Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Rabu, Jun 24, 2009

SHIDA DAH KAWEN

Citer ni dah 3 minggu lepas. Sebab kemalasan melanda, maka terperam kejap gambar2 ni. Alhamdulillah, shida & umai selamat diijabkabulkan pada 6 Jun 2009 yg lepas. Setahu sy tarikh tu memang ramai pasangan adam & hawa mendirikan masjid coz masa tu cuti sekolah dah bermula.



Walau apa jua rintangan, sy sanggup redah utk sampai ke majlis shida ni. Sy dgn shida agak rapat, hingga kan di opis ni di mana shida ada di situ sy ada. Begitu jugak sebaliknya. Cuma bila shida dah bertukar ke pejabat M kami jarang dpt bersama coz kesibukan keje. Dia juga banyak membantu sy dlm apa jua hal. So, tak adil kalu sy tak dtg meraikan majlisnya.


Dgn En.Din sy dah booking 6 bulan awal. Hampir setiap masa sy ingatkan dia, coz En.Din sangat lah malas nak ingat tarikh itu tarikh ini. Sy ni umpama diari dia,even hal adik badik or sepupu sepapat dia, semuanya dia rujuk kat saya. Kenduri kawen ni diadakan di segamat johor. Sy & En.Din plan utk balik melaka dahulu pada jumaat malam then esok paginya baru ke segamat. Itupun perjalanan dari Melaka ke Segamat mengambil masa 2 jam. Kita yg tak biasa pi sana, tentu lah terasa jauh kan. Tp sonok coz dpt tgk kampung org :)




Sang suami sedang khusyuk memandu....


Sy pulak sibuk bergambar...

Mujur dari Melaka ke Segamat tu jalan tak jem even banyak kete. Kebetulan hari pulak ujan. Sy rasa kalu sy baru nak tolak dari putrajaya pagi sabtu tu tentunya sy tersangkut dlm jem. Masa sy kuar dari tol Melaka tu, sy lihat kenderaan yg nak masuk melaka terlalu banyak hingga jem melimpah2 ke highway.

Sy sampai di umah shida dlm kul 1 tghari. Ingatkan pengantin dah berarak, tp rupanya ada lagi dlm bilik. Bukannya sebab pengantin tak siap lagi tp budak2 kompang tak mahu berarak awal. Leh gitu? padahal bukannya mereka ada majlis tempat lain. Mereka kata kalu nak berarak dlm kul 1.30 ke atas. aik? kita yg bayar, leh lak mereka sesuka ati buat gitu.... Terpaksa lah rombongan pengantin lelaki menunggu lebih lama.




Ni lah pengantinnya.... Temanya purple lembut....



Lepas makan & lepak kejap dlm bilik pengantin, En.Din pun ajak balik coz kami perlu hadir satu lagi majlis kawen kawan En.Din di Jasin, Melaka. Tp masa sy nak balik tu, budak2 kompang dah sampai tp kami tak tunggu lah. Masa tu jam dah menunjukkan pukul 2.15 petang. Pic kat atas ni pun sy amik dr fs shida.



Ni pulak majlis sebelah umai. Sy amik jugak dr fs shida.


Sy harap sgt shida dpt lalui kehidupan rumahtangga ni dgn kesabaran yg tinggi. Ekceli, banyak sangat dugaan dan rintangan yg mereka hadapi sebelum mrk dpt disatukan. Hinggakan sy pun tak meletak harapan yg tinggi utk melihat mrk bersatu. Tp bila kata sepakat telah dicapai, sy berbesar hati utk melihat mereka bahagia.... :)



Owh ye... lupa pulak budak ni pun mengikut sy ke segamat pada hari tu. Kononnya letih sangat lah tu hingga tertidur kat seat belakang.


Lastly, buat shida & umai "Selamat Pengantin Baru ye."

0 hati ingin berkata: