat cyst ini?
    Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wani
    ta berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
  • Gejala Ovarian Cysts
    Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
    Sakit perut
    Rasa perut penuh dan tak selesa
    Rasa berat pada ari-ari
    Sukar atau kerap kencing
    Sakit semasa hubungan seks
    Muntah dan loya.
  • Diagnosa
    Diagnosa Cyst selalunya dibuat secara tidak sengaja, iaitu semasa pemeriksaan pelvis atau pemeriksaan faraj. Ovarian cyst dengan senang dapat di buat dengan mengunakkan mesin ultrasound, disamping itu, ultrasound juga boleh memberikan maklumat tentang saiz, lokasi dan kandungan cyst tersebut.
  • Ovarian Cyst dan masalah ketidak-suburan
    Bagi kebanyakkan wanita, kehadiran cyst tidak banyak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil kerana ia selalunya kecil dan tidak akan menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami endometriosis atau PCOS ia mungkin berkait rapat dengan masalah ketidak-suburan anda.
  • Rawatan
    Bergantung kepada jenis cyst itu sendiri. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk. Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita.

Kalo ada kalangan uols yg pernah alami perkara ni leh lah share dgn sy ye... ;)

6 hati ingin berkata:

MrsMama berkata...

Kawan akak dulu ada cyst ni gak tapi pastu dia buang kilang telur dia satu. Pastu tak taulah dia bole mengandung atau tidak sebab dia single lagi. Kalau ikut kata dia, chances susah tapi tak mustahil untuk mengandung. Nizza jgn fikir sangat ok. Ikut jer treatment doctor, akak doakan yang terbaik untuk nizza.

nizza-abira berkata...

MasNurin : oh ye ke kak, hmmm... harap niza ni jgn sampai buang2 ni. Apa pun, thanks kak...

Myalycia berkata...

ohhh... harap-harap cyst tu tak merbahaya... oh ya, mungkin nizza boleh buat rujukan atau khidmat nasihat dari doktor pakar ttg cystni, atau kesuburan.. tgk lah dekat blog ni .. http://drsukhilmi.blogspot.com/

mungkin boleh membantu...

CuTeMiUt78 berkata...

emm.. mudah2an.. cyst yg niza alami tu.. tak merbahaya..ikut je nasihat doktor.. tgk perkembangannya camne.. semoga semuanya baik2..

CPM honey_nurhaliza berkata...

sbut psl cyst ni cousin aku penah alami...dh mcm2 cara die cube utk pgnant tp gagal..smpilah 7 thn...now die amik 'alpha lipid" ngan mertua aku...baru2 ni perkara ajaib berlaku...cousin aku pgnant...tuh sbb aku pon nk tolong ko...kita hanya usaha je ok..apa2 msg aku..:)

Nora berkata...

harap² ianya x serius yer, nizza? ape² pun, teruskan berusaha. kalo terpaksa kuarkan 'modal' sket pun xpe sbb hasilnya nnt sesuatu yg kalian harap²kan ;)