Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Memaparkan catatan dengan label birthday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label birthday. Papar semua catatan
Khamis, April 08, 2010

celebrate besday april

Assalamualaikum
.
ni adalah back dated entry. patutnya sy masukkan citer ni dulu baru citer pertunangan sepupu sy tu. tp tak pe la kan, nama pun blog nizza-abira. suka ati i la nak letak citer mana yg dulu.
.
oke-oke...kita balik ke pangkal jalan....
.
spt biasa, adik2 ipar sy akan eksited celebrate besday kami satu family. mcm besday sy, en din & twin serta abah mertua sy pun kami diraikan cuma keadaan yg kelam kabut dgn hujan yg lebat masa time tu menyebabkan tiada sekeping pun gambar yg sempat diambil.
.
tp yg sebenarnya lebih eksited bila tgk anak2 buah yg sama sebok nak potong kek mengalahkan besday mereka...hehehe....
.
lps solat zohor kami pun hidangkan makanan kat bawah pondok depan umah mertua. pondok tu selalu jadi tempat lepak acik2 deret umah mertua tu. kebetulan mak baru khatam quran, so dia nak jamu lah jiran2 yg ada dgn pulut kuning.
.
menu aritu memang ringkas tp sodap, kek 2 biji (sponsor by along & dek ya), laksa (feveret kami adik beradik)& pulut kuning+rendang daging+sambal tumis ikan bilis.
.
meh kita layan gambar2 yg tak berapa kerat ni
.

.
sponsor oleh dek ya
owh ye! lupa lak nak bgtau celebration ni khas utk mak- 01 april & kak long- 24 april (biras)
.

.
ni dari along, tp aritu along keje. dia just balik kejap anta kek


.
kan sy kata, dia sama sibuk nak potong kek.
.

.
lama tak citer pasal anak2 sy ni. makin besar (memang lah kan, tak kan makin kecik), makin bijak bercakap dan ada yg dah bersekolah dah pun.
.

.
aufa ahnaf! dah 6 tahun, tahun ni dia pra-sekolah. tgk lah gigi depan dia yg dah tercabut, konon malu tp sengih memang tak hingattt... dah tu abis sunglass en din di bwk main. yg mama pun tak perasan sunglass tu laki sendiri yg punya.
.
.
adiknya - iffah sajidah. budak ni lagi bijak cakap tp time tiba dia mula cakap merapu, aduhaiiii... kadang2 ayat2 yg kita tak jangka kuar dari mulut dia. owh ye tahun ni sajidah dah start sekolah tadika 5 tahun.
.
.
ni sorang lagi anak sy, adam yg tgh banyak ragam. semenjak nak jadi abg ni, dia mula tunjukkan perangai dia. memang lain macam sungguh... sampai bonda dia pun kadang2 naik hanginnn.....
.

.
tak memasal dia pegi gigit2 cawan kertas tu padahal sebelum ni memang elok aje kalu minum pakai cawan tu. tp sepanjang sy kat umah mertua, memang dia asyik mengekor bontot sy aje. mungkin dia nak manja lebih dan dpt merasakan yg dia nak dpt adik.
.
tak pe la adam.... mama pun tak de sapa nak mama ulit. meh la mama ulit kamu. kamu pun jgn nakal2 ye sayang....., kesian bonda nanti....
.
biasanya sy dan en din org yg paling lambat balik tp kali ni kami balik awal dari yg lain sebab family sy dah sampai kat umah putrajaya. esoknya kami nak ke tg malim, menghantar sepupu sy bertunang spt entry sebelum ni =)
.

Rabu, Mac 17, 2010

28 tahun sudah berlalu....

Assalamualaikum
.
17 Mac 2010, genap usia saya 28 tahun. Terasa masa cukup pantas berlalu. Sesekali teringat kenangan2 zaman kecil dulu, masa sekolah, zaman gedik2 bercintan cintun.... owh! bila dikenang terasa indahnya waktu itu walaupun ada yg pahit terutama time bercinta =p
.
Tq, mekasih, syukran, tocei kepada semua yang masih ingat birthday saya ini terutama pada famili dan mak ayah yang banyak berkorban sejak melahirkan saya. (sejak saya kawen, tiap2 tahun ayah lah antara orang terawal wish besday)
Tak lupa juga pada En Din, yang wajib ingat birthday saya. Mentang2 birthday kami selang sehari, boleh lah dia ingat kan. kalau tak....kemungkinan utk lupa tu memang ada... hu hu hu (tp pagi tadi dia hampir2 lupa dah tu =P)
.
Apapun doakan saya sihat dan dimurahkan rezeki ye. Jauh dalam hati saya, sikit risau bila umur dah meningkat tp masih lom ada baby. jadi jangan lupa doakan saya dipermudahkan rezeki untuk mendapatkan baby ye.... =)
.

Rabu, Mac 17, 2010

17 Mac datang lagi...

=)
.

Selasa, Mac 16, 2010

giliran pak mertuaku pula

.
Assalamualaikum
.
arini genap usia abah mertua saya yg ke 60 tahun. Alhamdulillah di usia begini dia masih sihat & kuat. Sejak abah pencen 5 tahun sudah, abah hanya duduk di rumah. Tp abah bukan duduk saja2, banyak aktiviti kat umah yang dia buat dan dah menjadi rutin pula kepada dia. Abah juga jenis suka bercerita. Kalu dalam kereta, hampir sepanjang jalan akan dengar dia bercerita sampaikan mak kata "senyap dah radio" bila abah diam sebab tertidur...hehehe.... =))
.
sempena ari lahir abah, saya nak ucapkan
"Semoga abah dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dilindungi Allah selalu...."
.
AMIN
notakaki-NA: Esok giliran ari tua saya pula =))

Isnin, Mac 15, 2010

Today is 15th March!

The following is a special note just for you,
To wish you a day of sunshine and dreams come true.
I hope happiness and luck are abound and passion
and love are continually new found.
I wish you perfect sunny days with a gentle breeze to ease your cares away,
I also hope you are able to find laughter and love in everything you do.
my gift to you is all my love and unshakeable devotion,
I guess wat I m trying to say is HAPPY BIRTHDAY to you sweetheart
.
notakaki-NA: tak tahu lagi nak bagi hadiah apa kat dia. tapi sedang pikir2 nak bg 'bende' yg dok asik disebut2nya semalam. saja lah tu nak bagi saya hint! tapi saya buat duno aje... tengok la, kalu hati saya sejuk tengok sikap dia mybe boleh saya penuhi impian dia tu =p