Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Rabu, Ogos 26, 2009

Catatan Puasa Ke 5

Assalamualaikum...

Sekejap masa berlalu, dah 5 hari kita semua berpuasa kan....
.
Hari ni sy memasak tp ala kadar aje. Tom yam udang, sambal goreng ikan bilis & telur dadar. Tp tu semua mampu membangkitkan selera kami suami isteri. Dah 2 hari sy beli kuih kat cafe sebelah. popia goreng, cucur badak & lepat pisang siap ada inti kelapa (1st time sy mkn yg ada inti ni). Semuanya sedap & cukup rasa, kira puas hati lah bila makan. Kat opis tadi ada jual buah mangga & belimbing besi. Sy pun menyibuk gak nak beli tp masa sy pi tu mangga dah abis, hanya tinggal belimbing. Sy pun beli coz dah lama tak mkn belimbing. Harganya RM3 shj utk 1 plastik tp dlm tu sy rasa nak dekat 20biji. Berbuka tadi sy siap potong2kan. Mmmm...memang manis!!! Nanti leh buat jus pulak....
.
Sejak kawen, bila puasa perut sy mudah masuk angin dan angin tu akan naik ke kepala sekaligus akan pening & loya2. So sbg persediaan sy akan minum kacip fatimah setiap kali bersahur. Alhamdulillah, tenaga sy tetap ada & tak de masalah2 yg sy kata kan tadi. Tp dah 2 tahun sy tak lalu nak minum kacip fatimah ni. Muak!!! So sy cuba gantikan dgn milo, tp tak mampu nak minum pagi2. Tahun ni sy cuba lak makan yogurt dan alhamdulillah sy tak hadapi masalah2 tu. Walaupun skit letih (rasanya, it's normal kan?) tp rasa loya tu tak ada. Sblm puasa dah beli 6 cawan, tp pagi tadi stok yogurt tinggal satu cawan aje. Tadi paksa En.Din pi carik jugak. Tp dia tak balik2 lagi ni...ntah mana ntah dia pi....
.
Adik sy, Adha (igt tak entry yg sy pi konvo & hantar dia mula keje ke kedah tu?) akan melangsungkan pertunangan pada raya ketiga ni. Jodohnya dgn org Baling, Kedah. Agaknya memang jodoh dia di kedah tu coz dr belajar, keje & jodoh semuanya di kedah. Memang perkara ini sy pernah jangkakan akan berlaku. dan ternyata jangkaan sy tepat.
.
Petang or malam raya kedua kami akan bertolak ke sana. Tak tahulah ada ke tidak sedara mara yg nak ikut coz masa tu kan org tgh sibuk2 raya. Nak bwk nenek & mak tua pun tak sampai hati rasanya coz dah tentu aritu masih ramai lagi sedara mara kat umah mereka. Tp terpaksa gak buat time tu coz itu je lah masa yg sesuai memandangkan mereka nak nikah jugak ujung tahun ni. Ekceli byk kejadian yg sentap menyentap berlaku sblm tarikh pertunangannya ditetapkan. Tp sekarang ni sy malas nak pikir2. Biarlah...kalu itu dah keputusannya. Sy doakan yg terbaik aje utk dia.
.
Jadiknya lps raya sy akan kembali sibuk dgn persiapan perkahwinan dia pulak. Mak dah request bunga telur dip utk letak di pelamin. Begitu jugak hantaran dia nanti. Selain itu, adik ipar sy pun tempah bunga telur utk adik iparnya yg jugak nak kawen ujung tahun ni. Errmmm...larat ke idak tu sy nak buat? InsyaAllah kalu tiada 'gangguan2' luaran, siap lah semuanya. Lgpun majlis kat umah sy mybe buat awal tahun depan.
.
Okeylah uols...sy nak pi sidai baju yg dah basuh. Mata dah naik kelat ni tp terpaksa tunggu En.Din balik coz dia gatal tak mahu bwk kunci. =P
.

4 hati ingin berkata:

Nora berkata...

hehehe.. biasa lar org nk kawen, ade jer dugaannyer kan.. mcm adik akak yg sorg ni pun nk kawen ujung thn ni gak, tp kami x wat majlis tunang. jimat lar masa & duit sket. sib baik sepakat 2 family nih. kalo x, mmg byk lar sentap menyentapnyer.

CuTeMiUt78 berkata...

eemmmm biasa la kan.. lumrah camtu aarr... ada je adengan sentap2 ni

nizza-abira berkata...

Kak Nora: Ikutkan nizza memang nak suh mrk kawen aje coz mrk berkeras nak kawen tahun ni jgk. Tp degil lah pulak, nak jgk tunang. Nizza cadang kalu nak merasa sgt tunang, tunang time hari nikah tu. Punnn tak nak jgk! So, ikutkan je la. Dia ingat Mlk-Kedah tu sejam dua dah sampai agaknya... =P

CuteMiut78: Tu la pasal kak...

ppb_ppkp berkata...

akak..bereh..insyallah..imah akan update resepinya n step by stepnya k..imah pon main redah jer akak..

re: ikan bilis tu buat idea la kat imah..leh la imah buat utk sahur nanti..tq akak