Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Ahad, Jun 21, 2009

Aktiviti ari sabtu - 20 Jun 2009

Spt yg dirancang beberapa minggu lepas, sy perlu hadir ke majlis perkahwinan kawan sy. Kebetulan kawan sy itu juga kawan kepada my SIL, dek ya. Masalahnya, majlis tu jatuh pada ari sabtu. Agak susah sikit coz ari sabtu En.Din keje setengah hari. Tp sebabkan kesungguhan kawan sy tu, tak sampai hati sy tidak hadir ke majlisnya. Mujur lah hanya di Seremban, so kene pandailah adjust time dan kene lah tunggu En.Din balik keje.

Utk memudahkan En.Din. seawal pagi sy dah ikut En.Din kuar pi keje lalu minta dia hantar ke umah mertua sy. Kiranya dari situ dah dekat lah En.Din nak amik sy & dek ya nanti.

Sebelum tu, Jumaat malam sy terima panggilan telefon dari mak sy yg maklumkan yang mak ayah, mak long, pak long & mak tua (panggilan utk nenek sy) nak datang hospital serdang utk melawat adik mak tua pada ari sabtu. Macam biasa setiap kali dtg ke area sini tentu lah mereka akan singgah ke umah sy. Sy juga tak nak lepaskan peluang untuk bertemu mak ayah sy. So, kat situ dah agak clash dgn program sy utk ke Seremban. Mujur adik sy, dhiyah ada kat umah sy (dia sekarang sedang keje di JPM sebagai PT utk skim contract for service). Dgn dia sy minta tolong sediakan makanan tengahari dan minta mak & ayah tunggu hingga sy pulang dari seremban.
Uols layankan dulu gambar2 ni ye....










Ni lah mempelainya. Jodoh idza spt sy, dia juga bertemu jodoh dgn rakan sekolah. Sy rasa ramai juga kwn2 sekolah kami terkejut dgn perkahwinan mereka coz masa sekolah mereka bukan pasangan couple. Malahan pengantin lelaki tu pernah couple dgn kawan kami yg lain. Tp dah di namakan jodoh kan.... walaupun idza pernah belajar sampai ke dublin (kalau tak silap) dan baru aje baik ke m'sia, tp cinta mereka tetap utuh. Dek ya & idza lak pernah satu kolej di KUIS dulu dan dek ya pun satu sekolah dgn kami semua. Apapun tahniah buat idza & helmee.... Moga kalian bahagia hingga ke akhir hayat...

Alhamdulillah, walaupun agak kelam kabu skit Allah permudahkan urusan sy semalam. Selepas anta dek ya balik ke umah mertua sy, kami terus ke hospital serdang. Lagipun masa mak ayah sampai dr melaka mereka terus ke umah sy untuk berehat. So, petang baru mereka pegi melawat.



Ni dia nek om, adik kepada mak tua. Nek om ni memang ada sakit buah pinggang dan baru jugak kuar dari hospital. Tp malangnya beberapa ari lepas, nek om jatuh terduduk dlm bilik air. Jadi tulang pinggulnya patah dan dimasukkan besi. Ingatannya pun dah tak berapa kuat. Kejap ingat, kejap nanti dia seakan akan lupa.
Ramai jugak adik beradik mak yg turut datang melawat termasuk mak ina & family dari JB. Dapat lah jumpa adik sepupu sy ni....

Buat masa ni Mohammad Ikram Din bin Nordin ni adalah adik sepupu sy yg paling kecil sekali. "Mak2 sedaraku, ada lagi ke yg nak menambah anak...???", hihihi...maklum lah makcik2 pun ramai yg muda2 lagi. Masih leh nak menambah umat. :)

Asik sy aje kene amik berkat, so kali ni sy pas pulak pada En.Din. Biar balance skit keberkatan tu.... Ermmm... ada gaya seorang bapa tak?

En.Din nampak gemuk kan dlm gambar ni...?
Dalam pukul 6.30 petang, kami semua beransur pulang. Ayah pun nak singgah semula kat umah sy coz dah nak hampir maghrib. So, melilau kami suami isteri mencari lauk basah utk dimasak sbg makan malam sebelum mereka semua bertolak balik ke Melaka. Syukur malam tu kami dpt menjamu mereka dgn sambal tumis udang, ikan sepat masin, sup ayam, dan lebihan lauk tengahari tu iaitu sambal sardin & sayur kobis.
NOTA KAKI : Ikutkan malam semalam juga family mertua sy buat BBQ kat depan umah bersama dgn dua jiran mereka yg lain. Tp malangnya kami tak dpt nak join atas sebab2 di atas.....

0 hati ingin berkata: