Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Rabu, Disember 30, 2009

segalanya akan baru dlm hidup dia

Assalamualaikum....
.
2 minggu tak berupdate, last entry masa awal muharam aritu.
.
kejap je masa berlalu, dah nak masuk tahun baru. bagi adik sy, adha tahun baru ni terlalu besar maknanya bg dia. ye la...segala galanya akan baru dlm hidup dia.
.
InsyaAllah, Jumaat malam 010110 dia akan bernikah di baling kedah. Maknanya tahun baru dia akan bergelar suami sekaligus memulakan hidup baru sbg seorang suami. sy doakan moga dia dpt menjalankan tanggungjawab dia sbg suami yg baik pd bakal isterinya.
.
Now kami sekeluarga tgh sibuk buat persiapan utk ke sana. Ikut perancangan Jumaat pagi lps subuh kami dah gerak dr umah sy di Putrajaya. InsyaAllah, mybe dlm 5-6 biji kereta akan menyertai rombongan kami ni.
.
Last week sy agak gusar jgk bila asben bgtau mybe dia tak dpt nak pegi ke baling cos bos dia dr sabah ada kat sini sepanjang minggu ni. Cuak jgk sy dgr cos asben sy org harapan ayah sy utk membawa kereta. sejak dah berumur ni ayah sy tak larat nak bwk kete jauh2. Mau nya 20x berenti spnjang jalan nnti. kebetulan mak ayah sy memang akan naik satu kereta dgn kami.
.
Apapun, masalah tu dah selesai. Jawapan dr asben mlm smlm melegakan ati sy :)
.
Ekceli kami semua hepi nak menerima family baru, maknanya menantu kedua dlm family kami. tp sesekali ati sy terusik skit. dlm gembira sy rasa sedihnya bila kenangkan adik nak kawen. lps ni dia milik seseorang. tak tahu lah masa sy kawen dulu, adik2 sy ada rasa gini jgk ke tidak. ntahlah... susah nak luah dgn kata2. mybe ada yg pernah rasa apa yg sy rasa, mybe tak de.... apapun memang hepi sgt terutamanya mak, bila anak bujangnya akana da org jaga makan minum semua.
.
Lastly, sy akhiri dgn pic kami 6 beradik........
.

Jumaat, Disember 18, 2009

Salam Awal Muharram 1431H

Assalamualaikum
.
pejam celik pejam celik dah sampai tahun baru islam. alhamdulillah, sy masih bernafas di dunia ini utk sentiasa membaikki diri bagi menjadi umat islam, isteri, anak dan maybe ibu kpd bakal anak anak sy nnti.... InsyaAllah....
.
harapan tahun baru....?
.
harapan sy memang banyak terutamanya harapan nak memilikki zuriat sendiri. moga tahun baru ni usaha sy akan berhasil, tp apa pun sy redha kalu dah tersurat rezeki sy belum tiba.... selain itu sy mengharapkan kebahagiaan rumahtangga kami berkekalan hingga akhir hayat. moga sy sentiasa tabah menghadapi ujian2 hidup yg amat mencabar ni.
.
kalu nak senaraikan, memang panjang harapan & azam sy. apapun harapnya akan ada yg menjadi kenyataan
.
so uols semua, apa harapan & azam sempena Awal Muharram ini...?

Khamis, Disember 17, 2009

Update : FT Day 16

Assalamualaikum....
.
Alhamdulillah, telur makin membesar iaitu 24cm. Doc kata memang cantik & bagus :)
.
sayangnya IUI tak leh dibuat pd hari weekend. so doc suruh cuba sendiri.
.
sebelum balik tadi sy kene injection utk pecahkan telur. kalu tak berjaya doc dah siap2 bg clomid & metformin utk next cycle tp doc kata insyaAllah berjaya.
.
kepada uols semua, kalau sudi doakan utk sy & asben. moga setiap usaha kami akan membuahkan hasil, insyaAllah.... tp andaikata tak berjaya kali ni sy redha krn sy yakin ada lg sinar harapan utk kami nnti :)
.

Khamis, Disember 17, 2009

Doa Akhir dan Awal Tahun

DOA AKHIR TAHUN
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
.
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"
.

.
DOA AWAL TAHUN
.
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
.
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan"
.

Rabu, Disember 16, 2009

citer lapuk - raya haji 2009

Assalamualaikum
.
sementara ada masa ni, sy masukkan lah jugak citer aidiladha yg lepas even dah basi. sayangkan, pic2 yg ada tak diabadikan didalam ni.
.
biasanya aidiladha kami suami isteri tak tetapkan giliran cos kdg2 jatuhnya ari tu tak sesuai utk sy balik Melaka dan kdg2 family sy lak turun putrajaya utk beraya bersama kami. lgpun faktor keje asben sy membuatkan dia sukar dpt cuti.
.
tahun ni even cuti panjang tp sy kene beraya di umah inlaw di petaling jaya cos adik ipar sy telah amik bahagian utk acara korban. so daripada khamis mlm sy dah berkampung kat sana. seronok bila jumpa anak2 buah yg makin byk kepandaian :))
.
.
sempena adik ipar sy deq ya berkorban tahun ni, so dia berhajat le utk melihat kami berpakaian sedondon hitam putih. thanks pd deq ya cos sudi belanja kami kain baju tu. pic kat atas ni tak cukup korum cos adik ipar sy sorang lg tak de, dia tgh sibuk melayan anaknya yg meragam.
.

.
Lembu yg bakal dikorbankan.... sedang merenung masa depan :P
.
.
Bersama tuannya... acara korban dibuat ari sabtu memandangkan ari jumaat bertembung dgn solat jumaat dan masa pun agak singkat.
.
Spt biasa, kalu beraya kat sini abis umah2 jiran kami pegi sampai sendat2 lah perut masing2. lps jumaat baru lah kami pi umah mak long kat pantai dalam.
.
.
kak long (biras) & anak2... along lak naik motor cos dia nak terus pi keje nnti
.
.
kalau budak berdua ni ada memang riuh umah inlaw :))
.
.
ni sorang lg anak buah kesayangan... makin bijak bercakap niiii.... dia tgh makan aiskrim, tu sebab bukak kan baju. kalu tak kompem comot baju dia nnti.
.
.
kami ni petang2 baru nak bergambar, muka pun dah berminyak minyak. mana tak nya, pagi2 sibuk jalan beraya....
.
.
Tuan umah tentu lah kene ada kan....
.

.
Last sekali dari sy & adam... smlm sempat lah jumpa adam masa bonda dia amik bunga telur. dapat la melepaskan rindu lepas 2 minggu tak jumpa.
.

Rabu, Disember 16, 2009

selesai sudah

Assalamualaikum
.
syukur sgt apabila sy dpt siapkan keje tangan sy utk wedding lina adik kpd biras lelaki sy even masa ipar sy dtg amik td sy masih dok cantum mencantum bunga telur ni.
.
sila lah cuci mata ye....
.

.
Bunga kekecil biru & putih
.
Antara yg tinggal sblm semuanya selesai :))
.
.
harap pihak sana puas ati la dgn keje tangan sy yg tak seberapa ni. lega sgt dah selesai coz keje2 mcm ni memerlukan tenaga yg banyak & agak meletihkan. tp sebabkan minat sy tersenyum puas bila lihat semuanya siap.
.
sebelum sy memulakan projek baru sempena perkahwinan adik sy ujung februari nnti, sy nak relax dulu sambil jahit manik utk baju mak & dhiyah. maklum le masing2 nak nampak 'glam' masa majlis kat kedah nnti terutamanya mak pantin. tp tak leh relax lama2, apapun kene mulakan secepat yg boleh cos keje2 ni nampak senang tp agak rumit sebenarnya.
.

Isnin, Disember 14, 2009

akhirnya membesar juga

Assalamualaikum...
.
hai uols! pekaba semuanya? sy okey, alhamdulillah. mood pun okey + hepi. amarah amarah hari jumaat dah lenyap bersama dgn tarikh tu jugak :P
.
arini sy nak update tentang follicular tracking (FT) yg perlu sy ulang utk ari ke 12. tp sebab ari ke 12 jatuh ari ahad, so FT dibuat ari isnin. kali ni memang sy tak harapkan apa2 coz dah berapa kali buat FT tp telur masih kecil. tp arini sy silap, buat pertama kali telur sy membesar lebih kurang 18cm. cuba uols tgk pic scan kat bawah ni. sila tgk pic yg atas skali iaitu belah kanan. coz belah kiri memang tak de telur.
.

