Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Jumaat, September 11, 2009

Catatan Ramadhan Ke 21

Assalamualaikum
.
Pejam celik pejam celik, lagi 8-9 hari lagi kita nak menyambut hari raya. Dulu masa kecik kecik, rasa lambat sangat masa berjalan. Asiklah dok kira masa or hari. Bila nak buka, bila nak raya...? Tp bila dah dewasa a.k.a umur makin meningkat, hari yg berlalu dirasakan pantas sekali.
.
Sekarang ni sy sorang2 kat umah. En.Din balik lambat coz ada urusan yg nak diselesaikan. So tak ada nak sibuk2 siapkan juadah di dapur coz sy sendiri telah mendapat 'cuti dari Allah' sejak isnin lepas. Sy harap & doa moga apa yg sy alami ini tak berpanjangan spt 2 tahun lps. Jenuh cik senah nak mengganti pose. Balik keje tadi terus carik makan kat cafe bwh umah dan terus santap. Mlm2 skit kang sy nak wat kuetiaw ladna pulak & prepare menu utk sahur sekali.
.
Kat Presint 2 Putrajaya, ada jualan barang2 raya yg dianjurkan oleh KPDN bermula hari ini hingga ahad. Kebetulan ari Jumaat rehat kan lama, sy & shida tak lepaskan peluang utk menerjah lokasi tersebut. fuhhh! punya lah ramai umat manusia. Dah lah jualan tu dlm khemah yg bertutup, keadaan org dlm tu terlalu ramai. sampaikan tak leh nak jalan. Antara kami tiada ruang langsung. Segala anggota badan ni berlaga. Mujurlah org laki pi solat jumaat. yg ada pun 2-3 kerat aje. Kalau gini gayanya tak yah tunggu org luar putrajaya dtg, yg ada kat putrajaya ni pun dah sesak.
.
Pada sy, tak lah menarik sangat. Tp booth poney paling sesak. Kwn sy kata murah2 jgk bajunya. Sy ni bak kan lah lom ada anak, kalu tak pasti sy salah sorang yg bersesak sesak kat situ. Ada jgk booth makanan spt nestle, julie's, cardbury, minyak, beras, maggi dan lain2 lagi. harganya boleh tahan murah jgk. Ingatkan nak beli minyak, tp kenangkan balik nnti naik bus so tunggu lah kot2 En.Din teringin nak pi baru leh beli.
.
Apa yg sy beli, kemeja ayah, Milo dlm tin - 4 tin RM5 dan Cadbury. Cadbury memang murah. Yg ZIP, 4 bungkus RM10. Yg jenis bar (besar) RM5. Sape suka minum 'hot choclate'? kat sana tgh murah iaitu 3 botol RM15 sahaja. Sy beli yg bar, kononnya nak letak dlm hantaran adha nanti. tp tu lah, takut cair dlm perjalanan nanti or terus cair dlm mulut, hihihi.
.
Ni lak backdated nye entry. Baru la ni ghajin nak tranfer pic. Masa balik melaka merdeka lepas, sy buat kuih raya dgn dibantu mak & adik2. Alah....kuih2 tu pun utk umah mak jgk. Selain tu utk mertua sy, nenek & mak tua. owh ye, jgn lupa utk umh sendiri jgk. Memang semangat nak buat, tak terasa sangat keletihan tika itu. Utk 2 ari tu kami buat biskut dahlia, biskut arab & cornflakes madu. hasilnya? Boleh lah, semuanya okey cuma kalu dah amatur namanya biskut tu tak lah secantik otai2 buat kuih yg lain.
.
Bentuk biskut pulak ikut tuannya, ala2 gebu lah jugak. Hihihi :)
.
Tp kan dhiyah ngelat tau! dia yg dulu kata nak buat kuih, konon nak buat sama2. lastly hampeehhh! Nyampah aku! Dia tolong masa biskut pertama aje. Itu pun tengah2 aje. Mula & ujung dia dok zzzz kat atas umah.
.

Tengah menerap. Lom bakar lagi dah nampak gebu2 biskut sy tu...
.

My Sis! Si jihah tu (paling kiri), tekun tau buat keje. sampai sudah dia dok mengadap biskut tu.
.

Sebelum masuk oven
.

Dah siap bakar. Tp bunga dia meleper aje. Siap ada yg ter'coklat' skit. Ni gara2 terlupa nak tengok.
.
Apapun kalu nak dptkan hasil yg lebih memuaskan kene lah buat selalu. Baru lah kita leh tahu apa yg kurang apa yg lebih. InsyaAllah, ada kesempatan sy nak buat kek pulak sblm raya nanti.
.
Ok lah, sy berenti kat sini dulu. Ada lagi entry backdated yg akan menyusul. Kalu ada kelapangan, sy akan update.
.
Wasalam :)


4 hati ingin berkata:

Fathiyah berkata...

wah,mcm menarik je sale kat KDPN.kalo saya,sure borong coklat.hehe.cantik la kuih semperit akak tu.molek aje.raya nnt nak rasa ye :)

nizza-abira berkata...

Fathiyah: A'ah fathi, awk kan minat coklat. baik pi cepat2! memang berbaloi baloi :)

Alahaiii, malunya nak bg fathi makan. ntah apa2 rasanya, hihiii. Tp no hal. makan aje, kalu tak sape nak abiskan kuih muih umah akk nanti kan? :)

zainita berkata...

tu aina kan? Yg kanan tu..
dah mcm kakak pada jihah dah dia dengan rambut baru tu..cantik..

Nora berkata...

oh my! my fav cookies! geram tgk biskut dahlia tu. tringat time tlg mak buat kuih tu. x larat nk press guna acuan tu. hehehe!