Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Selasa, September 29, 2009

Sebelum Pulang Ke Putrajaya

Assalamualaikum...
.
Lepas tido semalam di Baling, keesokkannya kami pun nak gerak balik ke putrajaya semula. Kononnya nak kuar pagi2 tp jadik lambat bila menunggu turn nak mandi. Mana taknya org ada 8 org tp bilik air satu. So agak berebut skit lah.
.
Kat Baling pagi2 sejuk yg amat. Airnya...fuhhh sejuk tak ingat! Tp besh mybe belakang homestay tu ada gunung. Sebelum perjalanan dimulakan, kami singgah dulu di rumah tunang adha coz family norliah ajak bekpes dulu. Kami dijamu dgn mee goreng dari air tangan norliah. Mmm, leh tahan jgk sedapnya. Bertambah jgk lah sy makan... :)
.
Kat bawah ni nak share gambar2 yg diambil berlatar belakang kan gunung yg ada di tepi umah norliah.
.

Gambar aina ni diambil masa hari tunang. Pada sy view dia cantik... buat sy teringat kan drama wadi unung kat astro tu...
.
.

Anak2 pakcik talib & makcik lilah, 6 org semuanya...
.

Satu family
.

.
Perjalanan balik terasa lebih dekat coz kami ikut gerik-kuala kangsar. Alhamdulillah lalulintas lancar. Cuma masa kat gerik tu jalan dia agak mencabar jgk, kalu nak lalu waktu malam tak berani lah jawabnya. Kami sampai dlm kul 5 petang. Singgah dulu kat puncak alam & taman medan (umah in law) sebelum gerak balik ke putrajaya.

2 hati ingin berkata:

~~@lyci@~~ berkata...

haah... baru nak ckp mcm dalam citer wadi unung hehe..

nizza-abira berkata...

alycia: owh, tgk jgk ke citer tu.
niza suami isteri minat gila citer tu. sampaikan suami niza dok bayangkan nak pi wadi unung tu, hihihi :)