Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Rabu, April 23, 2008

Temujanji

Pagi ni, aku ada temujanji dengan doktor kat klinik pakar. Ni bukan lah treatment aku yg pertama. Aku pun dah tak ingat dah berapa kali aku jumpa Dr.Masha (lelaki tau) ni. Tp aku start treatment ni dari bulan 9 thn lps. Last treatment yg aku buat baru2 ni HSG. So far, setelah menjalani beberapa rawatan doktor sahkan aku tiada apa2 masalah. Semuanya normal kecuali saiz telur aku tak membesar. Bulan 3 lps, dah try mkn ubat subur (clomid) tp lom ader rezeki. so, doc dah bagi siap2 ubat subur lagi dgn ditambah dos & satu lg ubat jenis hormon utk aku makan masa aku menses nanti. Selepas itu aku kene dtg pd ari ke 10 menses utk scan saiz telur. Doc kata dia nak wat IUI.

Doc ader jugak beri harapan kpd aku. Kata doc, hormon aku sekarang dah tinggi. Lega aku mendengarnya....
Sekarang ni aku nak siap sedia dari segi mental utk wat IUI ni. Walaupun ader org kata peratusan nak hamil melalui kaedah ini kecil, aku tetap bersemangat nak lakukan. Tp sebalik tu aku tidak meletakkan harapan yg tinggi malah aku berserah pada Allah...

Thanks for my hubby coz sanggup korbankan masa keje semata-mata nak temankan aku untuk treatment ni...Syg, kita akn sama2 usaha utk mendapatkan zuriat kita sendiri...

InsyaAllah... Sokongan syg amat mama perlukan....

0 hati ingin berkata: