Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Khamis, April 16, 2009

Bila Jejari Kasar En Din Menari


Semalam kan episod akhir Mertua vs Menantu kat astro prima. Sy minat citer ni tp selalu terlepas waktunya, so sebab semalam akhir, awal2 lagi sy dah set kan reminder kat hp.
Minggu ni jugak balik dari keje sy terus dok mengadap bunga dip ni. En Din pun balik dari keje dlm kul 8.30-9.00 malam dgn bwk bekalan makan malam :) Tak sempat sy nak masak coz kene siapkan bunga ni dlm minggu ni jugak. Lepas makan En Din akan dok sebelah sy menonton tv. Sy pulak sambung buat keje2 bunga ni. Semalam tetiba dia minta sesuatu dgn sy. Permintaan dia yg pada mulanya sy ingatkan memain tp rupanya bersungguh-sungguh. Uols tahu apa yg dia nak?


Haaa...ni dia.....
v
v
v
v




Masa En Din mula nak cantum tu terdetik dlm hati sy, mesti keja yg dia tgh buat ni akan terhenti separuh jalan je. Mesti dia kata.... "nah lah mama, papa tak leh nak buat!!! Mama abiskan ni..."

Tengok tu, bersungguh-sungguh En Din berusaha.
Tp kan, sangkaan sy meleset.
Hasilnya.....
v
v
v
v

TADAAA.... Akhirnya dia berjaya cantumkan kelopak2 tu dgn cantik. Sy sendiri terperanjat. Tak sangka dia mampu buat. Agaknya selama ni dia dok sebelah sy sambil tgk tv tp matanya sempat jeling jeling apa yg sy buat kot. Sy pun puji lah dia melambung, kagumlah kononnya. Sib baik suar dia tak koyak. Tp sy ikhlas tau puji dia coz memang cantik dia pasang kelopak2 tu.

Bila dah kene puji, bukan takat sekuntum je yg dia buat tp sampai lima kuntum. Sib baik dah lewat malam, so mata dia pun dah tak tahan nak tido.

Ari ni sy nak minta tolong dia buat lagi.... :) Tinggal sikit je lagi...

5 hati ingin berkata:

shiemz berkata...

canteknyer..... i like... :D

MrsMama berkata...

Seriyes cantik. Akak pun sukakannya.Masa adik akak kawen...bunga tu jadi hiasan hantaran dari pompuan...kaler coklat lah.

Mrs. Simplicity berkata...

alamak, ape ending mertua vs menantu tu ek? telepas pulak, tp ade 2nd season kan?

amboi, rajin nye hubby dia tolong. kemas lak tu buatan nye ;)

nizza-abira berkata...

shiemz: thank's ye :)

Kak Mas: niza nak kemaskan lagi pembuatannya kak. Memang skrg org suka jadikan bunga tu bunga dulang utk letak kat hantaran.

alyyani: A'ah ada season 2 nanti tp yani leh tgk ulangannya pd petang ni dlm kul 6 kot.

syieda berkata...

salam nizza...
cda_mann ni..
sy suke bunge yg nizza buat 2.sy pun tgh buat bunga dip, tp buat ros punya. tp x brp nk jd ros nye..nizza ambik tempahan ke?