Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Selasa, Jun 30, 2009

Kerana itu sy makin sakit....

Dah masuk ari ke-4 'cik p' datang tp sy masih dlm keadaan heavy bleeding terutama selepas dhiyah sampaikan 'satu' citer yg makin membuat saya sayu. Terus sy rasa seakan cramp perut & pinggang. Dah lah sisa2 senggugut itu masih ada. Seboleh-bolehnya sy tak mahu pikir sangat, dah lah sy ni ada masalah dgn hormon. Bimbang nanti perkara tu membuatkan hormon sy makin huru hara. Tp... perkara tu tetap mengganggu sy....
NOTA KAKI: Yang membuatkan sy kecewa bila 'harapan' keluarga akhirnya mementingkan diri sendiri :(

Khamis, Jun 25, 2009

Membakar Ikan

Sama jgk dgn entry sebelum ni, kejadian berlaku 3 minggu lepas di umah mak ayah sy di Melaka. Dah lama sy plan nak wat BBQ or lebih mudah bakar ikan. Bila sy suarakan pd En.Din, dia membangkang dgn alasan kawasan mak sy tu kelilingnya family cina. Bimbang jiran2 tak suka or marah. Malas nak bertekak, sy diam kan aje. Lastly sy jadi tawar hati then lupa terus akan planning tu.

Sebab kan sy dah lama tak balik melaka, kami sepakat amik cuti isnin tu. Lepas kami pi carik kompang adam, tiba2 terpacul dari mulut En.Din perkataan ikan bakar. Dia teringin nak makan ikan bakar tp nak bakar sendiri.

Aik?! aritu kemain membangkang apa yg sy cadangkan. La ni, dia yg beria nak buat. Lps bincang skit2, kami decide nak bakar di belakang umah aje. Memang barang spt ikan & pemanggang tak ada. Tp punya lah semangat En.Din, dia sanggup usaha dptkan barang2 tu padahal memang dah petang sangat. Kami singgah kampung jawa utk dapatkan alat pemanggang. Then terus ke Tg.Keling utk carik ikan. Biasanya petang2 ada jual ikan kat tepi pantai tu. Kalau nasib baik, dapat lah ikan baru. Di pertengahan jalan, kami singgah beli gabus utk letak ikan. En.Din sy kan cerewet skit. Barang2 basah ni dia tak mo letak sebarangan dlm kete dia, nanti berbau katanya.

Ni lah ikan2 yg kami beli, cuma 2 jenis aje. beli banyak2 nanti tak de sape nak perabis kan.

Mujur dlm peti ais mak ada stok utk dibuat sambal ikan bakar tu. sy cuma tambah cili padi & limau sambal. Daun pisang tu pun faim pi minta kat kawasan kampung terdekat. terima kasih lah pada makcik yg sudi memberi daun pisang tu.

Mak sedang membubuh sambal sebelum dibalut dgn daun pisang dan aluminium foil.


Kat belakang umah pulak, En.Din sedang berusaha menghiudpkan api.


Sedang menanti api menjadi bara....


Keje2 pembakaran dilakukan oleh En.Din sambil dibantu oleh faim.


Ikan2 yg siap dibakar & tunggu untuk dimakan...

v


v


v


Cencaru



Siakap

Apapun, sy puas hati lah jugak coz terlaksana jua apa yg sy rancang walaupun yg sy rancang lebih kpd BBQ spt ayam, daging, hot dog & lain2 lagi. Tak pe lah, next time kita buat lagi ye... :)

Khamis, Jun 25, 2009

Kompang ADAM

Dulu sy ada buat entry tentang anak buah sy ADAM, yg sedang minat main kompang. Jadinya mama & pak ngah nye yg kesian melihat adam dok palu mangkuk besen neneknya berusaha lah jugak mencari kompang masa kami balik melaka aritu. Bila tiba cuti, tak kira lah cuti sekolah or umum or cuti hujung minggu lalulintas di Melaka amat lah sesak terutamanya di bandar. Tp demi anak buah tersayang, En.Din sanggup redahinya. Kami amik keputusan utk mencarinya di dataran pahlawan yg menempatkan banyak sangat kedai2 cenderahati, barang2 kraftangan dan lain-lain. Sebabkan parking tak ada, En.Din just parking kat tepi jalan aje tp dlm ati berdebar jugak bimbang kene saman. Turun kete terus En.Din masuk kedai yg berdekatan. Kali ni tak dan nak survey2 harga dulu coz memikirkan keadaan kete yg berisiko tinggi utk disaman. Masuk je kedai tu terus tanya ada kompang ke tidak. Bila dia kata ada En.Din pun terus pi terkam apa yg di cari.




