Assalamualaikum...
.
.
Ini lah menu dinner kami...
.
.
.
.
"Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu bahawa hidup ini bukan sekadar untuk ketawa dan adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menilai mahalnya setitis air mata.."
Assalamualaikum...
.
Labels: lauk/makanan, resepi
Assalamualaikum...
.
Thank's God...!
.
.
Assalamualaikum...
.
Lately ni sy asik tepek pic makan aje kan... tp tak pe lah, dari blog sy tak berupdate lebih baik sy masukkan entry pasal makan ni. Lgpun, sementara roh rajin memasak sy ni ada. kalau dah sampai penyakit M tu, tak berasap le dapur sy :))
.
Mlm ni masak paprik sotong. saja masak lebih2, boleh sy bawak bekal ke opis esok.
.
.
Sy rasa mybe uols dah tahu resepi paprik ni tp sy nak letak kat sini gak. sebabnya, senang utk sy buat rujukan peribadi. masakan yg jarang2 buat ni memang tak lekat dlm pala otak sy ni. kdg2, salin kat kertas ntah mana2 pulak sy campak. padahal ada aje buku kosong yg sy jadikan ruang utk salin2 resepi. so kalu diletakkan kat sini, bila teringin tu senang sy search kat sini aje...
.
Bahan2:
- sotong (nak guna lain2 pun boleh)
- cili mesin 2 sudu
- cili padi 3bj (kalu nak pedas, masuk le lebih pastu ketuk)
- bawang besar 1bj (hiris)
- bawang putih 2 ketol (ketuk)
- serai 1btg (ketuk)
- sos tiram 1 sudu
- sos cili 1 sudu
- sos tomato 1 sudu
- tepung jagung 1/2 sudu bancuh dgn air masak skit (tp sy tak guna)
- daun limau purut
- kobis bunga, carrot, putik jagung, capsicum (optional)
- gula 1/2 sudu
- garam secukup rasa
.
Cara:
Tumis bawang2. masukkan cili mesin, biar masak kejap. pastu masukkan segala jenis sos. lps tu masukkan sotong, gula, garam, serai, daun limau purut. biar seketika, kendian masukkan segala jenis sayur. kalau nak pakai tepung jagung masukkan last sekali, done! :))
.
ekceli sy dah lupa kat mana sy amik resepi ni. tp apapun sy bg kredit cos paprik sy sentiasa menjadi. thank's bebanyak ye...
.
sblm sy berenti, saja sy nak tepek lagi pic paprik ni. biar ada yg keliuq...
hurmmm... ada ke...? ;)
.
Labels: lauk/makanan, resepi
Assalamualaikum...
.
Labels: lauk/makanan
Assalamualaikum...
.
sy memang suka layan budak comel ni. kalau leh ari2 sy nak kidnap dia bwk ke umah sy, hihihi :)))
.
aunty2 & uncle2 semua, chumel tak sy ni...?
.
Labels: baby/anak-anak, jiran
Assalamualaikum...
.
Kali ni nak citer pasal makan2. Bukan apa, dua tiga menjak ni sy dok teringin nak mkn laksa. Bukan tak leh nak beli tp keinginan tu lbh kpd nak buat sendiri. bila buat sendiri kita leh wat pekat2, rasa garam & masam kita leh tentukan sendiri. yg penting nak makan byk mana & berulang kali pun tak apa kan...
.
So, mlm semalam sy pun masak lah laksa. Sy guna resepi dari kak ina kl, kalau ada yg nak cuba uols leh klik kat sini ye...
.
.
.
.
.
.
Ini dia laksa sy, dpt le dikongsikan dgn jiran sebelah umah & kawan2 opis...
.
Sebenarnya ada lagi keinginan sy. Tp kali ni bukanlah sebab tekak sy nak mkn tp sebab teringin nak memberi asben sy makan asam pedas. Walaupun mak ayah sy org melaka, tp sy memang kurang pandai utk masak asam pedas. En.Din lak dah berkenan dgn satu gerai jual asam pedas hinggakan selalu dia beli lauk tu, so sudah terbit jeles dihati sy.hua hua hua....
.
Apapun cara sy nak cuba jgk buat sampai jadik. Search sana search sini (poyo aje, padahal bkn tak leh kol mak), akhirnya sy ketemu dgn resepi ini... juga dari blog kak ina kl.
.
Alhamdulillah, percubaan pertama sy berjaya di tekak En.Din. Kembang segala urat perut sy bila tgk dia makan sungguh2 :))). Katanya ini baru betul asam pedas dan baru ada rasa...hihihi... So majlis tertinggi meluluskan utk sy masa guna resepi ini di lain kali....
.
Sy guna ikan tenggiri
.
