Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Rabu, Mei 27, 2009

KENALI WAKTU SUBUR MELALUI KITARAN HAID


Sumber : PA&MA JUN 2009

Haid tidak teratur sering dianggap salah satu punca wanita sukar hamil sementelah waktu subur sukar ditentukan. Menurut Dr. Adilah Ahmat, Pakar Perbidanan & Sakit Puan di Pusat Perubatan Pantai Bangsar, permasalahan ini dpt diatasi jika anda tahu caranya. Ikuti kupasan lanjut bersama INTAN JASTINA JAMALUDDIN.

Umum sering menganggap kitaran haid normal ialah setiap 28 hari. Hakikatnya, kitaran haid yg lazim adalah 25 hingga 35 hari! Untuk mengetahui waktu subur, wanita perlu memahami terlebih dahulu apa yg berlaku dari hari pertama haid sehingga hari pertama haid berikutnya.

Seawal hari pertama haid, sekumpulan telur baru (8-15 telur) telah memulakan proses pembesaran. Di kalangan wanita subur, hanya satu telur terus membesar dan mengalami ovulasi (tanpa rangsangan ubat). Telur-telur yg lain akan mengalah dan tidak menjadi. Bg wanita yg tidak subur, tiada satu pun telur yg akan membesar.

Pada masa yg sama, fasa proliferatif di amna lapisan endometrium di bahagian paling dalam dinding rahim akan menebal kesan rangsangan hormon estrogen. setelah ovulasi, hormon progesteron yg akan dihasilkan oleh kantung luteal, ovari akan mematangkan lapisan endometrium (fasa luteal). Ini sbg persediaan menerima kehadiran embrio. Jika tidak hamil, ia akan gugur sebagai haid. Tempoh fasa proliferatif tidak semestinya sama bg setiap wanita subur. namun, tempoh fasa luteal biasanya sama iaitu 14 hari. Ini bermakna, setelah 14 hari berlaku ovulasi, tempoh luteal tamat dan wanita akan haid jika tidak hamil. Ini turut bererti, waktu subur lebih tepat dikira sekitar 14 hari sebelum jangkaan haid berikutnya.

Waktu ovulasi adalah waktu paling subur. Jika kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke-14 (25 tolak 14). Bg wanita yg kitaran haidnya 35 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke-21 (35 tolak 14).

Dalam pada itu, ada wanita menyangka jika haid mereka datang pada setiap haribulan yg sama, maka kitaran haidnya tetap! Ini tidak benar kerana ada bulan yg mempunyai 30, 31, 28 atau 29 hari. Seelok-eloknya wanita mencatat hari pertama haid setiap kitaran selama 6 bulan untuk mengetahui jumlah hari kitaran paling pendek dan paling panjang.

KALENDAR KITARAN HAID
Maklumat berikut perlu diketahui sebelum memahami waktu subur.

* Paling subur
Dari 72 jam (tiga hari) sebelum ovulasi sehingga 24 jam selepas ovulasi. Jika sperma ada di dalam tiub fallopian dari 72 jam sebelum ovulasi pun, persenyawaan masih boleh berlaku kerana hayat sprema masih ada.

* Waktu berjaga-jaga
Dlm tempoh 5 hari sebelum ovulasi sehingga 2 hari selepas ovulasi. Ovulasi masih boleh berlaku (bukannya tepat) sekitar 14 hari sebelum jangkaan.

* Paling kurang subur
Lebih 5 hari sebelum ovulasi atau lebih 2 hari selepas ovulasi.

UJIAN... UJIAN...

1. Air kencing
Pada saat akhir menghampiri ovulasi, berlaku proses LH surge di mana paras hormon LH meningkat secara mendadak sehingga mencetus ovulasi. Kehadiran LH surge dikatakan berlaku apabila kelihatan jalur berwarna yg sama atau lebih jelas daripada jalur neutral di kit khas yg digunakan dlm ujian ini.

Ketepatan ujian boleh terganggu dengan kehadiran faktor-faktor yg mengubah paras hormon LH di dalam tubuh seperti kehamilan, menopaus, penyakit-penyakit tertentu (PCOS), ubat kesuburan, ubat-ubatan mengandungi hCG atau LH dan lain-lain. Waktu bacaan juga boleh mengubah warna dan kepekatan jalur bacaan.

Memandangkan LH sedia ada di dalam tubuh, tidak mustahil jalur berwarna samar kelihatan seawal ujian pertama. Dalam keadaan ini, ujian dianggap negetif. Ia tidak sama spt ujian air kencing utk kehamilan. Perubahan keputusan daripada negetif pada hari-hari sebelum LH surge sehingga hari di mana ujian menjadi positif menunjukkan ovulasi semakin hampir dan mungkin berlaku dalam masa 24-48 jam. Oleh itu, pasangan suami isteri perlu melakukan hubungan intim bermula beberapa hari sebelum ovulasi. Namun, bilangan kitaran haid seeloknya diketahui agar tidak berlaku pembaziran akibat menggunakan terlalu banyak keping kit ujian.

