Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Rabu, Julai 22, 2009

PMS: Bukan Hal Main-main!

Info dari kotex
Beberapa hari sebelum kamu didatangi period kamu mungkin sedikit pemarah. Kamu senang memarahi adik kamu hanya kerana dikejut sedikit awal daripada biasa. Kamu rasa diri kamu gemuk, kembung dan sentiasa lapar sepanjang hari. Teman lelaki kamu tidak memahami kamu dan kamu merasakan yang kamu memerlukan ruang untuk bersendirian kerana dia kerap menaikkan kemarahan kamu.
.
Kebanyakan gadis remaja atau wanita muda akan mengalami perubahan sikap dan tubuh badan beberapa hari sebelum didatangi haid. Ini bukan tipu-tipu kerana ada nama khas untuknya. Ia dipanggil PMS atau Sindrom Prahaid. Kamu pasti pernah dengar akan PMS ini.

.
Apa itu PMS atau Sindrom Prahaid? Keadaan ini terjadi kira-kira dua minggu sebelum bermulanya haid kamu berbeza dengan dismenorea yang terjadi ketika bermulanya haid kamu. PMS biasa terjadi pada wanita berumur wanita yang sihat juga turut mengalaminya. Wanita yang sedang PMS akan mengalami perkara-perkara di bawah beberapa hari sebelum didatangi haid:

  • Perubahan emosi. Kamu mungkin pemarah daripada biasa. Kesesakan lalu lintas dan cuaca yang panas boleh menaikkan kemarahan kamu. Perkara remeh juga boleh menyebabkan kamu menangis. - sy rasakannya! selalunya en.din yg kene. ampun ye syg... =p

  • Kamu perlukan masa untuk bersendirian. Beberapa hari sebelum haid, kamu mungkin mahu ruang untuk kamu sendiri . Kamu lebih selesa duduk di dalam bilik beberapa jam dan tidak peduli menolak jemputan ke keraian.

  • Saya kembung. Kamu merasakan diri kamu gemuk, hodoh dan kembung beberapa hari sebelum haid. Kamu juga mungkin merasakan sedikit kesakitan otot dan payu dara kamu menjadi lebih sensitif terhadap sebarang sentuhan. - sesekali ada jugak!

  • Mengidam! Kamu akan mengidam beberapa makanan dan tidak menghiraukan makanan lain. Kemungkinan juga kamu hanya mahu makan makanan yang manis dan masam.
    Tahap konsentrasi yang lemah. Kamu menjadi cemerkap dan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk menyelesaikan tugas. - betul! sgt lah betul...

PMS dan Penyebabnya:

  • Ketidakseimbangan hormon. Peningkatan estrogen dan penurunan progestrone yang merupakan hormon utama perempuan boleh menyebabkan PMS. Estrogen membuatkan tubuh kamu menyimpan lebih banyak cecair dan ini menjelaskan kenapa kamu merasa kembung dan terasa berat beberapa hari sebelum haid kamu.

  • Ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Wanita yang mengalami PMS mempunyai tahap serotonin yang rendah dan ini menyebabkan perubahan emosi dan menjadi agak pemarah.

  • Kekurangan vitamin. Sekiranya kamu tidak mengambil makanan yang kaya dengan Vitamin A dan B seperti sayuran hijau dan kuning, kamu boleh mengalami PMS. Vitamin ini menolong mengekalkan keseimbangan di dalam otak kamu. - owh! kene mkn sumber mknan ini...

  • Stres. Kurang tidur dan masalah emosi juga boleh menyebabkan PMS. - rasanya tido cukup!

Sebelum berjumpa doktor, apakah yang boleh saya lakukan untuk mengurangkan PMS?

  • Tulis diari. Kamu boleh meluahkan perasaan kamu sepanjang dua minggu sebelum bermulanya haid kamu. Jangan lupa menulis tarikh dan apa yang kamu rasa sepanjang tempoh itu. Kenal pasti tanda-tanda PMS dan periksa sama ada kamu mengalaminya. Jangan lupa juga mencatat jika kamu ada melakukan senaman atau makan sesuatu yang berkhasiat sepanjang tempoh itu.

