Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Rabu, September 02, 2009

Catatan Ramadhan Ke-12

Assalamualaikum...
.
Uols puasa tak ari ni? Sekejap je dah masuk ari ke 12 kan? Bila hujung minggu akan dtg ni tiba, maka lagi 2 minggu umat islam akan menyambut ari raya pula. Mcmana persiapan utk raya kali ni? Tentu meriahkan... :) Bg sy pula persiapan utk adik2 & mak sudah sy siapkan semasa balik melaka baru2 ni. Utk diri sendiri pula sy hanya beli saja baju yg dah siap, tak tempah pun utk tahun ni. Kuih2 raya samada kuih tunjuk or buat sendiri udah sy bereskan. Yg lain2 kalu ada rezeki lebih, insyaAllah ada lah... Kalu tidak, sy tak lah kisah.
.
sebut pasal rezeki lebih ni, sy pasti staff gov spt sy dok menunggu samada ada bonus ke tidak utk tahun ni kan? Eerrmmm... bagi sy kalu ikutkan hati tentu lah sy nak kan bonus coz mcmana jimat atau sederhana dlm persiapan raya ni, tentu belanja tetap lebih kan? Ye lah dgn baju raya, kuih raya, duit raya bukankah semua itu perlukan belanja yg lebih dari biasa? Belum lagi dgn duit minyak utk balik kampung (kalu jauh kampungnya lagi tinggi ongkosnya) dan duit tol semuanya perlu amik kira. Kalu tak ada saving & nak harapkan bonus semata mata yg belum tentu lg dapat, mahunya terasa beban. Lg kesian utk mereka yg punya keluarga yg besar. Mcm sy lak even lom ada anak lagi tp tanggungjawab pd keluarga tetap tidak sy lupa terutama utk adik2 sy yg masih bersekolah lagi tu. Jadinya budget utk raya tetap tinggi.
.
Bila sampai saat ini kerajaan tak umumkan apa2, sy anggap bonus tak ada lah nampaknya. Jd memang sedari awal sy dah setkan kat kepala jgn harapkan bonus. Pandai2 lah nak korek duit kat celah mana pun, hehehe :) Kalu ada, kiranya rezeki. Kalu tak ada pun sy malas nak amik pusing.
.
K lah, kita lupa kan pasal bonus tu ye. Kita citer lain lak. Sempena cuti yg panjang minggu lepas, sy & En.Din balik melaka pd sabtu petang. Ikutkan nak balik lagi awal dari tu tp memandangkan En.Din keje ari sabtu so dlm 3.40petang baru kami gerak. Nak jadikan citer baru aje sampai highway bukit mahkota jalan dah mula jem. En.Din dah mengeluh, mana tak nya bulan2 pose ni bila bwk kete jauh2 rasanya lain mcm skit. Kejap2 dah menguap, maknanya mengantuklah kan... Jdnya dia masuk susur ke KLIA utk ikut sepang then tembus PD. Tp maknanya kami dah berpatah balik so masa dah terbuang kat situ. Duit tol pun dari RM15 dah jadi RM20. Tu lom kira minyak lagi. Mujur kami dah decide awal2 balik ke putrajaya balik pada ari selasa lepas sahur coz tak mahu lagi terperangkap dlm jem kalu balik ari isnin malam. Alhamdulillah, perjalanan lancar pagi tu.
.
Utk 3 ari berbuka di kampung, lauk2 utamanya sy dah setkan. Ni semuanya gara2 laki bini dok mengidam nak mkn itu ini. Bukan sy tak leh nak masak tp air tangan emak jugak yg ditagihkan. Yg bagusnya En.Din yg sebelum ni sy katakan tak selera makan pada bulan pose, siap makan bertambah. Boleh lagi tu berulang lepas terawih. Betul lah kata dhiyah, 'laki ko tu nak makan ramai2 kot, baru ada selera...'

.

Meh sy senaraikan menunya:
.
Hari pertama : Masak lemak siput sedut + batang keladi, sambal kupang, kerabu mangga, dan ikan bakar
.
Hari kedua : Mihun + sup ayam, sup ekor + tulang, bergedil, sambal kicap dan seangkatan dgnnya
.
Hari ketiga : Masak lemak nenas + ikan talang, sambal belacan mangga, ikan goreng, bayam goreng
.
Bila dah balik putrajaya, sy dah dok menung 'apa lah nak makan ni?' Bila kenang2 kenangan berbuka di kampung, alahaiiii....beshnya. rasanya mcm nak dok kampung aje sebulan pose ni, hahahahha...
.
Semalam sy sempat pi pasar tani lepas maghrib utk beli brg basah & kering. Uols bayangkan, sebutir bawang pun tak ada kat dapur sy tu. So sy gesa jugak En.Din utk pi lps maghrib coz minggu sblm ni bila sy ajak, dia asik bertangguh kononnya nak abiskan tgk citer 3 abdul. Uols tahu kan citer 3 abdul tu kan berpuluh kali dah tayang kat astro or tv tv lain. Tp dia nak tgk jugak sampai abis. Kesudahannya bila pi, pasar pun dah tutup. Ha... amik ko!!! dikatakannya org tak ramai tu sebab lah pasar tutup cepat padahal bulan pose tentunya semua nak tutup awal kannn...
.
Utk mlm ni sy masak simple aje, ikan kembung masak pindang, sambal goreng ikan bilis & timun. Cukup lah tu, lagipun En.Din balik lambat arini. Ada keje katanya... Katanya lagi kalu tak sempat balik dia berbuka kat umah family dia dulu. Tp sy dah pesan siap2, suh dia jamah apa yg patut aje. Bukan apa nanti apa yg sy masak tak luak lak.
.
Ok la uols, sy ada keje nak buat. Maaf la, lately ni entry semua tak bergambar. Bukan tak ada snap snap sana sini tp tak sempat sy nak upload. Apapun, jumpa kita di lain entry ye... :)

1 hati ingin berkata:

alyyani berkata...

nizza, bila ckp da 12 ari, baru perasan. kejap nye masa berlalu kan? nanti sedar2 dah raya kan?

waa..mmg best kalau dpt buka ramai2 ni especially dgn family. selera tu tetiba ade je. masak lemak siput sedut! lama tak makan, esok nak pi cari kat bazar la. nak masak tak reti. hehehe...

nizza, kebetulan sama la kita, tp alya pg td la. bangun sahur nak maska, tgk2 bawang sebijik pun takde, nasib ade perencah nasi gireng cina, mmg pakai perencah semata je la masak nasi goreng pagi td...

takde bonus ke? takpela, at least nizza da besedia awal kan? takla nak kena abis duit selepuk :)