Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Isnin, Jun 22, 2009

Di Rumah Lebih Baik

Kisah semalam - 21 Jun 2009
......................................................

Seawal pagi kami dah bangun, planning nak pegi pasar. Dlm pukul 8 pagi kami dah kuar umah tp singgah minum pagi di TEJA a.k.a khemah putih di presint 9 jugak. Niat hati nak makan roti canai topi besar tp sekali lagi tak dpt coz senarai menunggu sentiasa ramai. Org kata roti canai situ sodap tp lembap! So kami makan lontong + sandwich goreng + teh O ais.

Lepas tu terus gerak pi pasar di presint 8. En.Din request masak kari tp dia sendiri confuse kari apa yg dia nak. Lastly sy decide masak mee kari aje. Senang, mudah & semua org boleh makan. Dah alang2 buat, sy masak lebih utk dikongsikan dgn busu idah sy yg duduk di blok sebelah. Lgpun family busu idah memang antu kari, tak kira lah kari apa.

Sy hanya masak mengikut resepi yg seringkas mungkin.

Bahan tumis sy hanya lah bawang merah, bawang putih dan halia yg dimesin or ditumbuk. Lepas tu sy ikut cara MIL sy masukkan kunyit hidup skit kononnya nak mencantikkan warna kuahnya. Sy tak guna bunga lawang, bunga cengkih & sewaktu dengannya coz bende2 tu akan membuatkan sy cepat muak. Tp kalu uols nak masukkan jugak terpulang pd uols. Bahan2 tu sy tumis hingga naik bau dan sy masukkan rempah kari yg dicampur sikit dgn cili mesin dan kacau hingga pecah minyak. Then sy masukkan santan cair yg banyaknya mengikut keperluan. Aksesori dlm kuah tu mengikut suka kita lah ye samada nak lebur terus dlm kuah or nak celur & asingkan di luar. Mee kari ni sedap bila kita gunakan kerang tp sebab sy malas nak kopek2 so sy hanya guna ayam saja. Dlm kuah juga sy masukkan kentang yg dipotong kecil, fish cake & fish ball. Bila kentang dah empuk & kuah dah mendidih kita masukkan santan pekat & tunggu lagi hingga mendidih. Then baru masukkan garam.

Meh kita layan gambar2 di bawah

v

v

v


Sawi celur

cili merah & limau sambal

Telur rebus

Tauhu goreng

Daun sup + bawang

Bawang Goreng

Kuahnya


Siap untuk dimakan
Lepas makan kami pegi umah busu idah utk hantar mee kari tu. Kebetulan memang dah lama tak pi umah dia even tinggal berdekatan. Balik dr sana kami just lepak di rumah saja. Tp bukannya dpt rehat sgt pun, ada je keje yg tak abis2 nak dibuat. Tu pun sy curik2 masa dok online jap coz dhiyah dgn sukarelanya ingin membantu menyiapkan makan malam.
NOTA KAKI : Bila dah biasa berjalan tiap2 minggu, rasa sikit boring bila duk terperap di umah walaupun hakikatnya keje umah memang sentiasa banyak. Tp kami perlu lebih pandai mengatur masa kami agar pengaliran wang untuk minyak dan tol dpt dijimatkan kerana lepas ni ada 'sesuatu perubahan' akan berlaku dlm family kecik kami ni....

4 hati ingin berkata:

CuTeMiUt78 berkata...

wah.. sedap tu.. mee kari.. eemmmm ada perubahan.. ?? apakah itu..?? saspen ni..

Myalycia berkata...

Amboi, bestnya nizza.. tetiba lak jadi lapar haha..

Azryna Abdul berkata...

hai slm kunjung..
sedapnye mee kari ...;))

dah hampir meleleh air liur ni...

Nora berkata...

wah cedapnye mi kari nih nizza.. mcm terbau² plak aromanye depan monitor nih =)