Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Isnin, Oktober 19, 2009

Salahkah Saya...?

Assalamualaikum...
.
Salah kah sy? salah kah sy andai hingga kini sy masih belum punyai zuriat sendiri? salah kah sy andai satu hari nanti adik2 sy akan memotong q sy? salah kah sy andai adik2 sy yg akan dpt zuriat dulu dari sy? salah kah sy?
.
Kawan2....
sy dipersalahkan kerana sy tak punyai zuriat lagi. hanya Allah saja yg tahu mcmana hati sy tatkala disindir dgn soalan lebih kurang gini bunyiknya....
.
"Ni bila lagi ni, dah 2 org beratur (maknanya adik2 sy dah 2 org nak kawen). Nak 'tunggu' bila lagi?"
.
Mungkin pada pandangan anda ayat ini adalah biasa saja. Tp bg sy yg menanggung, ayat yg terakhir tu seolah olah meletakkan kesalahan di bahu sy. Spt sy sengaja nak tunggu, spt sy yg tak mahu. Org yg bertanya itu spt dah lupa segala yg berlaku adalah dgn izin Allah. Dia lupakah yg Allah yg menentukan segalanya....? Dia lupa kah dgn kuasa Allah?
.
Sy perasan, ini bukan soalan pertama yg pernah ditujukan pada sy. Dah acapkali .... Yg peliknya yg tanya ini adalah lelaki sedangkan yg perempuan2 tidak lah sesibuk dia. Yg buat sy lagi sedih sebab dia bukan saja kuarkan soalan yg pedas tp siap dgn memek muka yg serius, seolah olah marah.
.
Kalau dia sendiri tak sabar nak tgk sy menimang zuriat, sy sendiri lagi teruja dan teringin sekali nak punyai zuriat. Kenapa nak bazirkan masa utk tanyakan pada sy soalan2 gitu sedangkan alangkah lebih baik jika dia mendoakan kebaikkan utk diri sy & suami?. Bukankah doa itu lebih baik dr menyakitkan hati org?
.
Spt yg pernah sy nasihatkan pd teman senasib sy, reaksi sy ketika itu adalah senyum. Senyum lebih baik dr menjawab tp Allah aje yg tahu hancurnya hati ini.
.
Dia tak ada depan sy, mana lah dia nak tahu macamana usaha sy utk mendapat zuriat. macamana kesakitan yg sy alami, macamana kesan yg sy dpt akibat ambil ubat2 hormon. Semuanya dia tak akan tahu sebab dia hanya pandai bercakap tp tak melihat apa yg sy lalui....
.
Sebelum sy disoal dgn soalan itu, suami sy ada berkata semasa kami dlm perjalanan ke majlis tunang faim sabtu lalu. Ketika itu kereta kami penuh dgn barang2 hantaran baik kat seat belakang dan bonet. dia kata...
.
"Ada hikmah kita belum punyai anak. Ini lah hikmahnya, kereta kita ni leh jadi tempat simpan barang2 hantaran. Tak perlu susahkan sedara mara utk memegang hantaran. Kalau dah ada anak, kerusi dia aje dah penuh kat belakang..."
.
Jadi kata2 akhir suami sy itu menjadi semangat utk sy tidak mempedulikan soalan 'dia' itu. Kerana... sy tahu suami sy sentiasa di sisi sy, suami sy sendiri tak pernah mendesak sy jadi apa sy kisah dgn kata2 org yg sentiasa tak puas hati dgn kehidupan org lain sedangkan kehidupan dia sendiri sedang tunggang langgang. begitu juga mak ayah sy tak pernah memberi tekanan pada sy...
.
Dan sebenarnya.... sy sudah lama 'redha' jika ditakdirkan adik2 sy terlebih dahulu mendapat zuriat. Sekurangnya sy boleh menumpang kasih dgn anak2 mereka walaupun tak sama spt ada anak sendiri....
.

6 hati ingin berkata:

Nieza Ishak berkata...

Moga2 Nizza lebih tabah .. dan bersyukur suami tetap disisi kita walau perit nak meghadapi.

Berat bahu nizza nak memilkul semua pertanyaan org... mmg senyum adalah penawar duka.

Doa banyak2 yerk ....

Mrs. Simplicity berkata...

alya faham ape yg nizza rasa. tp alya takde kt tmpt nizza. tentu lebih perit menahan telinga.

kenapa la org takleh jaga mulut ye. tak fikir ke, kalau tak jadi kat dia bole jadi kat anak cucu dia. manusia ni mmg tak cukup2, ade je diorg nak kata.

smlm baca pa&ma, pasangan ni lepas 11 tahun menanti akhirnya dikurniakan cahayamata. maknanya 11 tahun menahan telinga ye. harap Allah tak bagi nizza dan suami menunggu selama itu. insyaAllah..

~ iezza ~ berkata...

Sabar la nizza.Iezza harap nizza dapat laluinya dengan sabar.Mungkin tuhan belum bagi rezeki anak lagi tu.Mungkin apa yang berlaku nie semua ada hikmahnya.

Buat pekak telingga aje.Masuk telinga kanan kuar telinga kiri.War bodeoh je ngan org mcm tu.

Myalycia berkata...

alahai, sedih alycia baca entry nizza... yup, mmg mulut org susah nak ditutup... lagi 1 mmg lah semua org boleh berkata sabar... tp yg menanggungnya diri sendirikan...

apa-apa pun alycia doakan nizza akan dpt menimang zuriat sendiri suatu hari nanti.. Amin.. Insya Allah, setiap kesusahan yg Allah beri pada umatNya itu, ada hikmah yg menanti.. Insya Allah..

RaFFLeSiA MeRaH berkata...

samelah kita, tapi kita kena ingat dan yakin...Allah syg pada hamba-hamba Nya yg sabar....

sue_eila berkata...

salam perkenalan..sue faham yg nizza alami coz sue pun lalui keadaan yg sama. cuma kekuatan n kesabaran yg buat kita lebih kuat untuk mengharungi semua ni.Insyaallah ada rezeki kita nanti :-)