Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Sabtu, Mac 28, 2009

Dek kerana kemalasan =P

Siang tadi sy masak sambal ikan bakar & sayur goreng aje tp cukup2 utk mkn tghari. Tgh tunggu ikan caru dibakar, badan sy mula lembik ala2 nak pitam gitu. Nak kata tak makan, pagi tadi kan sy goreng bihun.
Bila mlm, baik sy atau en din malas benau nak pi cari mkn. Kat bwh umah ni ada je cafe. en din suh sy, sy lak suh en din je yg pi. Dah kata tadi malas kan. Masing2 bertolak2 suh pi. Teringat kan budak jual burger kat bwh tu leh wat penghantaran tp aiiiyyooo mana sy campakkan pamplet dia ntah. Kalu tak leh kol order je.
Dah tu meleka lak memasing tgk konsert af7. Owh! rini & obri yg terkeluar ek. Eloklah tu. Tp sy puas hati dgn persembahan rini mlm ni. Kiranya dia kuar dgn maruah lah...
Plan sy nak wat maggi aje tp tanya dulu en din. Dia kata okey so bersilat lah sy kat dapur dgn jam yg menunjukkan hampir kol 12 mlm.
Maggi utk sy
Ekceli sy tak suka sgt maggi ni. Jarang sy nak mkn. Cepat muak & loya. Apatah lagi maggi yg kosong. Biasanya sy akan tumis & kalu ada cili padi or mesin sy akan letak skit. Kalu ada rencah2 lain spt udang ke ayam ke or sayur2 ke pun sy akan letak. Telur tu wajib! Baru lah tergoda nak mkn. Tp sy masih tak mampu nak abiskan. Tu pun sy amik separuh je dari bahagian sy. yg lain sy pas pd en din.
Oklah, selamat malam!!!

Sabtu, Mac 28, 2009

Sarapan Pagi Ini

Kalau ari2 keje, jarang sangat dpt wat sarapan. Leh kira dgn jari lah. Faktor utama masa yg suntuk. Tak tahu lah org lain kan, mybe lebih dari sempat. Ari ni, spt biasa sy cuti tp En din keje half day. Sy plan nak wat mihun goreng, kebetulan bahan2 semuanya ada.

Ni dia mihun hasil tangan sy. tauhu goreng tu biasanya sy gaul sekali dlm mihun tu tp kali ni sy letak kat luar aje. Rasanya lebih sedap.



Bekalan utk En din. Mihun ni sy letak sawi je, no taugeh. Bukan tak makan, tp taugeh tak de stok kat umah. Lgpun tahan skit mihun tu kalau tak campur taugeh. Owh! umah sy memang ada stok polistren tu tau. Senang kalau nak bwk bekal. :)

Kat atas tu ayam berempah mexican & kat bawah, nugget tempura dari 5 star. Dah seminggu dlm peti ais, ada separuh lg jd sy gorengkan. Leh jugak dimakan dgn mihun. Tp gelap lah skit ayam tu bukan sebab hangus tp ayam tu ada madu skit. tu yg ayam jadi golap tp tetap sodap. Sy suka...
Kat kementerian sy sekarang ni sedang berlangsung bulan veterinar. So ada pameran & jualan2. Jenama 5 star ni salah satu produk yg ada dlm jualan tu jd tak sah kalau sy tak membelinya.


Dalam kole ni air teh o kegemaran sy

Uols pulak sarapan apa pagi ni? Apapun,
Selamat Menjamu Selera & Selamt Berhujung Minggu ye...

Jumaat, Mac 27, 2009

Tempahan Pertama

Sy suka buat bende2 gini cuma kadang2 kene mengejar masa. Tp sy nak buat gak! Cuma keje sy amat lembap skit. Lom ada anak pun dah susah nak manage masa. Esok2 ntah camana lah pulak kan...? Apapun sy usahakan jugak siapkan tempahan ni. Thanks pd opismate sy k ta coz sudi ajak sy join partner wat bunga telur lily bertemakan maroon & cream. Ekceli bunga telur ni tak siap lagi, baru wat rangka, cantum manik kristal dgn dawai, lilit situ lilit sini. Maknanya masih lom tiba proses cantum mencantum. Celup2 pun tak sepenuhnya lagi.
Ini rangka utk bunga lily yg masih lom dibentukkan lagi
Ini nak jadikan tulang keada bunga lily nanti

Bunga kecil ni kak ta yg buat. Sy cuma lilit kan dawainya dgn pelilit aje. Tgk tu koje senang je sy buat ek :P Tp haus jugak lah jari sy yg lembut ni sebab asik dok pegang dawai. Sape yg pernah wat keje2 gini tau lah maksud sy ni. Wat masa ni, itu je lah. Manik2 kristal yg sy sambungkan dgn dawai dah hantar pd kak ta. Skrg tgh tunggu arahan selanjutnya. ;)

TADAAAA...

Jumaat, Mac 27, 2009

Malacca River Cruise

Assalamualaikum semua...

Bukan tak de mood tp badan penat, jadi otak pun lembap skit nak meng update. Keje umah pun banyak, minggu ni sy dah start masak utk mkn malam & bekal ke opis dan juga terkejar-kejar nak siapkan tempahan bunga dip. Pagi ni ada daya skit, so sy gagahkan juga update entry lapuk ni.

14.02.09, tarikh valentine konon ye =P

Tp aritu, ari sabtu kan. Selepas En Din balik keje & lepas bangkit dari tidur, tiba2 dia ajak sy balik melaka semata-mata nak pi malacca river cruise di taman rempah ratus. katanya bos dia dah pi so dia pun nak pi jugak. Walaupun melaka umah mak sy tp sy ragu2 jugak nak balik coz masa tu dah tengah bulan kan? Sy pun masa tu dah banyak abis utk ujian memandu. Dah lah kene repeat ujian tu semula, tu pun nak kene sedia RM200. En Din kata tak pe, minyak penuh, next week tu pun insentif dia dah masuk. So, dgn sepantas kilat kami bersiap. Sy jadi ceria coz sebelum tu sy rasa down sgt coz frust tak lulus ujian memandu utk kali pertama tu :(

Otw balik sy kol aina, bgtau suh siap2. Mak tak caya, lalu kol sy semula. Ye la, tetiba aje nak balik kan. Maghrib kami sampai umah mak ayah, then lps maghrib terus gerak ke bandar melaka. Masa tu risau gak kalu2 tak dpt nak naik bot coz bos En Din sampai 3 kali pi baru dpt naik bot tu sebab org yg amat ramai.

Tp alhamdulilah, masa kami sampai org tak ramai. Q pun pendek lg. Cuma bila kami dah beratur, baru org berderet datang. saya excited gila, ye la nak naik bot katakan.Seingat sy, ni baru kali pertama sy naik bot.

Ni dia pintu gerbang nya

Masa ni, sy suh En Din amik gambar sy tp ada seorang cina ni offer utk amik kan pic kami. Tp lepas tu kami kene amik kan dia & family dia pulak, hihihi. Pandai dia umpan kami ;)

Lepas tu amik gambar dgn mak & aina. Ni je lah yg pi, ayah penat & jihah malas nak ikut. Owh ye, harga tiket utk dewasa RM10. Kanak2 pulak, kalau tak silap sy free utk 12 tahun ke bawah kot coz masa sy pi tu En Din hanya beli 3 tiket aje. Eerrmm...not sure lah!


Sedang menanti giliran naik bot. Lupa lak nak bgtau, ada bot vip tau, bot tu siap ada org nyanyi2 lg. Tp harganya mahal skit dr biasa. Rasanya RM20...

Ni lak jurumudi bot kami mlm tu. Dia akan bercerita tentang bangunan2 sepanjang sungai tu & sejarah yg terjadi sepanjang sungai tu.


Skrg ni, semua kedai2 kat tepi sungai ni diarahkan kerajaan negeri utk buka di kawasan belakang. so kedai tu akan kelihatan seperti di atas. Sangat cantik. Kebetulan kan valentine, jadinya ramai je couple2 mkn mlm tepi sungai ni. Ala2 romantik la kononnya, hihihi

Perjalanan menaikki bot ni mengambil masa lebih kurang 40 minit. Bermula dari kampung morten hingga lah ke bandar hilir. jauh jugak tu. Itupun sampai bandar hilir ada lagi jalan yg menuju ke laut tp ditutup buat masa ni coz dlm pembinaan apa ntah. Tempat menaikki bot ni pun ada 2. satu kat tmn rempah ratus yg sy naik tu, satu lagi kat bandar hilir.

