Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Memaparkan catatan dengan label majlis kahwin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label majlis kahwin. Papar semua catatan
Isnin, Mac 08, 2010

entry terperam - majlis di baling

Assalamualaikum
.
sesiapa yg ada FB sy mybe dah tgk piccas wedding adha kat baling. itupun atas ehsan photographer diaorg. tp dlm blog ni seingat sy lom pernah lg sy tayang kan.
.
bila gambar2 dlm kamera dpt sy upload, maka tak berlengah lg la sy nak tepek kan kat sini. lg pun dah lama sgt sy biarkan umah ni bersawang sampaikan nampak suram dah jadinya. =p
.
spt sy bgtau sblm ni, kat sana sy tak berapa nak sht, tp sempatlah jgk sy snap pic sekeping dua utk buat kenang kenangan.
.

.
Singgahsana pengantin, cantek sgt tp bg sy lebih cantek kalu ada pentas.
.


.
pasangan mempelai. pic ni sy dah terlebih edit...jdknya nampak lain skit muka pantin. sori ek...=p
.


.

tema majlis kat baling putih/krim + merah
.


.
bukti kegembiraan ayah & mak menerima menantu baru. tp my asben tetap jadik menantu tip top tau...hihihiii...bkn sy yg ckp gitu, tp ayah sy sendiri yg kata =))
.


.
mak bersama adik2 ipar dia yg sakan dok bergambar kat pelamin.
.

.

.
Minah atas ni kan, kepingin nau nak jadik flower girl since sy kawen 5 tahun sudah. mujur lah kakak iparnya ghajin nak melayan, siap sediakan gaun merah tu utk dia. kebetulan ada satu lg gaun, so sepupu sorang tu dpt lah jgk join.
.

.
Mak tua & nenek. sanggup jalan jauh demi nak tgk cucu kawen =)
.

.
apalah yg di tengok kat bawah tu...?



.
ha....ni baru okey =)
.


.
asalnya nak amik pic satu family tp kameraman tu kata tak balance coz hanya sy & en.din aje berpasangan sedangkan sebelah dhiyah lak kosong. so terpaksa lah panggil masing2 punya to be utk nampakkan pic tu cantik & balance. tp yg ni dr kamera cabuk sy aje, so still nampak tak cantik...hehehe...
.
ok lah, berenti kat sini dulu. jap lg sy tepekkan pic dr official photographer....

Rabu, Mac 03, 2010

alhamdulillah...selesai akhirnya =)


.
Assalamualaikum
.
setelah sy bercuti selama 6 ari (termasuk cuti weekend + umum), arini sy sudah memulakan tugas di opis spt biasa. saja amik cuti lama skit, bkn hanya sebab majlis adik sy yg berlangsung minggu lps tp sy nak merehatkan diri setelah 2 bulan dok mengadap bunga2 telur . lgpun cuti tahun lps masih berbaki hampir 10 ari, jd tak lah sy risau nak bercuti lama2 di awal tahun ni. dan sy jugak bukanlah jenis org yg suka suki nak bercuti kalu tak de urusan, sy lebih suka jika di ujung tahun cuti sy masih berbaki jadi boleh lah sy bawak kan ke dlm GCR atau forward cuti tu ke next year. sementara sy masih lom ada anak, baik sy gunakan sehabis baik cuti sy tu. betul tak?
.
okey2!!! melalut sudah citer sy ni.... okey! back to the topic
.
alhamdulillah, selesai sudah majlis persandingan adik sy adha & liya yg berlangsung di melaka. semuanya berjalan dgn lancar even ada satu dua masalah yg timbul last minute. masalah2 itu sy akan citer jika ada kesempatan. now, sy boleh la tarik nafas lega dan menumpukan perhatian kpd pengurusan rumahtangga sy. sy akui, bila buat lebih keje dlm satu masa ni perhatian kita tak dpt nak tumpukan sepenuhnya pd satu2 keje. akibatnya mesti ada sikit sebanyak keje yg akan terabai. tpkan berbalik pd citer bunga2 telur sy tu, even lebih 2 bulan tumpuan sy ke arah itu aje tp hasilnya.... walllaaahhhh sgt!!! bkn nak memuji, sblm ni pun sy tak menyedarinya. almaklumlah selama ni buatkan org punya, bkn lah keje sy nak pasangkan skali kat pahar tp bila sy sendiri cucuk bunga tu di pahar, kecantikannya hanya org yg melihatnya akan mengakui. dlm erti kata lain sy sgt puas dgn hasil keje sy.... bunga telur sy tu sungguh laris di ari persandingan. kalu tak di agihkan dgn betul, mau nya ada yg menangis tak berlagu akibat tak dpt. niat ati nak buat lebih, tp nak menyiapkan 100 batang pun sy dah nak menangis =p
.
tp kan sebabkan sibuk sgt, sy tak sempat nak amik gambar. memang tak terlayan nak bergambar gambar ni, mujur lah masih ada masa nak bergambar satu family dgn pengantin. dan mujurlah sy sempat sorokkan sebatang bunga utk simpanan sy. pic mempelai pula kalu photograher dah bg, nnti sy kongsikan kat sini dgn kalian semua ye.
.
ok la...sy rasa biar lah sy berenti kat sini dulu, byk keje umah nak settle terutama kain baju. insyaAllah, dlm masa terdekat nnti sy akan update lg.
.
yg penting buat masa ini, sy sudah boleh relax tanpa memikirkan dateline yg harus dikejar =)
.


Selasa, Februari 23, 2010

Jemputan Ke Majlis Perkahwinan - 27 Feb 10

Assalamualaikum
.
Dikesempatan yg ada ni, sy nak menjemput kalian bersama keluarga semua ke majlis perkahwinan adik sy spt yg tertera di bawah ini. Jika kelapangan, sudi2 lah kiranya kalian menghadirkan diri ye =)
.

.

.
Sila klik kad itu utk image yg lebih jelas
.

notakaki: tak sabar rasanya nak share pic terbaru bunga telur dip+stokin hasil tangan sy istimewa sempena majlis perkahwinan adik sy nnti. tp selagi kabel kamera tidak ku temui, selagi itu lah hasrat tu terkubur aje =P