Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Memaparkan catatan dengan label baby/anak-anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label baby/anak-anak. Papar semua catatan
Khamis, April 08, 2010

celebrate besday april

Assalamualaikum
.
ni adalah back dated entry. patutnya sy masukkan citer ni dulu baru citer pertunangan sepupu sy tu. tp tak pe la kan, nama pun blog nizza-abira. suka ati i la nak letak citer mana yg dulu.
.
oke-oke...kita balik ke pangkal jalan....
.
spt biasa, adik2 ipar sy akan eksited celebrate besday kami satu family. mcm besday sy, en din & twin serta abah mertua sy pun kami diraikan cuma keadaan yg kelam kabut dgn hujan yg lebat masa time tu menyebabkan tiada sekeping pun gambar yg sempat diambil.
.
tp yg sebenarnya lebih eksited bila tgk anak2 buah yg sama sebok nak potong kek mengalahkan besday mereka...hehehe....
.
lps solat zohor kami pun hidangkan makanan kat bawah pondok depan umah mertua. pondok tu selalu jadi tempat lepak acik2 deret umah mertua tu. kebetulan mak baru khatam quran, so dia nak jamu lah jiran2 yg ada dgn pulut kuning.
.
menu aritu memang ringkas tp sodap, kek 2 biji (sponsor by along & dek ya), laksa (feveret kami adik beradik)& pulut kuning+rendang daging+sambal tumis ikan bilis.
.
meh kita layan gambar2 yg tak berapa kerat ni
.

.
sponsor oleh dek ya
owh ye! lupa lak nak bgtau celebration ni khas utk mak- 01 april & kak long- 24 april (biras)
.

.
ni dari along, tp aritu along keje. dia just balik kejap anta kek


.
kan sy kata, dia sama sibuk nak potong kek.
.

.
lama tak citer pasal anak2 sy ni. makin besar (memang lah kan, tak kan makin kecik), makin bijak bercakap dan ada yg dah bersekolah dah pun.
.

.
aufa ahnaf! dah 6 tahun, tahun ni dia pra-sekolah. tgk lah gigi depan dia yg dah tercabut, konon malu tp sengih memang tak hingattt... dah tu abis sunglass en din di bwk main. yg mama pun tak perasan sunglass tu laki sendiri yg punya.
.
.
adiknya - iffah sajidah. budak ni lagi bijak cakap tp time tiba dia mula cakap merapu, aduhaiiii... kadang2 ayat2 yg kita tak jangka kuar dari mulut dia. owh ye tahun ni sajidah dah start sekolah tadika 5 tahun.
.
.
ni sorang lagi anak sy, adam yg tgh banyak ragam. semenjak nak jadi abg ni, dia mula tunjukkan perangai dia. memang lain macam sungguh... sampai bonda dia pun kadang2 naik hanginnn.....
.

.
tak memasal dia pegi gigit2 cawan kertas tu padahal sebelum ni memang elok aje kalu minum pakai cawan tu. tp sepanjang sy kat umah mertua, memang dia asyik mengekor bontot sy aje. mungkin dia nak manja lebih dan dpt merasakan yg dia nak dpt adik.
.
tak pe la adam.... mama pun tak de sapa nak mama ulit. meh la mama ulit kamu. kamu pun jgn nakal2 ye sayang....., kesian bonda nanti....
.
biasanya sy dan en din org yg paling lambat balik tp kali ni kami balik awal dari yg lain sebab family sy dah sampai kat umah putrajaya. esoknya kami nak ke tg malim, menghantar sepupu sy bertunang spt entry sebelum ni =)
.

Selasa, Mac 30, 2010

KAWASAKI....???

Assalamualaikum
.
selamat hari selasa!!!
.
nape hari selasa?? sebab hari isnin yang selalu dikaitkan dgn 'monday blues' sudah berlalu. bertambah blues bila sang suami bercuti semalam sedangkan sang isteri bekerja. lagi blues bila sang suami pi jalan2 kat KL lepas tu asik koling sang isteri tanya itu ini.....
.
semalam juga saya ada follicular tracking day 10 kat sepital. disebabkan en din cuti so dapat lah dia temankan saya. kalu tak selalunya saya sensorang je la =(
.
seperti biasa telur tak lah besar sangat tp bila dengar doc cakap dgn nurse semacam ada harapan untuk telur tu membesar lagi, hope ada rezeki untuk buat iui kali ni...AMIN
.
jadinya ari jumaat ni buat lagi FT untuk day 14 (minta2 lah time ni en din cuti lagi)
.
kita tutup citer FT.... kita sambung citer lain pula
.
sebelum balik keje semalam, saya 'ym' dengan ex opismate - kak ju. masa ym tu dia bagi tahu dua minggu lepas anak dia yang kedua dapat sakit kawasaki. KAWASAKI? bunyi macam kelakar tp amat lah bahaya kalu lambat dikesan.
.
since sejak lahir saya tak berkesempatan nak ziarah anak kecil tu, so semalam bila en din ambil saya dari opis terus saya ajak dia pegi umah kak ju yang dah pindah kat bandar saujana putra, dekat aje dengan putrajaya. ye la...sementara dia cuti ni kan....
.
ekceli hajat nak ke umah kak ju memang dah lama tp biasa lah setiap planning yang kita buat kadang2 tak menjadi disebabkan aral lain. dan edisi 'terjah' kali ni nampak macam kelam kabut tapi puas hati sebab dapat juga jumpa kak ju & family =)
.
sori ye kak ju, nizza datang mengejut je....
.

