Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Ahad, Mac 28, 2010

Buku : Lakaran Masa Depan

Assalamualaikum
.
hai....bertemu lagi selepas seminggu menghilangkan diri.... hihihi :-o
.
motif hilang diri...? 'malas' nak cakap, uols paham2 la sendiri ye
.
hari ni en din keje tp rasanya sebelum petang dia dah balik kot. then kami nak kejar ke majlis kawen kat taman medan pulak. sementara menunggu dia balik, elok la saya update blog jap.
.
rentetan dari pesta buku yang saya dok promote aritu, semalam buat kali kedua utk tahun ni saya ke pwtc lagi. balik dari kampung ahad lepas saya dah pegi, kali ni pegi lagi. konon2 nak temankan cik adik saya shida, tp dlm hati tetap nak laburkan duit kat sana lagi.... makkk aihhhh!!! gaya cakap macam banyak sangat duit je ye...????
.
keputusan kami nak naik tren star amat lah berbaloi baloi sebab jalan menghala ke pwtc memang sesak, tu lom lagi dengan nak cari parking kannnn....? yang bestnya penumpang tren pun tak lah ramai hingga berebut, bersesak sesak nak masuk tren. pendek kata semuanya berjalan lancar =)
.
sebabkan masa pegi hari ahad lepas saya dah belikan buku2 sekolah untuk adik2 saya, so kali ni saya offer pada opismate yg mana nak beli buku tp tak sempat nak pergi kirim pada saya.
.
saya pun dah siap2 print kupon potongan 25% untuk buku2 keluaran pts. banyak tu uols 25% yang pts bagi. memang rugi sesangat kalu tak guna kupon tu apatah lagi buku2 keluaran pts memang best sangat! mana2 fan facebook pts pula akan dapat souvenier dari pts.cuma agak ralat skitlah banyak buku yang cari kat pts dah tak de stok kat situ. kalu nak juga boleh beli secara online di bookcafe pts, dan kat situ pun boleh dpt diskaun tak silap 20%.
.
masa kat booth pts tu, kami jumpa irma hasmie tau! ya Allah comel dan cantek yang amat si irma tu =) rasanya dia ada program untuk tv9. ramai lah berebut rebut nak bergambar, kalu kamera saya ada time tu nak jugak bergambar dgn dia kannnn...tp dah tak ada, kita tengok je la org bergambar....
.
lepas 3 jam dan dah tak de apa nak beli, kami pun balik. seriously beg saya tatkala itu amattttt lah berat dengan buku2. tp alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan hambanya.
.
en din yang memang standby keje kat seri paciffic sebelah pwtc tu, pick up kita org bawa pegi makan kat 'di tebing' sebelah dataran merdeka tu. lepas tu dia hantar kitaorg ke stesen bandaraya sebab dia nak kene masuk keje semula. dari situ kitaorg amik tren ke plaza rakyat sebab shida nak singgah mydin kat pudu tu. masa jalan dari plaza rakyat nak ke mudin, memang 'menjengkit' saya membawa buku2 tu.
.
mungkin kerana keikhlasan nak membeli buku2 yang opismate kirim, kat situ sekali lagi Allah permudahkan urusan. kali ni husaband shida yang baru abis class pula nak datang ambil dan hantar ke stesen sg.besi untuk ambil kereta.
.
adoiiii... tatkala itu lega sangat rasanya..... =)
.
dalam kepenatan itu saya sebenarnya amat puas hati sebab dapat bantu kawan2 beli buku yang mereka nak apatah lagi dengan potongan harga yang memang menarik yang mana potongan yang ditawarkan sukar kita perolehi jika di luar. bila membawa balik buku2 yang mereka kirim, memberikan kepuasan yang amat sangat pada saya.
.
insyaAllah kalu tiada aral, tahun depan sekali lagi saya akan jadi pengunjung tetap pesta buku ini lagi. masa tu mungkin cadangan untuk membawa troli sendiri ke pesta buku boleh dilaksanakan =))
.
okey.... mari kita lihat apa yang saya beli di pesta buku
.
buku resepi 'senangnya memasak' bersama chief hanieliza. pada bloggers atau yang gemar melayari tenet tentu uols kenal dgn chief yang tak kendekut ilmu ni. dah lama buku ni keluar tp la ni baru sempat nak beli. menarik tau resepi yang ada sebab selain senang ianya juga memberi idea pada kami2 yang selalu kebuntuan nak masak apa. buat permulaan saya beli 3 yang di atas tu.
.
owh! budak pts tu kata kalu saya cepat skit, boleh jumpa dengan chief hanieliza ni.
.

