Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Rabu, April 30, 2008

butterfly a.k.a rama2

tanpa aku sedari, aku ada beberapa barang yg berbentuk rama2...
mungkin baru ari ni aku sedari minat aku tu... ni ader beberapa koleksi yg ader kat opis, yg lain2 tu kemudian punya citer...
sebenarnya yg ni sandal yg org pakai dlm umah tu...tp sebab tgk rama2, terus aku beli & pakai kat opis. bila time sejuk2 ni, sedap pakai sandal ni coz dia memanaskan kaki ku ini...hehehe

yang ni laks, ex boss aku yg bg..(wah!mesti uols perasan banyak benda yg dia bg..hehe, ekceli dia nak pi sambung study) cute sangat kan benda ni..hehehe

yg ni brooch, 1st time tgk terus jatuh cintan...terus sambar...


Esok pg aku nak balik kg. lama dah tak jumpa my lovely family sejak balik dr kedah awal bulan 3... kali ni dgn izin my hubby, aku balik naik bas aje coz my hubby tak dpt cuti. & balik putrajaya nanti dgn mak ayah coz mrk ade jemputan kawen kat bangi & sg.way pd ari ahad tu... papa, tentu mama akn merindui papa...take care dear!!! ...Oh ye...ader sesuatu yg buatkan aku hepi sesangat ari ni... nanti balik dr cuti, insyaAllah aku akn update kan...tunggu... and "Selamat Hari Pekerja"...

Rabu, April 30, 2008

me & pokok

Petang semalam balik dr keje, aku pun buka lah pintu sliding balkoni umah. Menjerit kegembiraan bila tgk pasu yg aku tanamkan kunyit idup dah kuar daunnya...agak lama jugak nak tunggu, lebih kurang sebulan lebih. Keseronokan aku ditambah lg bila daun pandan aku tu dah beranak-ranak kat celah2 daun...banyak sangat...sementara pokok kari tu baru nak idup... sebelum ni pernah beberapa kali aku cuba jaga pokok2 ni tp sayang sekali tak sempat nak tgk tumbesarannya, pokok2 tu dah mati... memang sadis sekali... so, awal bln 3 lps aku nekad nak tanam lg...bila cakap dgn my hubby dia kata tak yah lah kalau asik mati tp aku kuatkan semangat...akhirnya aku dah nampak hasil-hasilnya... so, mlm td lom sempat my hubby masuk umah (balik dr keje) aku dah citer kan kisah pokok2 aku tu... punya lah excited wife dia ni...

ni pulak pokok daun keladi yang aku bela kat opis... spt biasa sebelom ni aku ada bela jugak tp mati...hehehe... pokok yg dlm pasu putih tu tuan asalnya adalah ex boss aku. oleh krn dia pi kursus yg lama tempohnya, so aku sms dia & bgtau yg aku nak tolong bela pokok2 dia tu. dia pun dgn ikhlas hati beri kan terus pokok & pasu2nya sekali... so, aku tanam kan azam yg aku nak jaga pokok tu dgn baik...alhamdulilah, ianya idup subur dibawah cahaya lampu opis...hehehe... oleh krn skrg ni musim denggi, seminggu sekali aku akan pastikan airnya ditukar... sementara pokok yg dlm pasu coklat tu pemberian opismate aku... dia amik kat tepi shopping complex a**ma**a & bela kat umah tp tak berapa nak jadi...so dia suh aku lak yg jaga, kebetulan pasu yg ex boss aku bg ader lg yg kosong... syukur jugak pokok tu pun sihat & subur...
jap lg nak tukar airnya coz mulai esok aku dah start cuti sampai lah ari isnin baru aku keje semula...


























Selasa, April 29, 2008

Katalog



kan aritu pi pesta buku kan..
dpt lah katalog2 novel/buku karangkraf & bukuprima
so, leh lah dibuat panduan.....:)

Selasa, April 29, 2008

new shoes



pada mulanya tengok kwn opis pakai kasut ni, lalu terus aku jatuh cintan dgn ini kasut...lgpun bila aku test kasut dia, memang amat sesuai dgn kaki aku yg bentuk b ni. then aku terus kan misi mencari kasut ni di tempat yg telah dinyatakan. sadisnya hanya tinggal display utk saiz 6... so, dgn rela dlm paksa aku beli lah jugak kasut display ni... nasib baik masih elok & cantik lg...bukan mudah nak cari kasut yg sesuai dgn bentuk kaki aku ni...