  • Ubah diet kamu. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Makanlah vitamin B tambahan sepanjang tempoh itu. - ni lagi kene ikut!

  • Lakukan beberapa senaman. Berjalan, berlari atau berenang. Ajak kawan-kawan atau keluarga menemani kamu. Ini boleh menjadikan senaman lebih ceria dan menyeronokkan. - ni pun nak kene buat!

Bilakah saya patut berjumpa doktor kerana PMS?
Ada sesetengah wanita mengalami PMS yang teruk. Mereka akan merasa sangat sedih dan tertekan sepanjang tempoh ini. Wanita yang lebih muda pula merasa tidak selesa dengan perasaan menggemuk. Perubahan emosi juga boleh mengeruhkan perhubungan kamu. Lebih elok jika kamu berjumpa doktor jika kamu tidak selesa dengan PMS. Bergantung pada hasil diagnosis, ubat-ubatan mungkin diberikan oleh doktor. Walau bagaimanapun, waktu ini adalah masa yang sesuai untuk mendapatkan kepastian daripada doktor tentang sebarang keraguan dan kebimbangan kamu.

nota kaki: kadang2 sy kene kadang2 sy okey aje. tak tentu.... tp bila makan pil hormon pasti akan kene. bila kene jarang sampai tak leh nak bangun... sometimes aje rasa week sgt.

Selasa, Julai 21, 2009

Tips dari 3R untuk Menjamin Privasi di Ruang Siber

Sekadar ingin berkongsi info dari 3r.com.my
.

Amalan yang boleh dipraktikkan untuk komunikasi online :
.
1) Sentiasa berhati-hati ketika memberikan butir-butir peribadi anda seperti nama penuh, alamat, dan nombor telefon. Sangat mudah untuk mencari informasi tentang seseorang di internet. Maka, melainkan anda mahu seluruh dunia tahu bagaimana untuk menghubungi anda (termasuk ’spammers’ dan penghendap siber atau lebih dikenali sebagai ‘cyberstalkers’), lebih sedikit informasi anda yang berada di internet, lebih baik dan selamat untuk anda!
.
2) Simpan data peribadi anda seperti emel, rekod ‘chatting’, gambar, dan video dengan selamat. Gunakan kata kunci atau ‘password’ yang mempunyai kombinasi huruf dan nombor, dan anda mungkin juga mahu menguncikannya dengan lebih selamat (dikenali sebagai encryption). Banyak ’software’ yang membolehkan anda melakukan ini, supaya password anda tidak dapat dileraikan denganbegitu mudah.
.
3) Fikirkan beberapa kali dahulu sebelum meletakkan apa-apa gambar peribadi anda di internet. Gambar anda mungkin akan digunakan atau diubah oleh orang lain, tanpa persetujuan anda. Banyak cara lain untuk anda berkongsi gambar-gambar peribadi anda bersama keluarga dan rakan-rakan yang jauh.
.
4) Berseronoklah dengan teknologi. Belajar lebih banyak bagaimana laman-laman web yang anda lawati berfungsi, siapakah orang yang bertanggungjawab untuk laman web tersebut supaya anda tahu siapa yang perlu dihubungi jika mahu menghantarkan sebarang aduan. Lebih banyak yang anda tahu tentang teknologi terkini, anda mampu mengurangkan risiko pendedahan anda di internet, dan yang lebih baik, lebih banyak manfaat dan keseronokan yang anda dapati ketika melakukan aktiviti online dan berhubung secara online dengan rakan-rakan anda!
.
Yang paling penting, anda perlu bijak mengawal privasi antara diri anda dengan keluarga, rakan-rakan, pasangan, dan juga majikan anda. Berbicaralah secara terbuka dan pastikan mereka memahami hak anda untuk mengekalkan privasi anda. Mempercayai dan menghormati hak masing-masing adalah cara terbaik untuk mengadakan komunikasi secara online!
.
notakaki: sy selalu tidak berkesempatan menonton rancangan 3r di tv3. so bila ada masa, sy layari laman webnya sambil baca artikel & info2 yg memang berguna.

