Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Isnin, Februari 23, 2009

Dengan Rasa Syukur.....

ALHAMDULILLAH, SY DAH LULUS UJIAN JALAN RAYA!!! ;)

Rabu, Februari 18, 2009

bila sesekali tersibuk =P

Salam Semua....
Buat masa seminggu dua akan datang ni sy masih tak berkesempatan meng'update' apa2 dlm blog sy ni. Sy masih dalam kesibukan yg teramat sangat, bukan sy aje malah semua officers & staff kat section sy ni. kalu ada masa skit2 tu, dpt lah sy masukkan serba skit citer.
Dalam sibuk2 tu, sy terpaksa amik cuti utk 2 ari lagi. Bukan sesaja nak cuti, sy pun tak suka nak cuti selalu awal2 tahun ni coz p'jalanan utk tahun ni masih jauh lg. Tp oleh kerana kegagalan sy utk melepasi ujian jalanraya JPJ minggu lepas jd sy perlu ulang utk minggu ni pulak. Nak tangguh lain masa pun bimbang sy lupa... Kalini, perasan nerveous sy berkurangan berbanding minggu lepas. Sebenarnya aritu ada kesilapan teknikal aje....hehehe ;) Tp minta2 minggu ni sy dpt org JPJ yg sama (jgn harap!)coz dia agak baik even badannya agak besar & mukanya yg serius, hehehe... Tp tu lah, walaupun 4x dia bg sy peluang sy tetap tak leh buat. so, kandas lah!!!hahaha
Eeerrmmm...ok lah, next week pun sy hanya ada hari isnin sahaja kat ofis. Lain2 ari sy kene standby kat **lt*n hotel sbg urusetia utk mesyuarat D*. InsyaAllah, panjang umur murah rezeki sy akan kembali kedunia blog semula...
*** Doakan saya lagi ek utk test JPJ pada ari jumaat ni. TQ!!! ;)

Isnin, Februari 16, 2009

Salam Takziah


Spt yg uols tahu mengenai permergian ayahanda Siti Nurhaliza ke rahmatullah pagi semalam. Jadi sy ingin rakam kan ucapan takziah (walaupun siti tak mungkin akan baca ucapan sy ni) buat keluarga siti.

Saat kehilangan org tersayang memang satu saat yg amat memedihkan... :(
***Sumber gambar : BH & METRO

Isnin, Februari 16, 2009

Cendol Leman Dawi Nak Masuk TV lah....

Masa cuti ari wilayah yg lepas, hubby beria beno mengajak sy pi mandi air kolam panas kat pedas. Memula rancang nak pi ari ahad tp coz ahad tu penuh dgn aktiviti kenduri kawen so ari senin pagi baru kami ke sana. Kali ni HANYA kami berdua aje yg pi. Family In Law sy semuanya keje coz mrk selangor, kalu ada pun SIL sy yg keje kat KL je cuti. Tu pun dia kene jg anak buahnya.

Citer pasal kolam air panas tu nanti sy update kan kendian ye...

Kami melalui tol senawang utk ke kolam air panas tu then nampaklah kedai cendol leman dawi ini di tepi jalan menghala ke pedas/rembau. Siapa org seremban/senawang & yg sewaktu dengannya mesti tahu kan kedai ni.

Kononnya nak singgah lps balik mandi, tp kerana kami sampai terlalu awal di sana so kami singgah lah makan cendol dulu.




Sy tengok, org tak putus putus masuk ke kedai ni.



Ha...tu dia tokeynya, leman dawi... Orgnya peramah, mulut tu tak berenti cakap. Siap bersyair bagai. Terhibur jugak mendengarnya...



Yg bestnya kedai dia, cendol tu boleh ditambah banyak kali secara percuma dan bahan2 yg nak ditambah tu dah disediakan atas semua meja. Cuma tak de lah uols dpt tambah pulut ke, jagung ke, kacang ke dlm pakej percuma tu. Yg ada atas meja tu ais, air gula & santan. Begitu jugak air bali leman dawi, jugak percuma.

Sedang khusyuk menikmati kesedapan cendol leman dawi...



Sebut pasal sedap atau tidak, sy ni tak reti nak rasa coz sy jarang sgt makan cendol. Sy tahu makan aje. Tp mengikut tekak sy yg tak berapa arif ni, boleh tahan lah jugak cendolnya...
Semalam kan masa sy tgh tengok tv3, ada sedutan utk majalah 3 minggu ni. Salah satu segmen nya adalah mengenai kedai cendol leman dawi ni. Ha...kalu uols nak tahu, jgn lupa tgk majalah 3 sabtu ni jam 9 mlm ye... Wah! promote gitu... ;)
**** Saya yg kandas dalam ujian jalanraya. SADIS sgt tau! :(

Rabu, Februari 11, 2009

Doa kan saya....

Esok, Khamis...

Review JPJ

Lusa, Jumaat...

Test JPJ


UUUwwwwwaaa...sy nerveous wwooo...

Doa kan sy ye kengkawan... ;)

Jumpa isnin nanti dgn result nya, InsyaAllah...

Rabu, Februari 11, 2009

UPDATE : Muhammad Aisy Farish

Spt yg sy kata smlm, mlm tadi sy kol nini.
Pukul 10 arini, aisy akan dimasukkan ke dlm dewan bedah utk menjalani pembedahan kecil utk menebuk lubang bg memasukkan cecair ke saluran hempedunya. Pembedahan yg kecil tu pun memakan masa 5 jam. Daripada situ, doc akan dpt kesan sama ada salurannya tersumbat atau tidak. Kalu tersumbat, doc akan terus buat pembedahan selanjutnya.
Siapa yg mengenali nini, tentu tahu yg nini sukar menunjukkan kesedihannya. Tp melalui kata2 nya, sy dpt rasakan kesedihannya itu. Siapa kata org tak de anak tak tahu perasaan org yg ada anak??? Sy sendiri pun terasa bergenang airmata ni mendengar kabar dari nini. Terasa syahdunya berada di tempat dia. Apapun, sy tahu nini tabah & bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Jadi sebagai kawan, sy juga perlu beri dia kata kata semangat supaya dia kuat menghadapi dugaan Allah ini.

Rabu, Februari 11, 2009

Period Pain

Aduhai...!!! Tak tahu nak luahkan betapa sakitnya perut sy sekarang ni. Seingat sy sejak sy kawen tak pernah sy alami senggugut yg seteruk ini. Terlalu sakit!!! Sy igt sy akan alami sehari dua aje tp now dah masuk ari ketiga. Apakah akan terus berlarutan??? Masa ari pertama senggugut sy dah sapu minyak & tuam dgn air panas, tp tak meredakan apa2 pun. Sy cuba elak utk mkn pil menstrual cap panadol tu. Tp petang semalam sy telan jgk dgn harapan akan mengurangkan kesakitan. Lps mkn ubat sy boleh tido tp bila celik mata pagi ni kesakitan mula menyerang. Mcm ada org memintal mintal urat perut sy ni. Di bahagian ari ari ni terasa berat yg amat....
Kalu tidak kerana sy nak cuti khamis & jumaat ni utk test JPJ, dah tentu sy akan cuti aka m.c aka apa2 asalkan dpt rehat.

Selasa, Februari 10, 2009

Doa saya untuk si kecil ini...

Sy pernah buat entry tentang kelahiran si kecil ni pada disember yg lepas.

Wajah muhammad aisy farish yg masa tu baru berumur sehari. Sungguh comel mata sy memandangnya....

Spt yg sy bgtau sblm ni, mama aisy (nini) adalah opismate sy. Masa anak pertamanya lebih kurang 3 bulan, dia sekali lagi disahkan mengandung & lahir lah aisy... Sejak cuti bersalin, sy & nini selalu jgk sms tanya2 kabar. Kebetulan nini ada order barang dgn sy. Sejak awal pantang, nini ada bgtau yg aisy kene alahan kulit. Tidak lah menghairankan sy & opismate yg lain, coz nini sendiri pun memang ada alahan termasuk anaknya yg pertama.

Baru2 ni semasa kami sms, nini bgtau dia kat sepital putrajaya. Kali ni bukanlah sebab alahan, tp kerana doc di sebuah klinik pakar swasta syak yg saluran hempedu aisy tersumbat krn penyakit kuning aisy tak baik2. Then hatinya bengkak skit. Jd nya kes nya dirujuk ke sepital putrajaya. Aisy kene tahan 3 ari di wad sana. Melalui ultrasound, doc kata saluran aisy tak tersumbat & elok terbentuk. Doc suspect mybe jangkitan shj. Keputusan darah pula lambat lg nak kuar. Tp Jumaat lps kesnya tetap kene rujuk kat HKL.

Ari ke 3 aisy di wad, baru sy & shida berkesempatan pi melawat aisy & nini. Kalu tgk pada rupanya, nampak aisy spt dah besar aje. Matanya tepat memandang orang. Nini kata beratnya dah 4.8kg. Memandang aisy hati sy menjadi sayu. Simpati dgn aisy... dgn mamanya yg tak cukup rehat...



Tgk pd zahirnya, aisy nampak spt budak sht. Tak menangis, nak susu pun cuma merengek kecil aje... Tp kalu tgk pd matanya, putih matanya nampak kuning.

Aisy sedang lena selepas menyusu...


Wajah nini yg nampak keletihan...


Masa nini di HKL, sy sempat tanya kabar. Lepas aisy di scan, aisy leh discharge tp kene anta najis tp senin semalam kene masuk semula wad. Menurut nini, ari ni doc nak buat lubang & masukkan cecair coz nak tgk saluran ke hempedu aisy blok atau tidak. Kalau blok, doc nak wat operation.

Arini, sy tak sempat lagi nak tanya kabar. InsyaAllah, mlm nanti sy akan call nini. Doa sy, agar aisy cepat sht & tak mengalami masalah serius. Doa sy lagi, moga nini & family tabah menghadapi dugaan dari Allah ini.


*** Sy dah okey, cuma kesibukan membuatkan sy tak sempat nak update blog. Thanks pd kwn2 blog yg bagi nasihat & support pd sy... Terimas bebanyak ye... :)

Khamis, Februari 05, 2009

datang lah wahai 'mood' ku

Assalamualaikum....

Hai semua!
Lama nya sy tak update,
Ada beberapa citer tp mood sy ntah ke mana2 menghilang...
Kebetulan sibuk skit dgn tugasan di pejabat.
Dah tentu perkara tu mesti lah perlu diutamakan...
Lg pun ada satu kejadian semasa bercuti, membuatkan sy sedih & kecil hati.
sy tak mo terbawak-bawak dlm blog sy ni, biar sy reda kan perasaan yg menghantui diri sy...

Jd nya entry kali ni just nak bgtau yg sy ada, tak cuti panjang pun.
Cuma kemalasan melanda skit...Eeerrmm, mcmana lah sy nak jadi blogger
tegar kalu gini sikap sy kan...

Tak pe lah, apapun harap semuanya akan kembali spt biasa nanti....

JUMPA LAGI ;)