Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Sabtu, Mac 28, 2009

Sarapan Pagi Ini

Kalau ari2 keje, jarang sangat dpt wat sarapan. Leh kira dgn jari lah. Faktor utama masa yg suntuk. Tak tahu lah org lain kan, mybe lebih dari sempat. Ari ni, spt biasa sy cuti tp En din keje half day. Sy plan nak wat mihun goreng, kebetulan bahan2 semuanya ada.

Ni dia mihun hasil tangan sy. tauhu goreng tu biasanya sy gaul sekali dlm mihun tu tp kali ni sy letak kat luar aje. Rasanya lebih sedap.



Bekalan utk En din. Mihun ni sy letak sawi je, no taugeh. Bukan tak makan, tp taugeh tak de stok kat umah. Lgpun tahan skit mihun tu kalau tak campur taugeh. Owh! umah sy memang ada stok polistren tu tau. Senang kalau nak bwk bekal. :)

Kat atas tu ayam berempah mexican & kat bawah, nugget tempura dari 5 star. Dah seminggu dlm peti ais, ada separuh lg jd sy gorengkan. Leh jugak dimakan dgn mihun. Tp gelap lah skit ayam tu bukan sebab hangus tp ayam tu ada madu skit. tu yg ayam jadi golap tp tetap sodap. Sy suka...
Kat kementerian sy sekarang ni sedang berlangsung bulan veterinar. So ada pameran & jualan2. Jenama 5 star ni salah satu produk yg ada dlm jualan tu jd tak sah kalau sy tak membelinya.


Dalam kole ni air teh o kegemaran sy

Uols pulak sarapan apa pagi ni? Apapun,
Selamat Menjamu Selera & Selamt Berhujung Minggu ye...