Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Selasa, September 29, 2009

Sebelum Pulang Ke Putrajaya

Assalamualaikum...
.
Lepas tido semalam di Baling, keesokkannya kami pun nak gerak balik ke putrajaya semula. Kononnya nak kuar pagi2 tp jadik lambat bila menunggu turn nak mandi. Mana taknya org ada 8 org tp bilik air satu. So agak berebut skit lah.
.
Kat Baling pagi2 sejuk yg amat. Airnya...fuhhh sejuk tak ingat! Tp besh mybe belakang homestay tu ada gunung. Sebelum perjalanan dimulakan, kami singgah dulu di rumah tunang adha coz family norliah ajak bekpes dulu. Kami dijamu dgn mee goreng dari air tangan norliah. Mmm, leh tahan jgk sedapnya. Bertambah jgk lah sy makan... :)
.
Kat bawah ni nak share gambar2 yg diambil berlatar belakang kan gunung yg ada di tepi umah norliah.
.

Gambar aina ni diambil masa hari tunang. Pada sy view dia cantik... buat sy teringat kan drama wadi unung kat astro tu...
.
.

Anak2 pakcik talib & makcik lilah, 6 org semuanya...
.

Satu family
.

.
Perjalanan balik terasa lebih dekat coz kami ikut gerik-kuala kangsar. Alhamdulillah lalulintas lancar. Cuma masa kat gerik tu jalan dia agak mencabar jgk, kalu nak lalu waktu malam tak berani lah jawabnya. Kami sampai dlm kul 5 petang. Singgah dulu kat puncak alam & taman medan (umah in law) sebelum gerak balik ke putrajaya.

Selasa, September 29, 2009

2 Syawal ke Utara

Assalamualaikum...

.
Napa pulak ke utara kan...? Ada kampung kat sana ke?
.
Ekceli spt yg sy ada maklumkan sebelum ni, tujuan kami ke sana utk melangsungkan majlis pertunangan adik sy adha di Kg Pulai Baling Kedah. Kami gerak dari Melaka jam 1030 pagi, singgah sebentar di Putrajaya utk parking kereta ayah. Dlm jam 1230 tghari kami terus gerak ke Utara. Seawal perjalanan, lalulintas agak lancar. Kami berenti di Tapah utk makan tghari & solat. Bila nak hampiri terowong, lalulintas mula slow. Dari situ dah mula jem hingga lah ke R&R Sg. Perak. Lps tu bersambung pula jem lepas R&R Gunung Semanggol hingga ke Alor Pongsu coz kepala lori terbalik. Gitu gini semuanya kami sampai di tol juru hampir kul 900 malam.
.
Sebelum tu, En.Din dah janji dgn kwn kerja opis penang utk dtg umah di Lunas. Alhamdulillah rezeki kami malam tu dijamu makan malam dgn lauk2 yg sodap spt gulai kari ikan terubuk (sumpah! sedap bangat) dan ayam goreng berempah. Melekat tau bau kari kat tangan. Walaaaa...
.
Lps makan & sembang2 kejap kami pun gerak ke Tasek Gelugor utk bermalam di umah bakal kakak ipar adha yg dah tinggal kan kunci umah sblm adha balik ke melaka aritu. dari Lunas ke Tasek Gelugor dekat yg amat. dlm 15 minit aje kot...
.
Esoknya syawal ke 3, lps sarapan sy & adha kuar mencari coklat+gula2 & buah2an. dua bende ni memang sy tak beli awal2. Bimbang cair & lecur di tengah jalan apatah lagi cuaca pada hari raya kali ni amat terik. Coklat cadburry yg sy beli kat ekspo kpdn aritu pun hampir cair dlm perjalanan. so sblm cair terus kami masuk dlm mulut masing2 terlebih dahulu.
.
Meh layan piccas di bawah ni. Hantaran yg di hantar pada asalnya 7 dulang tp last minute adha bgtau nak hantar separuh duit belanja. Jadinya 8 dulang jumlahnya termasuk cincin. Tema adalah kuning atas permintaan adha. Sy lak tukang buat. Buat pun yg simple2 aje. Sebab persiapan masa bulan puasa so sy tak de mood nak buat bunga dip/stokin. so sy beli bunga dulang yg biasa2 aje. Katanya pun nak kawen bulan 12 ni, so time kawen nanti baru sy wat dip/stokin.
.

Semuanya tp tak termasuk lagi kek coz kek order kat baling. Sampai sana baru amik kat kedai.
.

Sireh Junjung.
.
Sireh & bunga bawak dari melaka. Bunga tu berposak nak bawak. Mujur pergi sana kete kosong so leh sumbatkan baldi, letak air skit & letakkan bunga. So sampai sana masih segar lagi.
.

Duit belanja letak dlm album aje. Katanya tadi last minute kan...

.

Cincin tunang
.

Coklat+Gula. Bila dah last minute membeli, capai aje mana yg nampak depan mata
.

Kuih raya + dodol melaka
.

Kain pasang
.


Sampai sana dlm kul 1++ tghari. Terus kami dijamu dgn makan tghari. Owh ye, ekceli rombongan dari melaka hanya kami adik beradik aje. Bukan tak ajak sedara mara tp sebab hari raya kan, so sedara mara tak dpt nak pegi. Kami pun faham & tak paksa. Nanti bila kawen baru lah ramai yg menghantar.
.
Ayah lah jadi tukang cakap bg pihak kami. Yg sebelah ayah tu suami bos adha dan anaknya. Kwn adha pun ada 2 org. Nampaklah ramai skit sebelah pihak kami.
.

Sedang berbincang
.

Adik2 sy...
.

Selesai bincang, baca doa pula utk mendapatkan keberkatan...
.

Acara sarung cincin bermula. Ikutkan nak sarung cincin dlm bilik tp pihak perempuan suh sang bunga kuar. katanya biar semua dpt tengok.
.

Salam....
.

Ni lah dia Norliah, bakal ahli baru dm family kami
.

Mak wif bakal menantu barunya...
.

Ni sorang lagi yg eksited dpt kakak ipar. sampaikan sy pun dia hampir2 lupakan :)
.

Bakal mempelai....
.

Bakal besan mak & ayah
.

Bersama barang2 hantaran kedua belah pihak
.

Sebahagian adik beradik & ipar duai norliah
.

Lps selesai majlis, kami pi homestay kat area situ jugak utk bermalam di sana. Dptlah semuanya berehat. Sy, En.Din dan aina lak lps asar kami bergerak ke Sg. Petani utk pi beraya ke umah kwn2 En.Din. Perjalanan ke sana amik masa sejam spt perjalanan dari tasek gelugor ke baling juga.
.
Alhamdulillah rasa lega sangat bila dah selesai. Lepas ni nak mengadap satu lagi majlis pertunangan sorang lagi adik sy yg ini
v
v
v
v
.
Kalu tak ada apa aral, pertunangan akan diadakan pada 17hb Okt 09 ini bersamaan Depavali. Tp kali ni dokek ajo, kek senawang.
.

Isnin, September 28, 2009

Aidilfitri 2009

Assalamualaikum....
.
Apa kabar uols semua? Camana sambutan hari raya tahun ni? Hope semuanya ok dan baik2 saja ye. Bagi sy lak, sama saja spt tahun2 sudah. Tetap meriah walaupun dlm keadaan yg sederhana. Tp rasanya lebih meriah kalu ditambah suara anak2 kecil dlm keluarga sy. Sy harap lah sesangat moga tahun depan ada penambahan ahli keluarga dlm keluarga sy. Baru lah suasana bertambah ceria :)
.
Kebanyakannya dah mula keje ari ni kan? Errmm... dah cuti lelama ni liat lak nak naik keje semula. Kepala pun tgh berdenyut denyut ni tp gagahkan jgk lah update blog ni. Kalu tunggu lama2 nanti basi lak. Tp citernya tak de lah sangat cuma nak share gambar yg sempat dirakam pada raya pertama.
.
Sy malas nak karang citer. Uols layankan aje gambar2 di bawah ye.... :)
.

Mak & Ayah tercinta. Abaikan mata mak yg terlelap tu. Mak memang selalu terlelap mata time amik gambar.
.