.
nampak tak yg mcm berlubang lubang tu. tu dia telur sy, tp hanya satu aje yg membesar. satu pun ok lah kan dari tak ada. so skrg ni, doc soh dtg khamis ni utk buat FT lg. doc nak tgk telur membesar lagi ke tidak. kalau saiz dia mencapai apa yg doc nak doc akan plan utk buat IUI. ekceli dah lama doc nak buat IUI tp masalah peod sy yg tak regular tu sentiasa berulang sampaikan tak leh nak plan IUI. even sy tahu peratus kejayaan IUI tu rendah, tp apa salahnya kalu kita cuba kan. mana lah tahu ada rezeki kami. nanti leh saing adik ipar saya bawak perut sesama. masa tu tentu meriah umah mak ayah sy coz dpt timang cucu yg dinanti nantikan. Wah!!! verangan lebih je sy ni...hahaha :))
.
.
.
notakaki: kemungkinan IUI tak dpt nak dibuat cos day 16 dekat dgn hujung minggu, so apapun tunggu apa kata doc nnti


Jumaat, Disember 11, 2009

jumaat yang kosong

Assalamualaikum....
.
agak lama sy membiarkan blog ni dr sebarang cerita. spt biasa masa tak mengizinkan utk sy mengadap lappy lama2. kalu ada pun sekadar menjengah blog kwn2, kalu sempat adalah jejak yg sy tinggalkan :)
.
ni pun curik2 masa jap setelah plan mlm ni hancur!!! bengkek aje ati sy, puas istighfar supaya amarah sy reda & tak berlanjutan.
.
dlm kehidupan sy skrg sy sedar, pengorbanan menjadi perkara utama. byk perkara perlukan pengorbanan sy.... ikutkan hati memang sy tak kuat. tapi ada beberapa perkara yg memaksa sy utk menjadi insan yg lebih memahami keadaan org sedangkan org tu lom tentu memahami keadaan sy.
.
sy tak takut utk lakukan pengorbanan tp sy takut pengorbanan sy hanya sia2....
.
arini sy amik cuti. ikutkan plan asal memang skrg sy dah ada kat melaka. tp sampai ke mlm ni sy masih tercangok kat putrajaya ni. sorang2 lak tu... antara yg membantutkan plan sy, tiba2 day 10 sy jatuh pd arini. so kene lah pi hospital. pegi balik naik teksi, perjalanan yg tak sampai 10 minit dicaj sebanyak RM8 pegi & RM6 balik. nak wat camana kan, dah sy tak de kete. lesen yg ada nampaknya jadiklah perhiasan dlm purse sy tu. isshhhh!!! kalu kenangkan perkara ni memang sakit hati sy!!!
.
smpai awal pun tak de maknanya. spt biasa doc ada brief pagi. kol 10 lebih baru patient dipanggil masuk. spt FT sebelumnya, telur sy masih kecil. senin ni kene pi lagi, doc kata kalu ubat tak bg kesan pd sy lps ni sy kene injection pulak. apa apa lah...sy ikut je janji jgn bg sy mkn benda alah utk regular peod tu. boring okeyyyy!!
.
balik umah dah tengahari, bukan dpt lepak or rehat2. settlekan seisi celup mencelup daun dip. syukur cuaca panas menyuluh balkoni umah sy. so dptlah daun2 dip sy kering dgn cpt. selain tu kain baju kotor pun dpt disetllekan.
.
bunga2 telur hampir siap, tinggal proses nak cantum aje. sy akan angkut semuanya bwk balik mlk. minta2 leh settle kan kat mlk sambil tolong2 mak siapkan tempahan makanan. harap mak tak kecik ati bila sy tak sampai mlm ni :((
.
okey lah sy nak rest. nak golek2 kat katil empuk sy tu.
.
cepatlah duhai siang........

Isnin, November 23, 2009

Nasi Lemak Rendang Kerang

Assalamualaikum...
.

Tak abis2 lg hal mengidam ni... dah kalah ibu mengandung lah pulak kan... kali ni nak makan rendang kerang. ni antara lauk feberet sy yg mana boleh aje dibeli siap tp keinginan tu lebih nak masak sendiri.
.
En.Din request nasik lemak utk dilawan dgn rendang kerang ni, sy ok je kebetulan bahan2 pun cukup
.

.
Ini lah menu dinner kami...
.