nini punya
.

kak ita punya. novel bukan yang pertama keluaran pts harga asal rm34 tp lps tolak diskaun hanya tinggal rm25.50. yang saya ambil ni pun tinggal satu je.... novel satu lagi tu keluaran karnadya, pun murah juga. dari rm19.90 tinggal rm15.

ni pun kak ita punya, keluaran alaf21 15% diskaun

yang ni leen punya. katanya mak mertua dia bagi mesin epal, so dia pun nak belajar lah buat baju. dia pesan suruh saya belek2 isi kandung buku tu. tapi dah ramai2 tu, tak dan la saya nak belek dengan terperinci tapi saya yakin buku ni akan membantu dia nanti, insyaAllah. ni pun keluaran alaf21 dan paling best harga asal dia RM55 tp dpt diskaun 20% so hanya bayar rm44 aje. banyakkan beza tu...?

ni untuk kak akmal. kesian pada dia yang nak pegi tapi sebabkan ada anak kecil dan anak yang dah sekolah pula merengek minta buku baru, jadi saya tolong lah beli untuk anak2 dia. hope anak2 dia sukakannya =)

ni untuk 'bride to be' yang dah mula selak2 majalah, buku, laman sesawang untuk persiapan majlis pertunangannya yang tak lama lagi....insyaAllah

seperti biasa, selagi ada adik2 yang sekolah dah jadi tanggungjawab saya sebagai kakak membeli buku2 latihan dan rujukan untuk mereka. apatah lagi tahun ni kedua duanya bakal menduduki exam besar UPSR & SPM. harap2 mereka gunakan dengan sebaik mungkin. buku rujukan yang lain saya dah beli tahun lepas, cuma prinsip akaun ni je yang terlupa nak beli.

ni untuk aina keluaran pts. 'sayalah puteri raja!' memang atas permintaan dia tapi sebabkan tak lama lagi besday dia so saya tambah satu lagi novel sebagai hadiah
selain isi di dalam yang best, kulit2 buku keluaran pts ni memang menarik.
siap ada pop-up harum & berkilau dalam novel 'sayalah puteri raja!'

ini saya punya =)

dah lama pandangkan buku motivasi ni tapi kali ni baru tergerak nak beli

souvenier dari pts untuk ahli facebook pts

ini juga

dan lastly sekian lama mencari, jumpa juga benda alah ni kat mydin pudu.

sekian..... jumpa lagi nanti =)

notakaki N-A: saya dah boleh upload gambar, bukan sebab kabel dah jumpa or dah beli kabel baru tp baru saya perasaan ada card reader pada laptop saya ni. so masukkan aje card reader di situ dan saya boleh upload seberapa banyak yang boleh.... thanks shida bagi tahu hal ni =)

2 hati ingin berkata:

cik daisy berkata...

tiap kali tgk hasil borongan nizza kat pesta buku, misti akak teruja gak. tp nk ikut membacanye, hmm.. x sekuat nizza lar.. bestnyer buku2 tu.. hehehe :)

nizza-abira berkata...

cik daisy: akk, nizza ni memang ghajin membeli tp membaca tu mybe sampai pesta buku tahun depan pun lom abis lagi....hihihi

tp memang nizza tak tahan tgk novel yg melambak lambak kat pesta buku tu. skrg ni memang tgh usaha nak menghabiskan stok novel yg belum abis baca supaya tahun depan boleh beli lagi :-))