Sebab kan sy dah lama tak balik melaka, kami sepakat amik cuti isnin tu. Lepas kami pi carik kompang adam, tiba2 terpacul dari mulut En.Din perkataan ikan bakar. Dia teringin nak makan ikan bakar tp nak bakar sendiri.
Aik?! aritu kemain membangkang apa yg sy cadangkan. La ni, dia yg beria nak buat. Lps bincang skit2, kami decide nak bakar di belakang umah aje. Memang barang spt ikan & pemanggang tak ada. Tp punya lah semangat En.Din, dia sanggup usaha dptkan barang2 tu padahal memang dah petang sangat. Kami singgah kampung jawa utk dapatkan alat pemanggang. Then terus ke Tg.Keling utk carik ikan. Biasanya petang2 ada jual ikan kat tepi pantai tu. Kalau nasib baik, dapat lah ikan baru. Di pertengahan jalan, kami singgah beli gabus utk letak ikan. En.Din sy kan cerewet skit. Barang2 basah ni dia tak mo letak sebarangan dlm kete dia, nanti berbau katanya.
Ni lah ikan2 yg kami beli, cuma 2 jenis aje. beli banyak2 nanti tak de sape nak perabis kan.
Mujur dlm peti ais mak ada stok utk dibuat sambal ikan bakar tu. sy cuma tambah cili padi & limau sambal. Daun pisang tu pun faim pi minta kat kawasan kampung terdekat. terima kasih lah pada makcik yg sudi memberi daun pisang tu.
Mak sedang membubuh sambal sebelum dibalut dgn daun pisang dan aluminium foil.

Kat belakang umah pulak, En.Din sedang berusaha menghiudpkan api.

Sedang menanti api menjadi bara....

Keje2 pembakaran dilakukan oleh En.Din sambil dibantu oleh faim.

Ikan2 yg siap dibakar & tunggu untuk dimakan...
v
v
v

Cencaru


Siakap
Apapun, sy puas hati lah jugak coz terlaksana jua apa yg sy rancang walaupun yg sy rancang lebih kpd BBQ spt ayam, daging, hot dog & lain2 lagi. Tak pe lah, next time kita buat lagi ye... :)
Dulu sy ada buat entry tentang anak buah sy ADAM, yg sedang minat main kompang. Jadinya mama & pak ngah nye yg kesian melihat adam dok palu mangkuk besen neneknya berusaha lah jugak mencari kompang masa kami balik melaka aritu. Bila tiba cuti, tak kira lah cuti sekolah or umum or cuti hujung minggu lalulintas di Melaka amat lah sesak terutamanya di bandar. Tp demi anak buah tersayang, En.Din sanggup redahinya. Kami amik keputusan utk mencarinya di dataran pahlawan yg menempatkan banyak sangat kedai2 cenderahati, barang2 kraftangan dan lain-lain. Sebabkan parking tak ada, En.Din just parking kat tepi jalan aje tp dlm ati berdebar jugak bimbang kene saman. Turun kete terus En.Din masuk kedai yg berdekatan. Kali ni tak dan nak survey2 harga dulu coz memikirkan keadaan kete yg berisiko tinggi utk disaman. Masuk je kedai tu terus tanya ada kompang ke tidak. Bila dia kata ada En.Din pun terus pi terkam apa yg di cari.
Sedang memilih....
Banyak sangat barang yg di jual. Rasa hati macam nak rayau ke kedai2 lain tp keadaan tak mengizinkan. sy minat bende yg kat atas tu. Yg besar tu macam sangkar burung, yg kecik tu lak mcm pelita. tp sy tak minat nak membeli buat masa ni.

Ni dia kompang pilihan En.Din. Kecik aje, sesuai dgn pemainnya yg kecil molek tu.

Citer ni dah 3 minggu lepas. Sebab kemalasan melanda, maka terperam kejap gambar2 ni. Alhamdulillah, shida & umai selamat diijabkabulkan pada 6 Jun 2009 yg lepas. Setahu sy tarikh tu memang ramai pasangan adam & hawa mendirikan masjid coz masa tu cuti sekolah dah bermula.


Sang suami sedang khusyuk memandu....

Sy pulak sibuk bergambar...
Mujur dari Melaka ke Segamat tu jalan tak jem even banyak kete. Kebetulan hari pulak ujan. Sy rasa kalu sy baru nak tolak dari putrajaya pagi sabtu tu tentunya sy tersangkut dlm jem. Masa sy kuar dari tol Melaka tu, sy lihat kenderaan yg nak masuk melaka terlalu banyak hingga jem melimpah2 ke highway.
Sy sampai di umah shida dlm kul 1 tghari. Ingatkan pengantin dah berarak, tp rupanya ada lagi dlm bilik. Bukannya sebab pengantin tak siap lagi tp budak2 kompang tak mahu berarak awal. Leh gitu? padahal bukannya mereka ada majlis tempat lain. Mereka kata kalu nak berarak dlm kul 1.30 ke atas. aik? kita yg bayar, leh lak mereka sesuka ati buat gitu.... Terpaksa lah rombongan pengantin lelaki menunggu lebih lama.

Ni lah pengantinnya.... Temanya purple lembut....

Lepas makan & lepak kejap dlm bilik pengantin, En.Din pun ajak balik coz kami perlu hadir satu lagi majlis kawen kawan En.Din di Jasin, Melaka. Tp masa sy nak balik tu, budak2 kompang dah sampai tp kami tak tunggu lah. Masa tu jam dah menunjukkan pukul 2.15 petang. Pic kat atas ni pun sy amik dr fs shida.


Ni pulak majlis sebelah umai. Sy amik jugak dr fs shida.
Sy harap sgt shida dpt lalui kehidupan rumahtangga ni dgn kesabaran yg tinggi. Ekceli, banyak sangat dugaan dan rintangan yg mereka hadapi sebelum mrk dpt disatukan. Hinggakan sy pun tak meletak harapan yg tinggi utk melihat mrk bersatu. Tp bila kata sepakat telah dicapai, sy berbesar hati utk melihat mereka bahagia.... :)

Lastly, buat shida & umai "Selamat Pengantin Baru ye."