.
Gigil2 tangan sy nak menyiapkan dinner ni cos lunch tadi sy makan roti aje. Hurmmm... macamana lah nak diet ni...? baru sekali tak mkn lunch, dah gigil2.... :P
.

.
ok la uols... berenti takat ni dulu, ada keje lain nak buat ni. owh ye...resepi adalah dari emak tersayang. nanti2 sy update resepinya ye...
UPDATE@25/11/09:
.
ekceli, resepinya senang aje... tak lah susah pun, ringkas aje... spt yg sy janji kan ini dia resepinya.
.
Bahan2:
.
kerang 1kg ( guna lain2 pun leh gak)
santan RM1-2
kerisik (agak2)
daun kunyit (siat2)
daun limau purut (sy tak letak cos tak ada, tp kalu nak siat2 aje)
asam keping
.
bahan kisar:
.
bawang merah - 2 biji (tp lebih pun tak pe cos lg sedap)
bawang putih - 3 ulas (tak yah banyak2 cos tak sedap)
halia - lebih kurang 1/2 @ 1 inci
lengkuas - 1/2 inci (mak kata jgn letak banyak2 cos lengkuas la yg buat org cirit birit masa raya :P)
serai - 3 batang
kunyit hidup (nak nampak cantik)
cili padi / cili kering (ikut kepedasan, kalu nak campur pun leh jugak)
.
cara:
.
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. kendian masukkan santan. bila santan mendidih, masukkan kerang & asam keping, daun kunyit & daun limau purut. rasakan garam.
.
kalu nak kering, biarkan rendang tu sampai kering ye. tp sy lebih suka basah2 skit :)
selamat mencuba ye!

Selasa, November 17, 2009

Khabar gembira ini ku kongsikan bersama...

Assalamualaikum...
.

.

Oppss...! sebelum sy mulakan, uols jgn salah faham. UPT di atas bukan milik sy, ianya milik teman siber sy :))) (sori ida, niza pinjam pic ni)
.
Khabar gumbira dari penang ini sy nak kongsikan dgn uols...
Alhamdulillah, dgn izin Allah setelah menunggu 3 tahun lebih akhirnya ida disahkan pregnant!!! Sy antara org yg hepi bila dpt tahu, bergenang airmata sy cos selama sy kenal ida kami byk kongsi suka duka masalah yg kami alami ini. Hinggalah saat ida sedang tunggu cik 'p' dia dtg (cos dah lewat) ida sempat lagi mengadu kerisauan yg dia hadapi.
.
Ekceli masalah kami hampir sama, peod tak regular & telur kecik. beberapa bulan ni ida perlu mkn ubat subur & last vaginal scan doc kata telur dia kecik & lps peod akan dtg dia perlu wat hsg utk pastikan tiub follopio dia tak sumbat. Tp kuasa Allah, siapa yg tahu. lom sempat ida lalui proses tu akhirnya ida dikurniakan rezeki ini. Alhamdulillah... :))
.
So dgn apa yg berlaku pd ida memberikan sy satu kekuatan & keyakinan. sy semat dlm hati, kalu ida boleh peknen tentu bukan mustahil utk sy peknen juga cos masalah kami hampir sama cuma bila waktunya kita tidak tahu. yg penting, jgn putus asa & jgn berhenti meminta dari-NYA. InsyaAllah segala mimpi akan jadi kenyataan... :)
.
Buat ida, jaga diri & kandungan baik2. Niza doakan ida & baby sihat hingga selamat melahirkan....
.
Notakaki : Terima kasih banyak2 buat suami, family, sahabat sy FHAR, teman2 realiti & blogger's yg tak putus2 memberikan sy semangat utk sy cekal hadapi ujian Allah ini....
.

Ahad, November 15, 2009

engkau & aku

Assalamualaikum...
.
Thank's God...!
.

.

I found u as my friend... FHAR
Indahnya persahabatan, apa yg kita alami demi sahabat kadang2 melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yg membuat persahabatan mempunyai nilai yg indah :)
.

.

Persahabatan diwarnai dgn berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dgn tujuan kebencian....
.

.

Kerinduannya adalah menjadi bahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yg diawali dgn sikap ego. Dan...semua org pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua org berhasil mendapatkannya..... (sy pula dah dptkan sahabat sy kembali...hepi sgt)
------------------------------------------------------------------------------------------
.

