Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Rabu, Mei 27, 2009

KENALI WAKTU SUBUR MELALUI KITARAN HAID


Sumber : PA&MA JUN 2009

Haid tidak teratur sering dianggap salah satu punca wanita sukar hamil sementelah waktu subur sukar ditentukan. Menurut Dr. Adilah Ahmat, Pakar Perbidanan & Sakit Puan di Pusat Perubatan Pantai Bangsar, permasalahan ini dpt diatasi jika anda tahu caranya. Ikuti kupasan lanjut bersama INTAN JASTINA JAMALUDDIN.

Umum sering menganggap kitaran haid normal ialah setiap 28 hari. Hakikatnya, kitaran haid yg lazim adalah 25 hingga 35 hari! Untuk mengetahui waktu subur, wanita perlu memahami terlebih dahulu apa yg berlaku dari hari pertama haid sehingga hari pertama haid berikutnya.

Seawal hari pertama haid, sekumpulan telur baru (8-15 telur) telah memulakan proses pembesaran. Di kalangan wanita subur, hanya satu telur terus membesar dan mengalami ovulasi (tanpa rangsangan ubat). Telur-telur yg lain akan mengalah dan tidak menjadi. Bg wanita yg tidak subur, tiada satu pun telur yg akan membesar.

Pada masa yg sama, fasa proliferatif di amna lapisan endometrium di bahagian paling dalam dinding rahim akan menebal kesan rangsangan hormon estrogen. setelah ovulasi, hormon progesteron yg akan dihasilkan oleh kantung luteal, ovari akan mematangkan lapisan endometrium (fasa luteal). Ini sbg persediaan menerima kehadiran embrio. Jika tidak hamil, ia akan gugur sebagai haid. Tempoh fasa proliferatif tidak semestinya sama bg setiap wanita subur. namun, tempoh fasa luteal biasanya sama iaitu 14 hari. Ini bermakna, setelah 14 hari berlaku ovulasi, tempoh luteal tamat dan wanita akan haid jika tidak hamil. Ini turut bererti, waktu subur lebih tepat dikira sekitar 14 hari sebelum jangkaan haid berikutnya.

Waktu ovulasi adalah waktu paling subur. Jika kitaran haid wanita adalah setiap 28 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke-14 (25 tolak 14). Bg wanita yg kitaran haidnya 35 hari, waktu ovulasinya adalah pada hari ke-21 (35 tolak 14).

Dalam pada itu, ada wanita menyangka jika haid mereka datang pada setiap haribulan yg sama, maka kitaran haidnya tetap! Ini tidak benar kerana ada bulan yg mempunyai 30, 31, 28 atau 29 hari. Seelok-eloknya wanita mencatat hari pertama haid setiap kitaran selama 6 bulan untuk mengetahui jumlah hari kitaran paling pendek dan paling panjang.

KALENDAR KITARAN HAID
Maklumat berikut perlu diketahui sebelum memahami waktu subur.

* Paling subur
Dari 72 jam (tiga hari) sebelum ovulasi sehingga 24 jam selepas ovulasi. Jika sperma ada di dalam tiub fallopian dari 72 jam sebelum ovulasi pun, persenyawaan masih boleh berlaku kerana hayat sprema masih ada.

* Waktu berjaga-jaga
Dlm tempoh 5 hari sebelum ovulasi sehingga 2 hari selepas ovulasi. Ovulasi masih boleh berlaku (bukannya tepat) sekitar 14 hari sebelum jangkaan.

* Paling kurang subur
Lebih 5 hari sebelum ovulasi atau lebih 2 hari selepas ovulasi.

UJIAN... UJIAN...

1. Air kencing
Pada saat akhir menghampiri ovulasi, berlaku proses LH surge di mana paras hormon LH meningkat secara mendadak sehingga mencetus ovulasi. Kehadiran LH surge dikatakan berlaku apabila kelihatan jalur berwarna yg sama atau lebih jelas daripada jalur neutral di kit khas yg digunakan dlm ujian ini.

Ketepatan ujian boleh terganggu dengan kehadiran faktor-faktor yg mengubah paras hormon LH di dalam tubuh seperti kehamilan, menopaus, penyakit-penyakit tertentu (PCOS), ubat kesuburan, ubat-ubatan mengandungi hCG atau LH dan lain-lain. Waktu bacaan juga boleh mengubah warna dan kepekatan jalur bacaan.