Sedang memilih....


Banyak sangat barang yg di jual. Rasa hati macam nak rayau ke kedai2 lain tp keadaan tak mengizinkan. sy minat bende yg kat atas tu. Yg besar tu macam sangkar burung, yg kecik tu lak mcm pelita. tp sy tak minat nak membeli buat masa ni.


Ni dia kompang pilihan En.Din. Kecik aje, sesuai dgn pemainnya yg kecil molek tu.


Harganya RM30. Puas minta kurang lagi, tapi tak dpt...

Masa En.Din pi anta kompang ni kat umah mertua, adam tak ada. Tp petang tu bondanya datang lah umah mertua utk amik kompang tu. Bondanya citer, sampai aje umah dia sendiri adam tak henti2 main kompang. Sampaikan bila bondanya suh baring rehat tp tangannya masih memukul kompang. Punya la sonoknya bila dpt kompang tu. Bila kami kol bondanya malam tu, dengarlah paluan kompang dan suaranya sedang menyanyi. Agaknya tgh nyanyi lagu selamat pengantin baru kot... :)

NOTA KAKI: Bila kami jumpa adam, dia dah mula jemu utk main kompang tu. So, tak sempat nak rakamkan aksinya.... =p

Rabu, Jun 24, 2009

SHIDA DAH KAWEN

Citer ni dah 3 minggu lepas. Sebab kemalasan melanda, maka terperam kejap gambar2 ni. Alhamdulillah, shida & umai selamat diijabkabulkan pada 6 Jun 2009 yg lepas. Setahu sy tarikh tu memang ramai pasangan adam & hawa mendirikan masjid coz masa tu cuti sekolah dah bermula.



Walau apa jua rintangan, sy sanggup redah utk sampai ke majlis shida ni. Sy dgn shida agak rapat, hingga kan di opis ni di mana shida ada di situ sy ada. Begitu jugak sebaliknya. Cuma bila shida dah bertukar ke pejabat M kami jarang dpt bersama coz kesibukan keje. Dia juga banyak membantu sy dlm apa jua hal. So, tak adil kalu sy tak dtg meraikan majlisnya.


Dgn En.Din sy dah booking 6 bulan awal. Hampir setiap masa sy ingatkan dia, coz En.Din sangat lah malas nak ingat tarikh itu tarikh ini. Sy ni umpama diari dia,even hal adik badik or sepupu sepapat dia, semuanya dia rujuk kat saya. Kenduri kawen ni diadakan di segamat johor. Sy & En.Din plan utk balik melaka dahulu pada jumaat malam then esok paginya baru ke segamat. Itupun perjalanan dari Melaka ke Segamat mengambil masa 2 jam. Kita yg tak biasa pi sana, tentu lah terasa jauh kan. Tp sonok coz dpt tgk kampung org :)




Sang suami sedang khusyuk memandu....


Sy pulak sibuk bergambar...

Mujur dari Melaka ke Segamat tu jalan tak jem even banyak kete. Kebetulan hari pulak ujan. Sy rasa kalu sy baru nak tolak dari putrajaya pagi sabtu tu tentunya sy tersangkut dlm jem. Masa sy kuar dari tol Melaka tu, sy lihat kenderaan yg nak masuk melaka terlalu banyak hingga jem melimpah2 ke highway.

Sy sampai di umah shida dlm kul 1 tghari. Ingatkan pengantin dah berarak, tp rupanya ada lagi dlm bilik. Bukannya sebab pengantin tak siap lagi tp budak2 kompang tak mahu berarak awal. Leh gitu? padahal bukannya mereka ada majlis tempat lain. Mereka kata kalu nak berarak dlm kul 1.30 ke atas. aik? kita yg bayar, leh lak mereka sesuka ati buat gitu.... Terpaksa lah rombongan pengantin lelaki menunggu lebih lama.




Ni lah pengantinnya.... Temanya purple lembut....



Lepas makan & lepak kejap dlm bilik pengantin, En.Din pun ajak balik coz kami perlu hadir satu lagi majlis kawen kawan En.Din di Jasin, Melaka. Tp masa sy nak balik tu, budak2 kompang dah sampai tp kami tak tunggu lah. Masa tu jam dah menunjukkan pukul 2.15 petang. Pic kat atas ni pun sy amik dr fs shida.



Ni pulak majlis sebelah umai. Sy amik jugak dr fs shida.