Planning seminggu yg lps akhirnya dpt dilaksanakan dgn jayanya pd sabtu lepas... akhirnya kami bertemu setelah sekian lama tak jumpa secara single, no hubby & no kids... Sejak kami kawen, tak pernah kami kuar berdua. Paling tidak, alyne dtg umah sy or sy dtg umah dia. Itupun jarang2...
Lom lg masuk dgn waktu2 yg sentap menyentap tu...huhuhu... memang lama dah kami tak jumpa... Owh...dah! dah! tak mo citer bab tu lagi...dan tak mo kenang2 lagi yg pahit2 tu...
sehabis baik sy nak jaga persahabatan ini agar kekal hingga akhir hayat... :) InsyaAllah...
.

Byk perkara dikongsi bersama, byk kenangan utk dikenang kembali terutama zaman kami bersekolah tp 4 jam yg diperuntukkan terlalu cepat berlalu... Di pertemuan itu, sebagai kenangan kami sempat tukar2 adiah. Dan yg paling sy tak sangka alyne menghadiahkan sy sesuatu yg amat bermakna buat peneman sy. nanti sy share tentang itu ye....
.

Sblm berpisah, sy sempat jumpa irfan yg juga jalan2 di alamanda dgn neneknya... comel, aktif & periang anak ini... walaupun kejap sy maish teringat keletahnya yg menghiburkan itu... so bayangkan lah mcmana perasaan sorang ibu bila doktor bgtau kesan pendarahan dlm otak masa irfan jatuh aritu..? Tp alhamdulillah, akhirnya doktor sahkan irfan tidak mengalami apa2 kecederaan yg serius & irfan pun dah kembali sihat...
.

.
wif irfan yg kiut... "irfan tinggalkan adik mya ye..?"
.

.
3 of us... :)) Hope lps ni ada kesempatan utk kami bertemu lagiii...
.
nota kaki1: "Apa yg kita doakan pada seseorang, itu yg akan berlaku dlm hidup kita, ibarat kita berdoa utk diri kita juga. Kita doakan kejayaan seseorang, kita akan berjaya juga jadinya!"
.
nota kaki2 : masa sy nak balik, sy terserempak dgn sorang kenalan blogger KAK FAINA & family... memang sesuatu yg tak disangka... :) Apapun utk kak faina, hepi dpt jumpa akk secara life & akk maintain slim even dah ada 2 kids...
.

Rabu, November 11, 2009

Paprik

Assalamualaikum...
.
Lately ni sy asik tepek pic makan aje kan... tp tak pe lah, dari blog sy tak berupdate lebih baik sy masukkan entry pasal makan ni. Lgpun, sementara roh rajin memasak sy ni ada. kalau dah sampai penyakit M tu, tak berasap le dapur sy :))
.
Mlm ni masak paprik sotong. saja masak lebih2, boleh sy bawak bekal ke opis esok.
.

.
Sy rasa mybe uols dah tahu resepi paprik ni tp sy nak letak kat sini gak. sebabnya, senang utk sy buat rujukan peribadi. masakan yg jarang2 buat ni memang tak lekat dlm pala otak sy ni. kdg2, salin kat kertas ntah mana2 pulak sy campak. padahal ada aje buku kosong yg sy jadikan ruang utk salin2 resepi. so kalu diletakkan kat sini, bila teringin tu senang sy search kat sini aje...
.
Bahan2:
- sotong (nak guna lain2 pun boleh)
- cili mesin 2 sudu
- cili padi 3bj (kalu nak pedas, masuk le lebih pastu ketuk)
- bawang besar 1bj (hiris)
- bawang putih 2 ketol (ketuk)
- serai 1btg (ketuk)
- sos tiram 1 sudu
- sos cili 1 sudu
- sos tomato 1 sudu
- tepung jagung 1/2 sudu bancuh dgn air masak skit (tp sy tak guna)
- daun limau purut
- kobis bunga, carrot, putik jagung, capsicum (optional)
- gula 1/2 sudu
- garam secukup rasa
.
Cara:
Tumis bawang2. masukkan cili mesin, biar masak kejap. pastu masukkan segala jenis sos. lps tu masukkan sotong, gula, garam, serai, daun limau purut. biar seketika, kendian masukkan segala jenis sayur. kalau nak pakai tepung jagung masukkan last sekali, done! :))
.
ekceli sy dah lupa kat mana sy amik resepi ni. tp apapun sy bg kredit cos paprik sy sentiasa menjadi. thank's bebanyak ye...
.
sblm sy berenti, saja sy nak tepek lagi pic paprik ni. biar ada yg keliuq...
hurmmm... ada ke...? ;)
.