Pic family ni ntah berapa kali lah amik. Kejap terang sgt lah, kejap gelap sgt lah. Kejap senget itu senget ini. Tgk lah sy, terserlah ketembaman.Eeee...tak suka!!
.

Mak & anak2 perempuannya
.

Ada pula terselit gambar candid
.

.

Adik2 perempuan sy
.

Salam time :) Dimulakan dgn mak & ayah...
.

Sy pulak. yg lain2 malas sy nak letak kat sini
.

Tak lupa mohon ampun dgn suami
.

Ni dgn family sebelah mak sy. Yg kecik2 tu semuanya sepupu sepapat sy. tu pun tak cukup korum.
.

Last sekali, gambar tuan punya blog kene jugak tepek

.
Sekian.... utk citer raya :)
.

Khamis, September 17, 2009

raya... raya... raya...

Assalamualaikum....
.
Dah siap ke semuanya? Sy lom kemas apa2 bende lagi. Umah pun still tonggang langgang dgn barang2 hantaran adha. Citer pasal manik ni dah tutup buku dah. Syukur baju sy sudah siap dijahit manik even last minit punya keje. Nanti kalu sempat sy akan tepek gambar.
.
Sy masih keje esok, kemungkinan besar sy balik dulu dgn adha lps jumaat. En.Din lak akan menyusul ari sabtu lepas keje. Ekceli berat hati nak balik asing2 ni tp mengenang kan kalu balik dgn dia tentu sy sampai lambat. Selalunya tgh malam, jadi sy tak dpt nak tolong mak memasak. Sejak kawen even giliran beraya di umah sy tp sy tetap tak dpt nak tolong mak masak. Mula2 mcm tak kisah tp tahun ni mak dah start buka mulut so terpaksa lah sy balik dulu. Tp jauh sudut hati sy berdoa moga sabtu ni En.Din akan diberi cuti jadi boleh lah kami balik sama2. Harap sangat!!!
.
Pagi tadi masa nak kuar pi keje, hati sy cukup berdebar sangat. Bimbang kalu2 ada lagi eksiden di tempat yg sama. Sy mula sedari sy skit fobia sebab sy rasai sangat ketakutan itu. Tp alhamdulillah, jalan hari ni clear sesangat. tak de pun jem. Lengang!!! Pd fikiran sy maybe ramai warga putrajaya sudah balik ke kampung halaman masing2.
.
arini jugak baru sy rasa mood nak keje sudah hilang. Mula terasa 'keboringan'. sy ada ajak shida kuar ronda tgh hari ni. tgk lah camana if dia tak byk keje, leh le meronda.
.
Ok lah sy stop dulu yek. Buat uols semua, sy nak mohon maaf jika selama sy berblogging ni ada citer2 & komen2 sy yg menyentap hati sesiapa saja. Sy doakan lebaran kali ni memberi seribu kenangan terindah buat uols semua. Satu lagi hati2 ye di jalan raya! :)

Rabu, September 16, 2009

Eksiden lagi

Assalamualaikum...
.
Allahuakbar!!!
.
Itu lah perkataan pertama sy bila sekali lagi melihat kemalangan yg berlaku di tempat sama yg melibatkan kereta & motor dua hari berturut-turut.
.
Semalam, sy ada selitkan dlm entry kemalangan yg berlaku dpn mata sy & En.Din ketika sy nak pi keje. Waktu itu hujan tgh lebat dan jalan jem sesangat. Masalah jem tu memang berlaku hari2 sejak semua kuarters sudah didudukki apatah lagi bulan puasa ni. Sejak kawan sy cuti bersalin, memang En.Din yg hantar sy pagi2 dgn naik motor kecuali kalu hari hujan.
.
ari ni, sekali lagi kemalangan itu berlaku di tempat yg sama dgn jenis kenderaan yg sama. Tgk keadaan motor memang hancur. motor tu dinaikki oleh sepasang suami isteri. masa sy lalu org ramai sedang papah si isteri ke dlm kete dan suaminya ada duduk di tepi jalan.
.
Sy pula rasa mengigil bila lihat kejadian tu. Jadi takut nak lalu situ padahal itu memang laluan keluar masuk. Bergenang airmata sy, airmata takut!
.
Ya Allah! Kau lindungi kami semua dari malapetaka yg tidak diingini.....