Memandangkan LH sedia ada di dalam tubuh, tidak mustahil jalur berwarna samar kelihatan seawal ujian pertama. Dalam keadaan ini, ujian dianggap negetif. Ia tidak sama spt ujian air kencing utk kehamilan. Perubahan keputusan daripada negetif pada hari-hari sebelum LH surge sehingga hari di mana ujian menjadi positif menunjukkan ovulasi semakin hampir dan mungkin berlaku dalam masa 24-48 jam. Oleh itu, pasangan suami isteri perlu melakukan hubungan intim bermula beberapa hari sebelum ovulasi. Namun, bilangan kitaran haid seeloknya diketahui agar tidak berlaku pembaziran akibat menggunakan terlalu banyak keping kit ujian.

Bagi wanita yg diketahui mempunyai masalah pembesaran telur dan ovulasi, kaedah ini tidak sesuai digunakan bersendirian tanpa bantuan ubatan atau teknik pemantauan yg lebih berkesan.

2. Darah
Paras hormon progesteron dapat memberi gambaran sama ada ovulasi berlaku ataupun tidak. Lazimnya, ujian darah dilakukan pada hari ke-21 kitaran haid. Ia mengambil kira andaian bahawa bagi kitaran haid 28 hari, ovulasi yg berlaku pada hari ke-14 akan menyebabkan korpus luteum mula menghasilkan hormon progesteron. Maka pada hari ke-21, dijangka paras hormon progesteron meningkat. Bagi kitaran haid 35 hari, ovulasi dijangka berlaku sekitar hari ke-21.

3. Ultrasound
Kaedah ini dapat menunjukkan pembesaran telur dan bilangannya (terutamanya bagi wanita yg mengambil ubat subur) selain menentukan waktu paling subur berdasarkan saiz kantung telur dan ketebalan lapisan endometrium. Malah bukti ovulasi telah berlaku juga boleh ditunjukkan setelah tempoh itu. Walau bagaimanapun, ia memerlukan lawatan susulan berkali-kali. Hari temujanji sukar ditentukan kerana ia lebih berdasarkan tarikh haid wanita dan kadar pembesaran telur.

USAH TUNGGU WAKTU SUBUR

Secara amnya, ovum mampu bertahan 24 jam selepas ovulasi. Sperma pula dapat bertahan sehingga 72 jam selepas enjakulasi. Jika sperma bertemu ovum dalam masa 24 jam selepas ovulasi, peluang untuk hamil adalah tinggi. Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bagi pasangan yg subur, peluang hamil adalah sekitar 15-25% dan ia adalah angka yg normal.

Bagi meningkatkan peluang, hubungan seks sehingga ejakulasi ke dalam faraj sepatutnya dilakukan tanpa mengira waktu subur. Lakukan secara kerap sekurang-kurangnya selang dua hari bagi memastikan sperma berada di dalam tiub falopian setiap masa termasuklah pada waktu ovulasi (tidak termasuk waktu haid). Kajian membuktikan, hubungan seks secara kerap (2-3 kali seminggu) lebih membuahkan kehamilan berbanding hubungan seks yg tertumpu kepada jangkaan waktu subur.

INFO
  • Sedikit kesakitan mungkin dialami segolongan wanita sewaktu ovulasi. Ia tertumpu di bahagian bawah abdomen sama ada kanan atau kiri dan boleh menjalar sehingga ke kawasan pusat. Sakit ini dikenali sebagai mittelschmertz. Namun, tanpa kesakitan ini tidak bermakna seseorang wanita tidak mengalami ovulasi pada bulan tersebut.
  • Petua lain untuk mengetahui waktu subur adalah berdasarkan perubahan ciri-ciri lendir dalam fasa proliferatif. Lendir inibertukar menjadi lebih jernih dan cair seperti putih telur yg masih mentah utk memudahkan pergerakan sperma menembusinya sewaktu berenang memasuki ruang rahim dan seterusnya ke tiub fallopian utk mensenyawakan telur. Semakin bayak kantung telur membesar, semakin banyak lendir yg keluar sehingga membasahi seluar dalam. Selepas ovulasi, peningkatan paras hormon progesteron menyebabkan lendir ini bertukar pekat keputihan dan kental bagi menyekat pergerakan sperma-sperma baru.

Ahad, Mei 24, 2009

Weekend saya

Assalamualaikum semua...
Moga semuanya berada dlm keadaan sihat & gembira disamping family tersayang...
Mcamana weekend uols? Mesti seronok kan terutama yg ada anak2, cuti hujung minggu ini lah yg ditunggu-tunggu kan.....

Weekend sy kali ni agak tenang skit.... sy dpt selesaikan keje2 umah dgn tenang tanpa rasa tergesa-gesa. Semalam jugak sy berjaya gosok baju kerja selama seminggu bersama dgn tudungnya sekali. Sblm ni selalunya hanya dpt gosok baju aje tp malam semalam sambil tgk rancangan "jgn lupa lirik", sy gagahkan jugak menggosok.

Ari Sabtu lps zohor sy dok rilex2 sambil tgk tv & surf tenet, tiba2 En. Din yg dlm otw balik keje kol suh sy siap2. Dia kata nak bwk sy pi bagan lalang sepang. Wah! mcm tak caya coz dah bertahun rasanya sy ajak En. Din pegi sana tp alasan En. Din tempat tu jauh. Walaupun En.Din tak bgtau tujuan ke sana, tp sy dpt agak yg dia nak bwk mkn ikan bakar . Kebetulan lately ni sy memang teringin nak mkn ikan bakar/seafood tp tak de lah bgtau pd dia.

Dlm kul 5, kami gerak dr putrajaya. Terus aje En. Din pilih kedai makan. Sy pun tak pasan apa nama kedai ni, tp dia belah ujung sekali.

Apapun tuan rumah kene post dulu ye...





Masa kami sampai ni, hanya ada 3-4 meja aje yg penuh. Ye lah, awal lagi kan. Tp sebab kami memang tak mkn lagi dr tghari, so pewot dah tak leh tahan...

Apa yg kami order?


En Din : Limau Ais

Sy: Fresh Orange. Kalu mkn mcm ni, sy memang suka order air yg masam2 utk hilang rasa loya. Satu lagi kan, fresh orange dia sodap tau, pekat lagi tu tp sy tak boleh nak abiskan coz ada sesuatu yg menganggu.


Sotong goreng tepung, sy amik 3ekor aje, itupun dah banyak. Ni pun sodap jugak, rangup tepungnya. Tp ada skit masin...


Kailan ikan masin. Order 2 set tp kuantitinya mcm 1 set.


Pepahat masak pedas. En. Din komen sedap coz sambalnya pekat.


Siakap 3 rasa. Okey jugak lah tp tak lah tip top.


Cencaru bakar 2 ekor. Yg ni bawa balik, kata En. Din takut dlm perjalanan balik nanti byk terhentak2 nanti lapar pulak bila sampai umah. Memang betul pun.... Sampai umah, duduk2 kejap perut sy dah lapar balik. Yo lah, td kan mkn petang. Mlm pun nak jgk diisi kan...

Kami mkn semua yg di atas ni dgn nasi putih.... Alhamdulilah, makanan tak terbuang. Semuanya habis di makan.


Jumlah yg dimakan di atas tu semuanya RM62.60. Okey tak? En.Din kata okey, sy pun rasa okey jugak... Kesimpulannya, ok lah mkn situ. Nak kata sedap sangat tak jugak, tp boleh lah. Td kan sy kata ada sesuatu yg mengganggu kan? Sy tak tahu lah memang musim ke or memang kedai tu sentiasa ada lalat. Byk sgt lalat yg mengganggu.... Sampaikan air sy & En. Din yg tak abis minum lagi dimasukki lalat2 itu. Aduhai...dari sakit perut lebih baik jgn minum air tu kan...


Tepi pantai bagan lalang tu sy nampak ada org jual mangga. Sy pun masih dlm mood makan mangga so harus lah membeli.


Sebelum sampai pekan sepang, sy nampak beberapa gerai menjual buah naga ni. lepas pekan sepang lak nampak banyak ladang buah naga yg sedang berbuah. Ada jugak dpn ladang tu jual buah naga ni. Masa nak pegi tu tak terlintas pun nak beli. bila balik, tetiba teringin lak... Haiii...asik teringin aje ni.... mcm ada apa2 aje...tp hakikatnya nan ado... So En. din berenti kat amoi lps pekan sepang tu. Bila tanya harganya, buah2 ni ikut gred. yg sy amik ni gred b, 3 biji RM10. Tak tahu lah murah ke mahal coz jarang sgt beli. Mybe kalu beli kat ladang buah ni lagi murah kottt... Tp org kata naga merah ni lagi bagus dari naga putih & hrganya pun mahal skit dr yg putih.
Oh ye! kan sy kata tadi En Din pernah bgtau jauh kan bagan lalang ni. Tp masa otw balik tu, dia kata tak de lah jauh sgt pun. Oooo leh gitu lak ye. ye lah, kami kuar pukul 5 & sampai umah dlm kul 7.30pm. Tak lama kan? Tp sebab tak cuba memang lah tak tahu kan....?
Hari Ahad pulak iaitu pagi tadi, lepas sarapan lepak2 tgk tv dgn En. Din. Lps tu dia suh siap2 nak pi taman medan umah inlaw. Lps mandi sy nak angkat spec sy tetiba kanta belah kiri terjatuh ke lantai. Memang kanta sebelah kiri tu ada problem. Puas anta kedai tp mcm tu jugak ghajin sgt tercabut. Selalunya tercabut ketika sy sedang lap kanta, En. Din pun siap bekalkan skru kecil kot2 emergency. Masalahnya kan uols, kanta sy tu dr jenis kaca. So bila dah jatuh ke lantai, maknanya kantanta akan pecah tak pun akan jadi mcm kat bawah ni....



Waduh!!! mcm nak meraung aje... napa la nak meraung kan? Sebabnya, spec sy ni ibarat nyawa kedua sy. Sy tak leh nampak if spec sy ni tak de. Power sy utk sebelah kiri saja dah capai 850! so uols bayangkan betapa tingginya tahap kerabunan sy ni. Keduanya, sebab power sy yg tinggi ni kanta ni tak leh buat dari plastik. kalu tak tahap ketebalannya terlalu lah tebal. Malu weiii nak pakai spec tebal2 ni. Lgpun org kedai pun tak suggestkan buat plastik. So sy gunakan kanta kaca dari jenis high indect (lebih kurang lah ejaannya ye) dan harganya bukan puluh2 tp hampir RM200 hanya utk sebelah cermin aje.... Memang kalu sy nak buat spec baru, sy perlu sediakan minimum RM400. Pilihlah bingkai yg biasa2 pun tp harga tu tetap cecah jugak.


Balik dr tmn medan tadi ajak En. Din pi kajang iaitu kedai yg sy buat spec ni dulu. Oh ye! mujur sy ada stok contact lens jd tak lah risau nak bergerak tp bg org yg tak biasa nak pakai lens ni, memang terkial-kial lah skit. apatah lagi jenama biomedics yg sy gunakan ni terlalu kesat utk dibawa ke mata. kejap2 kang jatuh. Tensen aciiikkk dibuatnya. Lps ni tak mo pakai dah jenama tu, leceh sungguuh!

Sampai kedai tu, buat komplain skit kat staff situ. Mrk pun buka rekod yg mrk simpan, tgk jenis kanta sy then mrk pun bgtau harganya RM180. Sy minta kurang, rasa mahal lah weiii walaupun tahu memang mahal... dah lah gaji bulan 5 ni cwgn kewangan terlebih potong. Spec lak buat hal! adohaiii, lebih budget nampaknya.... So lepas tawar menawar mrk bagi RM160.



Dlm masa 4 ari dah leh siap. Tp sy janji amik ujung minggu, ari2 lain En. din tak dapat nak layan. Sementara ni sy teruskan pakai lens. Kat umah lak sy terpaksa pakai spec lama walaupun power tak sama. satu lagi, ada tau kanta plastik tapi jenis yg nipis. Tp harga kanta tu sahaja mencecah seribu lebih tau. Lagi mahal dari yg kaca. Memang tak mampu lah sy nak pakai jenis tu.


Ni dia spec lama sy, jenis bulat. Bila pakai nampak kelakar lah pulak.... tp tak de sapa nak gelakkan, paling tidak pun yg gelakkan sy adalah En.Din. Tp kalu dia gelakkan haruslah sy dush dush dia..hihihi :)
Apapun walaupun gaji baru nak masuk esok, tp banyak perkara yg sedang menanti. :/
Pesanan Penaja: jaga lah mata anda sebaik-baiknya! Minumlah pati innershine berry. Tentu mata anda akan sihat bersinar.....



Ahad, Mei 24, 2009

Engku Aleesya

Tentu ramai yg teringin nak tgk wajah anak erra-emran yg disorok selama erra berpantang kan? Secara rasminya semalam mrk memperkenalkan anak mrk sempena majlis cukur & aqiqah aleesya. Comelkan baby aleesya ni... Agak2 uols, wajahnya iras erra or emran?
Apapun tak mo citer panjang, uols layan aje pic ni ye...
**Gambar ihsan gua.com.my

Sabtu, Mei 23, 2009

Sampai Syurga

Uols tgk tak cerekarama "Sampai Syurga" kat tv3 jap tadi?

Lakonan elly mazlin & harun hashim.

Tak tahu lah apa yg uols rasa, tp bagi sy drama tadi cukup menyentuh hati sy.... :(
Pengorbanan seorang bapa yg sanggup buat apa saja demi cita2 seorang anak yg tak kenang budi...
Mybe drama ini ditayang sempena hari bapa yg akan datang nanti.
Tp tak kira hari bapa or hari ibu, dua-duanya amat penting bagi sy.
Mereka amat berharga kpd sy dan adik2...

Pengorbanan mrk berdua terlalu banyak utk kami semua. Kasih syg yg mrk curahkan terlalu utuh dlm hati sy. Moga sy & adik2 dpt bahagia kan mak ayah kami dunia & akhirat.... InsyaAllah....

Khamis, Mei 21, 2009

Tag Jepun dari Imah

A-ka
F-lu
K-me
P-no
U-do
B-fu
G-ji
L-ta
Q-ke
V-ru
C-mi
H-ri
M-rin
R-shi
W-mei
D-te
I-ki
N-to
S-ari
X-na
E-ku
J-zu
O-mo
T-chi
Y-fu
Z-zi

Meh kita tgk apa sebutan nya kalu nama sy di alih bahasa ni....

KHAIRUNNIZA = ME + RI + KA + KI + SHI + DO + TO + TO + KI + ZI + KA

Ha....berbelit lidah nak menyebutnya...

So sy nak tag (kalu dah buat sila abaikan ye...)

Jumaat, Mei 15, 2009

Tag & Award

TAG - 9 Q's dari kak nora
.....................................................

1. If you can be an animal, what will u be? Why?


Rama-rama a.k.a kupu-kupu a.k.a butterfly. Sebab cantik & leh terbang riang :D

2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money?


Kalau ada duit yg banyak, sy nak buat rumah yg besar supaya sy leh bwk mak ayah sy tinggal & jaga mereka. Nak pi haji bersama ahli keluarga sy, nak buat amal jariah & yg pastinya nak bayar segala hutang. Owh! 1 thing, sy nak buat rawatan yg terbaik di dunia utk mendapatkan zuriat. Tp kalu dah duit rompak, mana ada berkat kan kalu nak buat segala yg kat atas tu... huhuhu...

3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be? why?


Tak kisah lah mana mana janji sy dekat dgn En.Din & family's sy

4. If you know that you are dying, what is the last meal that you want? why?


Tentulah masakan dr air tangan emak sy. Sebab mak sy masak sodddaaappp...

5. If you can only kill one person in this world, who is the person? why?


Ish3x! apa la weiii...tak de soklan lain ke? tak pernah terpikir pun =P

6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice? why?


Kalau idup 100 tahun, ada ke yg sudi menjaga sy nanti? Buat menyusahkan aje... :( So, saya pilih more than 24 hours lah agar sy leh siapkan dgn cepat bunga bunga dip sy..hihihi :)

7. If you can date celebrities, who is that person? why?


Sape ek? Siti Nurhaliza yg tanpa makeup coz nak tatap wajahnya yg cute miut tu....

8. If you can only have 1 thing in this world, what should that be? Why?


Mcm kak nora jugak, of course my family. Sebab sy teramat syg & cintakan mereka semua :) Tanpa mereka siapa lah sy... ccceeewwaahhh!!

9. If you have the opportunity to tag 7 of your friends, who are they? why?


Sy nak tag 2 org aje.... sebab "janji adoo"


AWARD - ni pun dari kak nora dan juga imah. so buat sekali jalan la ye...


.......................................................................


1. Copy award di atas utk diletakkan di blog anda

- Done!

2. Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie

Kak Nora

  • Seorang ibu kpd puteri yg comel. Rambut puterinya cantik tau!
  • Kak Nora ni baru pindah umah baru. Tak sabar nak tgk pic keseluruhan umahnya tu.
  • Dia juga seorang perunding insurans. Ha! sape yg nak beli insurans leh deal dgn dia.
  • Sama2 anak sulung, mcm sy jugak.
  • sy suka layout blog dia. lawo!

Imah

  • Ekceli kenal imah dari forum m.com, tp tak tahu lah imah pasan ke idak.
  • Imah pun masih lom ada rezeki punyai zuriat sendiri. Mcm sy jugak...
  • jawatan imah ni sy lupa tp berkaitan dgn kesihatan jugak lah & sering bertugas kat pintu sempadan spt padang besar or wang kelian.
  • Dah ada umah sendiri tp lom siap sepenuhnya, kalu dah siap nanti meh kita serbu ramai2.
  • Imah baru aje luahkan perasaan sedihnya kat sy tp sy tahu Imah sorang yg tak jemu berusaha, hope usaha2 imah akn membuahkan hasil.

3. Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya

  • Anak sulung dari 6 beradik.
  • Lahir kat hospital besar kuala lumpur tp masa membesar nya banyak di melaka.
  • dah kawen pd tahun 2005. kawen pun dgn kawan sekolah.
  • tarikh lahir sy dan suami dekat2 aje tp tahun lain. Sy: 17.03.1982, Suami: 15.03.1979
  • masih lom mempunyai anak sendiri, sedang berusaha...
  • mempunyai hobi membaca novel, tp skrg ni masa agak terhad.
  • mula start blogging tahun 2007.
  • selain tu suka dgn keje2 kerastangan ni spt buat bunga dip, menjahit manik, menjahit kain pun minat jugak tp lom cuba lagi.
  • dah ada lesen kete tp tak berpeluang nak bwk coz suami sy kendekut nak bg pakai kete dia :(
  • lepas kawen berat sy makin naik, tp makan nasik tu tak de lah bertambah pun. mybe dpt byk sgt zat kot dr suami...hihihi

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka

- Kalu tak pilih aci tak? ;)

Khamis, Mei 14, 2009

A.D.A.M

Lama sy tak kongsikan citer mengenai anak2 buah sy. Lately ni sy jarang dpt jumpa Ahnaf & Sajidah. Tp kalu dgn adam hampir tiap2 minggu sy jumpa dia kat umah in law.

Nak share dgn kalian pic di bawah. Sejak majlis kahwin sepupu En.Din yg lepas, adam spt kemaruk dgn kompang. Dari malam berinai sampai lah majlis berarak siang hari tu dia akan jadi penunggu setia pasukan kompang. bondanya bgtau yg dia tidur malam sampai menggigau dgn menepuk tangan tak sudah sudah. hihihi... adam! adam! =P

Pic ni masa sy kat umah mertua ahad lepas. masa ni sy dgn dia aje yg tak tidur. Spt biasa, dia akan amik besen neneknya then dia akan tepuk besen tu ala2 kompang sambil nyanyi dgn lagu2 yg kita tak paham tp sooo cute bila kita dengarnya. Kalu dah nak berkompang tu, tak sah kalu tak pakai songkok pak usu nya yg tentunya terlalu besar untuk dia. Kalu tidak, tak leh nak berkompang tau! :D Satu lagi, kalu dia malas na berkompang, dia akan suh sesiapa saje yg dia nak. Dia akan bg kita besen tu & sambil tu dia akan pakaikan kita songkok tu. Selagi songkok tu tak terletak dgn eloknya atas kepala kita, selagi itu dia akan betulkannya mengikut pandangan matanya. hehehe...

Sy ada ambil video dia yg sedang berkompang tp sy tak leh nak share kat sini coz dlm tu ada termasuk gambar MIL & my SIL's sedang tido.... So lenkali sy rakamkan yg lain ye...


N.K : Kami sedang survey harga & lokasi pembuatan kompang tu. Moga kami dpt hadiahkan adam dgn kompang tu tak lama lagi...

Rabu, Mei 13, 2009

Tidak Dilupakan Juga


Untuk Mak Mertua sy,


"Selamat Hari Ibu.."
Terima kasih menerima dgn baik niza sbg menantu & terima kasih utk segalanya :D


Rabu, Mei 13, 2009

hEPI bESDAY & hEpI BlaTed MothEr's

Present utk mak dah siap dibeli sejak dpt gaji lagi. Eh! bukan dpt gaji tp masa dpt duit upah buat bunga dip tu,hihihi :D

Apo hadiahnya??? Nanti bila mak dah guna saya tunjukkan yerk.... Hadiah ni sy poskan pagi semalam, mak aihhh! beratnya hanya 1.4kg aje tp bila ukur lebar & tinggi kotak terus harga pos lajunya naik sampai RM30.25! Tak pe lah, acik bayarkan aje. Janji hadiah ni sampai pd mak tersayang.

Sejak ahad lepas jugak berposak-posak minta ayah alamat kafeteria. Tp ayah asik lupa nak sms. Puas ayah tanya nak buat apa, tp rahsia tetap rahsia. Kata nak buat suprise kan... ;)

Nak pos kat umah dah tentu tak de sape yg ada waktu siang. Kang buat menyusahkan ayah jugak nak kene amik kat pejabat pos. Harap2 hadiah sy tu dapat sampai ari ni coz ari ni hari lahir mak. Hadiah tu jugak merangkap utk hari ibu yg lepas. Risau kot2 jadik mcm shiemz punya citer. Mak pun tak de lak kol sy bgtau dia dah dpt hadiah, mybe dia sedang sibuk bersilat kat kafe tu kot. Apapun planning sy, mlm ni sy akan kol adik utk tanyakan samada mak ada bawak balik hadiah ke tidak. So, tak yah lah sy direct tanya pada mak... At least kalau tak sampai lagi pun sy masih dpt cover line.

Untuk Mak Yg Ayun sayangi....
"Selamat hari Lahir Yg ke 49 tahun"
"Selamat hari Ibu"
Moga mak sentiasa diberi kesihatan yg baik, rezeki yg melimpah, diberkati Allah & ayun janji sedaya upaya ayun untuk memberikan kpd emak kebahagiaan dunia & akhirat.

Tak ada kata yang bisa mengungkapkan
Kesempurnaan dalam ketidaksempurnaanmu
Pun perjuangan dan pengorbananmu
Dalam melahirkanku dan membesarkanku
Dalam diamku aku berteriak
Terima kasih Emak... Mmmmuuuahhh...!!!!
Alwaiz luv u!
N.K @ 14/5 : Sebelum sy balik keje semalam, mak kol sy & bgtau yg hadiah dr sy dah sampai tghari semalam. Dari suaranya, sy tahu dia hepi & sy pun hepi jugak =D

Jumaat, Mei 08, 2009

Iklan Temuduga Terbuka


Just nak share dgn uols, kalau2 ada yg tak tahu kementerian pelajaran ada buka iklan spt di bawah ni:

Iklan Temu Duga Terbuka Jawatan Kontrak Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Kedua Negara Untuk Berkhidmat Di Jabatan Pelajaran Negeri.

Kementerian Pelajaran Malaysia ingin mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan seperti dinyatakan di bawah untuk menghadiri sesi temuduga terbuka untuk berkhidmat di Jabatan Pelajaran Negeri bagi jawatan di bawah:

Mana tau kan ada adik beradik, kengkawan, sedara mara semua yg berminat & masih tiada keje bolehlah mencuba temuduga ni.

Jumaat, Mei 08, 2009

Saya Tak Berapa Sihat =(

Mungkin disebabkan kesan ubat hormon yg sy makan menyebabkan diri saya sekarang agak lemah & kadang2 gigil skit. Rasanya serba serbi tak kena. Ditambah lagi dgn keadaan cuaca yg panas melampau. huhuhuhu.... Asalkan bangun tidur aje asik ingat buah mangga. Nikmatnya kalu dpt makan bende2 yg masam2. Tekak rasa loya + mcm nak muntah. Kepala kadang2 pening aje. Mengalahkan org mengandung lak. Tp sy bukan mengandung coz bendera merah sedang berkibar.
Sy teringatkan ex-boss sy yg skrg berada di perantauan. Nasib dia & sy sama, masih lom punyai zuriat sendiri tp usia perkahwinan dia lagi lama. Tak silap sy dah nak cecah angka 10. Dia pernah kongsi dgn sy pengalaman dia amik ubat2 hormon ni. Memang sakit sangat apatah lagi badan dia lg sensitif/alah dgn ubat2. Sampaikan husband dia suh berenti mkn & tak bagi buat apa2 rawatan sebab husband dia sendiri tak sanggup tgk keadaan dia. Bila dia tahu sy perlu mkn ubat hormon ni, dia kata sy akan lalui apa yg dia rasa. Yes! sy akui kata2 dia tu...
Esok kalau jadi sy nak ke Pahang, hantar sepupu En.Din yg kawen aritu utk majlis menyambut menantu. Hope keadaan sy okey mcm biasa....

Selasa, Mei 05, 2009

Update : Teka teki yg tiada hadiah

Update dari entry lepas....

Pasal teka teki yg tiada hadiah tu, mentang2 tak de hadiah tak de lah ramai yg nak jawab...hihihi...

Kepada kak nora & imah toceiii ye tolong jawabkan....

Kak Nora : kalau RM4.50 pun niza tak kisah lagi....
Imah : Ha...jwpan imah hampir tepat. Kiranya imah lah yg menang!!! :)

Gini.... Menu yg sy amik hari tu sy telah dicaj dgn harga RM6.80!!!! Bagi sy itu sungguh tidak berbaloi sebab hanya dua lauk & udang tu bukanlah udang besar. Semua kwn2 sy jadi terperanjat apatah lagi sy yg nak kuarkan duit membayar. Dah tu, leh pulak budak tu diskaun kan sy RM0.80 tu.... Mybe sebab dia rasa bersalah kottt....

Nak dijadikan citer, pagi semalam opismate sy pergi beli sarapan kat situ. Kali ni bukan budak tu yg jaga cashier tp mak dia. Dah tu mak dia interview opismate sy ni keje mana bagai. dan satu pesanan dari mak dia, "kalau ada apa2 nak komplain spt harga mahal ke bagitau lah kami".