Sila telengkan kepala anda ye... Sy tak mkn ikan tenggiri, so sy bakar kunyit ikan caru ni. skali nampak mcm bergoreng aje ikan ni
.
Buat cicah ni skali, baru ada ummmpphh nak mkn dgn ikar bakar :) yummmyyy!
.
Juga kangkung goreng....
.
Puas sgt hati bila apa yg kita masak, dimakan dgn penuh selera. Baru rasa berbaloi baloi penat memasak tu...
.
Apapun sy nak ucapkan thank's a lot pd kak ina cos sudi kongsikan resepi-resepi kat atas. Hope kak ina terus berkongsikan ilmu memasak yg dia ada buat kita semua. Sblm sy berenti, sapa nak resepi asam pedas ni klik SINI ye...
.
Wasalam :)
Labels: lauk/makanan, resepi
.
Saya dan mama irfan-mia berkawan since sekolah menengah hinggalah sekarang. sepanjang persahabatan kami ni, banyak sgt dugaan yg kami lalui. Bukan pasangan bercinta, somi isteri aje yg ada masalah. Kami sendiri pun ada ragam yg tersendiri. rajuk, sentap, kecik ati & sebagainya semua kami lalui tp alhamdulillah akhirnya persahabatan ni tetap dpt dikekalkan. owh! ini bukan tujuan utama entry sy kali ni.
.
Ekceli tadi terima satu berita dari dia, anak dia (irfan) warded coz muntah2 lebih 30x lps jatuh. Doc bimbang jika berlaku pendarahan dlm otak nya. Allahuakbar, sy dengar pun luluh hati apatah lagi ibunya sendiri. Ntah lah, tak tahu nak luahkan macamana. sebak & sedih... :(
.
Pada teman2 blogger sy, samada yg jadi pembaca setia atau tumpang lalu kat sini sy mohon agar kalian turut doakan anak kecil ini, cepat sembuh & tak mengalami kecederaan yg serius. Hope irfan kembali sihat & ceria disamping mama, papa & mya.
.
utk irfan, aunty yakin irfan akan sembuh. irfan anak yg kuatkan? kuat spt mama kan...?
.
untuk lyn... aku tahu berat utk ko tanggung dugaan ini tp aku yakin ko kuat utk hadapinya.
Labels: baby/anak-anak, teman
Assalamualaikum...
Fuhh! Fuhh! Fuhh! Abis berabuk umah sy ni, penuh dgn sampah sarap. Org nak dtg pun mesti bosan gilerr coz tuan umah entry still tak berupdate :)
.
Sori lah uols, sy lama menyepi. Bukan disebabkan kisah itu. owh tidakkk... kisah itu sikit pun tidak merentap hari2 bahagia sy. Sy tetap lalui hari2 sy dgn indah dan penuh makna walaupun jauh disudut hati sy ada kesan calar dgn kata2 itu. Errmmm...dah lah, kita tak yah nak citer kisah tu lagi. Meh kita mulakan dgn episod baru yerk.
.
Lately ni memang sibuk skit hinggakan timbul rasa malas nak update blog. Ada stori mori yg nak dikongsikan terutama pic pertunangan adik sy, faim pd depavali yg lps tp terpaksa diperamkan dulu. Keje2 kerastangan pun sedang beratur menanti utk disiapkan. Sekarang ni sy sedang siapkan bunga telur biras sy punya adik lps tu nak kejar bunga dulang utk majlis pernikahan adik sy adha pd awal januari depan. Lps tu sy nak siapkan bunga telur utk majlis di pihak keluarga sy pulak. Dlm pd tu mak sy ada bgtau yg mak lang nak minta buatkan hantaran utk majlis tunang anak pompuannya a.k.a cousin sy yg dijangka lps raya haji ni. Ya Allah, tak tahu lah mampu ke tidak sy nak buat coz keje2 ni nampak senang tp rumit sebenarnya. Satu je lah sy doa, moga sy diberi kesihatan yg baik agar sy dpt buat yg terbaik utk keje2 yg tela diamanahkan pd sy nanti. InsyaAllah... :))
.
Sebagai permulaan ni, sy hanya nak tunjukkan cupcake yg sy order dari kpnut masa pertunangan faim. Kpnut ni dok kat desa pinggiran yg berhampiran dgn putrajaya ni. Memang senang deal dgn dia, dan layanan dia memang tip top. Segala kerumitan, dia akan rujuk pd kita dulu sblm dia memulakan keje. Kalau uols teringin nak tempah, leh lah pi kat SINI ye...
.
.
Ekceli byk design yg dia leh buat, tp sebab sy nak yg simple so sy request yg mcm kat atas ni dan warnanya tentu lah ikut tema pertunangan faim.
.
Ok lah uols, henti takat ni dulu. Kita sambung lenkali yerk... :)))
.
Wasalam....