Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Isnin, Mac 23, 2009

Dia pergi jua.... Al-Fatihah

Saya baru je sampai dari melaka. Sampai aje di umah, sy terus online. Secepat mungkin sy nak kongsikan berita sedih ini. Ye lah, sblm ni sy juga pernah buat entry khas untuk anak comel ni....

Ingat lagi dgn Muhammad Aisy Farish?

Lepas kuar dari sepital, aisy & mamanya nini balik ke pahang. Kebetulan adik nini akan melangsungkan perkahwinan awal bulan aritu. Sepanjang di kampung, aisy memang sihat. Bila nini naik keje, aisy masih di kampung & dijaga neneknya kerana mama & papanya sibuk dgn urusan pindah umah baru. Lagipun aisy sensitif dgn banyak perkara terutama abuk. Itupun ari senin & selasa lepas nini cuti lagi utk bwk aisy cek darah & resultnya kuning aisy dah turun berbanding sebelum ni. Itu dah tentu melegakan ati nini & lutfi.

Ari Jumaat lps sedang sy & nini berbual sambil menanti waktu rehat, nini dpt panggilan telefon dari kampung memberitahu yg aisy merengek aje & tak buang air besar dari pagi tu. Sy dapat lihat air muka nini berubah menunjukkan keresahan, lalu nini minta keluarga di kampung menghantar aisy ke klinik sementara menanti dia & suami balik ke pahang. Mlmnya, otw sy balik ke melaka sy sempat bertanya kabar aisy dan nini bgtau aisy demam.

Petang ahad semalam, sy kol nini coz nak bertanya kan barang yg dipesannya. Tp papa aisy yg angkat, lalu sy pesan supaya nini kol sy semula. Oleh kerana hp sy kehabisan bateri, sy hanya dpt baca sms nini pd malamnya. Sms tu memberitahu yg arwah di icu hkl. Terus sy kol nini. Menurut dia, aisy tak henti merengek dan tak buang air besar lagi dr pagi ahad tu. Jadi doc tahannya di icu lgpun doc nak pantau samada paru2nya ada kuman atau tidak. Apapun demam aisy dah surut. Berkali sy tanya nini samada aisy ok ke tidak. Dgn tenang nini mengatakan aisy okey.....

Tp semuanya sudah tersurat, tiada siapa menyangka akhirnya pagi ini aisy pergi meninggalkan dunia yg hanya sempat dilihatnya selama 3 bulan. Patutnya arini aisy ada appoiment di hkl & arini juga genap 3 bulan usia aisy. Sy terima berita dari opismate, sy terdiam seketika. Lalu sy menelefon nini, cepat jugak panggilan sy diangkat. Sy menangis, nini pun menangis. Sy tahu aisy bukan anak sy, tp sy sentiasa mengikuti perkembangan dia. Sy selalu kol mamanya bertanya kabar. Sy kongsikan juga citer dia di laman ini. Lalu di sudut hati sy juga merasai kehilangan anak kecil ini. Masa terima berita ini sy masih di melaka. Ikutkan ati nak sy terbang untuk melihat arwah buat kali terakhir tp apakan daya walaupun melaka-kl bukan lah jauh sangat tp sy tahu sy tetap tak akan sempat nak jumpa arwah coz jenazah akan di bawa ke pahang. Apa yg sy agak memang betul kerana opismates sy yg pergi ke hkl pun hanya dpt jumpa kejap, masa tu jenazah dah nak bertolak ke pahang kira2 jam 1030 pagi. Termenung sy tanpa leh buat apa2 keje. Terkenangkan arwah , terkenangkan nini. Sy tahu berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Spt yg sy katakan sebelum ini, nini memang sorang yg tabah, kuat dan dia memang dah lama redha dgn takdir Allah ini. Itu sebab dia masih mampu menjawab panggilan sy. dia masih mampu melemparkan senyuman pada teman2 yg melawat di hkl. Namun jauh disudut hatinya, uols tentu dpt rasakannya kan juga kan....

Hanya doa saja yg dpt sy panjatkan buat arwah. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..... Buat nini & lutfi, harap kalian banyakkan bersabar. Ada hikmah dgn apa yg kalian lalui ini..... Sesungguhnya arwah sedang menanti kalian di pintu syuga...

Buat bloggers yg membaca blog sy ini, marilah kita sama2 sedekahkan surah al-fatihah buat arwah Muhammad Aisy Farish Mohd Lutfi (sekali lagi tolong betulkan ejaan ni ye nini kalu salah).... AL-FATIHAH....



Dalam Kenangan...... 23.12.2008 - 23.03.2009




Entry ini ditulis bermula jam 1130 mlm - 23.03.09 dan selesai pada jam 1240 pagi - 24.03.09

8 hati ingin berkata:

kakyong berkata...

Al Fatihah dari akak untuk keluarga yang dilanda musibah ini. Semoga rohnya tenang di sisiNYA. Ingatlah bahawa tiap musibah yang datang tersembunyi seribu hikmah yang hanya DIA je yang Maha Mengetahui. Salam dari akak.

Nieza Ishak berkata...

Al-Fatihah

Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul ..

berat sungguh dugaan yang nini hadapi tapi ingatlah Aisy telah menunggu Nini disana ...

Mrs. Simplicity berkata...

al-fatihah utk arwah aisy. takziah utk nini sekeluarga. aduh, macam2 skang ni terjadi kat anak2 kite ni. sungguh marah dengan persekitaran yang makin tak sihat ni. marah! mmg marah!

tapi apakan daya, Allah maha berkuasa...

babyluv_ayang berkata...

Alfatihah dari K.Fara utk Nini sekeluarga. Insyallah arwah menunggu kedua ibu bapa nyer di sana.....sedih sgt....

Puteri Satu berkata...

yerla..akak ingat...akak ada baca entry pasal baby nih....dah tersuratkan..dipinjamkan untuk 3 bulan saja....bergenang airmata mama baca entry ni....dah tentu syurga yang menanti mu nak....

CuTeMiUt78 berkata...

al-fatihah utk aisy..dah tersurat hayatnya hanya utk 3 bulan.. berat yg memandang..berat lagi yg memikulmya.. sedih sungguh.

Ryn berkata...

Salam Takziah buat Nini sekeluarga...

tk dpt aku gambarkan perasaan as a new parents bile mende2 gini terjadi...

aku ngs bc entry nih...

MrsMama berkata...

nizza,

Al Fatihah untuk Aisy. Akak tak pernah kenal Aisy dan mama dia tapi akak nangis baca n3 ni. Sangat faham apa yg mama dia n nizza rasa sebab kita pompuan hati lembut dan cepat terasa. Ada sorang kawan Cik W, baby dia meninggal sebab darah tukar jadi racun masa umur belum 30 hari. Masa tu istri dia masih dalam pantang. Yang paling akak sedih sebab akak blum sempat p tengok lagi istri dan baby dia. Kesian istri dia, bawak perut 9 bulan naik2 keje anak dah tak de. Cik W siap cakap kawan dia tu org yang paling baik penah dia kenal, berat ujian Allah pada dia. Apapun yang pasti anak kecik yang meninggal awal akan mendoakan kesejahteraan mak ayah dia.