Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Jumaat, Mac 27, 2009

Malacca River Cruise

Assalamualaikum semua...

Bukan tak de mood tp badan penat, jadi otak pun lembap skit nak meng update. Keje umah pun banyak, minggu ni sy dah start masak utk mkn malam & bekal ke opis dan juga terkejar-kejar nak siapkan tempahan bunga dip. Pagi ni ada daya skit, so sy gagahkan juga update entry lapuk ni.

14.02.09, tarikh valentine konon ye =P

Tp aritu, ari sabtu kan. Selepas En Din balik keje & lepas bangkit dari tidur, tiba2 dia ajak sy balik melaka semata-mata nak pi malacca river cruise di taman rempah ratus. katanya bos dia dah pi so dia pun nak pi jugak. Walaupun melaka umah mak sy tp sy ragu2 jugak nak balik coz masa tu dah tengah bulan kan? Sy pun masa tu dah banyak abis utk ujian memandu. Dah lah kene repeat ujian tu semula, tu pun nak kene sedia RM200. En Din kata tak pe, minyak penuh, next week tu pun insentif dia dah masuk. So, dgn sepantas kilat kami bersiap. Sy jadi ceria coz sebelum tu sy rasa down sgt coz frust tak lulus ujian memandu utk kali pertama tu :(

Otw balik sy kol aina, bgtau suh siap2. Mak tak caya, lalu kol sy semula. Ye la, tetiba aje nak balik kan. Maghrib kami sampai umah mak ayah, then lps maghrib terus gerak ke bandar melaka. Masa tu risau gak kalu2 tak dpt nak naik bot coz bos En Din sampai 3 kali pi baru dpt naik bot tu sebab org yg amat ramai.

Tp alhamdulilah, masa kami sampai org tak ramai. Q pun pendek lg. Cuma bila kami dah beratur, baru org berderet datang. saya excited gila, ye la nak naik bot katakan.Seingat sy, ni baru kali pertama sy naik bot.

Ni dia pintu gerbang nya

Masa ni, sy suh En Din amik gambar sy tp ada seorang cina ni offer utk amik kan pic kami. Tp lepas tu kami kene amik kan dia & family dia pulak, hihihi. Pandai dia umpan kami ;)

Lepas tu amik gambar dgn mak & aina. Ni je lah yg pi, ayah penat & jihah malas nak ikut. Owh ye, harga tiket utk dewasa RM10. Kanak2 pulak, kalau tak silap sy free utk 12 tahun ke bawah kot coz masa sy pi tu En Din hanya beli 3 tiket aje. Eerrmm...not sure lah!


Sedang menanti giliran naik bot. Lupa lak nak bgtau, ada bot vip tau, bot tu siap ada org nyanyi2 lg. Tp harganya mahal skit dr biasa. Rasanya RM20...

Ni lak jurumudi bot kami mlm tu. Dia akan bercerita tentang bangunan2 sepanjang sungai tu & sejarah yg terjadi sepanjang sungai tu.


Skrg ni, semua kedai2 kat tepi sungai ni diarahkan kerajaan negeri utk buka di kawasan belakang. so kedai tu akan kelihatan seperti di atas. Sangat cantik. Kebetulan kan valentine, jadinya ramai je couple2 mkn mlm tepi sungai ni. Ala2 romantik la kononnya, hihihi

Perjalanan menaikki bot ni mengambil masa lebih kurang 40 minit. Bermula dari kampung morten hingga lah ke bandar hilir. jauh jugak tu. Itupun sampai bandar hilir ada lagi jalan yg menuju ke laut tp ditutup buat masa ni coz dlm pembinaan apa ntah. Tempat menaikki bot ni pun ada 2. satu kat tmn rempah ratus yg sy naik tu, satu lagi kat bandar hilir.

Bagi sy lah, satu pengalaman yg menyeronokkan menaikki bot menyusuri sungai yg penuh dgn seribu satu citer sejarah. Apatah lagi pemandangan waktu malam terlalu cantik. Skrg ni pun kerajaan melaka sedang dlm pembinaan lrt & banyak lagi keje2 pengubahsuaian sedang dilakukan bg menarik perhatian pelancong. Sy bukan anak jati melaka tp sy dibesarkan di sana & mak ayah sy memang asal dari melaka, merasa bangga dgn negeri melaka. Cewah!!! Ala2 patriotik lak ye :)

Kiranya jugak, berbaloi kami suami isteri balik melaka pd aritu semata-mata nak naik bot ni.

Pic2 dibawah ni uols layan kan ajer lah ye...





P/S: Kualiti gambar kurang memuaskan coz camera cap ayam sy tak dpt nak membantu mengimbangi keadaan dlm bot yg tak stabil. Time tu jugak rasanya nak pi beli dslr tau! =P Satu lagi ada beberapa pic di atas yg di ambil bukan ketika naik bot. Pic tu di ambil ketika En din berjalan-jalan sorang diri.

1 hati ingin berkata:

Ma_sUyinFiqah berkata...

Huhuhu nak balik melaka...nak balik.