Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Rabu, November 12, 2008

PUTUS CARA BAIK


Tanya diri sendiri, inikah perhubungan yang kamu inginkan selama ini? Adakah si dia menerima kamu dengan seikhlas hatinya? Adakah kamu berdua dapat menyelesaikan konflik bersama? Adakah hubungan kamu selama ini berjalan dengan baik? Bagaimana komunikasi antara kamu berdua?
Sekiranya keseluruhan jawapan yang diberikan adalah 'tidak', sudah tiba masanya untuk kamu berundur atau dalam erti kata lain, lebih baik kamu memutuskan saja tali perhubungan dengannya.
Mungkin ada yang berkata perpisahan itu amat menggembirakan tetapi hakikatnya, ia terlalu memeritkan sehingga boleh membuatkan seorang itu hilang kawalan hati dan perasaan.
Harus diingat, kekecewaan dalam bercinta tidak akan berterusan sekiranya kamu bijak menurut kata hati dan bukannya perasaan. Jangan sesekali menyesal dengan pengucapan yang belum dijelaskan atau sudah dilafazkan.
Sekiranya kamu tidak sanggup lagi meneruskan perhubungan ekoran sikap atau kurang persefahaman di antara kamu berdua dan tidak tahu bagaimana ingin memulakan perpisahan, ikuti beberapa tip di bawah ini.
Tip ini diberi agar kamu tenang melafazkan perpisahan dengan baik tanpa berlakunya sebarang persengketaan.
Pertimbangkan masa dan keadaan. Sejak kebelakangan ini, kamu merasakan begitu sukar untuk meluangkan masa atau mencipta sesuatu keadaan dengan pasangan sebelum membuat keputusan untuk berpisah.
Adakalanya kamu terpaksa mencipta satu masa yg emosional. Ia adalah perkara penting dan merupakan jalan terbaik utk kamu memulakan perbincangan.
kamu juga tidak harus mengelakkan berjumpa dengan si dia, takut nanti kamu pula yg akan ditimpa musibah. Ikuti langkah di bawah ini.
  • - Tidak salah utk kamu meluahkan hasrat yg terpendam selama ini, tetapi sikap memahami keadaan yg berlaku ketika ini haruslah diambil kira. Jgn menjadi seorang yg pentingkan diri sendiri tanpa menyedari apa yg dirasai si dia ketika itu. Contohnya, jangan sampaikan niat kamu itu di saat di dia baru saja berhadapan dengan masalah peribadi atau kerja.
  • - Had perbualan kamu berdua di telefon sebelum memutuskan pertemuan yang terakhir. Jangan sesekali memberi sebarang maklumat yg menyatakan kamu bersedia berjumpa dan meminta kata putus.

Buat keputusan terbaik atau tepat, Biarpun ini adalah perkara yg berat utk dikatakan, terutama apabila kamu terlalu rapat dengannya atau menyintainya, kamu perlu bijak membuat keputusan yg terbaik utk masa hadapan.

Kamu perlu membuat kesimpulan dlm hal berkaitan percintaan ini. Segala keputusan terletak di tangan kamu. Contohnya, kamu seharusnya memikirkan perbezaan persefahaman atau ketidakserasian yg melanda diri kamu.

Kamu seharusnya melakukan keputusan yg positif utk diri sendiri dan bukannya disebabkan faktor org ketiga atau sebaliknya. Utk membantu kamu mencipta keputusan yg terbaik, cuba senaraikan alasan munasabah sebelum kamu berterus-terang dengannya secara matang.

Bicara di antara kamu. Walaupun tujuan kamu ini dianggap baik, jgn sampai diketahui umum. Dgn kata lain, cara penyampaian kamu itu seharusnya dilakukan secara peribadi, bukannya di khalayak ramai.

Ini kerana, segala tindakan yg kamu lakukan itu boleh membuatkan dirinya berasa tercabar dan menambahkan lagi keegoannya. Pilihlah tempat yg privasi utk kamu meluahkan keputusan itu.

Tdk dinafikan, begitu sukar bg seseorang meluahkan hasrat utk memutuskan perhubungan yg telah sekian lama dijalin. Oleh itu, kamu juga boleh menyampaikan hasrat ini secara bukan lisan iaitu menerusi surat, SMS atau emel.

Harus diingat bahawa jgn sampaikan kata putus itu tanpa dia sedari atau dibelakangnya. Lebih baik, berterus terang secara langsung.

Profesional dgn pengucapan. kamu sedah memikirkan utk memutuskan hubungan dgnnya sblm ini, tetapi segala keputusan yg dinyatakan itu membuatkan si dia berasa bersalah. Ketika itu, kamu seharusnya bijak megatur langkah dan keadaan sekiranya si dia terkejut dgn keputusan yg kamu lakukan.

Untuk mengelak perkara ini berterusan, jgn hubungi si dia sebelum kamu berjumpa dengannya utk memutuskan perhubungan. Ini akan menyebabkan berlakunya reaksi yg di luar jangkaan.

Fahami personaliti pasangan kamu, sebelum memberi kata putus. Walaupun kesedihan si dia boleh dilihat pada wajahnya, kamu harus bersikap profesional dgn apa yg akan diucapkan.

Jgn mengakhiri perhubungan dgn perbuatan di luar jangkaan spt bergaduh atau memukul.

Tip bagaimana utk menyampaiakn mesej secara berkesan:

  • - Kamu haruslah memahami keadaan si dia ketika itu, walaupun dia memperlihatkan reaksi yg kurang meyakinkan kamu untuk melafazkannya.
  • - Ucap kata maaf sebaik sahaja kamu menyampaikan keputusan itu kpdnya.
  • - Lakukan persiapan bg setiap persoalan dan alasan yg hendak dijelaskan. Perhatikan semua alasan yg disenaraikan sebelum kamu menjelaskan kpdnya.
  • - Cuba elakkan bahasa tubuh ketika berbicara dgnnya.
  • - Yakin dgn diri sendiri. Jgn sesekali berasa diri gagal utk menyatakan keputusan.

Tidak perlu menelefonnya pd setiap minggu. Tetapi sudah cukup utk menanyakan khabar pd hari jadinya.

Jangan mengatakan:

  • - "Mungkin suatu hari, kita akan diketemukan kembali."
  • - "Sebahagian diri saya hanayalah menyintai dirimu."
  • - "Saya tidak dpt menyintai org lain selain dirimu."
  • - "Okey, berikan saya waktu utk menerima kamu semula."

SUMBER:....(LOVE)

"Sememangnya bukan mudah bagi seseorang meluahkan hasrat perhubungan yg sudah sekian lama terpendam, apatah lagi sekiranya ingin memutuskannya...."

2 hati ingin berkata:

MrsMama berkata...

kalu dah tak bole bersama, berpisah cara terbaik. Sayang diri kita sebelum sayang orang lain.

CuTeMiUt78 berkata...

klu itu jalan penyelesaiannya.. lebih baik berpisah..kan...