Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Jumaat, April 17, 2009

AWARD serta kisah2 itu

Dari ayusyaida


Thanks ye ida bg award ni pd niza. Ida ni pun mcm sy juga. Masih lom ada rezeki utk mendapat zuriat. Saling berkongsi kisah, usaha & pengalaman.







Nak selitkan sikit citer sehari dua ni......

Pak Anjang En Din yg masuk icu minggu lepas masih tak sedarkan diri. Tak silap sy dah 3x operate kot. Asalnya pak anjang ada sakit kencing manis & ada tumbuh bisul kat kaki & tgh belakang badan. Yg kat badan tu dia ingatkan kayap so dia biarkan aje. Lama lah jugak dia hidap. Masa ari arwah nenek dikebumikan, memang nampak dia lesu aje. Bila pi hospital dia kene tahan. Lepas tu bacaan darah & air kencing tak leh nak baca, terus dia dimasukkan dlm icu & operate. Yg kesiannya, pak anjang sekeluarga duduk kat KL. Jd ahad lepas mak anjang terpaksa balik KL dulu utk uruskan anak2 sekolah. Tak pasti siapa yg jaga pak anjang, mybe makcik pakcik yg ada kat kampung kot gilir2. Mybe mak anjang pun ada ulang alik KL-MLK sepanjang minggu ni.

Teringat sy pd arwah pakcik sy iaitu adik kpd mak sy yg meninggal akibat sakit kencing manis. Beberapa bulan sblm dia meninggal, pakcik sy dipindahkan dari hospital kubang kerian ke hospital melaka atas beberapa sebab. Tp isteri & 6 orang anak yg masih kecil masih di kelantan krn sekolah & isterinya mengajar. Tak tahu nak gambarkan betapa sedihnya situasi pakcik sy yg menanggung kesakitan, rindu pada keluarga & dm masa yg sama semangat nak pulih tu masih kuat. Pihak isterinya pula, nak menguruskan 6 org anak serta perbelanjaan mereka, rindu pd suami begitu juga anak2 Nak jenguk tempatnya bukan dekat2. Kalu naik bas, pikir camana nak handle anak2 yg ramai, bwk kete pikir pulak duit minyak, makan minum lagi. Penat lagi. Rumah sy jadi tempat sedara mara berkumpul krn dekat dgn hospital. Dua hari sebelum dia meninggal sy ada balik mlk. Sy hampir2 tak sempat nak melawat dia kat hospital masa ari sy nak balik semula ke KL. Tp Allah kuatkan jugak hati sy krn siapa sangka tu lah pertemuan kami yg terakhir. Tanpa sy sedar itu tanda2 dia nak pi, sy hampir tak kenal arwah. Wajahnya lain sgt. Terlalu cengkung. Kebetulan waktu sy melawat dia tak de sapa yg jaganya coz pakcik sy yg jaganya balik ke umah utk salin baju. Hinggakan sy keluar semula dari biliknya dan pi tanya pd nurse betul ke itu arwah. Bila nurse kata ia, meleleh air mata sy. Sy agak rapat dgn arwah krn sikp arwah suka berlawak. Semua anak2 buah senang dgnnya..... Akhirnya sehari lepas sy balik KL, dia pun pergi tanpa anak & isterinya di sisi di mana mereka semua dlm perjalanan balik ke Melaka...... Bulan 5 ni genap 3 tahun arwah pergi. Hingga saat ini, sesekali isteri arwah masih terbau2 perfume kegemaran arwah di dalam bilik tidur mereka.

AL-FATIHAH.....

Panjang pula citer sy kan... tadi kata citer sehari dua,hihihi.... ye lah tetiba terkenang kan.... :( teruslah citer skali

En Din sy pulak, semalam spt biasa dia kene anta wife bos dia pi mengaji kat umah DS Najib. Lps anta dia pun pi lah mkn & masa nak pi balik amik wife bosnya dia eksiden tanpa melibatkan kecederaan dgn toyota alphard (betul ke eja nya?) coz toyota tu sibuk nak mencelah tp mamat sy tu pulak dengki tak mahu bg masuk coz katanya kete tgh banyak. Sekali tu ntah mcmana leh tercium pulak belakang toyota tu. Ha...amik ko! dah lah bwk kete bos, perdana v6. Mujur bosnya tak kata apa tp sy lak over risau. Yo lah, mana tau kene tolak gaji ke kan.... Tak pun kene saman ke coz katanya langgar belakang. driver toyota tu pun bwk bos jgk, pun panik tp bos dia kata suh report polis je. Tengah ari tadi En Din kol sy, katanya dah pi report tp sarjan yg handle kes tu tak de pulak. Mybe leh settle tp dia perlu jumpa sarjan tu, so kene dtg 2 ari lagi. Sy pun doa moga2 kes ni tak berpanjangan. Tp sy syukur sgt coz En Din tak de apa2, tu yg penting kan.....

1 hati ingin berkata:

Fathiyah berkata...

kak niza,salam takziah atas pemergian nenek suami akak.mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat.insyallah...
akak dok kat presint brape?
sy dok presint 9 :)