Selasa, April 29, 2008

Asyik Mimpikan Dia...

Bukan sejak2 akhir ni tp dah lama... Aku asik mimpikan seseorang yg mana suatu masa dulu kami amat rapat... Nak kata aku asik pikir tentang dia, tak jugak... tp dia selalu muncul dalam mimpi aku dalam pelbagai versi....
Mungkin apa yg terjadi pd persahabatan kami amat berkesan dalam hati aku... sehinggakan aku sering tertanya nape kami jadi begini akhirnya.. aku pernah menghantar sms memohon kemaafan (krn tidak mahu mengeruhkan keadaan) tp aku keciwa krn tiada balasan darinya lalu apakah masih ader peluang utk kami melayari erti persahabatan ini dgn lebih bermakna spt dulu...dgn berkongsi segala suka & duka...?
Hingga lah aku terima satu email ini.....:

  • Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Seminit Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya. Hantarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa . Ini adalahpesanan pendek untuk menyatakan yang anda sentiasa mengingatinya. Kalau anda tidak menghantar pesanan ini, bermakna anda sudah melupakan kawan anda. Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup mereka kepada yang lebih baik

.....lalu aku anta kan email ni padanya, tanpa aku duga esoknya aku terima balasan darinya yg mengatakan...:

  • i really2 miss u my dear friends.............

.....dan hatiku membalas dgn kata2, deeply in my heart i really missed u too....

Isnin, April 28, 2008

::Hepi Blated Anniversary::

Sebelum ni dpt wish dr kwn2, famly & dari my husband sendiri. Ari ni aku nak wish utk diri sendiri...walaupun aku tahu dah agak terlambat...
Ini adalah ulangtahun kami ke 3. Aku tak mahu hajatkan yg indah2 belaka, apa yg aku harapkan agar rumahtangga kami sentiasa bahagia & dilindungi, dirahmati Allah S.W.T. One more, aku berharap sangat agar mahligai indah kami diserikan lagi dgn kehadiran zuriat2 yg soleh & solehah...AMIN...

"saya berjanji utk menjadikan hari2 yg di lalui ditempuhi dgn penuh bermakna.
saya berjanji sepenuh hati utk menghadapi dugaan dgn penuh ketabahan.
dgn itu, saya berjanji utk memenuhi segala janji di atas tanpa alasan"

Isnin, April 28, 2008

PESTA BUKU ANTARABANGSA PWTC 2008

Ada sesiapa ke yg pi pesta buku ni...?
pada peminat buku, novel & yg seangkatan dgnnya, rugi tau kalo tak pi... Aku sendiri pun rasa tak puas...
Aku pegi pun sehari sebelom pesta buku tu berakhir...punyalah ramai umat manusia terutama nya di aras 3. Mana tak nya kat aras tu banyak gerai2 yg best2... Selain tu aku nampak ada majlis2 yg bukan berkaitan dgn pesta buku, tu yg buatkan keadaan lebih menyesakkan... Oleh sebab tu aku hanya singgah di gerai karangkraf(ni gerai wajib!), gerai oxford (cari kamus), gerai pelangi (cari buku latihan jihah) & gerai unik didik (cari buku latihan aina). Selain tu aku singgah kat gerai edukid, kat situ semuanya buku utk kanak2. Memang menarik gerainya....kalau aku ader anak sendiri dah tentu aku borong buku2 kat situ. tp aku tetap belikan beberapa buah buku utk anak2 buah aku (itu pun aktiviti wajib, untung dia org ni).... antara yg aku beli utk diri aku sendiri....



Ni majalah2 wajib aku beli tiap2 bulan...kebetulan ader diskaun sikit tu yg aku terus beli kat gerai karangkraf. yg u ols nampak majalah cover nya pompuan pegang perut tu adalah majalah edisi khas Pa&Ma... majalah Pa&Ma tu aku beli sejak aku kawin lg utk menambahkan pengetahuan walaupun aku sendiri belum hamil lg...cewah... tp aku sonok baca pa&ma ni coz selain dpt ilmu, aku dpt tgk wajah2 baby yg comel2 belaka....



Ni pulak novel2 yg aku beli dari alaf 21.... 1000x sayang & sebening rindu tu novel terbaru. Gemersik Kalbu tu novel lama tapi sebab hanya tajuk ni dr karya anis ayuni yg lom aku ada, so aku belilah. Begitu jugak dgn Gerimis Kasih, novel ni mengisahkan pasangan yg masih lom ader zuriat walaupun sudah 5 tahun kawin. so, mcm ader kene mengena dgn aku kan(tp tang gaduh2 tu tak ade lah 7 minta dijauhkan) tu sebab aku beli...





Ni cover depannya yang turut memainkan peranannya...









Belum sempat aku habiskan novel2 kat atas ni, aku dah sambar satu lg novel karya mimie afnie berjudul kalau ada jodoh. Kali ni terbitan karnadyaharap2 aku dpt membacanya tak lama lagi...InsyaAllah



































































Isnin, April 28, 2008

Konvokesyen Ke 21 UUM


Entry kali ni dah agak basi... tp aku tetap nak masukkan jugak...

17/03/2008 yg lps, aku, husband, mak & ayah serta adik2 aku (kecuali dhiyyah) telah pi ke Sintok Kedah utk menghadiri majlis konvokesyen adik aku yang ke-2 Adha di UUM. Biaslah kan yang dpt masuk dah tentu mak & ayah. yang lain just 'escort' je..hehehehe...

Cuaca aritu memang panas terik...aku lak pakai baju kurung, lagi lah haru... Walaupun kami tak sempat nak shopping coz masa tak cukup,tp trip ke kedah ni paling sonok sekali cuma aku kesian pd husband aku. Pergi & balik dia yg drive sorang2, dia tak sampai ati nak gilir2 dgn ayah. Lastly dia lak yg rasa serik nak ke sana...Ape lah sayang ni...hehehe... tak pe lah lps ni kalo kita nak ke Langkawi kita naik flight je... sayang tak yah susah2 nak drive k...

Berbalik citer asal td aku nak wish kat Adha, congrulations! hope ko akan dpt keje yg baik sekaligus dpt membantu famly kita. gud luck jugak utk unit trust ko tu. harap2 ko dpt lebih ramai customers nanti...

Inilah Dewannya...


Adha wif Mak & Ayah


All My Famly Except Dhiyyah

Inilah 2 Hero yang ada dlm Famly



Rabu, April 23, 2008

Temujanji

Pagi ni, aku ada temujanji dengan doktor kat klinik pakar. Ni bukan lah treatment aku yg pertama. Aku pun dah tak ingat dah berapa kali aku jumpa Dr.Masha (lelaki tau) ni. Tp aku start treatment ni dari bulan 9 thn lps. Last treatment yg aku buat baru2 ni HSG. So far, setelah menjalani beberapa rawatan doktor sahkan aku tiada apa2 masalah. Semuanya normal kecuali saiz telur aku tak membesar. Bulan 3 lps, dah try mkn ubat subur (clomid) tp lom ader rezeki. so, doc dah bagi siap2 ubat subur lagi dgn ditambah dos & satu lg ubat jenis hormon utk aku makan masa aku menses nanti. Selepas itu aku kene dtg pd ari ke 10 menses utk scan saiz telur. Doc kata dia nak wat IUI.

Doc ader jugak beri harapan kpd aku. Kata doc, hormon aku sekarang dah tinggi. Lega aku mendengarnya....
Sekarang ni aku nak siap sedia dari segi mental utk wat IUI ni. Walaupun ader org kata peratusan nak hamil melalui kaedah ini kecil, aku tetap bersemangat nak lakukan. Tp sebalik tu aku tidak meletakkan harapan yg tinggi malah aku berserah pada Allah...

Thanks for my hubby coz sanggup korbankan masa keje semata-mata nak temankan aku untuk treatment ni...Syg, kita akn sama2 usaha utk mendapatkan zuriat kita sendiri...

InsyaAllah... Sokongan syg amat mama perlukan....

Selasa, April 22, 2008

Welcome


"kadangkala kita perlu bersendirian, kita perlu melihat kembali ke dalam diri kita, mencari kelebihan & kekurangan diri untuk diteruskan, dipelihara & dipupuk serta diperbaiki..."