Assalamualaikum
.
selamat hari selasa!!!
.
nape hari selasa?? sebab hari isnin yang selalu dikaitkan dgn 'monday blues' sudah berlalu. bertambah blues bila sang suami bercuti semalam sedangkan sang isteri bekerja. lagi blues bila sang suami pi jalan2 kat KL lepas tu asik koling sang isteri tanya itu ini.....
.
semalam juga saya ada follicular tracking day 10 kat sepital. disebabkan en din cuti so dapat lah dia temankan saya. kalu tak selalunya saya sensorang je la =(
.
seperti biasa telur tak lah besar sangat tp bila dengar doc cakap dgn nurse semacam ada harapan untuk telur tu membesar lagi, hope ada rezeki untuk buat iui kali ni...AMIN
.
jadinya ari jumaat ni buat lagi FT untuk day 14 (minta2 lah time ni en din cuti lagi)
.
kita tutup citer FT.... kita sambung citer lain pula
.
sebelum balik keje semalam, saya 'ym' dengan ex opismate - kak ju. masa ym tu dia bagi tahu dua minggu lepas anak dia yang kedua dapat sakit kawasaki. KAWASAKI? bunyi macam kelakar tp amat lah bahaya kalu lambat dikesan.
.
since sejak lahir saya tak berkesempatan nak ziarah anak kecil tu, so semalam bila en din ambil saya dari opis terus saya ajak dia pegi umah kak ju yang dah pindah kat bandar saujana putra, dekat aje dengan putrajaya. ye la...sementara dia cuti ni kan....
.
ekceli hajat nak ke umah kak ju memang dah lama tp biasa lah setiap planning yang kita buat kadang2 tak menjadi disebabkan aral lain. dan edisi 'terjah' kali ni nampak macam kelam kabut tapi puas hati sebab dapat juga jumpa kak ju & family =)
.
sori ye kak ju, nizza datang mengejut je....
.kak ju dan anak2.... kiut kan anak2 dia. yang kakak sejibik ikut ayahnya dan yang adik ikut ummi dia.... apa org kata? sejukkkk je ye...?
.
.
humaidi ni la yang dapat sakit kawasaki tu. kalu uols nak tau lebih lanjut sila guna abang google ye. tp apa yang saya dengar dari kak ju, pada mulanya humaidi demam panas tak surut2. dah masuk ubat ikut punggung, dah jeram kepala dengan air asam, pasang koolfever tu pun cepat je kering, pegi hospital pun sudah tapi suhu badan dia masih tak turun. dalam masa yang sama bibir humaidi merah macam asam boi tu dan darah meleleh aje tak henti.
.
tatkala mendengar citer kak ju ni, saya dok bayangkan kalu lah saya di tempat kak ju kuatkah saya nak hadapinya?
.
lepas tu kan kak ju kata dekat peha & tempt sulit humaidi macam ruam dan kulit peha dia mengelupas dan bila pegang luruh je kulit tu gugur. selain itu,pesan kak ju tanda2 kawasaki ni bila setiap sendi dan pelipat akan keluar merah termasuk kat kelopak mata. dan mengikut kata kak ju dan pembacaan saya, kawasaki lebih terdedah pada kanak2 lelaki bawah 5 tahun.
.
dalam kes humaidi, mujur penyakit ini di kesan awal 5 hari. kalau hari ke 10 baru dapat detect, doc bimbang bende tu akan menyerang jantung hingga jadi kembang. seminggu juga lah kak ju berumah di wad menjaga humaidi, dan masa di hospital doc memasukkan satu ubat yang mana ubat tu ada 37 antibodi untuk badan humaidi lawan penyakit tu. uols nak tahu tak berapa harga ubat tu...? RM16,000 tau!!! saya sendiri pun terperanjat..... mujur lah husband kak ju keje di ppum juga jadi alhmadulillah segalanya dipermudahkan.
.
now humaidi dalam pemantauan, 3 minggu lagi perlu datang ke hospital untuk lihat perkembagan jantungnya. selain ubat yang mahal tu, doc turut masukkan ubat untuk cairkan darah sebab sakit ni memekatkan darah. kalu darah jadi pekat, bimbang ianya akan menyumbat saluran jantung. kata kak ju humaidi sekarang dalam fasa kedua sebab kulit tangan dia dah mula mengelupas. senang citer penyakit ni menganggu sel badan.
.
saya harap kak ju bersabar banyak2 menghadapi ujian ni. saya tahu kak ju mampu hadapinya dan kak ju ibu yang kuat even peribadinya amat lah lembut (sapa yang berkawan dengan dia tentu mengakui kata2 saya ni) saya doakan humaidi cepat-cepat sembuh dan sihat kembali. seronok saya lihat bila si kakak bergurau dengan adiknya dan adik pula tersenyum riang bila diusik kakak.... kiut sangat!!!
.
dan kalian pun doakan juga ye.....
1 hati ingin berkata:
assalamualaikum....
ketika saya dihospital terview pasal ni sebab anak saya baru sahaja disah kan sakit ini tadi....jadi jika tak keberatan....boleh ke saya hubungi kawan awk utk bertnya lanjut....sekian.
yaya
0126639934
Catat Ulasan