Bagi sy lah, satu pengalaman yg menyeronokkan menaikki bot menyusuri sungai yg penuh dgn seribu satu citer sejarah. Apatah lagi pemandangan waktu malam terlalu cantik. Skrg ni pun kerajaan melaka sedang dlm pembinaan lrt & banyak lagi keje2 pengubahsuaian sedang dilakukan bg menarik perhatian pelancong. Sy bukan anak jati melaka tp sy dibesarkan di sana & mak ayah sy memang asal dari melaka, merasa bangga dgn negeri melaka. Cewah!!! Ala2 patriotik lak ye :)

Kiranya jugak, berbaloi kami suami isteri balik melaka pd aritu semata-mata nak naik bot ni.

Pic2 dibawah ni uols layan kan ajer lah ye...





P/S: Kualiti gambar kurang memuaskan coz camera cap ayam sy tak dpt nak membantu mengimbangi keadaan dlm bot yg tak stabil. Time tu jugak rasanya nak pi beli dslr tau! =P Satu lagi ada beberapa pic di atas yg di ambil bukan ketika naik bot. Pic tu di ambil ketika En din berjalan-jalan sorang diri.

Isnin, Mac 23, 2009

Dia pergi jua.... Al-Fatihah

Saya baru je sampai dari melaka. Sampai aje di umah, sy terus online. Secepat mungkin sy nak kongsikan berita sedih ini. Ye lah, sblm ni sy juga pernah buat entry khas untuk anak comel ni....

Ingat lagi dgn Muhammad Aisy Farish?

Lepas kuar dari sepital, aisy & mamanya nini balik ke pahang. Kebetulan adik nini akan melangsungkan perkahwinan awal bulan aritu. Sepanjang di kampung, aisy memang sihat. Bila nini naik keje, aisy masih di kampung & dijaga neneknya kerana mama & papanya sibuk dgn urusan pindah umah baru. Lagipun aisy sensitif dgn banyak perkara terutama abuk. Itupun ari senin & selasa lepas nini cuti lagi utk bwk aisy cek darah & resultnya kuning aisy dah turun berbanding sebelum ni. Itu dah tentu melegakan ati nini & lutfi.

Ari Jumaat lps sedang sy & nini berbual sambil menanti waktu rehat, nini dpt panggilan telefon dari kampung memberitahu yg aisy merengek aje & tak buang air besar dari pagi tu. Sy dapat lihat air muka nini berubah menunjukkan keresahan, lalu nini minta keluarga di kampung menghantar aisy ke klinik sementara menanti dia & suami balik ke pahang. Mlmnya, otw sy balik ke melaka sy sempat bertanya kabar aisy dan nini bgtau aisy demam.

Petang ahad semalam, sy kol nini coz nak bertanya kan barang yg dipesannya. Tp papa aisy yg angkat, lalu sy pesan supaya nini kol sy semula. Oleh kerana hp sy kehabisan bateri, sy hanya dpt baca sms nini pd malamnya. Sms tu memberitahu yg arwah di icu hkl. Terus sy kol nini. Menurut dia, aisy tak henti merengek dan tak buang air besar lagi dr pagi ahad tu. Jadi doc tahannya di icu lgpun doc nak pantau samada paru2nya ada kuman atau tidak. Apapun demam aisy dah surut. Berkali sy tanya nini samada aisy ok ke tidak. Dgn tenang nini mengatakan aisy okey.....

Tp semuanya sudah tersurat, tiada siapa menyangka akhirnya pagi ini aisy pergi meninggalkan dunia yg hanya sempat dilihatnya selama 3 bulan. Patutnya arini aisy ada appoiment di hkl & arini juga genap 3 bulan usia aisy. Sy terima berita dari opismate, sy terdiam seketika. Lalu sy menelefon nini, cepat jugak panggilan sy diangkat. Sy menangis, nini pun menangis. Sy tahu aisy bukan anak sy, tp sy sentiasa mengikuti perkembangan dia. Sy selalu kol mamanya bertanya kabar. Sy kongsikan juga citer dia di laman ini. Lalu di sudut hati sy juga merasai kehilangan anak kecil ini. Masa terima berita ini sy masih di melaka. Ikutkan ati nak sy terbang untuk melihat arwah buat kali terakhir tp apakan daya walaupun melaka-kl bukan lah jauh sangat tp sy tahu sy tetap tak akan sempat nak jumpa arwah coz jenazah akan di bawa ke pahang. Apa yg sy agak memang betul kerana opismates sy yg pergi ke hkl pun hanya dpt jumpa kejap, masa tu jenazah dah nak bertolak ke pahang kira2 jam 1030 pagi. Termenung sy tanpa leh buat apa2 keje. Terkenangkan arwah , terkenangkan nini. Sy tahu berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Spt yg sy katakan sebelum ini, nini memang sorang yg tabah, kuat dan dia memang dah lama redha dgn takdir Allah ini. Itu sebab dia masih mampu menjawab panggilan sy. dia masih mampu melemparkan senyuman pada teman2 yg melawat di hkl. Namun jauh disudut hatinya, uols tentu dpt rasakannya kan juga kan....

