Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Selasa, Mei 05, 2009

Majlis Perkahwinan Hidayah & Alias 02-03 Mei 2009

Alhamdulillah, akhirnya dayah & alias selamat dinikahkan di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, P.J pada hari sabtu lepas asar. Majlis yg sepatutnya bermula jam 5.00 petang lewat 1/2 jam kerana kelewatan Tok Kadi hingga menimbulkan kegusaran di hati pengantin perempuan. Ccceewwaaahhh... ayat sy skema betul ek... =P
Dgn sekali lafaz, dayah dah selamat menjadi isteri alias....


Sedang menanti diijabkabulkan...


Sebab bapa dayah iaitu busu telah tiada, Abah Jantan (bapa sedara En.Din) yg mewalikan dayah sekaligus menikahkan mereka. Terserlah kesedihan dari raut wajah abah jantan sewaktu melafazkan akad.


Masa nikah ni, sy tak dpt nak amik pic yg elok2 skit coz ramai sgt yg dok kerumun pantin termasuk lah budak2 kecik. Tgk pic atas tu. susah betul sy nak snap coz kepala budak tu menghalang kamera sy. Dah tu bila ko dah snap, ko ketepi lah kan bagi laluan pada org lain. Ini tidak....dok lah berdiri tegak mcm nak nyanyi lagu negaraku depan pantin.


Singgahsana raja sehari....


Sebelum berarak utk malam berinai


Bunga api ni bagai satu kemestian bagi org melaka kalau wat majlis kawen.


Berarak....

Bersanding...

Kompang....
Sebelum majlis sanding bermula, kene lah amik pic pantin. Tu pun ramai nau yg potong trip sy. Baru sy nak tekan punat kamera, dah org lain tarik pantin. lastly, sy sound "kejap kak, sy nak amik gambo dulu. lama nau menunggu dah ni..." Nasib lah sapa yg kene tu.... =P

Pantin sedang bersanding.....


Oklah, malas nak citer panjang. Lastly Selamat Pengantin Baru buat kalian berdua. Selamat juga melangkah ke alam baru. moga kalian berdua berbahagia selamanya... :)

0 hati ingin berkata: