Sy pernah buat entry tentang kelahiran si kecil ni pada disember yg lepas.
Wajah muhammad aisy farish yg masa tu baru berumur sehari. Sungguh comel mata sy memandangnya....
Spt yg sy bgtau sblm ni, mama aisy (nini) adalah opismate sy. Masa anak pertamanya lebih kurang 3 bulan, dia sekali lagi disahkan mengandung & lahir lah aisy... Sejak cuti bersalin, sy & nini selalu jgk sms tanya2 kabar. Kebetulan nini ada order barang dgn sy. Sejak awal pantang, nini ada bgtau yg aisy kene alahan kulit. Tidak lah menghairankan sy & opismate yg lain, coz nini sendiri pun memang ada alahan termasuk anaknya yg pertama.
Baru2 ni semasa kami sms, nini bgtau dia kat sepital putrajaya. Kali ni bukanlah sebab alahan, tp kerana doc di sebuah klinik pakar swasta syak yg saluran hempedu aisy tersumbat krn penyakit kuning aisy tak baik2. Then hatinya bengkak skit. Jd nya kes nya dirujuk ke sepital putrajaya. Aisy kene tahan 3 ari di wad sana. Melalui ultrasound, doc kata saluran aisy tak tersumbat & elok terbentuk. Doc suspect mybe jangkitan shj. Keputusan darah pula lambat lg nak kuar. Tp Jumaat lps kesnya tetap kene rujuk kat HKL.
Ari ke 3 aisy di wad, baru sy & shida berkesempatan pi melawat aisy & nini. Kalu tgk pada rupanya, nampak aisy spt dah besar aje. Matanya tepat memandang orang. Nini kata beratnya dah 4.8kg. Memandang aisy hati sy menjadi sayu. Simpati dgn aisy... dgn mamanya yg tak cukup rehat...
Tgk pd zahirnya, aisy nampak spt budak sht. Tak menangis, nak susu pun cuma merengek kecil aje... Tp kalu tgk pd matanya, putih matanya nampak kuning.
Aisy sedang lena selepas menyusu...
Arini, sy tak sempat lagi nak tanya kabar. InsyaAllah, mlm nanti sy akan call nini. Doa sy, agar aisy cepat sht & tak mengalami masalah serius. Doa sy lagi, moga nini & family tabah menghadapi dugaan dari Allah ini.
*** Sy dah okey, cuma kesibukan membuatkan sy tak sempat nak update blog. Thanks pd kwn2 blog yg bagi nasihat & support pd sy... Terimas bebanyak ye... :)
0 hati ingin berkata:
Catat Ulasan