Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Rabu, Ogos 26, 2009

Catatan Puasa Ke 5

Assalamualaikum...

Sekejap masa berlalu, dah 5 hari kita semua berpuasa kan....
.
Hari ni sy memasak tp ala kadar aje. Tom yam udang, sambal goreng ikan bilis & telur dadar. Tp tu semua mampu membangkitkan selera kami suami isteri. Dah 2 hari sy beli kuih kat cafe sebelah. popia goreng, cucur badak & lepat pisang siap ada inti kelapa (1st time sy mkn yg ada inti ni). Semuanya sedap & cukup rasa, kira puas hati lah bila makan. Kat opis tadi ada jual buah mangga & belimbing besi. Sy pun menyibuk gak nak beli tp masa sy pi tu mangga dah abis, hanya tinggal belimbing. Sy pun beli coz dah lama tak mkn belimbing. Harganya RM3 shj utk 1 plastik tp dlm tu sy rasa nak dekat 20biji. Berbuka tadi sy siap potong2kan. Mmmm...memang manis!!! Nanti leh buat jus pulak....
.
Sejak kawen, bila puasa perut sy mudah masuk angin dan angin tu akan naik ke kepala sekaligus akan pening & loya2. So sbg persediaan sy akan minum kacip fatimah setiap kali bersahur. Alhamdulillah, tenaga sy tetap ada & tak de masalah2 yg sy kata kan tadi. Tp dah 2 tahun sy tak lalu nak minum kacip fatimah ni. Muak!!! So sy cuba gantikan dgn milo, tp tak mampu nak minum pagi2. Tahun ni sy cuba lak makan yogurt dan alhamdulillah sy tak hadapi masalah2 tu. Walaupun skit letih (rasanya, it's normal kan?) tp rasa loya tu tak ada. Sblm puasa dah beli 6 cawan, tp pagi tadi stok yogurt tinggal satu cawan aje. Tadi paksa En.Din pi carik jugak. Tp dia tak balik2 lagi ni...ntah mana ntah dia pi....
.
Adik sy, Adha (igt tak entry yg sy pi konvo & hantar dia mula keje ke kedah tu?) akan melangsungkan pertunangan pada raya ketiga ni. Jodohnya dgn org Baling, Kedah. Agaknya memang jodoh dia di kedah tu coz dr belajar, keje & jodoh semuanya di kedah. Memang perkara ini sy pernah jangkakan akan berlaku. dan ternyata jangkaan sy tepat.
.
Petang or malam raya kedua kami akan bertolak ke sana. Tak tahulah ada ke tidak sedara mara yg nak ikut coz masa tu kan org tgh sibuk2 raya. Nak bwk nenek & mak tua pun tak sampai hati rasanya coz dah tentu aritu masih ramai lagi sedara mara kat umah mereka. Tp terpaksa gak buat time tu coz itu je lah masa yg sesuai memandangkan mereka nak nikah jugak ujung tahun ni. Ekceli byk kejadian yg sentap menyentap berlaku sblm tarikh pertunangannya ditetapkan. Tp sekarang ni sy malas nak pikir2. Biarlah...kalu itu dah keputusannya. Sy doakan yg terbaik aje utk dia.
.
Jadiknya lps raya sy akan kembali sibuk dgn persiapan perkahwinan dia pulak. Mak dah request bunga telur dip utk letak di pelamin. Begitu jugak hantaran dia nanti. Selain itu, adik ipar sy pun tempah bunga telur utk adik iparnya yg jugak nak kawen ujung tahun ni. Errmmm...larat ke idak tu sy nak buat? InsyaAllah kalu tiada 'gangguan2' luaran, siap lah semuanya. Lgpun majlis kat umah sy mybe buat awal tahun depan.
.
Okeylah uols...sy nak pi sidai baju yg dah basuh. Mata dah naik kelat ni tp terpaksa tunggu En.Din balik coz dia gatal tak mahu bwk kunci. =P
.

Isnin, Ogos 24, 2009

Puasa Ke-3

Assalamualaikum...
.
Hari ke-3 puasa, alhamdulillah sy masih dpt jalankan ibadah ini. Semuanya berjalan lancar even ada sengal sana sini. Arini ari pertama keje utk bulan ramadhan ni. Suasana di opis biasa2 aje. Sampai ujung bulan ni sy masih masuk keje jam 8am-5pm. Tp bulan depan sy nak tukar utk ramadhan ini je kpd 7.30am-4.30pm. Saja nak balik awal even lom tentu sy akan memasak. Tgk keadaan jln raya di putrajaya ni ptg tadi, sy tak sanggup nak duduk lama2 dlm bas. Padahal jarak umah & opis seciput aje. Tu belum lagi masa yg terbuang utk menunggu bas. Semuanya tu amik masa dlm sejam, baru lah sy dpt jejak kaki kat umah. Kalu En.Din balik awal, leh lah amik sy. Tp kalu dia sendiri pun hampir kul 7pm baru muncul depan umah, malas lah sy nak menunggu dia.
.
Utk hari ke-3 jgk, tiada apa juadah yg menarik buat kami. Semuanya biasa2 aje tp kami tetap bersyukur dgn rezeki yg ada. Hari pertama berbuka puasa kira ok lagi coz berbuka kat umah mertua. Menunya roti jala (request by En.Din), kari ayam, sambal sotong kering, sayur goreng, & kuih muih kiriman jiran. Hari kedua lak, sebab sy dah tersentap dgn En.Din pagi tu tak de lah kami ke pasar. So ptg tu pi carik lauk pauk kat param putrajaya, tp kebanyakannya tak berkenan di hati. Tp beli jugak asam pedas ikan pari seketul & ikan cencaru sumbat coz nasi dah masak. Mujur sy ada wat cucur udang so kami makan tu je lah. Arini pulak sy request pd En.Din belikan nasik ayam & En.Din lak hanya makan bubur lambuk kiriman bos dia. Mujur jugak sy ada beli murtabak kat cafe opis. Kata En.Din, dia tak lalu nak makan bulan2 puasa ni. Tp kan memang dia sokmo gitu. Kalu sy masak pun dia hanya makan skit aje. susah nak tgk dia tambah nasi. tahun2 sudah pernah dia hanya teguk air aje kat opis then bila sampai umah terus tak lalu makan. Sudahnya mlm tu perut dia langsung tak jamah apa2 makanan.
.
Errmmm..oklah sy nak buat keje umah dulu. sambil tu nak pikir apa nak masak utk sahur ni....
.

Sabtu, Ogos 22, 2009

Salam Ramadhan

.

Assalamualaikum...

.

Hai semua... Alhamdulillah hari ini dah masuk 1 ramadhan, maknanya semua umat islam dah mula berpuasa. Syukur sgt, tahun ni sekali lagi sy dpt jalani ibadah ini. Harapan sy moga tahun ini sy dpt jalankan tanggungjawab ini dgn lebih baik, InsyaAllah....

.

Kesempatan yg ada ini sy ucapkan Selamat Berpuasa kpd semua yg sudi berkunjung ke blog sy yg ibaratnya "hidup segan, mati tak mahu". Harapan sy jugak agar sy mampu utk update blog ini even sedang berpuasa.

.

Tak lupa jugak, sy mohon maaf kpd sesiapa saje yg mengenali sy. Tak kira andainya sy ada buat salah dari segi perbuatan atau kata2 sy.
.
Wassalam....



Jumaat, Ogos 21, 2009

Cerita dari saya....