Jumaat, November 06, 2009

dinner mlm ni

Assalamualaikum...
.

Dinner kami malam ni, ringkas aje... tp kami lom makan lagi cos en.din tak balik keje lagi. even pewot dah lapar tp rasanya tak selera lak nak makan sorang2. ni kalau dia tahu sy tahan lapar, tentu dia bising...
.

.

.

.
P/S: Jahat si SARAH tu kannnn.... Menciii dgn watak dia tu!!!

Jumaat, November 06, 2009

nurul izzati nabilah

Assalamualaikum...
.
sy memang suka layan budak comel ni. kalau leh ari2 sy nak kidnap dia bwk ke umah sy, hihihi :)))
.

aunty2 & uncle2 semua, chumel tak sy ni...?
.


Kalau sy gelak, lg sy nampak chumel. tu sebab acik nizza & cik din suka agah sy, suka gomol2 sy... tgk mulut sy yg besha tu bila sy gelak... acik nizza suka jgk tgk bulu mata sy yg panjang tu. dia kata nak pinjam utk dipakai kat mata dia...hihihi
.
izzati kalau cukup tido, dia tak kisah nak tinggal dgn sy. kalau tidak, tak tentu arah jugak lah sy. tp pengalaman menjaga izzati masa dia meragam bulan puasa aritu memberikan sy & en.din pengalam yg amat bermakna skali. memang kalut lah kami, hihihi... tp bila kenang2 balik memang sonok :)))
.
meh layan video2 pendek kat bawah ni
.


.


Khamis, November 05, 2009

menu makan malam

Assalamualaikum...
.

Kali ni nak citer pasal makan2. Bukan apa, dua tiga menjak ni sy dok teringin nak mkn laksa. Bukan tak leh nak beli tp keinginan tu lbh kpd nak buat sendiri. bila buat sendiri kita leh wat pekat2, rasa garam & masam kita leh tentukan sendiri. yg penting nak makan byk mana & berulang kali pun tak apa kan...
.
So, mlm semalam sy pun masak lah laksa. Sy guna resepi dari kak ina kl, kalau ada yg nak cuba uols leh klik kat sini ye...
.


.

.

.

.

.

Ini dia laksa sy, dpt le dikongsikan dgn jiran sebelah umah & kawan2 opis...
.
Sebenarnya ada lagi keinginan sy. Tp kali ni bukanlah sebab tekak sy nak mkn tp sebab teringin nak memberi asben sy makan asam pedas. Walaupun mak ayah sy org melaka, tp sy memang kurang pandai utk masak asam pedas. En.Din lak dah berkenan dgn satu gerai jual asam pedas hinggakan selalu dia beli lauk tu, so sudah terbit jeles dihati sy.hua hua hua....
.
Apapun cara sy nak cuba jgk buat sampai jadik. Search sana search sini (poyo aje, padahal bkn tak leh kol mak), akhirnya sy ketemu dgn resepi ini... juga dari blog kak ina kl.
.
Alhamdulillah, percubaan pertama sy berjaya di tekak En.Din. Kembang segala urat perut sy bila tgk dia makan sungguh2 :))). Katanya ini baru betul asam pedas dan baru ada rasa...hihihi... So
majlis tertinggi meluluskan utk sy masa guna resepi ini di lain kali....
.

Sy guna ikan tenggiri
.


Sila telengkan kepala anda ye... Sy tak mkn ikan tenggiri, so sy bakar kunyit ikan caru ni. skali nampak mcm bergoreng aje ikan ni
.


Buat cicah ni skali, baru ada ummmpphh nak mkn dgn ikar bakar :) yummmyyy!
.


Juga kangkung goreng....
.
Puas sgt hati bila apa yg kita masak, dimakan dgn penuh selera. Baru rasa berbaloi baloi penat memasak tu...
.
Apapun sy nak ucapkan thank's a lot pd kak ina cos sudi kongsikan resepi-resepi kat atas. Hope kak ina terus berkongsikan ilmu memasak yg dia ada buat kita semua. Sblm sy berenti, sapa nak resepi asam pedas ni klik SINI ye...
.
Wasalam :)