Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Khamis, Julai 09, 2009

Semuanya dlm satu entry :)

Assalamualaikum semua...
.
arini dah 9hb Julai tp entry ni baru entry pertama utk bulan ni. so....lambatkan....
.
Alhamdulillah... sy sudah sihat, kembali ceria walaupun adakalanya perasaan sebak tu akan dtg bila teringatkan perkara itu. Dah!!! sy tak mahu nak kalutkan kepala sy dgn memikirkannya. Lantak dia lah nak buat apapun. Tertonggeng terbalik sekalipun..... =P Ekceli sy memang nak kongsikan perkara ini bersama uols semua. Tp sy tak tahu nak mulakan dari mana. Nanti2 lah ye, bila sy dah ready sy akan story.
.
Apapun, terima kasih yg tak terhingga buat uols yg memberikan kata2 semangat atau nasihat. Semuanya sy hargai sesangat... Moga kalian tak jemu utk terus memberinya di kala sy dilanda kesentapan...
.
Ekceli, dari ari selasa lepas sy nak online. Tp stremyx sy dilanda masalah. Semalam baru berkesempatan nak buat report dan baru jap tadi technician TM datang. Mujur tiada masalah yg besar dan sekarang sy boleh bebas untuk bertenet :) Thank's utk TM coz memberi perkhidmatan yg cepat.
.
Semalam jugak sy ada appoiment dgn doktor. Appoiment kali ni agak mencabar. Ikutkan masa appoiment jam 10.40 pg tp 10.47 pg baru En.Din amik sy kat opis coz dia ada meeting. Sy nak naik bas, dia tak bagi pulak. Dlm keadaan terkejar-kejar tu, bila sy diminta untuk cek berat & wat BP, bacaan BP sy tinggi. Cek lagi tp tetap sama iaitu 132/93! So, nurse suh rehat 1/2 jam coz sy kata maybe sy kelam kabut tadi. Alhamdulillah, bacaan selepas 1/2 jam baik skit walaupun nurse kata belah bawah tak berapa cantik tp nurse kata ok iaitu 122/90.
.
Bila dah lambat, maka lambat jugak lah no.giliran. 5 minit pukul 3 petang baru sy dpt jumpa doktor, huhuhu.... dgn tak makan lagi, dgn dari pagi sy menahan utk hadas kecil coz sy tahu setiap kali ada appoiment mesti kene scan. dah tentu nak kene simpan urine kan?! Tp sebab kan itu, doc puji tau. nasib baik kain sy tak koyak, hihihi =P dan sebab tu jugak hasil scan tu sy nampak dgn jelas sgt.
.
Kali ni doc mula bekalkan ubat subur utk dimakan next menses. Ari ke 10 menses, sy perlu dtg utk buat FT (Follicle Tracking) scan. Minta2 semuanya akan berjalan lancar. Sy harap telur2 sy akan membesar hingga saiz yg dikehendakki. Owh ye! cyct sy makin mengecil tau, memang hepi sgt sy mendengarnya. mungkin produk ld-venus yg sy makan tu turut membantu sy.
.
Oklah, sy nak memasak pulak. Lain kali sy sambung lagi ye... daaaa.... :)
.

5 hati ingin berkata:

Ummi Nuhlan berkata...

akak...gud luck...chaiyokkk

Nora berkata...

bagus nizza.. sume buat ikut skedul doc. usaha, tawakal & istiqamah tu penting. i-Allah ade lar hasilnye nnt. akak doakan sumenye ok ;)

CuTeMiUt78 berkata...

eemmmm good news tu.. takpe la.. apapun harap kuat semangat utk tempuhi segala dugaan ya.. :D

Myalycia berkata...

alycia doakan agar semuanya dipermudahkan..Amin.

MrsMama berkata...

Happy for u....akak lagilah tiap kali p amik BP mesti tinggi padahal bila akak buat kat kinik private yang akak dah kenal doktornya takde lah BP tu nak tinggi tak tentu hala.