Assalamualaikum...
.
Kebelakangan ni memang tak sempat nak update blog. Bila badan dah penat, mula lah malas nak on laptop. Padahal cucuk aje wayar2 tu. Tenet kat umah ni pun jarang2 sgt sy guna, kadang2 seminggu sy tak online. Bila dipikir macam membaziiirrr aje kan dok bayar kat TM sedangkan penggunaannya tak lah memberangsangkan. Lagipun membazir tu kan amalan syaitannnn..... Errrmmm...tgk la dulu mcmana, nak potong mcm sayang. Kalu En.Din outstation or o.t leh lah sy bertenet. Tak de lah boring sgt kan.... Mmmm...nanti2 lah kendian pikir.
.
Satu lagi hal yg melibatkan duit jgk, pasal astro naikkan harga sukan. Ikutkan hati sy, nak aje sy potongkan pakej tu. Bknnya sy minat pun nak tgk sukan2 tu. Sy rasa astro ni makin melampau lak. Ada aje bende yg dia nak naikkan. Tp En.Din lak mcm ala2 syg kat pakej sukan tu. Bila sy tanya, dia diam aje. Padahal dia bukanlah fanatik sgt tgk sukan tu. Apatah lagi kalau time piala dunia bagai, bukannya dia nak bersengkang mata sampai pagi. Sampai masa mata dia ngantuk, tido lah dia. Tak de lah nak berjaga malam semata mata nak tgk bola or lain2. Kalu tak agak berbaloi jugak lah kan kalau bayar mahal2 utk pakej sukan tu. =P
.
Semalam & hari ni sy ada bengkel KMK kat residence hotel @ uniten. So far ni kali pertama sy pi sejak join KMK. Best sgt bengkel ni coz byk perkara yg dpt sy belajar. Lgpun bengkel ni tak lah memberatkan sgt kepala. Relaks & santai aje. Ekceli sy dah capai atleast 7 hari berkursus utk setahun, tp bila ada peluang apatah lagi sy salah sorang ahli KMK ni tentunya peluang ni tak sy lepaskan.
.
Esok dah puasa kan...? Pejam celik pejam celik ramadhan muncul kembali. Lauk utk sahur sy dah siapkan cuma nak panaskan semula nanti. Telur ayam & ali cafe En.Din pun dah dibeli. Seingat sy sejak dok putrajaya, tak pernah lagi sy terlepas waktu sahur. Moga tahun ni jugak sy tak 'terlangsung' bersahur coz kami berdua tak biasa kalu tak bersahur ni. Esok kami akan berbuka di umah mertua sy. Syoknya dpt berbuka beramai-ramai. Lg syok, minggu depan kami akan balik melaka umah mak ayah sy. Lama jugak tak balik sana. Kali ni sy ada projek dgn dhiyah. Apa projeknya....? Tunggu & lihat nanti ye....
.
Okey lah, moga bertemu kita lagi di lain entry. Nak masuk tido dah ni. Lg pun dah lewat... Tadaa...

Ahad, Ogos 09, 2009

Entry campur campur

Assalamualaikum...
.
Lega! Lega! Lega! Minggu ni sy mampu tersenyum lebar bila sy dapat siapkan keja2 umah dgn senang sekali termasuk lah menggosok baju keje utk seminggu nanti. Biasanya bila tiba ujung minggu ada aje program yg nak dibuat. Tp minggu ni umpama dpt perintah berkurung coz dari ari sabtu until petang ni sy hanya duk kat umah aje. Cuma pagi tadi sy kuar jap pi beli sarapan.
.
Owh! En.Din tak de kat umah since lps sy pi beli sarapan tadi coz dia pi kenduri kat umah jiran mertua + urusan yg sy malas nak amik pusing.
.
Petang2 begini kalu dpt baring & golek2 atas katil tentunya nikmat sekali kan...? Tp tetiba sy teringat hutang sy utk update blog. So gagahkan jugak bukak laptop ni.....
.
Aritukan sy demam + batuk + selsema. Ingatkan akan okey tp tahap kesihatan makin down. Ditambah pula dgn wabak influenza A yg makin berleluasa tu, so sy pun pi KKPJ lps waktu pejabat. Menurut opismate sy biasanya patient tak ramai tp masa sy pegi tu terlalu ramai org dgn penyakit macam sy. Dari jam 7.00 ptg sy hanya dpt daftar lg 10 minit jam 8.00 mlm. Lps tu sy terpaksa menunggu lagi utk jumpa doktor dgn angka giliran lagi 40 org. Fuiiyyoooo...memang menguji kesabaran, mujur En.Din pujuk suh sy tunggu jugak. Cuma sy hairan kenapa pihak klinik tak sediakan ekon utk operasi waktu petang. Kesian sy lihat kanak2 yg tak sihat kepanasan akibat ekon tak dipasangkan. Dah lah tempat tu agak tertutup, so udara tak dpt nak masuk. Setengah jam pukul 10mlm baru sy dpt jumpa doktor & mujur urusan di farmasi selepas itu agak pantas.
.

Ni dia ubat2 yg sy dpt. Byk giler, apa saja yg sy sebut sakit semuanya doc bagi ubat. Tp kebanyakan ubat tu mengantuk, so sy makan waktu mlm aje. Sekarang ni sy dah sihat tp masih ada saki baki batuk. InsyaAllah tak lama lagi hilang lah batuk tu....
.
Selepas FT day 11 tak berjaya, sy pegi lagi utk FT day 13. Resultnya sama jugak. Telur masih kecil2. huhuhu..... sy perlu makan lagi ubat subur dgn dos yg ditambah lagi utk next cycle tp sebabkan masa tu dlm bulan puasa so sy perlu buat FT lepas ari raya. Jadi ubat subur telah dibekalkan utk 2 cycle...
.