Isnin, Julai 20, 2009

sesekali bila menjaga anak-anak kecil :)

Assalamualaikum....
Lepas maghrib semalam otw balik dari umah mertua, jiran sy fauzi kol en.din. Dia nak minta tolong jaga kan anak2nya coz dia nak bawa wife dia ida ke hospital coz demam teruk. Sy tentu lah suka, en.din pun okey aje. walaupun agak berdebar coz ni 1st time sy nak jaga anak2 fauzi & ida tp dlm hati tetap riang.


faiz & adiknya. senang aje jaga mereka berdua. faiz leka main sendiri. dok ikut apa citer cartoon tu buat, dia pun ikut buat. Bila jaga mrk ni ter verangan pulak sy, dlm hati kata kalau sy ada dua org anak, gini lah gayanya ye....hihihi...


yg adiknya pulak pantang diagah, asik ketawa aje. geram menengoknya. en.din pun leka melayan adik.



Haaa... tengok tu.... tu en.din tengah agah dia lah tu....
Ekceli sy dah lupa apa nama adik ni. so sy panggil adik aje....
tak sampai satu jam, fauzi & ida dah balik coz kes kecemasan kat sepital terlalu banyak mlm tadi. so kes mereka ditolak & diminta utk dtg ke klinik komuniti pagi ni. Mrk just cek suhu badan & bagi makan ubat aje....
arini sy asik dok terbayang gelak ketawa si adik. ghindu pulak kat mereka berdua :)

Khamis, Julai 16, 2009

video kecuali cintamu

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya sy berjaya jugak masukkan video dari youtube ke dlm blog ni. Ekceli awal2 kemunculan drama 'kecuali cintamu' ini sy jarang tengok. kejap sy rasa best kejap kang sy rasa boring bila tengok adegan yg agak2 daring tu. Cuma lately ni citernya agak okey skit, mybe dah nak abis kot.
.
So, layankan aje lah video kat bawah ni ye...
.


Khamis, Julai 16, 2009

Bila menang dpt hadiah...dan sy dah terima hadiah tu

Assalamualaikum.....
.
Panjang aje senyum sy sejak pagi tadi :)
.
Mana taknye, sy dpt panggilan tepon dari insan ini minta sy tunggu di lobi coz dia nak sampaikan barang. Ekceli sy pemenang dlm contest di blog dia aritu. Kebetulan kami satu kementerian tp sebelum ni tak pernah bersua muka atau pun tak perasan. Sebabkan ber blogging kami dah menjadi kawan. Tgk lah betapa besarnya penangan blog ni hinggakan terjalinnya satu persahabatan, alhamdulillah....
.


.
Ni dia beg yg disampaikan alycia. Masa sy sambut beg ni terdetik dlm hati, punyalah berat isi dalamnya... Ntah apa lah agaknya kan....
.
Bila sy buka aje, senyum sy makin meleret leret... mcm org tgh bercinta aje gamaknya. Mana tak nya, seakan memahami minat sy alycia menghadiahkan sy dgn novel ini....
v
v
v

.
Suka...suka...suka... teramatlah suka :) Ekceli sy dah ada novel ni tp lom sempat baca. tp tak apa, sy tetap akan baca novel yg alycia bagi ni.... dan sy hargai sesangat pemberian dia.... :)
.

.
Siap ada bookmark lagi tu....
.
Dan... ini jugak....
.


.
Gelang kristal.... Cantik sgt, kebetulan sy pakai baju kurung warna hijau. Memang sedondon....
.
Tangan di atas bukan milik sy, hihihi... tp milik opismate. Pinjam jap utk peragakan gelang tu....
.