Hanya doa saja yg dpt sy panjatkan buat arwah. Sesungguhnya Allah lebih menyayanginya..... Buat nini & lutfi, harap kalian banyakkan bersabar. Ada hikmah dgn apa yg kalian lalui ini..... Sesungguhnya arwah sedang menanti kalian di pintu syuga...

Buat bloggers yg membaca blog sy ini, marilah kita sama2 sedekahkan surah al-fatihah buat arwah Muhammad Aisy Farish Mohd Lutfi (sekali lagi tolong betulkan ejaan ni ye nini kalu salah).... AL-FATIHAH....



Dalam Kenangan...... 23.12.2008 - 23.03.2009




Entry ini ditulis bermula jam 1130 mlm - 23.03.09 dan selesai pada jam 1240 pagi - 24.03.09

Rabu, Mac 18, 2009

Manisnya bila dia bertudung litup... :)

Cantikkan tok ti if dia bertudung penuh gini...? Kecantikkannya memang semulajadi, itu sy tak nafikan terutama bila dia tak bermekap. Sy pun tak mahu komen banyak2, namun sy doakan agar satu hari nanti pintu hatinya terbuka utk berpenampilan spt di atas.

Rabu, Mac 18, 2009

temujanji hari ini

Pagi ni ada appoiment dgn doctor, mujurlah kat putrajaya je kan. Tak perlu lah sy nak kelam kabut. Plan awal sy dan en din nak naik motor aje tp pagi ni ujan pulak. So terpaksa lah bwk kete, Sebelum tu mesti isi perut dulu, kalau en din dia tak kisah sangat nak cari mkn pagi2 ni. Coz dia dah biasa bila sampai opis, dia dok sibuk wat keje langsung lupa nak mkn. Lastly breakfast & lunch di sekali kan. Kira2 mcm 2 in 1 lah... Tp kalau sy lak, celik mata dah pikir nak breakfast apa ;)
Mungkin sebab ujan, jadi masa sy sampai kaunter pendaftaran tak berapa ramai org. Gitu jugak masa menunggu di klinik O&G. Kebetulan appoiment kali ni tak bertembung dgn ibu2 mengandung coz utk mereka hanya hari selasa & khamis.
Tentang perkembangan treatment sy kali ni, sy perlu tukar ubat coz ubat yg sy mkn skrg tak sesuai dgn sy. Cycle sy masih tak cantik. Tp ubat tu tak dibekalkan di hospital so kene beli kat farmasi. Harganya leh tahan jugak, sy kira2 utk stok 3 bulan sy perlu keluarkan dalam RM150. Tp tak pe lah, sy tak kisah sebab ianya atas nasihat doc. Lps 3 bulan & cycle sy dah okey baru doc wat treatment kesuburan. Doc ingatkan sy sekali lg, sy & en din tak de masalah besar. Darah, tiub & lain2 semuanya okey.... cuma cycle menses tak regular. Owh ye, cyst sy masih bersaiz lama. Tak membesar, jd doc kata it's ok.

Selasa, Mac 17, 2009

Akhirnya mereka bersatu...

Entry semalam sy ada bgtau yg masa besday en din ahad lepas, sepupu lelakinya pulak melangsungkan pernikahan. Kebetulan lawan pasangannya adalah org setaman dgn MIL/FIL. Memang kami tak payah nak naik kete bagai, just jalan kaki je dari umah MIL/FIL ke umah pihak pompuan. Org kampung (dari melaka) datang satu bas, sib baik umah MIL/FIL dan umah adik FIL kat2 situ. Jadi tak de masalah nak bersanggah.

Mereka nikah pagi ahad tu jugak dlm kul 11 pagi di masjid. Majlis nikah tu sy tak pi coz dah ramai yg pi kan. Lgpun sy pun baru sampai dr Melaka pagi tu. Tp en din pi & ada jugak dia amik gambar tp gambar semua blurrr.