.
Spt yg uols tahu sekarang ni wabak H1N1 sedang menular di malaysia. Kematian pun makin meningkat. Semua org perlu jaga kesihatan, tu sebab bila demam, batuk, selsema even tak teruk pun kita dah gelabah pi klinik/hospital. Ye lah, tak mahu lah bila kita tangguh2kan nanti tiba2 doc kata yg kita dah terlambat. Ha... tak ke haru =P
.
Uols ada baca tak dlm paper last week yg kematian kanak2 3 tahun di melaka?
.

Ni keratan akhbar metro yg melaporkan tentang berita itu. Sy tak sangka rupanya kanak2 itu adalah anak kawan sy. Kedua dua ibu & bapa kanak2 itu adalah kawan sekolah sy. Cuma sejak sy kawen kami lost contact. Terkejut sangat sy baca berita ini. Apapun sy harap keduanya banyakkan sabar & tabah hadapi ujian Allah ini. Takziah buat mereka....
.
Last week juga banyak berita tentang kes buang bayi. Sedih sangat sy membacanya apatah lagi kes yg bayi dimakan biawak tu. Allahuakbar!!! Kenapalah manusia makin zalim sekarang ni?
.
Sebelum ni sy hanya pernah baca novel tulisan Dr. HM Tuah tp kali ni sy berminat pula nak baca buku motivasi beliau. Kali pertama baca, sy dah jatuh hati. Tak rugi sy membelinya. Buku yg sy beli ni pun cetakan yg kelima.



.
Bila ada kelapangan sy akan share kat sini isi kandung yg terdapat dalam buku ni ye....
.
Okey lah uols, sy nak rehat jap. Lenkali sy update lagi....
.
Tadaaaa..... :)

Jumaat, Ogos 07, 2009

Indahnya bila...

Assalamualaikum...
.
Ptg td En.Din kol bgtau yg dia ada OT mlm ni so balik lewat. Dan sy lak balik aje keje & selepas menunaikan solat terus sy lepak. Memula depan tv kendian beralih depan laptop. Tergolek sana tergolek sini. Rasa hati mcm nak gosok2 baju keje utk next week or selesaikan jahitan manik utk baju opismate tp hampesss aje.....
.
Ni pun lom makan. En.Din tak ada lagi sy malas nak masak. Nak pi beli pun rasa malas. Pendek kata semuanya malas. Kalu leh nak org tolong layan sy bagai puteri sambil suap2kan makanan kesukaan sy.
.
Owh! indahnya ye puan nizza...!!! Byk lah cekadaknya kalu gitu gayanya=P
.
So atas kesedaran diri yg masih ada tu maka sy nak pi turun ke cafe bawah utk mencari sesuap nasi.
.
Ada byk bende nak sy share kan dlm entry2 sy nanti termasuk update for FT day 13. InsyaAllah ada masa kita akan bertemu dgn entry baru itu :)
.

Isnin, Ogos 03, 2009

Follicular Tracking utk Day 11

Assalamualaikum....
.
Pagi tadi sy ada follicular tracking (FT) untuk day 10 tp sebab day 10 jatuh pada ari ahad so sy kene datang pada ari isnin. Hampir 2 jam jugak menunggu coz doctor semua ada briefing. Mujur patient yg nak buat FT hanya 2 org & kami kene panggil dulu. Hasil scan, telur2 sy di kedua-dua ovari masih kecil even day 2 menses sy mula makan clomid (ubat subur). Rahim sy okey & paling sy suka & syukur sgt bila doc kata cyst sy dah hilang. Alhamdulillah.... :)
.
Day 13 rabu ni sy perlu datang lagi utk FT jugak. Harap2 ada perubahan. Persoalannya mcmana ek nak besarkan telur2 ni...?
.
Lps appoiment sy terus balik umah coz sy masih dlm keadaan tak sihat. Since jumaat lepas dah mula batuk, sabtu lak sibuk membantu family in law buat kenduri arwah. Bila tiba ari ahad, badan sy terus flat & sy mula demam. Paling tak tahan badan sy sakit2, urat mata pun berdenyut hingga kepala sy sakit. nak berjalan pun rasa sakit. So arini sy decide utk amik cuti terus utk berehat.
.
Petang ni sy rasa okey skit, badan sy tak sakit lagi cuma masih batuk & kepala sesekali sakit. kalu masih tak elok, sy akan menyusul ke klinik.
.
Okeylah uols, nanti sy update lagi ye.... :)
.