kak ju dan anak2.... kiut kan anak2 dia. yang kakak sejibik ikut ayahnya dan yang adik ikut ummi dia.... apa org kata? sejukkkk je ye...?
.
humaidi ni la yang dapat sakit kawasaki tu. kalu uols nak tau lebih lanjut sila guna abang google ye. tp apa yang saya dengar dari kak ju, pada mulanya humaidi demam panas tak surut2. dah masuk ubat ikut punggung, dah jeram kepala dengan air asam, pasang koolfever tu pun cepat je kering, pegi hospital pun sudah tapi suhu badan dia masih tak turun. dalam masa yang sama bibir humaidi merah macam asam boi tu dan darah meleleh aje tak henti.
.
tatkala mendengar citer kak ju ni, saya dok bayangkan kalu lah saya di tempat kak ju kuatkah saya nak hadapinya?
.
lepas tu kan kak ju kata dekat peha & tempt sulit humaidi macam ruam dan kulit peha dia mengelupas dan bila pegang luruh je kulit tu gugur. selain itu,pesan kak ju tanda2 kawasaki ni bila setiap sendi dan pelipat akan keluar merah termasuk kat kelopak mata. dan mengikut kata kak ju dan pembacaan saya, kawasaki lebih terdedah pada kanak2 lelaki bawah 5 tahun.
.
dalam kes humaidi, mujur penyakit ini di kesan awal 5 hari. kalau hari ke 10 baru dapat detect, doc bimbang bende tu akan menyerang jantung hingga jadi kembang. seminggu juga lah kak ju berumah di wad menjaga humaidi, dan masa di hospital doc memasukkan satu ubat yang mana ubat tu ada 37 antibodi untuk badan humaidi lawan penyakit tu. uols nak tahu tak berapa harga ubat tu...? RM16,000 tau!!! saya sendiri pun terperanjat..... mujur lah husband kak ju keje di ppum juga jadi alhmadulillah segalanya dipermudahkan.
.
now humaidi dalam pemantauan, 3 minggu lagi perlu datang ke hospital untuk lihat perkembagan jantungnya. selain ubat yang mahal tu, doc turut masukkan ubat untuk cairkan darah sebab sakit ni memekatkan darah. kalu darah jadi pekat, bimbang ianya akan menyumbat saluran jantung. kata kak ju humaidi sekarang dalam fasa kedua sebab kulit tangan dia dah mula mengelupas. senang citer penyakit ni menganggu sel badan.
.
saya harap kak ju bersabar banyak2 menghadapi ujian ni. saya tahu kak ju mampu hadapinya dan kak ju ibu yang kuat even peribadinya amat lah lembut (sapa yang berkawan dengan dia tentu mengakui kata2 saya ni) saya doakan humaidi cepat-cepat sembuh dan sihat kembali. seronok saya lihat bila si kakak bergurau dengan adiknya dan adik pula tersenyum riang bila diusik kakak.... kiut sangat!!!
.
dan kalian pun doakan juga ye.....

Ahad, Mac 14, 2010

ahli baru dalam keluarga kami nanti =)


Assalamualaikum
.
Petang tadi saya ada call mak dan mak bagi tahu saya nak dpt anak buah.... yahuuu!!!
.
Yes!!! my sister in law, lia... now get pregnancy =)
.
Alhamdulillah, hajat saya nak lihat mak & ayah dpt cucu akhirnya termakbul meskipun ianya lahir bukan dari rahim saya sendiri. Tapi atleast dpt juga mereka bergelar atok & nenek dan adik2 saya akan dpt pangkat masing2.... Aina! lepas ni kita semua panggil mak su aina lak ye...=)
.
ekceli masa lia balik wedding kat melaka aritu, saya dah dpt rasa yang lia pregnant sebab lia teringin nak makan laksa even kedengaran biasa2 aje menunya tp cara permintaan dia tu agak lain skit. mujur saya sempat jamu dia masa dia singgah ke umah saya sebelum balik ke kedah semula. kalu tak tentu saya pulak terkilan apatah lagi bila dengar gud news ni. Lg pun masa tu pun dia dah lewat 'p'. tp bila saya usik lia, dia menafikannya sebab cycle dia sebelum ni pun agak lewat.
.
saya doakan lia & baby sihat sehingga melahirkan. kebetulan pula adha akan bertugas sementara di hulu perak mybe mengambil masa sebulan. tentu time macam ni lia perlukan lebih sokongan & perhatian dari suami tapi nampaknya lia kene lebih kuat. apapun adha tak tinggalkan lia sensorang sebab sepanjang dia tak ada, mak lia akan temankan lia.
.
ok lah, dah lewat malam ni. saya nak siapkan keperluan ke opis esok pagi. ni pun baru pulang dari umah mertua then singgah jap kat jusco equine.
.
owh ye! saya pun sedang sibuk pikir nak bahasakan diri saya apa ek dgn anak buah saya nanti?
samada 'mak long' (sebab saya anak sulung) atau mama nizza (sama seperti panggilan anak2 buah sebelah en.din)?
.
hurrrmmm....???
.
apa lah saya ni kan!? ada berbulan bulan lg tp saya lak dah dok sibuk pikir tentang itu...hehehe =))



Selasa, November 17, 2009

Khabar gembira ini ku kongsikan bersama...