Selasa, September 15, 2009

Manik

Assalamualaikum....
.
pe kabar uols semua? hope kalian sihat2 belaka apatah lagi syawal akan menjelang tidak lama lagi, lebih kurang 4-5 hari. korang ada mood lagi tak nak keje? atau mood raya tu dah melebihi segalanya? Apapun uols semua jaga lah keselamatan diri walau dimana pun berada. Pagi tadi baru saksikan kemalangan yg berlaku depan mata antara motor & kete. Mujur penunggang motor mampu lagi bangun walaupun lihat keadaan motornya parah lah jgk. Apatah lagi kejadian berlaku dlm hujan yg lebat. so uols, hati2 ye!
.
kali ni sy nak share dgn uols semua, hasil budak baru belajar. ekceli sy dah start jahit manik since tahun lepas lagi. tak pi mana2 class pun, cuma belajar dari buku rosita jaafar & search dlm internet tutorial yg disediakan. tp sebelum ni sy hanya jahit atas baju sy sendiri & pattern yg sy buat biasa2 aje. Kata belajar sendiri kan... Lps tu sy stop coz sy buat bunga dip, kebetulan ada org tempah pulak. so manik2 ni sy dah lupakan. hingga lah sebelum puasa ni, opismate sy minta tolong jahitkan baju dia. belum sempat jahit, ada sorang lagi minta jahitkan jugak. setelah berhempas pulas + mood dlm berpuasa ni, ini lah hasilnya...
v
v
v
v
v

Baju ni baju polos. Memang kosong, so agak senang nak tentukan kaler manik yg nak dipakai.
.

Tp baju yg ni, agak mencabar bagi sy yg baru nak bermula ni. sebabnya warna baju ni agak gelap & malap. so pemilihan warnanya agak sukar. mybe bg yg pro, tak de masalah kot. banyak kali jgk sy dok ulang alik ke kedai, mujur en.din kali ni lebih memahami. lastly ini lah hasilnya, kalu boleh sy nak buat lebih baik dari ni tp masa dah suntuk. apapun, kawan sy tetap puas hati, alhamdulillah.
.
Now sy sedang jahit manik utk baju sendiri, minta2 sy dpt siapkan sebelum raya ni. En.din dah risau & bising bising coz dlm masa yg sama sy nak siapkan brg hantaran adha.
.
Don't worry pa! Awk kene yakin dgn mama yg mama leh siapkan semuanya walaupun masa dah tak lama :)
.
lepas2 ni sy nak jugak join mana2 class manik coz apa yg sy tahu selama ni hanya basics saja. rasanya banyak lagi yg perlu sy belajar. Geraamm aje bila tgk hasil tangan org lain yg gah, cantik & menarik. Sy pun nak buat secantik itu jgk. InsyaAllah, bila ada masa & waktu yg sesuai sy akan attend class manik ni.

Sabtu, September 12, 2009

Kad Raya dari Mama Adam

Toceii bebanyak kat Mama Adam coz bagi kad raya ni. Wah! Gambo anakanda aje ke alycia? Mama & Papa Adam tak tepek sekali ke? hihihi....
.
Anyway thank's ye! Ghaye nanti jgn lupa bwk adam dtg umah tau :)
.