Sy harap sgt shida dpt lalui kehidupan rumahtangga ni dgn kesabaran yg tinggi. Ekceli, banyak sangat dugaan dan rintangan yg mereka hadapi sebelum mrk dpt disatukan. Hinggakan sy pun tak meletak harapan yg tinggi utk melihat mrk bersatu. Tp bila kata sepakat telah dicapai, sy berbesar hati utk melihat mereka bahagia.... :)



Owh ye... lupa pulak budak ni pun mengikut sy ke segamat pada hari tu. Kononnya letih sangat lah tu hingga tertidur kat seat belakang.


Lastly, buat shida & umai "Selamat Pengantin Baru ye."

Isnin, Jun 22, 2009

22 Jun 1985 - 24 Tahun Yang Lalu



Hari ini, 24 tahun yang lalu mak sy selamat melahirkan seorang cahayamata lelaki yg diberi nama Mohd Faim Ab Mutalib. Ini lah salah seorang adik lelaki sy yg sekarang bekerja di Felda Belitung, Kluang Johor.

Anyway,

Hepi Besday, Bro! :)

Isnin, Jun 22, 2009

Di Rumah Lebih Baik

Kisah semalam - 21 Jun 2009
......................................................

Seawal pagi kami dah bangun, planning nak pegi pasar. Dlm pukul 8 pagi kami dah kuar umah tp singgah minum pagi di TEJA a.k.a khemah putih di presint 9 jugak. Niat hati nak makan roti canai topi besar tp sekali lagi tak dpt coz senarai menunggu sentiasa ramai. Org kata roti canai situ sodap tp lembap! So kami makan lontong + sandwich goreng + teh O ais.

Lepas tu terus gerak pi pasar di presint 8. En.Din request masak kari tp dia sendiri confuse kari apa yg dia nak. Lastly sy decide masak mee kari aje. Senang, mudah & semua org boleh makan. Dah alang2 buat, sy masak lebih utk dikongsikan dgn busu idah sy yg duduk di blok sebelah. Lgpun family busu idah memang antu kari, tak kira lah kari apa.

Sy hanya masak mengikut resepi yg seringkas mungkin.

Bahan tumis sy hanya lah bawang merah, bawang putih dan halia yg dimesin or ditumbuk. Lepas tu sy ikut cara MIL sy masukkan kunyit hidup skit kononnya nak mencantikkan warna kuahnya. Sy tak guna bunga lawang, bunga cengkih & sewaktu dengannya coz bende2 tu akan membuatkan sy cepat muak. Tp kalu uols nak masukkan jugak terpulang pd uols. Bahan2 tu sy tumis hingga naik bau dan sy masukkan rempah kari yg dicampur sikit dgn cili mesin dan kacau hingga pecah minyak. Then sy masukkan santan cair yg banyaknya mengikut keperluan. Aksesori dlm kuah tu mengikut suka kita lah ye samada nak lebur terus dlm kuah or nak celur & asingkan di luar. Mee kari ni sedap bila kita gunakan kerang tp sebab sy malas nak kopek2 so sy hanya guna ayam saja. Dlm kuah juga sy masukkan kentang yg dipotong kecil, fish cake & fish ball. Bila kentang dah empuk & kuah dah mendidih kita masukkan santan pekat & tunggu lagi hingga mendidih. Then baru masukkan garam.

Meh kita layan gambar2 di bawah

v

v

v


Sawi celur

cili merah & limau sambal

Telur rebus

Tauhu goreng

Daun sup + bawang

Bawang Goreng

Kuahnya


Siap untuk dimakan
Lepas makan kami pegi umah busu idah utk hantar mee kari tu. Kebetulan memang dah lama tak pi umah dia even tinggal berdekatan. Balik dr sana kami just lepak di rumah saja. Tp bukannya dpt rehat sgt pun, ada je keje yg tak abis2 nak dibuat. Tu pun sy curik2 masa dok online jap coz dhiyah dgn sukarelanya ingin membantu menyiapkan makan malam.
NOTA KAKI : Bila dah biasa berjalan tiap2 minggu, rasa sikit boring bila duk terperap di umah walaupun hakikatnya keje umah memang sentiasa banyak. Tp kami perlu lebih pandai mengatur masa kami agar pengaliran wang untuk minyak dan tol dpt dijimatkan kerana lepas ni ada 'sesuatu perubahan' akan berlaku dlm family kecik kami ni....

Isnin, Jun 22, 2009

Kasih Ayah



" Thank's ayah
for listening and caring,
for giving and sharing,
but especially, for just being you... "
'Happy Father Day'

NOTA KAKI : Khas untuk abah mertua sy, selamat hari abah! Pic abah tak de dlm simpanan sy, so tak dpt sy nak share kat sini...

Ahad, Jun 21, 2009

Aktiviti ari sabtu - 20 Jun 2009

Spt yg dirancang beberapa minggu lepas, sy perlu hadir ke majlis perkahwinan kawan sy. Kebetulan kawan sy itu juga kawan kepada my SIL, dek ya. Masalahnya, majlis tu jatuh pada ari sabtu. Agak susah sikit coz ari sabtu En.Din keje setengah hari. Tp sebabkan kesungguhan kawan sy tu, tak sampai hati sy tidak hadir ke majlisnya. Mujur lah hanya di Seremban, so kene pandailah adjust time dan kene lah tunggu En.Din balik keje.

Utk memudahkan En.Din. seawal pagi sy dah ikut En.Din kuar pi keje lalu minta dia hantar ke umah mertua sy. Kiranya dari situ dah dekat lah En.Din nak amik sy & dek ya nanti.

Sebelum tu, Jumaat malam sy terima panggilan telefon dari mak sy yg maklumkan yang mak ayah, mak long, pak long & mak tua (panggilan utk nenek sy) nak datang hospital serdang utk melawat adik mak tua pada ari sabtu. Macam biasa setiap kali dtg ke area sini tentu lah mereka akan singgah ke umah sy. Sy juga tak nak lepaskan peluang untuk bertemu mak ayah sy. So, kat situ dah agak clash dgn program sy utk ke Seremban. Mujur adik sy, dhiyah ada kat umah sy (dia sekarang sedang keje di JPM sebagai PT utk skim contract for service). Dgn dia sy minta tolong sediakan makanan tengahari dan minta mak & ayah tunggu hingga sy pulang dari seremban.
Uols layankan dulu gambar2 ni ye....










Ni lah mempelainya. Jodoh idza spt sy, dia juga bertemu jodoh dgn rakan sekolah. Sy rasa ramai juga kwn2 sekolah kami terkejut dgn perkahwinan mereka coz masa sekolah mereka bukan pasangan couple. Malahan pengantin lelaki tu pernah couple dgn kawan kami yg lain. Tp dah di namakan jodoh kan.... walaupun idza pernah belajar sampai ke dublin (kalau tak silap) dan baru aje baik ke m'sia, tp cinta mereka tetap utuh. Dek ya & idza lak pernah satu kolej di KUIS dulu dan dek ya pun satu sekolah dgn kami semua. Apapun tahniah buat idza & helmee.... Moga kalian bahagia hingga ke akhir hayat...

Alhamdulillah, walaupun agak kelam kabu skit Allah permudahkan urusan sy semalam. Selepas anta dek ya balik ke umah mertua sy, kami terus ke hospital serdang. Lagipun masa mak ayah sampai dr melaka mereka terus ke umah sy untuk berehat. So, petang baru mereka pegi melawat.



Ni dia nek om, adik kepada mak tua. Nek om ni memang ada sakit buah pinggang dan baru jugak kuar dari hospital. Tp malangnya beberapa ari lepas, nek om jatuh terduduk dlm bilik air. Jadi tulang pinggulnya patah dan dimasukkan besi. Ingatannya pun dah tak berapa kuat. Kejap ingat, kejap nanti dia seakan akan lupa.
Ramai jugak adik beradik mak yg turut datang melawat termasuk mak ina & family dari JB. Dapat lah jumpa adik sepupu sy ni....

Buat masa ni Mohammad Ikram Din bin Nordin ni adalah adik sepupu sy yg paling kecil sekali. "Mak2 sedaraku, ada lagi ke yg nak menambah anak...???", hihihi...maklum lah makcik2 pun ramai yg muda2 lagi. Masih leh nak menambah umat. :)

Asik sy aje kene amik berkat, so kali ni sy pas pulak pada En.Din. Biar balance skit keberkatan tu.... Ermmm... ada gaya seorang bapa tak?

En.Din nampak gemuk kan dlm gambar ni...?
Dalam pukul 6.30 petang, kami semua beransur pulang. Ayah pun nak singgah semula kat umah sy coz dah nak hampir maghrib. So, melilau kami suami isteri mencari lauk basah utk dimasak sbg makan malam sebelum mereka semua bertolak balik ke Melaka. Syukur malam tu kami dpt menjamu mereka dgn sambal tumis udang, ikan sepat masin, sup ayam, dan lebihan lauk tengahari tu iaitu sambal sardin & sayur kobis.
NOTA KAKI : Ikutkan malam semalam juga family mertua sy buat BBQ kat depan umah bersama dgn dua jiran mereka yg lain. Tp malangnya kami tak dpt nak join atas sebab2 di atas.....