Sekadar ingin berkongsi info dari 3r.com.my
.
Amalan yang boleh dipraktikkan untuk komunikasi online :
.
1) Sentiasa berhati-hati ketika memberikan butir-butir peribadi anda seperti nama penuh, alamat, dan nombor telefon. Sangat mudah untuk mencari informasi tentang seseorang di internet. Maka, melainkan anda mahu seluruh dunia tahu bagaimana untuk menghubungi anda (termasuk ’spammers’ dan penghendap siber atau lebih dikenali sebagai ‘cyberstalkers’), lebih sedikit informasi anda yang berada di internet, lebih baik dan selamat untuk anda!

2) Simpan data peribadi anda seperti emel, rekod ‘chatting’, gambar, dan video dengan selamat. Gunakan kata kunci atau ‘password’ yang mempunyai kombinasi huruf dan nombor, dan anda mungkin juga mahu menguncikannya dengan lebih selamat (dikenali sebagai encryption). Banyak ’software’ yang membolehkan anda melakukan ini, supaya password anda tidak dapat dileraikan denganbegitu mudah.

3) Fikirkan beberapa kali dahulu sebelum meletakkan apa-apa gambar peribadi anda di internet. Gambar anda mungkin akan digunakan atau diubah oleh orang lain, tanpa persetujuan anda. Banyak cara lain untuk anda berkongsi gambar-gambar peribadi anda bersama keluarga dan rakan-rakan yang jauh.

4) Berseronoklah dengan teknologi. Belajar lebih banyak bagaimana laman-laman web yang anda lawati berfungsi, siapakah orang yang bertanggungjawab untuk laman web tersebut supaya anda tahu siapa yang perlu dihubungi jika mahu menghantarkan sebarang aduan. Lebih banyak yang anda tahu tentang teknologi terkini, anda mampu mengurangkan risiko pendedahan anda di internet, dan yang lebih baik, lebih banyak manfaat dan keseronokan yang anda dapati ketika melakukan aktiviti online dan berhubung secara online dengan rakan-rakan anda!
.
Yang paling penting, anda perlu bijak mengawal privasi antara diri anda dengan keluarga, rakan-rakan, pasangan, dan juga majikan anda. Berbicaralah secara terbuka dan pastikan mereka memahami hak anda untuk mengekalkan privasi anda. Mempercayai dan menghormati hak masing-masing adalah cara terbaik untuk mengadakan komunikasi secara online!

notakaki: sy selalu tidak berkesempatan menonton rancangan 3r di tv3. so bila ada masa, sy layari laman webnya sambil baca artikel & info2 yg memang berguna.
1 hati ingin berkata:
owh? ade lg ek program ni kat tv3? adess.. lama x layan.
Catat Ulasan