Jumaat, September 11, 2009

Catatan Ramadhan Ke 21

Assalamualaikum
.
Pejam celik pejam celik, lagi 8-9 hari lagi kita nak menyambut hari raya. Dulu masa kecik kecik, rasa lambat sangat masa berjalan. Asiklah dok kira masa or hari. Bila nak buka, bila nak raya...? Tp bila dah dewasa a.k.a umur makin meningkat, hari yg berlalu dirasakan pantas sekali.
.
Sekarang ni sy sorang2 kat umah. En.Din balik lambat coz ada urusan yg nak diselesaikan. So tak ada nak sibuk2 siapkan juadah di dapur coz sy sendiri telah mendapat 'cuti dari Allah' sejak isnin lepas. Sy harap & doa moga apa yg sy alami ini tak berpanjangan spt 2 tahun lps. Jenuh cik senah nak mengganti pose. Balik keje tadi terus carik makan kat cafe bwh umah dan terus santap. Mlm2 skit kang sy nak wat kuetiaw ladna pulak & prepare menu utk sahur sekali.
.
Kat Presint 2 Putrajaya, ada jualan barang2 raya yg dianjurkan oleh KPDN bermula hari ini hingga ahad. Kebetulan ari Jumaat rehat kan lama, sy & shida tak lepaskan peluang utk menerjah lokasi tersebut. fuhhh! punya lah ramai umat manusia. Dah lah jualan tu dlm khemah yg bertutup, keadaan org dlm tu terlalu ramai. sampaikan tak leh nak jalan. Antara kami tiada ruang langsung. Segala anggota badan ni berlaga. Mujurlah org laki pi solat jumaat. yg ada pun 2-3 kerat aje. Kalau gini gayanya tak yah tunggu org luar putrajaya dtg, yg ada kat putrajaya ni pun dah sesak.
.
Pada sy, tak lah menarik sangat. Tp booth poney paling sesak. Kwn sy kata murah2 jgk bajunya. Sy ni bak kan lah lom ada anak, kalu tak pasti sy salah sorang yg bersesak sesak kat situ. Ada jgk booth makanan spt nestle, julie's, cardbury, minyak, beras, maggi dan lain2 lagi. harganya boleh tahan murah jgk. Ingatkan nak beli minyak, tp kenangkan balik nnti naik bus so tunggu lah kot2 En.Din teringin nak pi baru leh beli.
.
Apa yg sy beli, kemeja ayah, Milo dlm tin - 4 tin RM5 dan Cadbury. Cadbury memang murah. Yg ZIP, 4 bungkus RM10. Yg jenis bar (besar) RM5. Sape suka minum 'hot choclate'? kat sana tgh murah iaitu 3 botol RM15 sahaja. Sy beli yg bar, kononnya nak letak dlm hantaran adha nanti. tp tu lah, takut cair dlm perjalanan nanti or terus cair dlm mulut, hihihi.
.
Ni lak backdated nye entry. Baru la ni ghajin nak tranfer pic. Masa balik melaka merdeka lepas, sy buat kuih raya dgn dibantu mak & adik2. Alah....kuih2 tu pun utk umah mak jgk. Selain tu utk mertua sy, nenek & mak tua. owh ye, jgn lupa utk umh sendiri jgk. Memang semangat nak buat, tak terasa sangat keletihan tika itu. Utk 2 ari tu kami buat biskut dahlia, biskut arab & cornflakes madu. hasilnya? Boleh lah, semuanya okey cuma kalu dah amatur namanya biskut tu tak lah secantik otai2 buat kuih yg lain.
.
Bentuk biskut pulak ikut tuannya, ala2 gebu lah jugak. Hihihi :)
.
Tp kan dhiyah ngelat tau! dia yg dulu kata nak buat kuih, konon nak buat sama2. lastly hampeehhh! Nyampah aku! Dia tolong masa biskut pertama aje. Itu pun tengah2 aje. Mula & ujung dia dok zzzz kat atas umah.
.

Tengah menerap. Lom bakar lagi dah nampak gebu2 biskut sy tu...
.

My Sis! Si jihah tu (paling kiri), tekun tau buat keje. sampai sudah dia dok mengadap biskut tu.
.

Sebelum masuk oven
.

Dah siap bakar. Tp bunga dia meleper aje. Siap ada yg ter'coklat' skit. Ni gara2 terlupa nak tengok.
.
Apapun kalu nak dptkan hasil yg lebih memuaskan kene lah buat selalu. Baru lah kita leh tahu apa yg kurang apa yg lebih. InsyaAllah, ada kesempatan sy nak buat kek pulak sblm raya nanti.
.
Ok lah, sy berenti kat sini dulu. Ada lagi entry backdated yg akan menyusul. Kalu ada kelapangan, sy akan update.
.
Wasalam :)