Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Rabu, Mac 31, 2010

fahamilah perasaanku & pikatlah hatiku =)

Assalamualaikum
.
masa pegi pesta buku yang lepas, antara buku yang ada dalam list saya adalah buku "Fahamilah Perasaanku-30 Luahan Perasaan Suami" dan "Pikatlah Hatiku-30 Bisikan Hati Isteri" keluaran pts. Tapi sangat lah hampa sebab untuk Luahan Perasaan Suami sudah habis, tinggal Bisikan Hati Isteri. Bila pegi booth lain pun sama jugak hal nya. Jadi untuk dua2 tajuk saya tak beli.
.
Kesimpulannya, nampak sgt hanya isteri aje yang nak mendalami hati suami sedangkan suami pula tak berminat pun nak selam hati isteri. Tak pun isteri yang membeli untuk suami baca tapi sampai udah suami simpan rapi buku tu =P
.
Kat bawah ni saya sertakan sinopsis dan sedikit isi kandungan tentang buku ni...... mana lah tahu ada yang berkenan untuk mencari nya juga :-)
.

.

Buku ini mengandungi 30 luahan perasaan suami. Setiap satu luahan ini disenaraiutamakan mengikut keseringan timbulnya luahan itu daripada pihak suami. Daripada pengamatan penulis, luahan-luahan ini adalah konsisten. Daripada luahan pertama, ‘iktiraflah kelelakianku’ hingga ke luahan 30, ‘janganlah terlalu mengawalku’ menggambarkan bisikan hati suami yang sebahagian besarnya ditujukan kepada isteri.
Buku ini mengambil pendekatan yang agak mudah iaitu di peringkat awalnya membentangkan tiap-tiap satu luahan, memberi ulasan kepada luahan perasaan itu dan akhirnya mencadangkan beberapa langkah pembaikan yang perlu diambil oleh insan yang luahan Itu ditujukan. Dalam konteks buku yang sedang dipersembahkan ini, insan itu adalah isteri.
Ramai di antara kita menghadapi pelbagai masalah keluarga. Buku ini mengajak para pembaca menangani masalah-masalah itu dengan hati terbuka dan berlapang dada di samping membuka ruang-ruang penyelesaian yang boleh dicuba setakat yang berkaitan, bagi meredakan masalah yang dihadapi. Apa yang diperlukan adalah keberanian membentangkan masalah, keberanian mencerakin masalah dan akhirnya keberanian mengambil langkah dan mempraktik urutan penyelesaian masalah yang diutarakan. Sekali lagi seperti biasa, buku ini dapat dijadikan asas panduan bagi ahli-ahli keluarga mencuba resipi-resipi baru dalam usaha berterusan meredakan masalah yang dihadapi.
Sebagai saranan awal adalah lebih baik seandainya setiap keluarga dapat didedahkan kepada buku-buku dalam siri ini. Apabila masing-masing ahli keluarga membaca, mungkin ada baiknya jika satu perbincangan terbuka dapat diatur di peringkat keluarga masing-masing bagi mempraktik sebahagian daripada inti cadangan dan pelan tindakan yang dirumuskan.
.
BAB 1: LUAHAN DAN PERASAAN HATI SUAMI
Luahan 1 “Isteriku, Iktiraflah Kelelakianku”
Luahan 2 “Isteriku, Jagalah Rumahku”
Luahan 3 “Isteriku, Janganlah Leteri Aku”
Luahan 4 “Isteriku, Fahamilah Perasaanku”
Luahan 5 “Isteriku, Berbincanglah Denganku”
Luahan 6 “Isteriku, Hiasilah Dirimu”
Luahan 7 “Isteriku, Berlemah Lembutlah Terhadapku
Luahan 8 “Isteriku, Hargailah Pemberianku”
Luahan 9 “Isteriku, Janganlah Pilih Kasih Terhadap Anak-anak”
.
BAB 2:LUAHAN DAN KELUHAN HATI SUAMI
Luahan 10 “Isteriku, Jagalah Makan Minumku”
Luahan 11 “Isteriku, Jagalah Pakaianku”
Luahan 12 “Isteriku, Didiklah Anak-anakku”
Luahan 13 “Isteriku, Raikan Keluargaku”
Luahan 14 “Isteriku, Sembunyikanlah, Kepintaran dan Kelebihanmu”
Luahan 15 “Isteriku, Janganlah Membuang Masamu”
Luahan 16 “Isteriku, Janganlah Banyak Kerenah”
Luahan 17 “Isteriku, Patuhlah Kepadaku”
Luahan 18 “Isteriku, Janganlah Cemburu Buta”
Luahan 19 “Isteriku, Tunjukkanlah Sifat Sabarmu”
.
BAB 3:LUAHAN DAN HARAPAN HATI SUAMI
Luahan 20 “Isteriku, Iktiraflah Kepimpinanku”
Luahan 21 “Isteriku, Bantulah Kejayaan Kerjayaku”
Luahan 22 “Isteriku, Jadikan Anak-anakku -Insan Berakhlak Mulia”
Luahan 23 “Isteriku, Permudahkan Penglibatan Sosialku”
Luahan 24 “Isteriku, Janganlah Boros”
Luahan 25 “Isteriku, Hargailah Kejayaanku”
Luahan 26 “Isteriku, Galakkanlah Hobiku”
Luahan 27 “Isteriku, Suburkanlah Pembangunan Intelekku”
Luahan 28 “Isteriku, Berjimat Cermatlah”
Luahan 29 “Isteriku, Berterus-terang dan Berkomunikasilah Denganku”
Luahan 30 “Isteriku, Janganlah Terlalu Mengawalku!“
.
Apa yang Isteri Perlu Lakukan
Isteri atau ibu adalah ‘bunga dan cahaya’ yang menghiasi sesebuah keluarga. Bunga dan cahaya yang layu dan hambar akan turut malap dan menghambarkan suasana rumah tangga. Kehambaran suasana keluarga membantutkan perkembangan ahli-ahlinya. Oleh itu penting bagi ibu memastikan dirinya sentiasa ‘indah’ dan bermaya. Pelbagai pusat kecantikan dan kesihatan tumbuh bagai cendawan, namun apa yang penting sebenarnya adalah:
a)Menjaga kesihatan fizikal, mental dan emosi yang baik. Kesihatan diri yang baik dan fikiran yang sihat adalah asas kecantikan yang sejati dan dapat menjauhkan serangan penyakit.
b)Melakukan senaman sekurang-kurangnya 15 minit sehari dan beriadah. Senaman dan riadah dapat melancarkan perjalanan darah dan memastikan bekalan oksigen yang lancar ke seluruh anggota, menjamin kekekalan bentuk tubuh yang langsing serta dapat mengelakkan badan menjadi lesu dan pucat.
c)Memperbanyakkan ibadah wajib dan sunat. Dengan beribadah, dapat menjamin ketenangan rohani dan menjauhkan ketegangan jiwa.
d)Belajarlah mengawal timbangan berat badan. Jangan terlalu gemuk dan jangan pula terlalu kurus. Pastikan jenis makanan yang diambil setiap hari supaya berkhasiat dan seimbang. Cara-cara mengawal berat badan adalah:
i.Hidangan makanan seharian perlu seimbang dari segi zat vitaminnya.
ii.Kawal jumlah makanan yang diambil, jika terasa lapar makanlah buah-buahan segar bukannya kuih-kuih manis ataupun makanan ringan.
iii.Seminggu sekali dapatkan timbangan berat badan, jika bertambah berusahalah mengurangkannya.
iv.Kurangkan pengambilan makanan yang berkalori dan berlemak tinggi. v
.Jangan tidur selepas makan kerana tanpa aktiviti yang aktif, penimbunan lemak akan berlaku yang akhirnya menyebabkan kegemukan.
vi.Lakukan senaman dan riadah setiap hari sekurang-kurangnya 5-10 minit sehari.
vii.Perbanyakkan kegiatan setiap hari supaya lemak-lemak dalam tubuh cepat dibakar.
.
e)Pastikan anda sentiasa berfikiran tenang dan positif kepada diri sendiri, kepada orang lain dan kepada hidup anda. Ini penting kerana ketenangan dapat memancarkan keceriaan pada wajah.
f)Tidur penting kepada setiap orang sebagai sumber rehat yang sempurna. Pastikan anda mendapat tidur yang sempurna. Ramai pakar kecantikan dan pakar kesihatan berpendapat tidur selama lapan jam adalah yang paling ideal.
Apabila bangun dari tidur mulakan hari anda dengan:
(i) Senyuman.
(ii) Berfikiran yang positif dalam menjalani kehidupan pada hari itu.
(iii) Sebaik-baik bangun dari tidur ucapkan Alhamdulillah. (
iv) Bersenam lebih kurang 10 minit bagi melancarkan perjalanan darah.
g)Sentiasalah membersihkan diri dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Sesekali berendam dalam air suam bagi menambahkan kesegaran badan. Terdapat bahan-bahan semula jadi yang dapat digunakan bagi menjaga kecantikan diri seperti hampas kelapa dapat menghaluskan kulit, daun lidah buaya (aloe vera) dan pelbagai ulam-ulaman yang dapat membersihkan darah dan perut bagi melancarkan penghadaman.
h)Gigi juga perlu dijaga dengan baik. Sedapat mungkin lakukan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
i)Bermula dari hari ini, ubahlah tabiat makan dan menu harian anda. Minumlah air suam dan jus buah-buahan yang banyak khasiat bagi kesejahteraan tubuh. Jika selama ini anda minum kopi ataupun teh, kini gantikan dengan jus buah-buahan, manakala makanan yang berlemak perlu dielakkan.
j)Jangan menyambut kepulangan suami dan masuk tidur dalam keadaan diri yang tidak terurus dan badan yang berbau. Sebaiknya sambutlah suami dengan wajah yang manis, siap berdandan dan berpakaian yang elok, bukannya dengan pakaian yang masih berbau bawang dan asap.
k)Sentiasalah bersifat sabar, bergembira dan tenang supaya akan terpancar keceriaan pada wajah dan sentiasa nampak manis.
l)Memelihara akhlak dan kesopanan diri kerana kecantikan dalaman lebih utama dan hakiki daripada kecantikan luaran.
m)Jika ingin bersolek, gunakan solekan secara sederhana supaya kelihatan semula jadi. Pakailah pakaian yang sederhana dan sesuai dengan ketinggian, susuk tubuh dan warna kulit.
.
Tip 6
Panduan menghias diri
(a) Menjaga kesihatan fizikal dan mental.
(b) Melakukan senaman dan riadah.
(c) Memperbanyakkan ibadah.
(d) Menghias diri dengan akhlak yang mulia.
(e) Mengawal timbangan berat badan.
(f) Pastikan fikiran sentiasa tenang dan positif bagi memancarkan keceriaan pada wajah.
(g) Dapatkan tidur dan rehat yang sempurna.
(h) Sentiasa membersihkan diri.
(i) Mengubah tabiat makan dan menu harian. Pastikan menu makanan harian yang diambil adalah seimbang dan berzat.
.
.
.

