Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Khamis, Mac 18, 2010

Pesta Belon Udara Panas Kembali Lagi di Putrajaya

Assalamualaikum
.
saje je nak share dgn korang tentang event yg akan berlangsung mulai arini di putrajaya. dah nama pun duduk di putrajaya, jadik nak bantulah PJH promote.
(padahal makcik ni dah kering idea nak update blog =P)
Tapi berita pasal event ni pernah kuar kat news paper, mybe ada yang tak pasan so kat sini saya share la dengan korang ye
.
korang kalu ada masa & rasa2 tak tau mana nak poie weekend ni, meh la ramai2 datang bawa famili, sedara mara, kawan2 tgk pesta ni. nak2 lagi kene lak dengan sekarang ni anak2 yang sedang bercuti sekolah. elok sangat la tu kan, bawak diaorang datang.
.
kat bawah ni saya letakkan serba skit info tentang pesta ini utk panduan korang:
.
  • 13 belon udara panas mewakili Perancis, Jepun, Belgium, New Zealand, Thailand, Korea Selatan, Filipina, Amerika Syarikat dan Indonesia
  • berpeluang menaiki lima belon udara panas antara jam 8 pagi hingga 11 pagi dan 6 petang hingga 9 malam
  • selain belon panas, ada acara lain yang diadakan antaranya aksi sukan paramotor dan paragliding, pertunjukan kapal terbang kawalan jauh dan layang-layang. Lebih menarik, mereka yang berangan-angan ingin mengalami gaya hidup hartawan ala Donald Trump boleh mencuba menaiki helikopter yang beroperasi antara 8 pagi hingga 12 tengah hari, dan 3 petang hingga 7 malam
  • Untuk kanak-kanak pun ada jugak tau! ada pertunjukan badut, silap mata, seni pasir, inai, membuat tatu lekap, mewarna, membuat kapal terbang kertas dan bermain tanglung
  • Di sebelah malam, anda boleh menyaksikan pertunjukan bunga api
  • Pesta dibuka antara 7 pagi dan 7 malam. Masuk adalah percuma. TAPI....bayaran dikenakan berpatutan dikenakan untuk menaiki belon udara dan aktiviti gerai di tapak pesta.
  • owh ye, hampir lupa...tapak pesta ni berlansung di presint 2, berdepan dengan kem.kewangan & bhgn pinjaman perumahan atau lebih senang dekat dgn tapak pasar tani
  • maklumat lanjut sila layari http://myballoonfiesta.com.

.

SEKIAN ;)

SUMBER : HARIAN METRO


5 hati ingin berkata:

Mummy berkata...

Salam....mintak izin tuan rumah untuk copy paste fakta tentang ballon fair nih dalam blog sy...tq

nizza-abira berkata...

wsalam
hai mummy
silakan copy, lg pun sumber ni pun sy amik dr news paper :-)

Mummy berkata...

time kasih....

Myalycia berkata...

best..
sure pergi..
thanks about this info nizza ;)

Fathiyah berkata...

thn lepas ms hot ballon fiesta ni saya kat dlm wad hospital putrajaya.hehe.dis year kene pi tgk gak la =)