Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Rabu, Mac 18, 2009

temujanji hari ini

Pagi ni ada appoiment dgn doctor, mujurlah kat putrajaya je kan. Tak perlu lah sy nak kelam kabut. Plan awal sy dan en din nak naik motor aje tp pagi ni ujan pulak. So terpaksa lah bwk kete, Sebelum tu mesti isi perut dulu, kalau en din dia tak kisah sangat nak cari mkn pagi2 ni. Coz dia dah biasa bila sampai opis, dia dok sibuk wat keje langsung lupa nak mkn. Lastly breakfast & lunch di sekali kan. Kira2 mcm 2 in 1 lah... Tp kalau sy lak, celik mata dah pikir nak breakfast apa ;)
Mungkin sebab ujan, jadi masa sy sampai kaunter pendaftaran tak berapa ramai org. Gitu jugak masa menunggu di klinik O&G. Kebetulan appoiment kali ni tak bertembung dgn ibu2 mengandung coz utk mereka hanya hari selasa & khamis.
Tentang perkembangan treatment sy kali ni, sy perlu tukar ubat coz ubat yg sy mkn skrg tak sesuai dgn sy. Cycle sy masih tak cantik. Tp ubat tu tak dibekalkan di hospital so kene beli kat farmasi. Harganya leh tahan jugak, sy kira2 utk stok 3 bulan sy perlu keluarkan dalam RM150. Tp tak pe lah, sy tak kisah sebab ianya atas nasihat doc. Lps 3 bulan & cycle sy dah okey baru doc wat treatment kesuburan. Doc ingatkan sy sekali lg, sy & en din tak de masalah besar. Darah, tiub & lain2 semuanya okey.... cuma cycle menses tak regular. Owh ye, cyst sy masih bersaiz lama. Tak membesar, jd doc kata it's ok.

3 hati ingin berkata:

Diarihatiku1976 berkata...

treatment u lebih kurang mcm saya gak ya.. period tak regular kan.. so telur tak membesar.. Tapi saya dah makan clomid tak membesar gak so Dr suruh injection plak.. kos mahal sikit /.... any perkembangan beritahu ya

CuTeMiUt78 berkata...

semoga semuanya berjalan lancar hendaknya..insyallah

Ummi Nuhlan berkata...

akak..masalah kita sama