.
Kandungan buku ini memberi penekanan istimewa kepada persoalan ‘bagaimana’ bukan kepada ‘apa’ dan ‘mengapa’. Penulisan dijuruskan kepada mengajak para pembaca terus mempraktik beberapa cadangan yang dikemukakan bagi setiap satu persoalan yang dibincangkan. Dengan cara ini diharapkan pembaca memperoleh manfaat secara langsung dan yakin dapat mempraktik saranan-saranan yang dibuat tanpa ragu-ragu.
.
BAHAGIAN 1: BISIKAN DAN PERASAAN HATI ISTERI
Bisikan 1: "Suamiku, Bermesralah dengan Isterimu"
Bisikan 2: "Suamiku, Fahamilah Perubahan Semula Jadi Isterimu"
Bisikan 3: "Suamiku, Jangan Cepat Cemburu"
Bisikan 4: "Suamiku, Bersikap Romantik dan Sayangilah Isterimu"
Bisikan 5: "Suamiku, Buangkan Sikap Garang dan Pemarahmu"
Bisikan 6: "Suamiku, Berusaha Mengambil Hati Isterimu"
Bisikan 7: "Suamiku, Sesekali PandaiIah Memuji Isterimu"
.
BAHAGIAN 2: BISIKAN DAN KELUHAN HATI ISTERI
Bisikan 8: "Suamiku, Rajinlah Membantu Isteri mu"
Bisikan 9: "Suamiku, Janganlah Mata Keranjang"
Bisikan 10: "Suamiku, Adakanlah Perbincangan dan Perbualan Denganku"
Bisikan II: "Suamiku, Hargailah Pendapat Isterimu"
Bisikan 12: "Suamiku, Bersedialah Mengakui Kesilapanmu"
Bisikan 13: "Suamiku, Jangan Suka Berbohong"
Bisikan 14: "Suamiku, Bijaklah Mengurus Penampilan Dirimu"
Bisikan 15: "Suamiku, Berikan Perhatian Terhadap Keluarga"
Bisikan 16: "Suamiku, Sentiasalah Bersikap Adil"
Bisikan 17: "Suamiku, Laksanakan Tanggungjawab Kebapaan Secara Optimum"
.
BAHAGIAN 3: BISIKAN DAN HARAPAN HATI ISTERI
Bisikan 18: "Suamiku, Bekerjasamalah dalam Menguruskan Rumah Tangga dan Mendidik Anak-anak"
Bisikan 19: "Suamiku, Pertingkatkan Pengetahuan Agamamu"
Bisikan 20: "Suamiku, Uruskan Masamu dengan Baik"
Bisikan 21: "Suamiku, Fahamilah Tanggungjawabmu yang Sebenar"
Bisikan 22: "Suamiku, Jangan Terlalu Leka dengan Kerjayamu"
Bisikan 23: "Suamiku, Buangkan Sikap Pemabukmu"
Bisikan 24: "Suamiku, Hentikan Tabiat Merokokmu"Bisikan 25: "Suamiku, Jangan Terlalu Boros"
Bisikan 26: "Suamiku, Janganlah Terlalu Ego"
Bisikan 27: "Suamiku, Pimpinlah Keluargamu dengan Penuh Kaliber"
Bisikan 28: "Suamiku, Majukan Diri dalam Bidang Kerjayamu"
Bisikan 29: "Suamiku, Fahamilah Tahap-tahap Perubahan dalam Perkahwinan"
Bisikan 30: "Suamiku, Jadilah Contoh kepada Keluargamu"
.
Bahagian 1: Bisikan dan Perasaan Hati Isteri
.
BlSlKAN 1 "SUAMIKU, BERMESRALAH DENGAN ISTERIMU"
.
Perasaan cinta dan kasih sayang adalah naluri semula jadi yang normal bagi setiap insan. Naluri ini mendorong keinginan dalam diri seseorang bagi menjalin kemesraan dengan orang yang dikasihinya.Sesebuah perkahwinan memerlukan cinta, kasih sayang dan kemesraan antara suami dan isteri bagi mewujudkan sebuah perkahwinan yang benar-benar bahagia dan berjaya.Islam mengesyorkan supaya perkahwinan perlu dibina atas dasar cinta-mencintai dan bertimbang rasa. Namun, cinta-mencintai tidak akan berlaku dalam rumah tangga melainkan disemai dan dibaja selalu.Benarkah semakin bertambah usia perkahwinan, semakin layu kasih sayang dan kemesraan pula menjadi semakin hambar? Tahukah para suami, seorang isteri itu dahagakan perhatian dan kemesraan yang ikhlas daripada suaminya? Hal-hal seperti ini mungkin dianggap remeh oleh para suami. Ramai suami memberi alasan, cinta tidak perlu digambarkan, tempatnya di hati. Anggapan seperti ini tidak benar sama sekali, malah anggapan seperti ini yang sering menimbulkan fenomena-fenomena yang kurang sihat dalam perkahwinan.
.
Faktor-faktor Penting bagi Mewujudkan Kemesraan
Komunikasi dan interaksi
Komunikasi dan interaksi penting sebagai nadi dalam perhubungan perkahwinan bagi menguatkan lagi ikatan dan asas memperkukuhkan kemesraan.Namun, banyak berlaku dalam perkahwinan, suami kurang berinteraksi dengan isterinya. Balik ke rumah, surat khabar dicapai sambil menonton TV. Isteri pula terpaksa bertungkus-lumus seorang diri di dapur dan melayani anak-anak. Bilakah komunikasi dan interaksi dapat diwujudkan antara suami dan isteri?
Ramai isteri merungut, sebenarnya suami bersikap enggan membantu hingga menyebabkan interaksi dan komunikasi kurang berlaku. Apalah salahnya, selepas pulang dari tempat kerja, suami turut ke dapur membantu isteri, paling tidak duduk menemani isteri di dapur sambil berbual kosong dan bergurau dengan isteri. Inilah sebenarnya kesempatan yang perlu diambil bagi bermesra dan berinteraksi dengan isteri di rumah.
Tidak dinafikan, suami pulang ke rumah dalam keadaan letih. Ini ditambah pula dengan bebanan tugas ataupun masalah di tempat kerja. Tetapi suami tidak boleh menjadikan hal-hal sedemikian sebagai alasan melepaskan kemarahan kepada isteri dan anak-anak ataupun berehat sendirian tanpa menghiraukan mereka. Tindakan seperti ini tidak adil kepada mereka, apatah lagi kepada isteri. Bebanan tugas di rumah memerlukan simpati daripada suami. Bagi isteri yang bekerja pula, bantuan dan sokongan suami lebih-lebih lagi diharapkan.
.
Gurauan dan jenaka
Orang yang pandai berjenaka mewujudkan suasana mesra dan membuatkan orang lain berasa tenang dan bahagia. Oleh itu, dalam mengharungi alam perkahwinan, suami perlu mempelbagaikan teknik berkomunikasi. Jangan terlalu serius hingga menakutkan anak-anak dan isteri untuk mendekati apatah lagi bagi berbincang. Sesekali suami perlu bergurau, berjenaka dan bermanja-manjaan kerana ini adalah ramuan terbaik dalam menghidupkan interaksi ke arah yang lebih menyenangkan. Hubungan seksual. Hubungan seksual adalah satu tuntutan fisiologi dan biologi yang semula jadi. Seks juga pengikat kasih sayang dan penentu ketenangan rumah tangga. Hubungan seksual yang bertimbang rasa dan disulami kasih mesra membuahkan kemesraan antara pasangan suami isteri serta memberi ketenangan yang menyenangkan.
Malangnya, hal-hal berkaitan seksualiti ini biasanya kurang diperbincangkan. Tidak ramai pasangan suami isteri yang bersedia memberitahu mengenai kehendak masing-masing berkaitan hubungan ini. Pihak isteri biasanya lebih malu dan berada pada pihak yang menerima daripada yang meminta. Justeru, suami perlu sentiasa peka pada hal-hal yang disenangi oleh isterinya berkaitan hubungan seks ini.
Bersantai bersama. Sememangnya semakin meningkat usia perkahwinan, semakin bertambah cabaran dalam rumah tangga. Kehadiran anak-anak mendorong suami dan isteri memberi tumpuan bagi memantapkan ekonomi keluarga serta lebih memikirkan hal anak-anak daripada usaha menghidupkan semula kemesraan bersama.
Kemesraan suami isteri menjadi semakin pudar. Suami sibuk mencari wang lebih, isteri pula banyak meluangkan masa untuk anak-anak. Tiada lagi masa untuk bersantai berdua, berpuji-pujian dan sulaman kata-kata mesra semakin dilupakan.
Sebenarnya keadaan suami yang terlalu serius bagi menambah ekonomi keluarga menyebabkan isteri menjauhkan diri untuk memberi peluang kepada suami menumpukan kepada kerjaya. Isteri mula beralih mencurahkan kemesraan pada anak-anak. Ramai suami beranggapan keadaan ini memberi ketenangan kepada seisi ahli keluarga, tetapi tanpa disedari isteri sebenarnya memendam rasa kesunyian dan ‘kehilangan’. Oleh itu, suami perlu sesekali mengambil cuti dan berehat panjang bagi menghabiskan masa bersama isteri. Kesempatan bercuti perlu diambil bagi melancong bersama. Paling ringan, telefon isteri setiap hari apabila tiba di tempat kerja serta sesekali raikan isteri dengan memberi hadiah ataupun keluar makan dan menonton berdua tanpa gangguan anak-anak. Dengan kata lain, hidupkanlah budaya dating semula dalam perkahwinan anda.
.
TIP 1
Cara menghidupkan kemesraan dalam perkahwinan
1.Sentiasa berinteraksi dan berkomunikasi.
2.Selitkan gurauan, jenaka dan kata-kata mesra semasa berkomunikasi dengan isteri.
3.Jangan kedekut mencurahkan pujian kepada isteri.
4.Pastikan hubungan seksual dapat menyenangkan kedua-dua belah pihak.
5.Apabila kemesraan semakin pudar, cuba hidupkan kembali kenangan-kenangan manis sewaktu mula-mula bersama.
6.Sesekali tunjukkan kemesraan melalui pemberian berupa hadiah, bunga, kad ucapan, perhiasan emas dan sebagainya.
7.Sentiasa mengukir senyuman apabila bersama isteri.
8.Memberikan sentuhan lembut semasa bersama.
9.Memujuk dengan lembut apabila isteri merajuk ataupun mengalami kesusahan, kesedihan dan ditimpa masalah.

2 hati ingin berkata:

InaAchik berkata...

thnk for sharing... :)

cik daisy berkata...

buku wajib beli nih! nnt akak cari. thx nizza ;)