Ni lah sepupu en din, piyan...
Isterinya, Norliana tp panggil Anis
Berarak...


Mempelai sedang bersanding

Sy, En Din & Mempelai...



Ni pengapit pengantin a.k.a anak buah pengantin merangkap anak buah kami semua. Dah bujang dah ko ye long... Mak Ngah lak dah terasa tua...hehehe =P



Mamat ni ada sesapa tak kenal lagi? hehehe, ni en din saya. Mentang2 dpt makan kat meja pengantin, siap panggil sy suh amik gambar dia. Kalau tak mana dia nak amik2 gambar ni... Owh! Mybe sebab aritu besdaynya :/ Sporting skit lah dia aritu...

My Sil's dgn bakal pantin, dayah. Bulan 5 ni lak gilirannya

Me & Sil's... Owh! Lupa adam pun ada... '' I'm sorry'' (dgn gaya ala2 amir raja lawak 3)

Ni anak sepupu en din, mimi. Kiranya anak pupu sy jugak lah kan. kami jarang jumpa, dah tentu dia ala2 malu bila sy menegurnya. Tp bila sy hala kan camera padanya terus dia bagi post yg sangat comel. I like... :)

Lupa lak nak kenal, org penting ni. Mak Pak pengantin lelaki a.k.a mak & pak lang

Ni lak antara suasana pada majlis itu....

Alhamdulilah, semuanya dah selamat. Hope piyan & anis bahagia melayari alam rumahtangga.

Majlis menyambut menantu di Tg.Bidara Melaka lak akan berlangsung pada Sabtu ni, 21 Mac 2009. Jadi lepas abis keje ari jumaat ni, sy & hubby akan berangkat balik ke Melaka.

Selasa, Mac 17, 2009

Selamat Ulangtahun Ku


Bismillahirahmanirahim....

Assalamualaikum...

Alhamdulilah, hari ni 17.03.2009 genap lah umur sy yg ke-27. Syukur kpd Ilahi hingga saat ini sy masih bernafas dibumi yg fana ini, masih berkesempatan utk menikmati hidup yg sementara ini. Harapan sy agar dikurniakan kesihatan yg baik, umur yg panjang, & rezeki yg halal. Tak lupa juga agar sy dan suami akan dikurniakan zuriat dlm masa terdekat ni. Itulah harapan dan doa utama sy selain mengharapkan kebahagiaan sy dan suami dalam rumahtangga kami.


Pagi2 tadi en din yg kejutkan sy sambil wish besday utk sy. Hadiah? Masih lom dpt lagi tp sy tak harapkan pun apa2 hadiah darinya. Cukuplah cinta, kasih syg yg bertambah dan berkekalan utk sy... Itu pun dah cukup bg saya... ;)

Isnin, Mac 16, 2009

Hadiah untuknya...

Salam uols...
Ada beberapa citer yg sy nak kongsikan bersama sampaikan tak tau nak mulakan yg mana satu. Tp sy mulakan lah dgn hadiah besday en din yg ke-30 semalam. Tak de kek atau majlis pun coz sy, en din & family in law sibuk menghantar sepupu en din kawen semalam. Sy just wish & bagi hadiah padanya.

Entry lepas sy ada kekeliruan kan nak beli hadiah utknya. Bila sy sebut pasal baju east india tu dia suka tp kendian dia kata tak yah lah beli apa2 coz dia tau sy nak pakai duit utk urusan lain. Tp sy dah nekad kan nak bg dia sesuatu. Kebetulan masa pi brg dapur kat k4 alamanda dia ada tunjuk satu kemeja camel. Bila sy kata y nak belikan tp nak cucuk duit dulu terus dia kata tak payah. Beberapa ari lps tu sy pi lg alamanda sambil ditemani shida & sy terus beli kemeja tu. Ekceli sblm ni dia pernah beli kemeja camel ni so sy leh agak saiz nya.

Ni lah kemeja nya, dah ada diskaun murah lah jadinya. Sape yg biasa kuar masuk alamanda tu tentu pasan,hehehe... Tp sy puas hati coz ni jugak adalah pilihan en din. Dan inilah kemampuan sy.

Malas nak balut2, letak dlm paperbag senang. Nanti paperbag tu sy jgk yg dpt guna (motif utama tu ;)

Kad comel untuk dia

Utk suami sy en din...

"Mm ucapkan selamat hari lahir. Dah bertambah setahun lagi umur pp. Moga dipanjangkan umur, murah rezeki & beroleh keberkatan dlm segala urusan"

Tak lupa juga buat twin en din iaitu abg ipar sy,

"Hepi besday, hope cepat ketemu jodoh ya..."

***Selamat Hari Lahir jugak buat Bapa Mertuaku yg jatuh pada arini, 16.03.2009....

Isnin, Mac 16, 2009

SMS Dari Ayah

Baru jap sy dpt sms dari ayah berbunyi,

"SEBELUM TERLUPA...selamat hari lahir"

Sy tersenyum sendirian, ayah memang tak pernah lupa utk wish besday anak2. Tp besday sy esok, bukan ari ni. Dlm hati berkata, mybe ayah silap tarikh. Jadi sy balas balik sms dia...

"Belum lagi lah. Esok..."

Ayah pun balas lagi...

"IALE... TAKUT TELUPA"

Oh! sy yg silap andaian. Memang dia ingat tarikh itu, 17.03.2009. Cuma mungkin dia takut dia terlepas tarikh tu, tu yg buat dia wish awal dari sepatutnya. Betapa dia tak mahu ketinggalan nanti akibat kesibukan dia dia cafe. Ianya membuatkan sy terharu...

Ahad, Mac 15, 2009

Bersiaran dari Umah Sy

Assalamualaikum...

Hai semua!!!
Sy suka petang ni coz sy dah dpt streamyx, makanya sy leh online dari umah :)

Ada beberapa entry sy nak update tp cable kamera ada kat opis. So tunggu esok je lah ek...

TADAAA...

Isnin, Mac 02, 2009

Hadiah apa ek?

Lebih kurang 13 hari lagi besday en.din akan tiba...
Tahun2 sebelum ini, sy tak berkesempatan nak bagi dia hadiah pd besday nya.
Tp tahun ni sy rasa sy nak bagi sesuatu untuk dia. Cuma sy buntu nak sediakan hadiah apa untuk dia. Budget tak lah besar sgt. Lebih kurang ala-ala aje...
Sy ada tanyakan dia, apa yg dia nak. Dia kata dia nak baju kemeja dari east india. ekceli dah selalu dia sebut2 depan sy nak beli baju tu tp sy larang coz baju dia dah melambak. Kalah baju2 sy tau. Yg kedua baju tu alahai...mahalnya!!! Hampir RM200. Tp sy tak pernah tgk design baju yg dia nak tu coz masa tu dia window shopping sensorang.
Terpikir jugak nak belikan perfume coz dia memang minat dgn benda alah ni. Tp sy serba salah pulak coz terkenang pulak akan baju yg dia nak tu.
Eeerrrmm...so sy nak tanya lah pendapat uols selain baju dan minyak wangi barang apa lagi yg sy leh bagi pada dia? kalau pikir2, lebih baik beli apa yg dia nak kan? Tp tu lah sy nak juga dptkan idea lain dari uols. Jujur sy kata sejak bercinta dengan dia, tak pernah sy hadiahkan dia apa2 pada besdaynya. Terukkan sy...???hehehhe... (pppsssttt...dia pun tak pernah bagi sy apa2 tau. hehehehehe... =P)

Isnin, Mac 02, 2009

Tinggalkan dia lagi...

Hai uols!!!
Sy dah kembali bertugas tp......huhuhu (sedih dulu)
Esok malam sy perlu pi kursus lak sampai jumaat ni. Huwaaaa... dah lah baru balik dr keje luar, lepas tu dah kene pi kursus lak. Tp bila pikir2 tak pe lah, bila lagi sy nak dpt pi kursus kan... Lg pun kursus ni memang sy anta nama tp tak perasan tarikhnya dekat dengan masa sy wat tugasan luar aritu. Yg penting en. din sy tak kisah & faham. Bab2 keje dia tak berapa nak larang, lgpun kami lom ada anak. So, pergerakan tu mudah lah skit. Setakat dirinya, dia leh dok umah MIL sy kat Taman Medan tu. Lg dekat dgn opisnya....
Eeerrrmmm...ok lah, yg tu je sempat citer. Nanti bila toy baru sy dah bersatu dgn streamyx, leh lah sy berblogging lebih skit dr yg biasa...
Tadaaaa.... :)