Minggu lps, adalah minggu yg paling kalut bg family mertua aku. ari sabtu MIL dpt kol dr kampung mengatakan nek yang lamah nazak. tp MIL/FIL tak balik kampung dulu just standby, lgpun jiran MIL/FIL ada wat kenduri kawen. dan mereka dah melawat nek yang lamah ni beberapa kali masa cuti sekolah ari tu. dlm kalut2 tu, kami terima pulak berita yg mak long accident masa dlm perjalanan anta pengantin. mujurlah tiada kecedaraan yg teruk tp kami tetap pi melawat mak long kat pantai dalam. mlm tu baru je kami suami isteri masuk tido, hubby dpt kol katanya tok atan pulak meninggal... waduh!!!! org lain yg nazak, org lain yg meninggal. tu lah kuasa Allah. bila2 masa leh Dia amik nyawa kita.... kebetulan mlm tu memang kami tido umah MIL/FIL & sebabkan dah tgh mlm mereka decide nak balik kampung lps subuh. beserta dgn ujan lebat subuh ahad tu hubby, MIL/FIL & ipar2 lelaki balik kg. tinggal lah aku bersama biras, ipar2 pompuan & anak2 buah utk jd wakil kpd majlis kawen jiran mereka tu.
Sehinggalah tiba maghrib, baru mereka pulang dr kampung. tapi sebaik MIL masuk umah, dia maklumkan yg mrk dpt kol masa dah masuk sg.besi yg mengatakan nek yang lamah pulak meninggal.... ini lah dugaan, lom abis penat terima pulak berita lain. setelah berbincang, hubby decide utk bwk MIL/FIL balik kg pagi senin tu. oleh sebab kematian pertama aku tak balik jd kali ni aku mesti balik & nak tak nak terpaksa lah aku & hubby amik emergency leave isnin tu. walaupun harga minyak baru je naik, tp bila dah jd mcm ni terpaksa la juga hadapi. nak wat camana kan....korek2 lah mana yg patut. tp aku kesian dgn hubby coz dlm masa 2 ari berturut dia berulang alik ke kg. penatnya tak dpt nak digambarkan....
Yang pakai baju ijau tu la arwah nek yang lamah... arwah ni adik beradik dgn arwah atuk hubby dan ada jugak kene mengena dgn MIL. arwah tok atan lak adik beradik dgn nenek hubby...tak de lak gambo arwah tok atan dlm simpanan aku. mrk semua ni memang rapat dgn famly hubby lg pun dulu hubby kan sekolah kat kg. so, ramai org kg kenal hubby & kembonya...
Al-Fatihah untuk mereka berdua...
1 hati ingin berkata:
al fatihah...semoga roh mereka dicucuri rahmat!
Catat Ulasan