.
Sikit coretan dari alycia.....
.
Terima kasih bebanyak ye alycia.... rasa banyak sgt pulak hadiah yg diterima tp sy hargaiiii sesangat. Dan yg pastinya sy SUKA ! :)

Rabu, Julai 15, 2009

Lawatan ke Karangkraf

Assalamualaikum....
.
Mmmm... penatnya arini.... ikutkan tak larat nak online malam ni, tp semangat sy masih ada. so sy tak mahu persia2kan.... :)
.
Sejak En.Din dpt keje baru tp masih dlm syarikat yg sama, dia sampai umah awal. Lagi 10 minit kul 7 mlm dia dah terpacak depan pintu. Biasanya time gitu sy baru nak bersilat di dapur sambil tunggu maghrib tp nampaknya jadual sy tu kene ubah skit coz setiap kali dia balik tentu dia akan mengadu kelaparan.
.
Sebab utama sy kepenatan sesangat arini kerna sy mengikuti lawatan ke karangkraf shah alam tengahari td. Tentu ramai tahu kan yg karangkraf tempat terbitan majalah2 femes kat m'sia ni selain novel2 alaf 21 & buku prima. Spt yg uols tahu sy memang minat majalah & novel2 so bila peluang ini di beri tentunya sy tak akan melepaskan peluang.
.
Kami (maknanya ahli rombongan) di bawa melawat hampir setiap sudut ruang keje mereka dari jumpa wartawan, graphic, masuk studio hingga ke tempat percetakan sambil diberi penerangan. syok jugak kan sesekali dpt tengok bagaimana sesebuah majalah itu dihasilkan.... banyak jugak perkara yg kita tak tahu sekarang jadi tahu...
.

Sy tak ada lah nak amik gambar sangat. Malu lak weiii.... Lgpun kat bahagian percetakan tak leh nak amik gambar.
.


Tgh edit2 gambar utk majalah maskulin
.
Lepas dah melawat semua tempat tu, kami diberi peluang membeli belah kat kedai mereka. Semua majalah & novel dlm tu diberi diskaun 15% tak kira baru atau lama. eee...memang rambang mata tp sy kerap muhasabah diri, hihihi.... tp kan dlm muhasabah diri tu, sy tetap cilok beberapa majalah & novel....
.



Dua novel dr penulis yg sama.... Andai Itu Takdirnya novelnya yg pertama & Cinta Kau dan Aku novelnya yg kedua. Dari apa yg pernah sy baca kat blog2 tukang ulas buku, novel pertamanya tidak lah mengecewakan.... apapun tunggu sy baca dulu ye utk membuktikannya... =P
.

Utk aina'a....
.

Sy jarang beli RASA, tp kali ni sy beli sbg persediaan utk menyambut puasa nanti. Harap ianya dpt membantu sy utk memberi idea2....
.


Ini majalah wajib sy... kene beli every month....
.

Ni pun sy jarang beli tp kali ni beli coz ada artikel tentang rambut. Manalah tahu leh sy praktikkan utk rambut sy yg agak bermasalah ni
.
Mingguan wanita pun jarang beli tp beli sebab saja.... leh gitu?
.
Cuma kan agak terkilan skit coz majalah PA&MA dah abis stok baik lama atau baru. Wah! maknanya sy perlu cepat2 carik di luar sana....

Yg kat bawah ni ahli rombongan dpt sebagai ala ala goodies gitu....
.
.

.


.
So itu ajelah yg sy beli, harga selepas diskaun amat lah berbaloi. Apapun memang syok pi karangkraf. Apa yg penting staff2 kat sana amatlah friendly. If ada peluang, memang nak pi lagi....
.
Wokehlah... badan sy makin letih. En.Din pun dah berdengkur sebelah sy ni... Time to sleep...tadaaa...
.