Haaa..eloklah sgt tu. Lagipun kita sebagai pengguna ada hak. So, tghari tu sy & kwn2 pi lah beli nasi kat situ sambil tu sy amik kesempatan utk buat aduan. Perbualan sy dgn mak dia lebih kurang gini lah :

Sy : Kak, sy nak cakap skit ni...

Mak dia : ye, apa dia tu...?

Sy : Gini, kamis lepas sy ada beli nasi putih separuh + udang + sayur taugeh. Sy kene caj RM 6.80 kak, napa mahal sgt ye...?

Mak dia : Eh ye ke? memang tak patut tu. memang mahal. Sapa yg kira tu?

Sy : Yg sebelah akk tadi tu....

Mak dia : Okey2...meh kita bandingkan harga. Nanti akk pulangkan balik duit yg beza tu... (sambil tu dia tekan calculator : nasi putih separuh RM0.60, sayur RM0.80, udang RM2.00 = RM3.40) Ha dik...bukanlah RM6.80, RM3.40 aje dik... meh akk pulangkan duit lebih tu....

Sy : Bukannya sy nak duit balik kak tp sebab sy rasa tak berbaloi apa yg sy amik ni dgn harga yg dicaj. sy paham sewa sini mahal. sy pun suka makan sini sebab sedap tp kalu gini harganya mahu bengkok sy kak.....

Mak dia: Tak pe2...tu sebab sekarang ni akk yg amik alih kat sini. (mybe sblm ni ada org yg buat komplain jgk kot) Tp dtg lah sini lagi ye..... (sambil dia hulur jugak duit yg berbeza tu)

Ha...gitulah lebih kurang dialog kami... & baru lah sy rasa aman skit nak beli kat sana. Pd sy, tak kisah kalu mereka nak caj dgn harga tinggi if lauk tu banyak & berjenis-jenis. Sy faham dgn harga barang yg tinggi & sewa kedai yg merepek2 harganya tp mrk kene faham dgn keadaan pelanggan juga. Maksudnya biarlah berpatutan kan....

Apapun, makanan kat situ memang sy puji sedap.... Nasi ayamnya pun sedappp.... Pelanggan pun sy tgk makin bertambah. Hope mereka akan kekalkan mutu kesedapan makanan mereka....

Selasa, Mei 05, 2009

Majlis Perkahwinan Hidayah & Alias 02-03 Mei 2009

Alhamdulillah, akhirnya dayah & alias selamat dinikahkan di Masjid Nurul Ehsan Taman Medan, P.J pada hari sabtu lepas asar. Majlis yg sepatutnya bermula jam 5.00 petang lewat 1/2 jam kerana kelewatan Tok Kadi hingga menimbulkan kegusaran di hati pengantin perempuan. Ccceewwaaahhh... ayat sy skema betul ek... =P
Dgn sekali lafaz, dayah dah selamat menjadi isteri alias....


Sedang menanti diijabkabulkan...


Sebab bapa dayah iaitu busu telah tiada, Abah Jantan (bapa sedara En.Din) yg mewalikan dayah sekaligus menikahkan mereka. Terserlah kesedihan dari raut wajah abah jantan sewaktu melafazkan akad.


Masa nikah ni, sy tak dpt nak amik pic yg elok2 skit coz ramai sgt yg dok kerumun pantin termasuk lah budak2 kecik. Tgk pic atas tu. susah betul sy nak snap coz kepala budak tu menghalang kamera sy. Dah tu bila ko dah snap, ko ketepi lah kan bagi laluan pada org lain. Ini tidak....dok lah berdiri tegak mcm nak nyanyi lagu negaraku depan pantin.


Singgahsana raja sehari....


Sebelum berarak utk malam berinai


Bunga api ni bagai satu kemestian bagi org melaka kalau wat majlis kawen.


Berarak....

Bersanding...

Kompang....
Sebelum majlis sanding bermula, kene lah amik pic pantin. Tu pun ramai nau yg potong trip sy. Baru sy nak tekan punat kamera, dah org lain tarik pantin. lastly, sy sound "kejap kak, sy nak amik gambo dulu. lama nau menunggu dah ni..." Nasib lah sapa yg kene tu.... =P

Pantin sedang bersanding.....


Oklah, malas nak citer panjang. Lastly Selamat Pengantin Baru buat kalian berdua. Selamat juga melangkah ke alam baru. moga kalian berdua berbahagia selamanya... :)