Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Isnin, Oktober 19, 2009

Salahkah Saya...?

Assalamualaikum...
.
Salah kah sy? salah kah sy andai hingga kini sy masih belum punyai zuriat sendiri? salah kah sy andai satu hari nanti adik2 sy akan memotong q sy? salah kah sy andai adik2 sy yg akan dpt zuriat dulu dari sy? salah kah sy?
.
Kawan2....
sy dipersalahkan kerana sy tak punyai zuriat lagi. hanya Allah saja yg tahu mcmana hati sy tatkala disindir dgn soalan lebih kurang gini bunyiknya....
.
"Ni bila lagi ni, dah 2 org beratur (maknanya adik2 sy dah 2 org nak kawen). Nak 'tunggu' bila lagi?"
.
Mungkin pada pandangan anda ayat ini adalah biasa saja. Tp bg sy yg menanggung, ayat yg terakhir tu seolah olah meletakkan kesalahan di bahu sy. Spt sy sengaja nak tunggu, spt sy yg tak mahu. Org yg bertanya itu spt dah lupa segala yg berlaku adalah dgn izin Allah. Dia lupakah yg Allah yg menentukan segalanya....? Dia lupa kah dgn kuasa Allah?
.
Sy perasan, ini bukan soalan pertama yg pernah ditujukan pada sy. Dah acapkali .... Yg peliknya yg tanya ini adalah lelaki sedangkan yg perempuan2 tidak lah sesibuk dia. Yg buat sy lagi sedih sebab dia bukan saja kuarkan soalan yg pedas tp siap dgn memek muka yg serius, seolah olah marah.
.
Kalau dia sendiri tak sabar nak tgk sy menimang zuriat, sy sendiri lagi teruja dan teringin sekali nak punyai zuriat. Kenapa nak bazirkan masa utk tanyakan pada sy soalan2 gitu sedangkan alangkah lebih baik jika dia mendoakan kebaikkan utk diri sy & suami?. Bukankah doa itu lebih baik dr menyakitkan hati org?
.
Spt yg pernah sy nasihatkan pd teman senasib sy, reaksi sy ketika itu adalah senyum. Senyum lebih baik dr menjawab tp Allah aje yg tahu hancurnya hati ini.
.
Dia tak ada depan sy, mana lah dia nak tahu macamana usaha sy utk mendapat zuriat. macamana kesakitan yg sy alami, macamana kesan yg sy dpt akibat ambil ubat2 hormon. Semuanya dia tak akan tahu sebab dia hanya pandai bercakap tp tak melihat apa yg sy lalui....
.
Sebelum sy disoal dgn soalan itu, suami sy ada berkata semasa kami dlm perjalanan ke majlis tunang faim sabtu lalu. Ketika itu kereta kami penuh dgn barang2 hantaran baik kat seat belakang dan bonet. dia kata...
.
"Ada hikmah kita belum punyai anak. Ini lah hikmahnya, kereta kita ni leh jadi tempat simpan barang2 hantaran. Tak perlu susahkan sedara mara utk memegang hantaran. Kalau dah ada anak, kerusi dia aje dah penuh kat belakang..."
.
Jadi kata2 akhir suami sy itu menjadi semangat utk sy tidak mempedulikan soalan 'dia' itu. Kerana... sy tahu suami sy sentiasa di sisi sy, suami sy sendiri tak pernah mendesak sy jadi apa sy kisah dgn kata2 org yg sentiasa tak puas hati dgn kehidupan org lain sedangkan kehidupan dia sendiri sedang tunggang langgang. begitu juga mak ayah sy tak pernah memberi tekanan pada sy...
.
Dan sebenarnya.... sy sudah lama 'redha' jika ditakdirkan adik2 sy terlebih dahulu mendapat zuriat. Sekurangnya sy boleh menumpang kasih dgn anak2 mereka walaupun tak sama spt ada anak sendiri....
.

Khamis, Oktober 15, 2009

Bunga Dulang Dip + Stokin

Assalamualaikum..
.
Uols layankan aje pic kat bwh ni ye. Malas nak karang2 ayat, sakit belakang dtg balik

:(.
.
Apapun bunga dulang ini utk diletakkan atas hantaran faim nanti
.

.

.

.

.

.
**Kredit to honeyalfaizi coz sy amik design dr blog dia :)

Selasa, Oktober 13, 2009

W.I.P

Assalamualaikum...
.
Hai uols, sy kembali lagi :)
.

Hari ni sy emergency leave coz tak berapa nak sihat. Sakit kat bahagian belakang badan, nak menoleh pun susah. Now dah kurang skit... sy tak pasti apa puncanya, tp rasanya kemungkinan besar sebab lately ni sy dok ngadap bende kat bwh ni
.
.
.
.
.
.

Bunga kecik
.

Bunga lily
.
Semuanya utk majlis pertunangan faim yg akan berlangsung sabtu ni. Kerja2 keras tangan masih dlm pembikinan. Ada lagi yg tak siap tp sy yakin semuanya akan dpt disempurnakan sebelum majlis bermula, insyaAllah.
.

Bekas cincin
.

owkeh lah. takat ni aje... nanti sy sambung lagi kalau bunga dulang tu dah siap sepenuhnya ye :)
.

Jumaat, Oktober 09, 2009

Jemputan berderet deret

Assalamualaikum...
.
Sy sedang layan 'NUR KASIH' ni, tiba2 teringat nak update blog skit.
.
Tak de entry bergambar coz tak sempat nak transfer ke laptop. Ujung minggu tiba kembali, tentu masing2 dah set kan masa utk menghadiri jemputan rumah terbuka utk minggu ni kan?
.
Mcm tu jugak dgn sy. Yg terkini ada 5 jemputan menanti tp tak sure samada dpt attend ke tidak memandangkan hantaran faim masih lom siap. kalau takat nak touch up apa yg patut tak apa lagi, tp yg 'main' tak siap lagi. 2 rumah terbuka, 1 majlis aqiqah dan 2 majlis hari lahir. yg pastinya satu dari majlis hari lahir tu sy akan attend coz majlis tu majlis adam, anak buah sy yg nak masuk 2 tahun. Tentunya wajiblah mama dia ni hadir kan...? Siap nenek dah booking suh dtg awal menjala roti jala pagi esok.
.
Apapun sy tgh lapar ni. Menanti En.Din pulang dari keje dgn membawa nasik goreng kampung yg dah siap dipesan tadi.
.
Okey lah, sy nak sambung balik buat keje sambil layan 'Nur Kasih".....
.