Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Jumaat, Ogos 21, 2009

Cerita dari saya....

Assalamualaikum...
.
Kebelakangan ni memang tak sempat nak update blog. Bila badan dah penat, mula lah malas nak on laptop. Padahal cucuk aje wayar2 tu. Tenet kat umah ni pun jarang2 sgt sy guna, kadang2 seminggu sy tak online. Bila dipikir macam membaziiirrr aje kan dok bayar kat TM sedangkan penggunaannya tak lah memberangsangkan. Lagipun membazir tu kan amalan syaitannnn..... Errrmmm...tgk la dulu mcmana, nak potong mcm sayang. Kalu En.Din outstation or o.t leh lah sy bertenet. Tak de lah boring sgt kan.... Mmmm...nanti2 lah kendian pikir.
.
Satu lagi hal yg melibatkan duit jgk, pasal astro naikkan harga sukan. Ikutkan hati sy, nak aje sy potongkan pakej tu. Bknnya sy minat pun nak tgk sukan2 tu. Sy rasa astro ni makin melampau lak. Ada aje bende yg dia nak naikkan. Tp En.Din lak mcm ala2 syg kat pakej sukan tu. Bila sy tanya, dia diam aje. Padahal dia bukanlah fanatik sgt tgk sukan tu. Apatah lagi kalau time piala dunia bagai, bukannya dia nak bersengkang mata sampai pagi. Sampai masa mata dia ngantuk, tido lah dia. Tak de lah nak berjaga malam semata mata nak tgk bola or lain2. Kalu tak agak berbaloi jugak lah kan kalau bayar mahal2 utk pakej sukan tu. =P
.
Semalam & hari ni sy ada bengkel KMK kat residence hotel @ uniten. So far ni kali pertama sy pi sejak join KMK. Best sgt bengkel ni coz byk perkara yg dpt sy belajar. Lgpun bengkel ni tak lah memberatkan sgt kepala. Relaks & santai aje. Ekceli sy dah capai atleast 7 hari berkursus utk setahun, tp bila ada peluang apatah lagi sy salah sorang ahli KMK ni tentunya peluang ni tak sy lepaskan.
.
Esok dah puasa kan...? Pejam celik pejam celik ramadhan muncul kembali. Lauk utk sahur sy dah siapkan cuma nak panaskan semula nanti. Telur ayam & ali cafe En.Din pun dah dibeli. Seingat sy sejak dok putrajaya, tak pernah lagi sy terlepas waktu sahur. Moga tahun ni jugak sy tak 'terlangsung' bersahur coz kami berdua tak biasa kalu tak bersahur ni. Esok kami akan berbuka di umah mertua sy. Syoknya dpt berbuka beramai-ramai. Lg syok, minggu depan kami akan balik melaka umah mak ayah sy. Lama jugak tak balik sana. Kali ni sy ada projek dgn dhiyah. Apa projeknya....? Tunggu & lihat nanti ye....
.
Okey lah, moga bertemu kita lagi di lain entry. Nak masuk tido dah ni. Lg pun dah lewat... Tadaa...

1 hati ingin berkata:

Mrs. Simplicity berkata...

nizza, jgn potong line internet kat umah. macam alya, selalu gak terfikir mcm tu. sebab alya mcm nizza la, kadang seminggu lebih tak jenguk tenet kat umah. letih sgt2. tapi, fikir2 balik, nanti akan ade waktu senggang yg kite tak tau nk wtpe kan, so tak jd la potong.

hmm..mmg marah & tekejut bila dpt tau pakej sport naik. mendadak pulak tuh. sebelum ni bajet nak bayar bill astro < dari rm100. skang da exceed. tah aoe2, hujan still tak dpt gak..

ape2 pun, selmat berpuasa utk nizza ye. moga amalan kita akan lebih diberkati pada tahun ni, insyaAllah. & jgn tertuang sahur. alya pun takleh kalau tak sahur. tambah2 pregnant..

p/s : panjang lak komen arini ;)