Assalamualaikum...
.

.

Oppss...! sebelum sy mulakan, uols jgn salah faham. UPT di atas bukan milik sy, ianya milik teman siber sy :))) (sori ida, niza pinjam pic ni)
.
Khabar gumbira dari penang ini sy nak kongsikan dgn uols...
Alhamdulillah, dgn izin Allah setelah menunggu 3 tahun lebih akhirnya ida disahkan pregnant!!! Sy antara org yg hepi bila dpt tahu, bergenang airmata sy cos selama sy kenal ida kami byk kongsi suka duka masalah yg kami alami ini. Hinggalah saat ida sedang tunggu cik 'p' dia dtg (cos dah lewat) ida sempat lagi mengadu kerisauan yg dia hadapi.
.
Ekceli masalah kami hampir sama, peod tak regular & telur kecik. beberapa bulan ni ida perlu mkn ubat subur & last vaginal scan doc kata telur dia kecik & lps peod akan dtg dia perlu wat hsg utk pastikan tiub follopio dia tak sumbat. Tp kuasa Allah, siapa yg tahu. lom sempat ida lalui proses tu akhirnya ida dikurniakan rezeki ini. Alhamdulillah... :))
.
So dgn apa yg berlaku pd ida memberikan sy satu kekuatan & keyakinan. sy semat dlm hati, kalu ida boleh peknen tentu bukan mustahil utk sy peknen juga cos masalah kami hampir sama cuma bila waktunya kita tidak tahu. yg penting, jgn putus asa & jgn berhenti meminta dari-NYA. InsyaAllah segala mimpi akan jadi kenyataan... :)
.
Buat ida, jaga diri & kandungan baik2. Niza doakan ida & baby sihat hingga selamat melahirkan....
.
Notakaki : Terima kasih banyak2 buat suami, family, sahabat sy FHAR, teman2 realiti & blogger's yg tak putus2 memberikan sy semangat utk sy cekal hadapi ujian Allah ini....
.

Jumaat, November 06, 2009

nurul izzati nabilah

Assalamualaikum...
.
sy memang suka layan budak comel ni. kalau leh ari2 sy nak kidnap dia bwk ke umah sy, hihihi :)))
.

aunty2 & uncle2 semua, chumel tak sy ni...?
.


Kalau sy gelak, lg sy nampak chumel. tu sebab acik nizza & cik din suka agah sy, suka gomol2 sy... tgk mulut sy yg besha tu bila sy gelak... acik nizza suka jgk tgk bulu mata sy yg panjang tu. dia kata nak pinjam utk dipakai kat mata dia...hihihi
.
izzati kalau cukup tido, dia tak kisah nak tinggal dgn sy. kalau tidak, tak tentu arah jugak lah sy. tp pengalaman menjaga izzati masa dia meragam bulan puasa aritu memberikan sy & en.din pengalam yg amat bermakna skali. memang kalut lah kami, hihihi... tp bila kenang2 balik memang sonok :)))
.
meh layan video2 pendek kat bawah ni
.


.


Selasa, November 03, 2009

Doakan insan yg comel ni...



.
Saya dan mama irfan-mia berkawan since sekolah menengah hinggalah sekarang. sepanjang persahabatan kami ni, banyak sgt dugaan yg kami lalui. Bukan pasangan bercinta, somi isteri aje yg ada masalah. Kami sendiri pun ada ragam yg tersendiri. rajuk, sentap, kecik ati & sebagainya semua kami lalui tp alhamdulillah akhirnya persahabatan ni tetap dpt dikekalkan. owh! ini bukan tujuan utama entry sy kali ni.
.
Ekceli tadi terima satu berita dari dia, anak dia (irfan) warded coz muntah2 lebih 30x lps jatuh. Doc bimbang jika berlaku pendarahan dlm otak nya. Allahuakbar, sy dengar pun luluh hati apatah lagi ibunya sendiri. Ntah lah, tak tahu nak luahkan macamana. sebak & sedih... :(
.
Pada teman2 blogger sy, samada yg jadi pembaca setia atau tumpang lalu kat sini sy mohon agar kalian turut doakan anak kecil ini, cepat sembuh & tak mengalami kecederaan yg serius. Hope irfan kembali sihat & ceria disamping mama, papa & mya.
.
utk irfan, aunty yakin irfan akan sembuh. irfan anak yg kuatkan? kuat spt mama kan...?
.
untuk lyn... aku tahu berat utk ko tanggung dugaan ini tp aku yakin ko kuat utk hadapinya.