Your HEART:Your PASSION:Your DREAMS

MAC YANG ISTIMEWA

Isnin, April 27, 2009

Puas Dalam Tidak Puas

Assalamualaikum
Apa je lah tajuk entry sy kali ni kan... :/

Akhirnya dpt jugak sy jejak kaki ke pesta buku. Walaupun nak nafas pun payah, jalan pun berselisih bahu je. Tak de ruang langsung tp sy rasa kejadian tu hanya berlaku kat dewan tun hussein onn je. kat dewan lain okey aje walaupun orang ramai. Tp sebab dah minat sy redahkan jugak lah... sy memang suka pi pesta buku ni, selagi sy sihat & mampu berjalan sy sanggup pi even org bersesak-sesak. kalu en din malas nak bawak sy, sy leh je naik komuter dgn SIL coz SIL sy pun 2x5 jugak dgn sy :)

Meh kita tgk apa yg sy beli....



Majalah2 & buku kanak2 tu opismate sy kirim.



Buku rujukan terbitan pelangi utk adik sy jihah. Mahal weiii buku rujukan sekarang. Tak jumpa dah yg berbelas ringgit mcm zaman kita sekolah. Satu buku je paling murah RM22.95, yg tebal sikit RM29.95. Mujur ada diskaun, dpt lah kurang skit. Tu pun sy amik 4 subjek yg penting2 aje....



Buku latihan utk jihah & aina. Ni sy beli kat sasbadi, kat pelangi byk yg dah abis buku latihannya. Ni pun dpt diskaun jugak walaupun skit.


Ni pun untuk aina.... Ada lagi buku utk anak2 buah sy tp mereka punya sy dah bagi mereka. Itupun sy just sambar je mana yg sesuai. Tak sempat nak pi jelajah booth2 yg lain...

Tp kan untuk diri sendiri sy just beli yg kat bawah ni je.... Alahai...awat yg ni je??? Kalu gitu kat kedai mamak pun kau leh beli...hihihi


Ekceli tujuan sy pi pesta buku kali ni lebih kepada nak carik buku2 utk adik2 sy. Mereka lebih memerlukan bahan rujukan berbanding sy. Lgpun tangan sy dah naik genting mengangkut buku2 yg dah sedia ada. En din lak tak follow sekali coz sambil menunggu sy & SIL dia pi soping kat the mall. Dia kan mana suka nak pi tempat yg bersesak-sesak ni. SIL sendiri pun dah penuh tangan dengan buku2 yg dia beli.


Apapun sy lega dpt belikan adik2 buku :)
Sy nak kongsi 2 tips yg sy praktikkan sendiri bila nak pi pesta buku ni:
  • Sebelum nak pergi sy akan listkan senarai2 buku yg sy nak dgn layari internet. Yg utama sy perlu tahu buku2 tu keluaran syarikat mana. **Tp kan list yg sy senarai kan tu tertinggal kat opis! Poyo je!!! tu pun salah satu sebab sy tak dpt nak carik buku2 yg sy nak. Otak pun masa tu dah bluurr dgn keadaan yg sesak2 tu. jadi tak leh nak pikir. Kalau masa kat pesta buku tu nanti kita terkenan buku2 yg lain tu tak pe, janji yg kita nak tu kita dah list. Kalu tak jumpa, leh tanya terus kat salesgirl / salesman so derang akan tolong tunjukkan.

dan

  • Sy jugak akan semak pelan lantai yg dah disediakan kat laman web pesta buku tu. Kat situ sy akan carik syarikat penerbitan yg popular & syarikat yg sy nak tuju. sy listkan kat tingkat mana, dewam mana, nombor2 booth. So senang sy nak carik....

Tu pun kalau uols pi sana dgn tujuan nak beli buku. Kalau tak de tujuan tu tak tahu lah pulak sy kan...hihihi. Tp ni ada lah cara sy, uols lak maybe ada cara tersendiri. So leh kongsi2kan dgn sy juga ye.. :)

p/s: masa nak balik sy lalu jalan TAR, uols tahu jalan TAR semalam lenggang..... Memang hepi lah kalu ada yg pi sana semalam. Mana pi org2 yg selalu bersesak kat jalan TAR tu padahal gov kan dah gaji? Eeerrmmm, mybe mereka semua bersesak-sesak pula ke pesta buku kot....

4 hati ingin berkata:

Fathiyah berkata...

ewah,byknye akak beli buku.bgs.simpan resit.blh tolak income tax.hehe ;)

akak,thanks 4 sharing info psl molar pregnancy tu.kes saya lbh krg cm tu la.ms doc scan,takde denyutan jantung janin.doc syak pregnant luar rahim.tp tak.kemungkinan plg bsr saya miscarriage sbb virus dlm darah.apendiks yg pecah tu menyebabkan nanah & infection pd darah saya.skg ni saya dah start amik folic asid.utk persediaan pregnant.dlm 3bln lps ni blh pregnant semula.insyallah

akak dah cat umah ye?tak smpt nak bls msg akak.sori.em,suami saya pon dok berkira nak cat umah.tak tau la jd ke tak.hehe ;)

Nora berkata...

buku buku buku.. bestnyer.. tingat zaman² remaja dulu yg giler novel cintan. ingat nk sambung hobi membaca & kumpul buku, tp kalo pi tpt yg ramai org cam pesta ni, akak mmg x larat nk jln.. huhu! kuat semangat niza nih :)

~~@lyci@~~ berkata...

amboiii, syokk nya dapat pergi pesta buku.. alycia pun minat gak, tp xsempat nak pergi... awk suka bc novel ekkkk.. kt pun suka?? nak tukar2 novel x?? sy suka penulis ramlee awang murshid..

alyyani berkata...

uish, mmg tak sia2 pegi book fair ni. banyak sungguh yg dibeli. puas hati dan berbaloi kan? :D