Bagi wanita yg diketahui mempunyai masalah pembesaran telur dan ovulasi, kaedah ini tidak sesuai digunakan bersendirian tanpa bantuan ubatan atau teknik pemantauan yg lebih berkesan.

2. Darah
Paras hormon progesteron dapat memberi gambaran sama ada ovulasi berlaku ataupun tidak. Lazimnya, ujian darah dilakukan pada hari ke-21 kitaran haid. Ia mengambil kira andaian bahawa bagi kitaran haid 28 hari, ovulasi yg berlaku pada hari ke-14 akan menyebabkan korpus luteum mula menghasilkan hormon progesteron. Maka pada hari ke-21, dijangka paras hormon progesteron meningkat. Bagi kitaran haid 35 hari, ovulasi dijangka berlaku sekitar hari ke-21.

3. Ultrasound
Kaedah ini dapat menunjukkan pembesaran telur dan bilangannya (terutamanya bagi wanita yg mengambil ubat subur) selain menentukan waktu paling subur berdasarkan saiz kantung telur dan ketebalan lapisan endometrium. Malah bukti ovulasi telah berlaku juga boleh ditunjukkan setelah tempoh itu. Walau bagaimanapun, ia memerlukan lawatan susulan berkali-kali. Hari temujanji sukar ditentukan kerana ia lebih berdasarkan tarikh haid wanita dan kadar pembesaran telur.

USAH TUNGGU WAKTU SUBUR

Secara amnya, ovum mampu bertahan 24 jam selepas ovulasi. Sperma pula dapat bertahan sehingga 72 jam selepas enjakulasi. Jika sperma bertemu ovum dalam masa 24 jam selepas ovulasi, peluang untuk hamil adalah tinggi. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bagi pasangan yg subur, peluang hamil adalah sekitar 15-25% dan ia adalah angka yg normal.

Bagi meningkatkan peluang, hubungan seks sehingga ejakulasi ke dalam faraj sepatutnya dilakukan tanpa mengira waktu subur. Lakukan secara kerap sekurang-kurangnya selang dua hari bagi memastikan sperma berada di dalam tiub falopian setiap masa termasuklah pada waktu ovulasi (tidak termasuk waktu haid). Kajian membuktikan, hubungan seks secara kerap (2-3 kali seminggu) lebih membuahkan kehamilan berbanding hubungan seks yg tertumpu kepada jangkaan waktu subur.

INFO
  • Sedikit kesakitan mungkin dialami segolongan wanita sewaktu ovulasi. Ia tertumpu di bahagian bawah abdomen sama ada kanan atau kiri dan boleh menjalar sehingga ke kawasan pusat. Sakit ini dikenali sebagai mittelschmertz. Namun, tanpa kesakitan ini tidak bermakna seseorang wanita tidak mengalami ovulasi pada bulan tersebut.
  • Petua lain untuk mengetahui waktu subur adalah berdasarkan perubahan ciri-ciri lendir dalam fasa proliferatif. Lendir inibertukar menjadi lebih jernih dan cair seperti putih telur yg masih mentah utk memudahkan pergerakan sperma menembusinya sewaktu berenang memasuki ruang rahim dan seterusnya ke tiub fallopian utk mensenyawakan telur. Semakin bayak kantung telur membesar, semakin banyak lendir yg keluar sehingga membasahi seluar dalam. Selepas ovulasi, peningkatan paras hormon progesteron menyebabkan lendir ini bertukar pekat keputihan dan kental bagi menyekat pergerakan sperma-sperma baru.

6 hati ingin berkata:

Ummi Nuhlan berkata...

kak nizza.ada dlm buku pa ma bulan ni kalo xsilap.,tq sebab bagi info yg bagus.

Puteri Satu berkata...

info yang cukup bagus...ri tu nak beli gak..tapi tak jadi...hihihi...dapat baca sini pun dah ok...

Fathiyah berkata...

kak niza,thanks 4 sharing the info.br saya tau psl actual date kesuburan nih.b4 dis tak amik tau.hehehe

MrsMama berkata...

hehehe akak pun nak ambik tau ler.

Mira berkata...

bagus sangat info ni...leh jugak tahu waktu subur bila..mana tahu moga-moga menjadi..insyallah

Unknown berkata...

shiem dah beli dah... bagus info dlm tue... pendek kata kalu nak peknen, better make love ngan somi selang sehari... supaya sperm sentiasa berada di dalam rahim.. huhu... :D