Selasa, Julai 14, 2009

kecuali cintamu

Sayu..dan pilu
jiwa meruntuhku
bagaikan terasa
dicucuk sembilu
.
maafkan diriku
aku tak berdaya
bukan kehendak ku
pergi meninggalkan mu
.
walaupun tak bisa
ku ulangi nya semula
biar apa alasan
hati dan perasaan
cintaku tak berubah
.
aku merindukan
belaian kasih dan manjamu
biar apa terjadi
kau tetap ku miliki
cintaku hanya untukmu
.
dikala pertemuan ini
tersingkapnya kenangan lalu
kau takkan ku biarkan
halangan menjadi pemisah
.
walaupun tak bisa
ku ulanginya semula
biar apa alasan
hati dan perasaan
cinta ku tak berubah
.
aku merindukan
belaian kasih dan manjamu
biar apa terjadi
kau tetap kumiliki
cintaku hanya untukmu

.

sy suka sgt lagu ost panggung anak wayang ni. Mendayu dayu aje suara akma af3 tu nyanyi. Feeling sensorang jap =P.
.
p/s: sy sedang belajar nak masukkan video dlm blog tapi masih gagal even dah study kat sini. tp sy masih berusaha, chaiyyookkk!!! :)



Khamis, Julai 09, 2009

Semuanya dlm satu entry :)

Assalamualaikum semua...
.
arini dah 9hb Julai tp entry ni baru entry pertama utk bulan ni. so....lambatkan....
.
Alhamdulillah... sy sudah sihat, kembali ceria walaupun adakalanya perasaan sebak tu akan dtg bila teringatkan perkara itu. Dah!!! sy tak mahu nak kalutkan kepala sy dgn memikirkannya. Lantak dia lah nak buat apapun. Tertonggeng terbalik sekalipun..... =P Ekceli sy memang nak kongsikan perkara ini bersama uols semua. Tp sy tak tahu nak mulakan dari mana. Nanti2 lah ye, bila sy dah ready sy akan story.
.
Apapun, terima kasih yg tak terhingga buat uols yg memberikan kata2 semangat atau nasihat. Semuanya sy hargai sesangat... Moga kalian tak jemu utk terus memberinya di kala sy dilanda kesentapan...
.
Ekceli, dari ari selasa lepas sy nak online. Tp stremyx sy dilanda masalah. Semalam baru berkesempatan nak buat report dan baru jap tadi technician TM datang. Mujur tiada masalah yg besar dan sekarang sy boleh bebas untuk bertenet :) Thank's utk TM coz memberi perkhidmatan yg cepat.
.
Semalam jugak sy ada appoiment dgn doktor. Appoiment kali ni agak mencabar. Ikutkan masa appoiment jam 10.40 pg tp 10.47 pg baru En.Din amik sy kat opis coz dia ada meeting. Sy nak naik bas, dia tak bagi pulak. Dlm keadaan terkejar-kejar tu, bila sy diminta untuk cek berat & wat BP, bacaan BP sy tinggi. Cek lagi tp tetap sama iaitu 132/93! So, nurse suh rehat 1/2 jam coz sy kata maybe sy kelam kabut tadi. Alhamdulillah, bacaan selepas 1/2 jam baik skit walaupun nurse kata belah bawah tak berapa cantik tp nurse kata ok iaitu 122/90.
.
Bila dah lambat, maka lambat jugak lah no.giliran. 5 minit pukul 3 petang baru sy dpt jumpa doktor, huhuhu.... dgn tak makan lagi, dgn dari pagi sy menahan utk hadas kecil coz sy tahu setiap kali ada appoiment mesti kene scan. dah tentu nak kene simpan urine kan?! Tp sebab kan itu, doc puji tau. nasib baik kain sy tak koyak, hihihi =P dan sebab tu jugak hasil scan tu sy nampak dgn jelas sgt.
.
Kali ni doc mula bekalkan ubat subur utk dimakan next menses. Ari ke 10 menses, sy perlu dtg utk buat FT (Follicle Tracking) scan. Minta2 semuanya akan berjalan lancar. Sy harap telur2 sy akan membesar hingga saiz yg dikehendakki. Owh ye! cyct sy makin mengecil tau, memang hepi sgt sy mendengarnya. mungkin produk ld-venus yg sy makan tu turut membantu sy.
.
Oklah, sy nak memasak pulak. Lain kali sy sambung lagi ye... daaaa.... :)
.